18 Apr 2016

Selangor: AMANAH Wakili Pakatan Harapan Tanding Semua Kerusi PAS

Amanah akan tanding semua 20 Dun, 7 Parlimen Pas di Selangor

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.


Kata Izaham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru, mewakili Pakatan Harapan, apabila pakatan itu membuat keputusan.

“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.



Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

Amanah, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan Dun yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh Pas.

Peranan ini akan dilakukan sehingga keputusan akhir dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan.

Menurut Izham, baru-baru ini telah selesai semuanya secara rasmi penubuhan kawasan parlimen Amanah di Negeri Selangor, iaitu sebanyak 22 kawasan Parlimen.

“Saya telah hadir sebahagian besar menyuarat berkenaan di semua menyuarat itu di mana berjalan lancar dan sambutan daripada ahli sangat mengalakkan.

Nasihatnya, "perkukuh parti, tambah ahli, jaga akhlak sebagai parti yang berpaksikan Islam."

Semua ahli, katanya, mesti memposisikan Amanah sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif.

Kata Izham, Pakatan Harapan adalah satu-satunya alternatf kepada BN untuk memerintah negara ini dalam PRU akan datang.

Amanah kini turut membantu kempen calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dianggap beliau sebagai latihan ke arah persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan Demak Laut yang akan ditandingi kemungkinan besar ditandingi oleh Amanah, katanya. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

GB bersetuju dengan langkah AMANAH Selangor untuk bertanding di semua kerusi milik PAS.

Pertama kerana perjuangan dan pertempuran di dalam pilihanraya akan datang adalah diantara BN dan PH. Blok ketiga hanyalah "cicak menkarung" yang menyerupai biawak atau komodor, duduk di tengah-tengah yang sebenarnya adalah rakan karib UMNO BN.

PAS telah secara terbuka mengisytiharkan AMANAH sebagai musuh mereka. Malah Presiden PAS berkali-kali menyatakn AMANAH kononnya bukan saingan PAS. Ia perlu pembuktian dan pilihanraya akan menjadi penentu ukuran benarkah kata-kata Presiden PAS itu.

Ketiga, kata-kata sesetengah pemimpin PAS kononnya penyertaan AMANAH di dalam PRU akan memenangkan UMNO hanyalah kerana PAS sendiri yang merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran AMANAH.

AMANAH telah diterima oleh rakan-rakan di dalam PH yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS. Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu, iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN. PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS malah membentuk blok ketiga.


VIDEO BERKAITAN

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mantap.... sy sokong..

Tanpa Nama berkata...

Pas parti yg tiada matlamat..penuh pembohongan..sepatutnya pas dibubarkan dan dijadikan pertubuhan sekolah pondok di terengganu kerana org terengganu taksub sgt dgn pas.

Unknown berkata...

Bukan di Selangor saja bahkan di semua kerusi di mana PAS bertanding Amanah kena lawan. Serah kpd rakyat membuat pilihan yg tepat.

Mostachios berkata...

Berita baik... go Amanah go.. kita pasti yg parti lama akan garuk kepala yg tak gatal..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah....Amanah boleh.


Tanpa Nama berkata...

terbaik..
Pas sendiri yang nak bersama dengan UMNO, sebab tu suka dengan 3 penjuru..
Statement drp pimpinan Pas sekarang ni pun cenderung kpd UMNO..

So, mmg layaklah Amanah tanding semua kerusi Pas..bila ambil kira keadaan Pas sekarang ni yang dah tunggang-langgang.

Unknown berkata...

Bagus. Kalau Amanah Selangor mahupun Pusat sudah berkata begitu....semoga,terus mara ke hadapan...tunjukkan dan buktikan...bahawa Islam Amanah adalah Islam yang insklusif dan betul-betul peduli Rakyat.berpaksikan Islam yang rahmatan ill alamin.

Pesanan: Jangan pula...apabila sudah menang, buat perangai...makan gaji buta...ponteng dan duduk diam sahaja dalam dewan rakyat.

Unknown berkata...

Bukan sahaja di Selangor malah Amanah WAJIB tanding smua kerusi PAS di seluruh negara.

Tanpa Nama berkata...

Bagus tindakan Amanah...jgn pedulikan apa pas nak kata, pas bukan sebahagian drp Pakatan Harapan pun...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah; Go AMANAH GO!

Unknown berkata...

Terbaik dari jemaah amanah...

air gunung berkata...

Terbaik.
Keputusan jelas telus.
Memudahkn ahli n penyokong bergerak.
Pls dont kluk klek yer.

So apa lg..
Mender dah jelas.
Wat kerja laaaa..
Santuni pengundi rakyat setempat.
Bnykkn kerja kebajikan berterusan.
Aktiviti kemasyrakatan
Gotong royong bersih rmh org miskin,kg,masjid,yg sakit diuruskan..jenazah dll..
Go amanah go.
Jgn lupa..parti prlukan wang utk brgerak.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik! Jangan baik pas dan unmo menang free. Mereka memang satu Geng

Tanpa Nama berkata...


Seru YB2 pas d selangor keluar parti dan masuk Amanah bila parlimen dan dun dibubarkan.

Klu tidak, habis hilang wang deposit. Sendiri yg tanggung.

Harap korporat dan professional boleh sponsor Amanah.

Sekian, terima kasih.


Tanpa Nama berkata...

PAS JIKA TAK MAHU BEKERJASAMA DENGAN PH ATAU AMANAH MAKA AKAN KALAH TERUK DALAM PU14 NANTI. ELOK AMANAH BERTANDING SEMUA KERUSI PAS DI SELURUH NEGARA, TERMASUK KELANTAN. KELANTAN SUDAH LEMAS SEKARANG DENGAN PEMIMPI PAS YANG LEMAH... DAH JADI MACAM KEDAH DI BAWAH PAS PENGGAL LEPAS. TERENGGANAU, JANGAN HARAP HADI BAWANG BOLEH MENANG.... DENGAN SIKAP MULUT CELUPAR ULARMAK DAAM PAS, RIWAYAT PAS HAMPIR TAMAT. TERUS AKAN MENJADI PARTI DINASOR... PARTI KOLOT YANG ENTAH APA HALA TUJU.

INSAFLAH WAHAI PAS.... TOLAH BAWANG AWAL-AWAL LAGI DAN BERSATU DENGAN PH SEKARANG.

Tanpa Nama berkata...

klau blh semua kerusi yg pas tanding amanah pun tanding juga biar pas berkubur sbg sebuah parti

Tanpa Nama berkata...

Jgnla diselangor shj.disemua negeri amanah mesti melawan pas/umno...perangi musuh abis2an

Unknown berkata...

sALAM

Go..go Amanah:YOU'LL NEVER WALK ALONE.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,,,
LKS kelihatan seperti belangkas dengan Mahathir sepanjang siri jelajah Selamatkan Malaysia dan tidak kedengaran langsung mengeluarkan komen mengenai desakan peserta jelajah agar Mahathir turut sama mengambil bahagian dalam desakan membebaskan DSAI, LKS membisu seribu bahasa dengan apa yang Mahathir sebut mengenai DSAI.

Apapun tujuan saya menulis kali ini bukan mahu mengupas mengenai respon LKS terhadap Mahathir dalam kes DSAI tetapi ingin mengajak pembaca semua mengimbas kembali kepanikan LKS ketika Hudud diusahakan untuk dilaksanakan di Kelantan.Ketika ini kalau pembaca semua masih ingat LKS menawarkan Najib dan Umno untuk UG bagi menyelamatkan Malaysia dari hudud dan Islam.LKS jadi panik dan takut kepada hudud dan Islam sehigga mengambarkan negara akan hancur kalau hudud dan Islam diaksana dan diamalkan mengikut acuan sebenarnya.

Bayangkan saudara saudara sekelian, seandainya Najib menerima tawaran LKS itu dulu, hari ini LKS sudah pun jadi menteri penuh, mungkin menteri ugama yang berkuasa menentukan ugama mana yang boleh diamalkan dan ugama mana yang tidak atau perlu dimodifikasi mengikut kehendaknya.Mahathir tak akan ada peluang untuk menyelamatkan Malaysia kerana LKS sudah tidak kisah dengan 1MBD atau wang 2.6 billion yang masuk ke akuan Najib.Yang penting Negara sudah dapat diselamatkan dari hudud dan Islam.

Tetapi kerana Najib tidak berminat dengan tawaran UG LKS, LKS beralih untuk mencapai 2nd best, teorem dalam ekonomi kebajikan yang satu ketika dulu pensyarahnya di UM ialah Ghani Osman, bekas MB Johor yang tewas kepada LKS dalam PRU 13 yang lalu. Mengikut teorem ini dari kacamata LKS, kedudukan paling ideal untuk negara ialah kedudukan tanpa Islam dan hudud, tetapi oleh kerana ianya tidak boleh dicapai, maka kedudukan 2nd best ialah mencapai kedudukan ekonomi tanpa rasuah lalu LKS bersetuju jadi belangkas kepada Mahathir untuk menyingkirkan Najib yang tidak mahu menerima tawarannya dulu.

LKS masih berharap untuk mencapai kedudukan ideal dalam negara tanpa hudud dan Islam sesudah Najib berjaya disingkirkan dan diganti dengan pemimpin Umno yang lain yang tidak rasuah, tidak menipu dalam PRU sehingga PRU 14 nanti.itu harapan LKS dan lain lain pemimpin PH yang turut sama menjadi belangkas kepada Mahathir.Mahathir menjadi harapan untuk memilih pengganti Najib yang menolak tawaran LKS dulu.

Inilah yang didakwa Amanah atau PAN, LKS setuju mahu hudud dilaksanakan apabila berkuasa nanti.Kata budak tadika. malam

Tanpa Nama berkata...

Kalau yang di Sarawak PAS minta campurtangan PKR/Azmin takkan lah di Selangor PAS tidak merayu minta PKR menasihati AMANAH.

AMANAH bertanding di kesemua kerusi PAS atas keputusan PH dan jika Azmin jadi wakil PAS maka Azmin mesti melalui Kepimpinan PH bukan atas Kerajaan Negeri Selangor.

Jika biarkan PAS sahaja yang bertanding sendirian sama lah juga UMNO berlawan tanpa musuh. Banyak akibatnya, jentera akan di pindahkan ke kawasan PKR atau DAP, pengundi antu tidak di perlukan dan yang paling dahsyat PAS entah apa gila serang PH melalui AMANAH bukan nya UMNO !

AMANAH telah membuktikan berpihak kepada rakyat dalam membangkitkan isu-isu rakyat.

AMANAH perlu istiharkan pintu rundingan dengan PAS telah tertutup. Melainkan PAS sanggup berunding terus dengan PH.

Tanpa Nama berkata...

salam kawan2 sekelian. marah macam mana pun kita. tak usahlah kita menggelar dan mengungkapkan momokan yg tidak baik pada mereka. tegurlah mereka dgn hikmah. bukankah kita duk canangkan Islam rahmat utk semua. jadi walaupun kita ni bukan ustaz atau pak lebai. tapi tunjukkan akhlak kita lebih baik dan lebih molek dari mereka. ustaz, pak lebai juga ulamak belum tentu pasti masuk syurga. kerana syurga bukan milik mereka. setiap manusia akan diuji. ini ujian buat mereka. mungkin kini mereka sedang hanyut dan lemas dlm ujian. jadi sebagai saudara se Islam, kan lebih baik kita bantu utk mengingatkan mereka dan menyedarkan mereka kembali. hulurkan tangan dan tali supaya mereka dapat berpaut. tak usah putus asa. sbb itulah apa yg kita lihat pemimpin2 amanah buat semuanya demi nak sedarkan kekhilafan mereka. walaupun marah, tapi sayang mereka masih ada. ibaratkanlah jika kita sbg anak pilih amanah dan tapi ayah kita pilih Pas. sanggup ke kita anak beranak nak gaduh dan gelar bapak kita mcm2 hanya kerana sudah berlainan parti. bapak pula sanggup ke nak gelar anak mcm2 pula. oleh itu berpesan2 lah dgn penuh hikmah. mungkin kita bukan seorg ustaz, tapi ia tidak menghalang kita utk beramal dgn amal kebaikan yg lebih hebat dari seorg ustaz. kerana contoh dan idola kita adalah nabi Muhammad saw.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik saya sokong. Dulu hijau Sekarang oren - Johor

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha tok lebai pas mula melatah dah ! Heran betul dah pernah kena tutuh umno masih mahu sokong pasti kena sogok ?

Tanpa Nama berkata...

Dok tunggu lama dah pendirian mcm ni...Amanah sudah perlu kena brtegas kerana parti agama tu tak sahut salam..biarkan mereka dgn ego dan sombong mereka....

Usop ali berkata...

terbaik....biarla tuang presideng berkawan ngan presiden umno...nampak molek.....

Pencolekhangek berkata...

Berita terbaik setakat ini dari Amanah. Teruskan perjuangan membela rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sokong Anom 5.05. Gerak kerja Amanah utk Islam dan rakyat. Jaga akhlak kita. Gane-gane pun DUN Ladang, DUN WKF Mempelam & DUN Batu Buruk & P K.Trg pun kite mahukan Amanah. Biarkan Pas berdakwah di masjid surau utk memenangkan BN.

Tanpa Nama berkata...

Awak merujuk kepada komen yang mana satu ?

Jika tidak,awak bukan berdakwah atau menasihati, tetapi membebel !

Tanpa Nama berkata...


Hidup Lim Kit Siang !
Hidup Lim Kit Siang !

Jangan nak membongok lah kat sini.

Dari awal semua tahu PAS kena tipu dengan UMNO.

Satu usaha yang baik ...cuba lagi !

pemuda parit kings berkata...

W.salam tuan tanpa nama....hahaha...jgn jadi bebal wahai tuan tanpa nama...setakat LKS punya isu tak payah sembangla...dari dok bersekongkol dgn UMNO...baik sokong LKS...setidak2nya...ada juga semangat nk menjatuhkan UMNO dari dok makan dedak dan wala' tak tentu pasal!!!jgn la nk membodohkan diri dan menghalalkan cara....bijak sikit dlm nk melontarkan satu2 isu...parti PAS ni dah basi la...boleh blah la...

pemuda parit kings berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...buat rakan2 dlm PH...saya menyokong penuh buat Amanah sekiranya bertanding disemua kerusi parti PAS...jgn bagi muka dan ruang buat PAS...biar PAS sedar akan ianya sudah lemah...yg sudah biar sudah...yg da diludah jgn dikenang...biar PAS dgn cara mereka...yg penting kita harus membuktikan yg Amanah akan terus maju dgn imej Islam...lantak pi la PAS nk buat apa...usah dilayan...semak mata memandang...lagi semak klu pemimpinnya berkata...wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Strategi macam ini lebih selamat dari main tarik tali dengan PAS.

Walaupun kalah puas hati dari kena 'kencing' masa penamaan calun.
Kalau penyokong AMANAH 'ganas' macam dia orang boleh lah 'mengamuk' masa hari itu.

Satu ketika dulu samseng UMNO meng'ganas' pada petugas dan penyokong PAS, kini giliran PAS pula meng'ganas' bukan pada UMNO tetapi pada saudaranya sendiri iaitu AMANAH. Ini lah apa yang di maksudkan PAS kuat.

Kita pernah melihat penyokong UMNO dengan penyokong PAS bertegur sapa tetapi percaya lah tidak mustahil abang adik kita dalam PAS berani menyapa kita walaupun hati mereka ingin menyapa kita pada penamaan dan semasa berkempen.

Ini mesti di elakkan. Jika dibiarkan ini bermakna AMANAH di terima sebagai sebuah parti yang mana Hj Hadi berusaha perkara tersebut tidak boleh di benarkan sama sekali.

Tanpa Nama berkata...

Amanah sila bertanding di terengganu..aku anak muda parlimen marang dh bosan sikap pas...lg2 dun pengkalan berangan.kalah takpe..perkenalkan diri..

Tanpa Nama berkata...

Parti siku dan lutut dengan pimpinan tangkap muat hanya akan memecah bekahkan umat. Percayalah..Ancient Mariner.