4 Mei 2016

[VIDEO] Mahfuz: Selagi Najib Berkuasa Negara Rosak Rakyat Menderita

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatannya dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri Kedah tidak memperdulikan apa jua tindakan yang bakal mereka hadapi malah terus bersama di pentas Parti Amanah Negara malam kelmarin di dalam Gerakan Selamatkan Malaysia.

Mahfuz, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah mengakui dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Kempen Selamatkan Malaysia Malaysia Negeri Kedah yang berlangsung 1 Mei lepas di pekarangan Wisma Harapan Baru, Stargate, Kedah turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan


Program berkenaan telah mendapat sambutan luar dugaan dari rakyat pelbagai kaum dimana lebihkurang 10,000 rakyat Kedah membanjiri kawasan program berkenaan.

Mahfuz di awal ucapannya berkata, beliau berada bersama-sama di pentas Selamatkan Malaysia adalah demi kerana rakyat dan negara.

Sekalipun beliau pernah menerima kesan lansung daripada "kezaliman" yang berlaku di zaman lampau, namun ia tidak menghalangnya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir dan rakyat bagi mempastikan masa depan yang lebih baik.

Beliau juga menjawab persoalan siapakah Perdana Menteri selepas Najib diturunkan dimana beliau menyatakan ia akan ditentukan oleh 222 ahli parlimen yang akan mempersembahkan nama Perdana Baru kepada Yang Dipetuan Agong.

Beliau menambah selagi Najib berkuasa, negara rosak, rakyat terus menderita.

"Kalau ada orang mengatakan bahawa kita nak biar Najib kekal sampai cukup penggal, saya tak boleh begitu. Saya tidak bersedia bersekongkol dengan Najib mengkhianati negara dan rakyat. Saya tidak bersedia untuk membiarkan negara terus rosak dan rakyat menderita," katanya.

"Kita tidak boleh biarkan kemungkaran politik, kemungkaran ekonomi terus berlaku di dalam negara kita ini," tambahnya.

Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, Mohd Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan yang juga telah diberi surat tunjuk sebab telah meletak jawatan secara rasmi sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah pada 1 Mei 2016. Demikian tulis Setiausaha Parti Amanah Negara negeri Kedah, Sdra Aris Awang di dalam facebooknya.

Menurut Aris, pengakuan YB Nasir meletakkan jawatan tersebut dinyatakan oleh beliau sendiri di pejabat AMANAH Negeri Kedah ketika beliau ditanyai benarkah desas desus yang timbul itu.

Nasir dikatakan berada di pejabat AMANAH Kedah, di Wisma Harapan Baru, Bandar Stargate, Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan penganjuran Pidato Selamatkan Malaysia pada 1 Mei 2016 lalu.


5 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Setuju dengan YB Mahfuz Omar.

"Kalau ada orang mengatakan bahawa kita nak biar Najib kekal sampai cukup penggal, saya tak boleh begitu. Saya tidak bersedia bersekongkol dengan Najib mengkhianati negara dan rakyat. Saya tidak bersedia untuk membiarkan negara terus rosak dan rakyat menderita,"

Hadi Awang Ohhhh Hadi Awang ...
Dahulu kamu hebat dengan amanatmu..
Kini...kamu sudah terkulai layu dengan bisikannya...

omar daud berkata...

Salam:


Syabas Amanah "perintis gerakkan rakyat"

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz ni tgk Cara mcm condong ke Amanah tapi kenapa dia x masuk Amanah..begitu juga dgn usam..Kan Lebih elok dah Lebih Kuat Amanah dgn kehadiran usam dan Mahfuz

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik condong ke amanah, dari jadi barua umno, sering mengeluarkan komen/tindakan yg menguntungkn umno.Jangan bodoh berpolitik. jangan berpolitik kalau bodoh. kita lawan umno dan barua2 yg sokong umno.

Tanpa Nama berkata...

Betul juga kata Mahfuz, jangan kan sepenggal, sekiranya Najib diberi tempoh sebulan pun bermakna kita bersekongkol dengan Najib dalam hal kemungkaran. Lepas Najib di turunkan, semua orang jadi baik... macam tu, mana boleh !

Itu bukan bertolak ansur tetapi BERSEKONGKOL namanya. Itu sebab rakyat mesti lawan bukan tunggu sehingga dua tahun.


Yang PAS ini pun satu. Penglibatan Mahfuz dan Nasir ialah demi rakyat bukan kerana AMANAH. Tak kan pergi pejabat AMANAH pun dah di anggap salah, habis yang terang-terang dengan Najib yang songlap duit .... apa cerita? Kalau tidak mahu ahli PAS buat lah sendiri dan berkumpul sekali lagi di Taman Titiwangsa.

Jika Hj Hadi benci UMNO tapi tak benci ahli UMNO, apa lah salah mereka berdua yang tidak benci AMANAH tapi tetap bencikan UMNO.