5 Mei 2016

Kenyataan Presiden PAS Ini Akan Sebabkan Calon PAS Hiiang Deposit

Hadi: PAS mahu hanya bumiputera Islam perintah Sarawak

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.

PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.

Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.

“PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.


“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.

Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.

'PAS nak jadi penasihat'

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya menghantar 11 calon, bukan mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.

“PAS bertanding 11 kerusi (dalam PRN), kalau PAS menang 11 kerusi masih ada 72 kerusi ada lagi, PAS tidak boleh memerintah dengan 11 kerusi.

“Mereka nak 71 kerusi ambil ambil sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya disambut dengan sorakan ‘Allahuakbar’.

Hadi turut mengingatkan rakyat di negeri Sarawak bahawa PRN merupakan amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri supaya dapat didengari.

“Pilihan raya adalah beri kuasa pada rakyat untuk pilih pemimpin dia setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah tapi kita difahamkan pilihan raya ini adalah peluang dapat wang tambah poster, dapat duit.

“Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya,” tegasnya. -mk

ULASAN GB

Masing-masing boleh baca dan fikirkan sendiri tentang kata-kata Presiden PAS di atas.

Paling aneh beliau berkata mahu dipimpin oleh bumiptera Islam, tetapi di Dun Kakus, Clement Bayang, 56, calon Kristian yang diketengahkan.


Dari komposisi penduduk Sarawak, umat Islam cuma 32.2%, manakala Kristian 42.6%, Buddha 13.5%, Hindu 0.2% dan lain-lain 11.5% (sumber: Bancian Jabatan Perangkaan 2010)

Jadi bolehkah kita MEMAKSA untuk Sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam sahaja? Sama seperti Pulau Pinang, bolehkah PAS dakwa mahu Ketua Menteri bumiputera Islam sahaja? Memang patut pun PAS hilang deposit di Sungai Acheh.

Kalau begitu pergilah ke negara-negara yang majoriti bukan Islam seperti Thailand, Burma, Filipina dan lain-lain. Bagitahu rakyat sana hanya nak Presiden atau Perdana Menteri bumiputera Islam!

Dahulu dia hina rakyat Sarawak, katanya sebab masihg orang Iban masih pakai cawat, itu sebab tak undi PAS.



Dan tidak hairan juga mengapa pengundi-pengundi Sarawak menolak PAS seperti yang dilaporkan sendiri oleh portal prnsarawak pas sendiri.


GB yakin ramai calon PAS akan hilang depositnya di dalam PRN Sarawak 2016 ini. Jangan salahkan orang lain.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Klu hanya mahu bumiputra islam perintah, bubar pas masuk umno beramai-ramai lah.

Tak payah buat goblok ke-3.

Bagi walk-over pd umno lah dlm pru-14.

Jd penasihat sahajalah.

lelaki dicermin berkata...

Sebenar kalau ada cerita tuang presiden ni..kat skhabar ke atau di blog.. malas aku baca.. baca tajuk je..mèmang pendek akal.. mcm lah tak berfikir 11 calun bertanding tu..

Tanpa Nama berkata...




erti Islam yg luas itu ditafsir oleh yg kontot akal

Bila erti Islam itu ditafsir pd kulit, nama, bangsa,jubah dan serban

Bila erti Islam itu ditafsir dgn SYAHADAH2 yg kosong lopong serta buta pekak dan bisu terhadap apa jua yg mrk SAKSIKAN

Jk mrk benar2 ber SYAHADAH @ mnjd SAKSI keatas diri nabi..nabi SAW tak pernah membuat FITNAH hatta kpd musuh Yahudi yg jahat itu

Jk benar2 ber SYAHADAHkan nabi..nabi SAW totally mngharamkan rasuah songlap rembat @ MENCURI apatah lg hak awam sehingga berbillion2





Adakah ALLAH memandang kpd KULIT, rupa, nama jubah serban kamu itu?

Adakah ALLAH memandang SYAHADAH dan lafaz2 kalimat Arab bohong yg kamu ucapkan itu?

Bukankah ALLAH itu memandang kdlm HATI yg gelap, yg penuh dgn RAHSIA rembat songlap CURI atau RASUAH berjuta2 yg coba kamu sembunyikan?
Dan sbb itulah kamu sggup berbuat sgl onar khianat dan FITNAH!?

Bukankah tempat penipu pendusta MUNAFIQ(Islam KULIT) itu berada didasar yg paling bawah sekali ddlm neraka jahannam?

Klu org kapir dimasukkan kdlm neraka dgn khndak NYA, bgmn pula dgn yg berada di DASAR neraka jahannam yg paling bwh skali, jd sapakah yg tersgt2 hina disisi ALLAH?

Dasar yg paling bawah sekali ddlm neraka jahannam adalah sehina2 tempat MUNAFIQ kaki FITNAH, yg berdusta trhdp ALLAH dan ummah...dan "jenis" Islam apakah begini yg maseh kamu hajat kan utk memimpin, kalau bukan kontot dan GOBLOKnya akal kamu akibat bangkai UMPAN yg telah menjerut leher mu itu..



Tanpa Nama berkata...

Bahalol ini ingat kalau Perdana Menteri Islam dan Timbalan nya pun Islam dan yang lain-lain Menteri bukan Islam kira Malaysia di perintah oleh Islam. Macam itu fahaman dia...

Jangan kata setengah dalam kabinet yang bukan Islam cukup 5 orang sahaja, orang-orang ini akan mempertahankan Malaysia bukan negara Islam.

Kerajaan Sarawak tidak memerlukan penasihat dan yang perlukan penasihat cuma Najib.
1MDB tidak ada kena mengena dengan orang Sarawak kata Adenan, jadi tang mana jawatan penasihat ada kena mengena pulak dengan kerajaan Sarawak. Dah lah hidung tak mancung, pipi tak tahu malu...

Meletakkan calun Kristian adalah meletakkan pemimpin bukan Islam di kawasan itu walaupun Tuan Haji yang jadi Ketua Menteri. Macam-macam dia boleh buat di kawasan dia sendiri dan susah-susah dia tinggalkan sahaja parti.

Ketua ada berbagai-bagai peringkat dan tanpa sokongan dari Ketua-ketua tersebut termasuk bukan Islam, tak ada guna jadi Ketua yang memerintah.

Dia tahu tetapi lidah dia lidah setan kerana bagi dia hanya DAP sahaja yang tidak boleh diberi undi, parti lain yang bukan Islam boleh.
(PRK Teluk Intan)

Tanpa Nama berkata...

bilalah orang tua ni nak pencen...makin celaru fikiran, rasis pun sama. nak berpolitik tapi bodoh!

omar daud berkata...

Salam:

Kalau pakai theory Hadi,lingkup Malaysia dibuatnya.

Asalkan bumiputra islam:Jadi bapa penyamun tak apa.
Asalkan bumiputra islam:Bunuh orang tak apa.
Asalkan bumiputra islam: Jadi PENIPU bersiri tak apa.
Asalkan bumiputra islam:Negara hutang berbillion tak apa.
Asalkan bumiputra islam:Rakyat sengsara tak apa.
Asalkan bumiputra islam:Malaysia dah jadi negara caca-merba dgn pendatang asing.

aSALKAN Bumiputra islam: Fatwa hadi 1981 dah tukar jadi fatwa tiebow.

Hadi dah tiupkan semangat pada pengikut2 setianya dgn dasar prlembagaan parti PAS.Selalu kata orang tak ikut perlembagaan PAS ,TAK islam,kata orang Liberal.

Apakah Amalan Hadi ikut perlembagaan PAS,Boleh menipu dalam pemilihan muktamar??bolh tuduh orang itu dan ini tanpa sbarang bukti,seperti pil kuda??tetapi yg peliknya bila kena batang hidung najib (yg terang2 ada accont 2.6billion) nak saksi pula.Pengikut2 bawahan yg selalu ratib DAP (CHRISTIAN/jahat,nak hancurkan islam/rosakkan melayu).Tapi pelik lagi ajaib,boleh pula bersekongkol dgn DAP diselangor.Mana dia perlembagaan PAS di selangor..???BILA BAB "PERUT dan BAWAH PERUT" HABIS perlembagaan PAS KEMANA,QURAN PUN KEMANA?????

PAS adalah PARTI buatan manusia,sama sahaja dgn parti umno/pkr,dap,amanah dan lain-lain. PAS bukanlah agama.
Agama islam ,adalah agama direct dari ALLAH yg diturunkan pada nabi/rasul2 melalui wahyu(KITAB2/ALQURAN) terlalu mulia,hanya orang2 beriman dan berilmulah yg diwariskan,sebab mereka ikut cara nabi muhammad (Akidah/amalan),bukanlah islam yg di wariskan melalui cara parti PAS.BAGAIMANA ISLAM DI NEGARA2 LAIN yg tak ada PAS.Contoh yg ketara ialah islam pas di penang lain (taknak geng dgn dap),islampas diterenganu lain (tak boleh buat undi taK percaya),islampas di perak (support pula DGN UMNO),islampas dikelantan lain (boleh sapu balak),islampas di selangOr (boleh pula geng dgn dap),islam pas di serawak (boleh pula promote christian).AGAMA ISLAM ADALAH TERLALU SUCI TAK BOLEH BERUBAH-UBAH SEHINGGA HARI KIAMAT.

jELAS bila tak ikut cara nabi,orng2 islam yg mengaku lebih hebat dari alquran,kata perlembagaanya bagus.sehingga membela sipenyamun,sipembunuh,si zalim,rakan-rakan yg sama beriman pun dikata yg bukan2.

TAPI yg untungnya dalam PAS,PEMIMPIN2 DAPAT LABA.hADI ELLOWANCE SAHAJA LEBIH KURANG 100K SEBULAN.Itu sebab dia tak kisah ,dgn pengikut2 bawahannya, yg penting baginya mereka kena wala padanya,kalau tidak nanti dimurkai Allah.kerana tak taat pada ulamak.

Beristiqamah dgn islam bukan dgn parti.

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Dalam pentas politik Malaysia hari ini dan masa depan, Pas dah tidak ada tempat lagi dah... hanya tinggal ahli2 yang totok walaun sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul Tok Haji Hadi tak akan menghalalkan semua bukan islam Sarawak.

Tok Guru Agama Islam merangkap tim ketua ulama dunia dah Haji nama dia Hadi Awang hanya menghalalkan perasuah dan dia semestinya orang Islam yang pandai kutip derma masuk akaun sendiri.

بسم الله الرحمن الرحيم

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ; وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ; وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي ; يَفْقَهُوا قَوْلِي

Bribery means giving money to someone through whom a person takes something which he / she has no right to. For example: bribing a judge to get verdict in favour (wrongfully), or bribing an official to give him preference over others or to get other favours like allotment of a contract etc.

Bribery is a big sin in Islam. Allah says:

وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقاً مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“And eat up not one another’s property unjustly, nor give bribery to the rulers that you may knowingly eat up a part of the property of others sinfully.”

(Aayah No. 188, Surah Al-Baqarah, Chapter No. 2, Holy Qur’an).



Tanpa Nama berkata...

Nampak macam cerdik tetapi tidak bijak menggunakan bahasa ketika berucap.ikut sedap mulat aje dan menggmabrkan bahasa yang keluar dari mulut sama dengan wajahnya yang tak jernih seperti jenihnya wajah raut muka Al marhum TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Pengundi-pengundi Sarawak kena ajar pengundi-pengundi Malaya dan Sabah macam mana nak layan pas. Tentukan calun-calun mereka hilang deposit!!!. Kita tidak perlukan parti flip flop, tunggang langgang dan lidah bercabang. Inilah masanya rakyat Sarawak kena tunjukan bahawa orang mereng tidak layak jadi pemimpin negeri mahu juga pemimpin negara!!

Mat Bi berkata...

Ini soalan yang sama saya tulis didalam blog lain. Saya faham hujah TGHH tapi saya sedih, kenapa di dalam banyak2 parti yang bertanding di Sarawak, beliau hanya menyebut DAP. Apa beza DAP dengan SUPP, MCA dan bebagai lagi parti bukan bermajoritikan Islam di Sarawak?

Kalau DAP kalah semua dan SUPP, MCA dan sebagainya menang semua -- adakah TGHH boleh terima?

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Hadi Awang tidak berpijak di bumi nyata. Barangkali Hadi Awang tidak pernah membaca perlembagaan Malaysia. Hanya negeri-negeri yang mempunyai Sultan/ Raja atau Yang Dipertuan Besar sahaja yang menteri besarnya mesti orang Melayu dan beragama Islam. Tidak tercatat pula di dalam perlembagaan negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ketua menterinya mesti beragama Islam dan berbangsa Melayu (Bumiputera). Di samping membaca kitab-kitab agama, seseorang ulama yang berkecimpung dalam bidang politik semestinya membaca perlembagaan negara. Memang betullah peribahasa Inggeris menyatakan "seseorang itu terbukti kejahilannya apabila membuka mulut".

Kenyataan Presiden Pas bahawa "partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak. PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera". Kenyataan dangkal ini pastinya akan menimbulkan kemaharan di kalangan pengundi-pengundi bukan Islam di Sarawak. Hasrat Pas untuk melahirkan anak sulung (adun) tidak akan kesampaian. Anak yang dikandung oleh Pas Sarawak mengalami keguguran disebabkan keceluparan mulut presidennya. Paling aneh Pas Sarawak mencalonkan penganut Kristian Clement Bayang, di Dun Kakus. Sejak kebelakangan ini kenyataan-kenyataan Presiden Pas ini sukar untuk dimengerti. Kenyataan-kenyataan beliau sering bercanggah dengan kenyataan terdahulu dan terlalu sukar dipertahankan oleh barisan kepimpinannya. Ada ahli Pas yang berasal dari kampung pedalaman kata, "sudah sampai waktunya Hadi Awang bersara atau Pas akan lenyap dalam pentas politik Malaysia".

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi dah jadi apa sekarang ini.fikiran
kalut.tak berpijak dibumi nyata.suka
sangat jadi penasihat walaupun tak
dilantik.perasan boleh menang 11 kerusi
di sarawak.nak menang satu pun jauh
panggang dari api.dia sendiri tidak tahu
berapa peratus penduduj Islam di sara
wak.buat ceramah pun hanya sejumlah
kecil penonton yang hadir.cakap pun
tak laku.dun di terengganu dan parlimen
selalu ponteng.makan elaun haram.nama
saja ulamak.memalukan umat Islam.

nick berkata...

Dan untuk kesekelian kalinya, hujah bodoh keluar dari otak yang hanya berisi nafsu dan hasad. Inilah akibatnya apabila parti politik dipimpin oleh orang2 yang jahil tentang demokrasi. Bila orang bercerita tentang demokrasi, pimpinan PAS pun dok gah cakap mereka pun parti yang mengamalkan demokrasi. Tapi bila tang pemilihan masa Muktamar, demokrasi letak kat bawah bontot pimpinan PAS pastu kuarkan arahan agar pengundian mesti memilih calon2 yang ada dalam senarai "chai". Inilah contoh kepimpina "demokrasi terpimpin" yang Arwah P. Ramlee tunjuk sebagai "kemungkaran" dalam cerita 3 Abdul.

Pimpinan PAS menghalalkan segala kemungkaran dan ketidakadilan dengan alasan "demi kepentingan Islam dan melayu". Tipu pilihanraya, rasuah dan tindas adalah halal asalkan dibuat demi islam dan melayu? Inilah dia model "kepimpinan demokrasi terpimpin yang menuju kearah kesesatan". Pilih melayu islam sebagai pemerintah walaupun jahat, perosak dan penyamun. Ikutlah nasihat Hj Hadi dan Mesia boleh masuk dalam gaung! Tah sapa tah yang gelarkan mamat ni ulamak, den pun pelik!

Nick.
Cape Tiger.

Asrul Sani berkata...

Ehhh...sejak bila pula PAS diberi kuasa memberi sijil HALAL HARAM ni..... deyyy PODAHHH lu...lagi ada mabuk itu kuda punya pil ka...

Tanpa Nama berkata...

bagi yg mengaku diri tu ulamak pewaris Nabi.. tolong la wariskan akhlak nabi sekali.. jijik sungguh bila mengaku ulamak tp akhlak buruk

Tanpa Nama berkata...

Hadi guna ayat ayat al Quran yg sesuai dgn cakapnya . yg xselari dgn kata kata dia xgnakan . jadi dia ni hipokrit agama

Tanpa Nama berkata...


Jika Clement Bayang bertahan tanpa bantahan dan kritikan, di takdirkan menang lah dia di Dun Kakus, yakin kah bahawa kemenangan tersebut tidak dapat bantuan langsung dari orang kristian secara senyap-senyap terutama dari segi kewangan.

Mereka peduli apa dengan kata-kata Hj Hadi, bendera hijau bulat putih itu pun tidak memberi makna apa-apa kepada mereka. Janji kristian menang. Kena pulak itu lah satu-satu kerusi yang menang atas nama PAS.


Dalam Dewan dia wakil PAS atau wakil Kristian?

Tanpa Nama berkata...

Menurut firasat aku semua calon Pas Akan kalah hilang deposit..elok juga hadi terus sbg pesideng Pas sbb org Islam Akan nampak Lebih jelas perangai sebenar Pas..Sama juga mcm umno,next pru sama2 kita tolak Pas Dan umno...

Tanpa Nama berkata...

Parti PAS tidak ada tempat di Sarawak ..sorry to say.
Tambah lagi kenyataan angkuh si Hadi ni... Ancient Mariner

Tanpa Nama berkata...

Hmmm

Tanpa Nama berkata...

Lah... mudah je. Itu bahasa atas tinggi dia. Hj Hadi nak Adenan Satem terus jd Ketua Menteri Sarawak. Bukan ke Adenan Bumiputera Muslim?

Tanpa Nama berkata...

siapa dia? Apa parti dia? Tinggi kuasa sampai boleh "halal" Atau "tidak halal" seseorang sesesuatu???

Kita ni hidup di zaman gelap? Parti beragama atasi segala??

Ni betul beragama? Agama apa ???

Tanpa Nama berkata...

Ustaz hadi cuma jurucakap umno yg berserban. Bila dah berpeluk dgn perkasa, nada statement pun hampir sama - bumiputera Islam dan anti bukan Islam..

Abd Razak berkata...

Nampak gayanye bukan umno dahulu yg berkubur rupanye PAs... alahai tuang presedeng..

Tanpa Nama berkata...

Org mkn gaji haram mmg cakap mengarut je.

Tanpa Nama berkata...

Ini betul2 BODOH punya pemimpin. Hadi Bawang perosak PAS. Sekarang apa lagi Hadi mahu? Bubar sahaja PAS dan minta penyokong kamu semua masuk Umno. Mudah sahaja. Ini pemimpin yang betul2 bengong.

Saya sokong pemimpin bukan Islam daripada pemimpin yang mengaku depa Muslim tetapi perasuah, pembohong dan pembelit.

Hadi Bawang ni hanya layak jadi juru nikah kat kampung. Bukan pemimpin parti. Dia mungkin tahu ilmu akhirat sikit tetapi ilmu duniawi satu habok pun tak tahu.

Diberi Terengganu satu penggal lingkup, Diberi Kedah satu penggal lingkup. Sekarang nak tunggu Umno jemput depa bersatu...Sebab tu eloklah sekadar berbuih mulut kat Rusila tu beri ceramah kosong... sekadar tu sahaja kehebatan HAdi Bawang.....

Lembab betul pemikiran Hadi Bawang...

Tanpa Nama berkata...

THIS HADI GUY IS JUST STUPID..... REAL STUPID.

Pencolekhangek berkata...

Rujuk Tuan Tanpa Nama 05.05.16 10:55 PTG. What about plain stupid?

Tanpa Nama berkata...



U have overstayed your welcome.


Tanpa Nama berkata...

Antara sosok hadi dan anwar inilah bezanya...hadi dilihat dgn imej agama..manakala anwar imejnya tidak berjubah...tp jika dilihat, pemikiran dan akhlak yg hampir dgn semangat islam, anwar lebih jauh meninggalkan hadi..sungguhpun anwar tidak memberi ceramah agama,tp kehadiran beliau d pentas politik, idea beliau, kelihatan bijak dan ini bagus sbg seorg islam...kepimpinan beliau boleh membantu islam secara tidak langsung terutama pendekatan beliau thadap rkayat yg non muslim...pas melalui hadi hanya melaungkan islam mesti memerintah..tp anwar, membuktikan yg islam boleh memerintah melalui sosok anwar tu sendiri...jadi rkayat yg bijak akan memilih sosok anwar samada yg islam atau bukan islam..tp hadi?? habuk pun tarak...semua org islam nak islam memerintah...tp lihatlah sosoknya..kalau anwar sosoknya, org yg waras akn setuju..tp jika sosoknya hadi, dikuatiri islam terlihat lemah...yelah, belum jd pm pon dh ponteng...sok jadi pm, p candat sotong time negara banjir...