30 Mei 2016

[VIDEO] UMNO Cadang, PAS Bentang, Yang Jahatnya DAP & AMANAH (?)

"UMNO yang cadang, UMNO yang sokong, PAS yang bentang, PAS yang tangguh, yang jahatnya AMANAH dan DAP," demikian disuarakan oleh Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Sdra Hj Adly Zahari merujuk kepada pembentangan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin tetapi kemudiannya dimohon penangguhan oleh Presiden PAS tanpa sebarang alasan.


Adly menyatakan bahawa kini ramai tokoh-tokoh agama yang turut mempersoalkan langkah PAS itu, yang mana sepatutnya langkah itu (pindaan RUU EKJS) baik, ia menyatukan, mendamaikan dan memperkukuhkan Islam itu sendiri.

Adly juga menyatakan kita kena beri sumbangan ke PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya kita dapat meraih sokongan daripada rakyat dan seterusnya dapat merealisasikan keinginan untuk melihat perubahan (perintahan dan kehidupan) di dalam negara ini.

Beliau bercakap demikian di Majlis Pelancaran Pilihanraya AMANAH Melaka ke PRK Sungai Besar di Sungai Rambai malam tadi yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Tanah dan Luarbandar Parti Amanah Negara, Tn Hj Mazlan Aliman dan Pengerusi AMANAH Negeri Sarawak, Sdra Hud Andre Zulkarnaen.

AMANAH Melaka diputuskan akan membantu berkempen untuk calon AMANAH di PRK Sungai Besar.

Turut hadir pada majlis pelancaran malam tadi ialah Sdra Onn Jaafar, Pengarah Komunikasi AMANAH Johor, pimpinan AMANAH Melaka dan Ketua-ketua AMANAH kawasan-kawasan negeri Melaka.

Mazlan di dalam ucapannya menyeru agar petugas-petugas AMANAH yang akan bertugas membantu calon AMANAH di PRK Sungai Besar supaya bersiap sedia dengan kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi di dalam menghadapi ujian getir terutama apabila PRK ini berlansung pada bulan Ramadhan.

Menyentuh tentang peneylewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib, beliau menyuarakan keyakinannya bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Konspirasi terbesar 1MDB akan terbongkar satu masa nanti. -GB


Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman

Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.

Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.

“Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.

“Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.

"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.

Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.

“Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah,” jelasnya merujuk kepada Pas.

Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.

“Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.

“Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan,” tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan.

Ahli Jawatankuasa Amanah itu berkata, semua jentera pilihan raya parti perlu bersedia dengan cabaran getir sepanjang tempoh berlangsungnya kedua-dua PRK pada bulan Ramadan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak enam kawasan Parlimen di negeri itu terlibat bagi membantu kempen calon di Sungai Besar.

“Lebih kurang 200 petugas dari Melaka akan terlibat termasuk yang mendaftar sebagai sukarelawan. Mereka akan ditempatkan di bilik gerakan dan pusat mengundi di sana (Sungai Besar),” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu. -MD




15 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

TAHNIAH Amanah,gerak-kerja yg meyakinkan.

Insyallah,saya dan kawan2 akan membantu sekadar yg termampu.

go Amanah go.

Tanpa Nama berkata...

walaunta2 pas tak peduli itu semua. mereka dah tak boleh berfikir lagi. otak dah beku dengan dakyah hadi. kesian walaunta2 pas.

Unknown berkata...

Allahuakbar....amanah terus maju

Tanpa Nama berkata...

Dia orang telah di perlihatkan alam ghaib... atau sekurang-kurangnya merasai keadaan alam ghaib... kot?



Din berkata...

Teruskan usaha utk memperkenalkan Amanah kpd pengundi2 sg besar..InsyaAllah kami akan memwbantu sedaya mampu..

Tanpa Nama berkata...

Yang cadang Azlina.
Yang sokong Rosnah.
Yang bentang Hj Hadi.
Yang tangguh Hj Hadi.
Yang benarkan pembentangan Speaker.
Yang tukar ke RUU EKJS Najib.

Yang salah Khalid Samad.
Yang kena tuduh Lim Kit Siang.

Yang letak jawatan kabinet MCA MIC. (Tapi pasal 1MDB senyap tak buat apa-apa)

Yang salah Khalid Samad jugak.
Yang kena tuduh Lim Kit Siang jugak.

Yang tak salah perompak kayu balak. Yang kebas duit rakyat tapi kata duit derma.

Adooi...banyak susah lah macam ini.

Tanpa Nama berkata...

AMANAH brtandingla PRK. Confirm menang....

Tanpa Nama berkata...

Cobaan!cobaan!

air gunung berkata...

Amanah perlu membina landasan utk bergerak.PRK bermula dr serawak dan kini Sg.besar/KK adalah platform landasan ke arah kemantapan perjalanan yg lebih jauh..landasan perlu dibina biar kukuh dan meyakinkan.perlu kpd ketua/karyawan station2 yg cekap utk mengatur perjalanan agar lancar tidak bertindih dsbgnya.
Masa utk PRU masih agak jauh walau najib mungkin buat awal berdasarkan cacamerba opposition.

So gunakan segala ruang yg ada utk bina gerakerja yg mantap.santuni rakyat dr sekarang.tiada rugi apa2 dgn keputusan 2 PRK nanti.dr situ Amanah hndklh memperkemas dan kenali kelemahan utk bergerak lbh jauh.sebagai parti yg baru tiada tekanan utk kalah dan menang...
Target biar logik..bkn ikut perasaan emosi..tiada hasil segera...perlu susah payah dan pengorbanan...

ini gerak kerja yg perlukan usaha tahap super.bkn pongpang2 tahap super...itu sape2 pon boleh...setakat jerit takbir...jebon..munafiq bla bla bla..modal air liur aksesori pakaian selang seli istilah arab blala bla..

So Amanah jgn dok wat ngok mcm tuh...bergerak ke hadapan walau berdikit2..tp mantap...insya Allah hasilnya bakal dituai..
bile?

Semuanya kepunyaan yg maha esa...
Yg penting siapakah yg teebaik amalannya semasa menempuh jln ke arahNYA

Tanpa Nama berkata...

dlm kita ghairah dgn prk, jgn lupa musuh2 yg berada dlm selimut kita. inilah masanya utk mengenal pasti pengkhianat2 yg tlh menyusup masuk dlm Amanah, menunggu hari utk digerakkan sptmn hadi dan azmin.

pengkhianat2 ini dpt dikenali dgn tingkah mrk. diserawak, azmin tlh menunjukkan wajah dia yg sebenar, yg penting diri dan utk menangkan bn. dahlah dua kerusi bagi percuma, dia sabotaj pula dgn letak calon bertindih dikerusi2 Amanah!

knp org melayu Islam suka khianat mungkir janji fitnah? adakah mati itu suatu dongengan?

Malaysiabaru berkata...

INFO YERBARU

NAJIB JAHANAMKAN UMNO DARI DALAM

NAJIB MAHU PAS MENANG KALAHKAN AMANAH

jahat sungguh konsipirasi Najib YaHadi

Tanpa Nama berkata...

Ada x blog rasmi amanah atau berita online amanah.senang nk baca apa2 info amanah

Unknown berkata...

HamPas kaPas melePas ... bingai... ulaq dlm semak.

Tanpa Nama berkata...

hadi .... bapa kehancuran perjuangan rakyat

Unknown berkata...

Mana parti oportunis pkr ni..?Tak support Amanah ke?