5 Mei 2016

Aisyah Gegarkan Sebuyau, Penduduk Beri Sambutan Luarbiasa Kempen AMANAH

Amanah bawa Aishah gempur Sebuyau, kehadiran luar biasa

Ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) di dua tempat di Sebuyau malam tadi menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan dengan kehadiran bekas penyanyi popular Wan Aishah Wan Ariffin di Kg Sawmill dan Kg Tungkah Melayu berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang malam tadi.

Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah lama tidak mendengar kelunakan suara biduanita itu selepas tidak lagi aktif menyanyi.


Selain Aishah, turut mencuri tumpuan malam tadi celoteh seorang lagi bekas peserta program realiti, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak.

Sementara itu, turut berucap malam tadi beberapa pimpinan Amanah termasuk Timbalan Presiden Salahuddin Ayub selaku Pengarah Jawatankuasa Induk bagi PRN Sarawak dan Pengarah Biro Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli.

Salahuddin ketika dihubungi berkata, beliau yakin peluang Amanah untuk menghantar anak sulung ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dapat direalisasikan melihat kepada sambutan positif terhadap Amanah setakat ini.

"Peluang bukan mudah. Seluruh petugas Amanah perlu bekerja kuat dalam tempoh dua hari lagi ini.

"Semoga sambutan terhadap Amanah seperti yang dapat dilihat di Sebuyau ini memberi motivasi kepada jentera untuk terus berkerja kuat," katanya.

Sebuyau antara lima kerusi yang didakwa dikategorikan sebagai 'kelabu' oleh Bilik Gerakan Barisan Nasional bersama-sama Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah). -malaysia Dateline
















6 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:


SYABAS AMANAH..kerana sekali lagi dapat mengumpulkan penduduk setempat >1k.

TIPS dan CHECK LIST Utk petugas2 Amanah LAST MINUTE:

1.Pastikan: ramai yg datang dengar ceramah DITERJEMAHKAN ka dlm PETI UNDI.
2. Petugas-petugas kena DOUBLE/TRIPPLE EFFORT Follow-up pengundi2 dgn alamatnya dan contact number sekali.
3. Jika budget sikit hanya focuskan pada 5 tempat sahaja.
4.Pastikan ketua PACA yg pegang borang 14,petugas yg takut tuhan.ataupun punya disiplin parti yg tinggi.

CHECKLIST
1. Sediakan keinderaan seberapa banyak yg mungkin,semasa hari mengundi.kalau boleh 500 kereta/motorsikal.tugas keinderaan mengangkut pengundi2,12 jam.jika 1 kereta boleh mengankut 5 pengundi dalam sehari..500x5 lebih kurang 2500 pengundi.ikut alamat yg diberi,pertugas sendiri menjemput pengundi jangan biarkan mereka terkial-kial terutama yg veteran.Pastikan yg conderong pada pembangkang diangkut dahulu.Pastikan petugas kita lebih awal dari ulat-ulat bulu BN.kERANA LAST MINUTE duit kopi akan diberi pada pengundi2 yg dikg2.uNTUK YG MELALUI SUNGAI SEDIAKAN BOT2 utk mereka,jgn biarkan ulat bulu BN berkeliaran disini.
2.Kenal pasti pengundi yg conderong pada kita tapi berkemampuan,biarkaNlah mereka berkeinderaan sendiri.Dapatkan info dari mereka,tentang sanak saudara,jiran2 dan kenalan2 yg mereka kenal mengundi ditempat yg sama.(TERLALU PENTING).
3.KEINDERAAN YG DISEWA BIARLAH DISEWA PADA ORNG2 TEMPATAN yg menyebelahi kita,mereka lebih tahu feel orang2 kg mereka.Hulurkan duit minyak,supaya mereka dihargai dan masa mereka tak terbuang begitu sahaja.pASTIKAN PENGUNDI2 TWO-WAY TICKET,MENGAMBIL DAN MENGHANTAR PULANG.
4.Pastikan pengundi yg dibawa,membawa IC, dan dihantar ketempat peti undi (sekolah yg betul).kalau kita ada computer tolong checkkan online SPR mereka mengundi dimana?.
5.mEMBERIKAN TAKLIMAT2 dan kata-kata motivasi kepada pemandu2/petugas2 yg nak angkut pengundi.Belanjalah mereka,sarapan, lunch dan apa2 yg patut.
6.Jia kita dah buat CULAAN semua penduduk setempat dalam masa seminggu dulu,BERMAKNA "half battle already WON".jIKA KITA TAK BUAT ANGGAPLAH INI SATU KELEMAHAN KITA,mana mungkin kita nak menang ,kita sendiri tak tahu,berapa ramai pengundi,berapa yg cenderong pada kita dan BERAPA penyoKong tegar BN.

BUKANNYA SENANG NAK LAWAN BN,yg mempunyai banyak KELEBIHAN,Walaubagaimanapun ,BN boleh dikalahkan jika kita tahu mengunakan manpower,resourses kita dan pengundi yg nak undi kita. SEDANGKAN bARCELONA YG HANDALPUN TEWAS DGN REAL ALTITICO MADRID....dgn mengunakan Man to man MARKING.
tECTIC INILAH YG DIGUNAKKAN PADA THN 1999, dimana dlm sejarah 2 dun umno tewas ditangan pembangkang.

sELAMAT berjaya.

JUST MY 2 CENTS.

Tanpa Nama berkata...


Kepada Petugas...

Cahaya telah kelihatan di hujung terowong.

Walaupun ketetapan ditangan Tuhan, ayuh teruskan gerak-kerja dengan lebih berhati-hati dan tersusun.

Beb, gua rasa macam tak percaya lah tetapi sangat-sangat happy.

Terima kasih dan terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Tudia.. mcm x mampu nak buat ja. Nampak mudah, nak laksanakan tu mmg payah. Jika payah, harapan nak menang pun susah.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua sbb Pas da tak bole pakai. Utk org sarawak....undi Pas aku rasa mcm undi umno sbb hadi berpelok dgn najib dah....

Tanpa Nama berkata...

B"end byk guna duit sbg gula2 dan janji2 projek yg belum pasti sbb duit pun tarakkkk nak bayar bunga pinjaman 1mdb tahun ni....

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAQIM...LURUS Di Baca
LURUS Mem Baca...HISAB dan ANGKA
Nombor dan ANGKA...TAK Menipu dan AUTA
Nombor dan ANGKA...Fakta-HISAB Dari Yg'ESA
Audit dan HISAB lah...Pengundi2 Dgn SEMPURNA
Audit dan HISAB lah...Sbnar7 Pengundi yg SOKONG Kita
Audit dan HISAB lah...Sbnar7 Peratus% Pengundi yg Kita Ada
Barulah Gerak Kerja AMANAH Itu...TAK BUTA Sia Sia
Dan Gerak Kerja AMANAH Itu..."SENYAP" Tetapi "Mengena"
Dan Gerak Kerja AMANAH Itu..."MIRACLE" dan TAK Perlu Glamor
Dan Gerak Kerja AMANAH Itu...Ada "MERIT"-Cekap-BerTENAGA
Krn AMANAH Itu...Audit-HISABnya-Teliti-HALUS-Peka




Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Semoga Sahabat...Bersatu HATI
Demi AMANAH...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Yg Penuh INTEGRITY
Kaseh Mem-BERI...Yg SUCI-Transparency
Kaseh Mem-BERI...Yg TAK Sklumit PentingDIRI
So "NAFAS"-AMANAH Itu...Mutlak Kpd ILAHI
Krn Kaseh Mem-BERI Itu..Sifat'MU-Ya-RABBI