6 Mei 2016

[TERKINI] Serpihan Ditemui, Kisah Disebalik "Kehilangan" Helikopter AS350

TERKINI Serpihan helikopter hilang ditemui - Najib

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan yang dipercaya berpunca dari helikopter AS350 yang dilaporkan hilang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching pagi ini.


Manurutnya, operasi SAR telah bergerak dan dari maklumat yang diterima pada jam 9.50 pagi ini, pasukan itu telah menui serpihan yang dipercayai berpunca dari helikopter yang hilang itu.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.

Bagaimanapun, penumpangnya belum ditemui.

Najib berkata operasi SAR akan diteruskan sehingga badan utama helikopter dijumpai.

Perdana menteri berkata, segala usaha dan aset yang boleh digunapakai untuk operasi itu akan digunakan sepenuhnya.

Menjawab soalan media, Najib berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai nasib penumpang helikopter tersebut.

Katanya, di peringkat ini, pasukan SAR menemui serpihan helikopter dan tiada apa-apa mengenai penumpangnya.

Menurut perdana menteri penumpang helikopter yang hilang itu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya.

Turut menaiki helikopter tersebut ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kangsar, KSU kementerian berkenaan Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.






Ahmad Shabery sepatutnya menaiki helikopter yang hilang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tadi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang semalam, sekiranya rancangan itu tidak diubah pada saat akhir.

Menurut Berita Harian Online pagi ini, Ahmad Shabery berkata beliau sebaliknya telah diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Jabu meminta menteri itu menyertainya untuk menghadiri satu majlis di Bukit Saban sebelum pulang ke Kuching.

Manakala helikopter yang hilang itu berlepas Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa orang yang lain.

"Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong," Shabery dilaporkan sebagai berkata

"Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali," katanya kepada akhbar berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
-mk


ULASAN GB

GB belum nak ulas apa-apa kerana gerakan mencari penumpang helikopter masih berjalan.

Cuma GB teringatkan TRAGEDI SEMENYIH yang berlaku lebih kurang setahun yang lalu yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.

GB sudah memberi amaran dahulu:


Semasa itu GB mengulas:

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Dan kita berharap Tragedi Semenyih membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu.

Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

Dan apa yang GB jangka dan bimbangkan seperti yang GB tuliskan di atas berlaku lagi semalam!


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap2 lepas ini jet peribadi yang dinaiki Najib, Rosmah anak beranak pulak terhempas berkecai. Kau kena ingat Najib, doa rakyat yg tertindas insyaallah dimakbulkan.

Tanpa Nama berkata...

Naik heli guna peruntukkan parti atau kerajaan? Parti bayar atau rakyat bayar. Nak kempen utk parti. Klu di negara mundur ia dianggap sbg salah guna kuasa. Tp di Malaysia pemerintahnya Islam semuanya kira ok

abrarmujahideen berkata...

Ambil lah pengajaran. Talkin utk orang yg masih hidup. Bernafas ag kerana pinjam oksigen ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

GB, betul ke PAS dah pecat Dato Husam?

Tanpa Nama berkata...

Btul tu gb,dpt info husam kena pecat..kalau btl,Alhamdulilah cepat2 husam blh masuk Amanah...

Unknown berkata...

Bru dapat khabar dato' husam di pecat o jawatankuasa disiplin parti..

Tanpa Nama berkata...

Orang macam Najib tak paham apa kena mengena kejadian nahas dengan perbuatan dia. Tapi orang Jepun dan bangsa lain faham apa erti 'nasib sial' kerana kesalahan dia, orang lain yang terima akibatnya.

Mereka akan jawab ini semua ketentuan Tuhan. Ya betul lah ketentuan Tuhan tapi amaran untuk kamu. Awak tu pemimpin tak sama dengan kalangan orang biasa. Fikirkan lah berapa nahas yang telah berlaku semasa awak yang berkuasa.

Cuma kat laut yang belum. Itu pun dah dua kali kapal laut dilarikan penjahat. Dan berapa kes bunuh yang menjadi tanda-tanya kerana cerita nya berkait-kait.


Jangan anggap semua peristiwa yang berlaku semenjak Lahad Datu semasa Najib tidak memberi apa-apa makna.

Ini bukan nak bernujum tapi memang ada kaitan dengan Najib.

Ini lah pemimpin yang 'tidak di halalkan' memimpin negara.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Doa rakyat yang teraniya oleh Pemerintah yang Zalim akan Allah swt makbulkan.harap2 lepas ni Najib dan kompany pulak Jalan.bukan apa dah tak tahan Kezaliman yang Najib buat kat Rakyat Malaysia.

Malaysiabaru berkata...

Heli jatuh tak heran blaku pd umno

Tapi husam d pecat ramai heran dxan sedih

Unknown berkata...

Kita hanya mampu berdoa, yang lain peran cangan Allah.
Kalau Najib tak buat mesyuarat Kabinetn ya di Kucing,
mungkin mereka yang terlibat dalam nahas heli tu tak
berada di Sarawak. Tapi, memandangkan mereka sudah ada
di sana, mereka ambil kesempatan berjalan-jalan atau
berkempen untuk Najib. Kun Fayakun - jadilah, maka jadilah!
Inalilah bagi yang pergi tapi HIDUP PERLU DITERUSKAN.
Nampaknya ini memang perancangan Allah.
Kita akan menghadapi DUA pilihanraya Kecil Parlimen.
Satu di Sg.Besar, Selangor dan satu lagi di Kuala Kangsar.
Pilihanraya Kecil ini untuk uji market Jamal Ikan Bako
(kalau dia jadi calonlah) dan Najib1MDB.
Kita tengok sejauh mana Deklarasi Rakyat berkesan.
Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kota. Aminnnn....

Unknown berkata...

Talkin untuk pemimpin yg tegar membela kebathilan

Tanpa Nama berkata...

Doa hampa sebelum ini menimpa diri, semoga sedor diri!!

Tanpa Nama berkata...

Pemecatan Husam kita dapat lihat bebrapa hikmah.Husam tidak bersama dengan peminpin hulamak yang menyokong peminpin zalim.Husam dihindarkan dari kerajaan negeri Kelantan yang serba samar dalam kejadian tebang balak dan mungkin akan ajdi bala.Peminpin didikanAl marhum TGNA dibersihkan dari segala maki hamun dari kami pengikut pas bawahan ini.Lihat dan baca apa yanh Hadi merepek d Serawak tu .Hadi tak mahu DAP perintah Serawak dan mahu peminpin Islam tetapi calun Pas beragama keristian,pening ulamak2 pas nak kempen calun tersebut.mereka kempen suruh keristian menang ,kan gila namanya tu .penangan pil kuda.biul.

Unknown berkata...

Naik heli bawa laki bini siap bawa bodyguard lg..
Kos penerbangan bayar sendiri ke?

Tanpa Nama berkata...

Terbukalah hati2 Najib sekeluarga untuk bertaubat Nasuha. Hanya dengan taufik dah Hidayah daripada Allah s.w.t sahaja dapat menghindarkan kita dari terus dipimpin oleh pemaksiat dan penyekutu Allah ini yang telah rosak akhlak kerana Anutan Kefahaman "Cash Is King".

Unknown berkata...

Karung duit pasukan SAR ada jumpa x lagi..?mmm mesti juta2 ye.

faqqirulkhoir berkata...

Timakasih tuan blog kerana memberi sedikit nasihat dan ingatan kpd kumpulan terbabit, sunggoh pun pd zahirnya mereka macam tak ambil peduli... namun usaha harus diteruskan.

Pada pengamatan saya, peringatan demi peringatan telah dibuat baik dari pengajaran al Qur An mau pun dari ayat2 yg bulih ditadbir dari "kejadian 'alam"... semuga usaha tuan diterima kelak sebagai 'amar ma'ruf dan nahi munkar.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya arwah bawa sebagai peneman sbb dia tim menteri wanita pula..klau isteri kita brpangkat besar kna pula outstation tak bawa peneman..risau jugak kita..

Tanpa Nama berkata...

What do you think?