Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak
Sebuah helikopter yang dilaporkan membawa beberapa orang kenamaan telah hilang di Sarawak, dan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
Menurut Harian Metro, tidak ada hubungan dengan helikopter tersebut selama tiga jam.
Helikopter itu dalam perjalanan ke Kuching setelah berlepas dari Betong.
Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan, menurut Bernama.
Agensi berita itu melaporkan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.
Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.
Polis di Kuching juga dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu tidak lama lagi.
Mengikut maklumat belum disahkan, salah seorang penumpang adalah seorang timbalan menteri dan seorang pengerusi agensi kerajaan yang juga anggota parlimen BN.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang.-mk
Sementara itu maklumat yang tersebar di laman sosial memaparkan nama-nama penumpang helikopter berkenaan dengan gambar mereka. Belum dapat dipastikan kesahihan.

Timbalan menteri antara 6 VIP dalam helikopter yang hilang
Timbalan Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya Asmuni Abdullah adalah antara enam VIP yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak hari ini.
Empat lagi adalah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Ahli Lembaga Minyak Sawit Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun di samping pilot RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan kejadian ini dan berkata usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
"Kami sangat prihatin dengan laporan tentang helikopter yang hilang antara Betong dan Kucing. Usaha mencari dan menyelamat sudah digerakkkan. Mari kita berdoa untuk keselamatan mereka," tulis Najib dalam Twitternya.
Menurut laporan, helikopter itu terputus hubungan dekat Sebuyau kira-kira jam 5 petang hari ini.
Helikopter itu dipercayai dalam penerbangan dari Betong ke Kuching dalam misi membantu kempen pilihan raya BN di Sarawak.
Menurut The Star, Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman telah mengesahkan laporan itu dan berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
Noriah juga adalah ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.
Menurut Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, kali terakhir beliau melihat Noriah adalah jam 12.30 tengahari tadi di kawasan pilihan rayanya iaitu di kawasan Dun Bukit Saban.
Bagaimanapun beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan helikopter itu, lapor The Star Online. -Malaysia Dateline
8 ulasan:
Bila la nak dengar jet lanun bugis terhempas..
inna lillahi wa inna ilaihi rojiun
Kami doa mereka semua selamat....
Gambar siapa dalam heli tu?
Semacam je..
Boleh Nazri bertumbuk dengan Mahathir di Kuala Kangsar.
bagus
Janganlah kita sibuk hal orang kaya hilang ke mati ke. Itu diBaling khabarnya lebih 100 rumah rosak kerana ribut, tak kesihan ke. Rumah orang biasa, rumah orang kampung, bukan banglo, bukan ada insuran macam rumah menteri. Perabut beli sendiri bukan duit kerajaan. Kereta buruk kalau ada pun beli sendiri bukan kereta kerajaan. Mereka inilah patut ditolong sama ada muda atau tua. Tak kira bangsa. Bukan nak tolong orang nasionalis saja atau geng lebai saja. Buka minda dan berhati perut sedikit sebelum dibaham tanah!
Muga BN kecundang di serawak.
Catat Ulasan