19 Apr 2016

TGNA Tegas Mahu PR Di Perak, Bukan PAS-UMNO/BN

Tubuh k'jaan bersama DAP walaupun Pas tak jadi MB, pesan Nik Aziz

Pesanan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Pas Perak menubuhkan kerajaan bersama DAP walaupun Adun Pas tidak terpilih sebagai Menteri Besar masih kekal dalam ingatan Ustaz Ahmad Awang.

Pada ketika itu, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ialah Mursyidul Am Pas manakala Ustaz Ahmad ialah Pesuruhjaya Pas Perak.

"Saya teringat pada malam saya sebagai pesuruhjaya Pas di Perak pada Mac 2008 berpakat dengan sahabat-sahabat dalam Barisan Alternatif. Kita berjumpa dan berbincang termasuk dengan DAP, kita bersetuju untuk membentuk kerajaan kerana ada persamaan. Dalam kempen kita kata akan jatuhkan dan gantikan pemerintahan BN yang zalim.


"Kalau Pas hanya dengan enam kerusi tak boleh bentuk kerajaan. PKR dengan tujuh kerusi tak boleh ubah kerajaan. DAP 18 kerusi pun tak boleh ubah. Tapi bila tiga parti bergabung, kita boleh ubah kerajaan. Kita buat keputusan untuk bergabung untuk ubah kerajaan," ujarnya dalam wawancara bersama akhbar Amanah, suara rasmi Parti Amanah Negara, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Ahmad, walaupun pemimpin Pas, DAP dan PKR negeri bersetuju agar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar, namun DAP negeri khuatir calon daripada Pas itu ditolak oleh pemimpin DAP kebangsaan.

Jangkaan pemimpin DAP negeri itu ujar beliau tepat dan DAP kebangsaan menolak Nizar sebagai calon Menteri Besar.

"Tok Guru Nik Aziz ingatkan saya tentang perjanjian Hudaibiyah. Beliau pesan kalau Datuk Seri Nizar tak jadi menteri besar pun, dan tak ada siapa dalam Pas yang jadi menteri besar dalam kerajaan yang nak dibentuk, teruskan tubuhkan kerajaan dengan DAP. Itu yang beliau pesan," ujarnya.

Malah tambah beliau, Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan Naib Presiden Pas ketika itu, Husam Musa datang ke Perak bagi menyokong pembentukan kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR.

"Tapi saya dapat panggilan daripada seorang pimpinan Pas pusat minta kaji keputusan itu supaya boleh bentuk kerajaan dengan Umno-BN di Perak. Bagaimanapun Tok Guru Nik Aziz pesan teruskan tubuh kerajaan dengan DAP hatta Pas tak jadi menteri besar. Itulah dia tahaluf," ujarnya.

Menurut beliau, episod politik yang berlaku di Perak pasca pilihan raya umum ke-12 itu menunjukkan keperluan memahami waqi’ dan keutamaan.

Sehubungan itu, Amanah menganjurkan siri-siri perbincangan berhubung maqasid syariah melalui program Nadwah Ulama Lil Nahdhah Jadidah (Nunji) bertujuan mengembangkan pemahaman fiqh kenegaraan di kalangan aktivis parti.

"Macam mana cara untuk kita melaksanakan perjuangan. Dalam konteks negara yang berbilang kaum kita ada 'fiqh muatanah' berkaitan kewarganegaraan. Dalam konteks zaman dahulu kita hanya baca kafir harbi dan kafir zimmi," ujarnya.

Ustaz Ahmad menambah, politik memerlukan pendekatan yang bijaksana sebagaimana Rasulullah s.a.w. tunjukkan di dalam perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada tahun ke-6 Hijrah.

"Dalam teks perjanjian damai yang dimeterai itu bila nabi sebut Muhammad Rasulullah mereka tak mahu. Mereka suruh letak Muhammad bin Abdullah dan nabi setuju. Sepatutnya nabi masa itu boleh bertegas. Sahabat waktu itu tidak bersetuju tapi nabi kata tak apa. Inilah yang dikatakan strategi.

"Bismillahirrahmanirrahim... awal-awal lagi Suhail bin Amru (perunding Quraisy) kata mereka tak mahu Ar Rahman dan Ar Rahim. Banyak lagi perkara. Tapi di sinilah Rasulullah s.a.w. mengajar taktik perjuangan bagaimana cara kita nak menjayakan satu-satu pakatan kerana di sebalik pakatan itu kita akan dapat peluang," jelas beliau.

Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa di sebalik perjanjian damai dengan kafir Quraisy, nabi boleh memggiatkan usaha dakwah dan satu demi satu pemimpin Quraisy memeluk Islam.

Menurut beliau, pemahaman terhadap maqasid syariah membezakan Amanah dengan parti-parti Islam lain di negara ini.

Wawancara penuh dengan Ustaz Ahmad disiarkan dalam akhbar rasmi Amanah keluaran terbaharu. -Malaysia Dateline


VIDEO BERKAITAN

8 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Aku nak sape yg khianat mase tu..skrg pun parti da laen

Tanpa Nama berkata...

Memang bangang

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi jadi barua umno.tak serik kena
khianat dengan umno masa jadi mb
terengganu.royalti dibatalkan.penyokong
pas dinafikan duit dana.hj hadi ni ngong

Timnajib Jomfikir berkata...

Hadi Awang oohhhh Hadi Awang...hang kata aje...dah berjuang dalam politik berpuluh2 tahun...Tapi, akhirnya ke UMNO juga jodohmu.

Hampeh punyer Pejuang!

pemuda parit kings berkata...

Semoga Allah merahmati perjuangan parti Amanah...ameenn...

Tanpa Nama berkata...


Jadi di mana pemimpin AMANAH yang di tuduh sebagai anjing DAP dan barua DAP?

Rasanya tidak ada se orang pun pemimpin AMANAH yang berani buat keputusan seperti TGNA. Mungkin yang terkejut dan bimbang lagi ramai.

Saya sendiri yang bukan anti DAP ada keraguan dengan cara TGNA yang sanggup membentuk kerajaan bersama DAP walaupun Menteri Besarnya bukan dari PAS.

Ahli PAS Perak yang masih bersama-sama PAS yang di pimpin Hj Hadi nilaikan lah setiap tindak tanduk dan kata-kata pemimpin untuk melihat pihak mana yang benar.

pemuda parit kings berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 dari PH...saya disini ingin mengingatkan skali lagi bab sejarah pimpinan yg lama bersama parti PAS ...ahli dan penyokong yg baru dlm PAS x kenang dan ingat pun dgn org lama PAS ...malah dihina serta dikata...adakah ini membuatkan PAS matang???sebaik2 mana pun pemimpin PAS yg dulu...xkan disanjung ahli PAS yg ada skrg...biar pun sedih hancurnya PAS ...namun ianya tiada gunanya lagi...sebagai pengikut TGNA...saya xkan ragu2 dgn keputusannya dlm isu MB Perak...malah akan berdiri teguh bersama didikannya selaku contoh yg terbaik buat kita semua...hidup Amanah!!!Amanahlah yg pertama perluada dlm diri kita semua....

www.nasharrawy.blogspot.com berkata...


https://www.youtube.com/watch?v=zEMjUcGC0lM … BANTU KEMENANGAN AMANAH ( PH ) DI PRN SARAWAK DENGAN SUMBANGAN ANDA DEMI MEMBELA RAKYAT!DENGAN IZIN DIA http://www.nasharrawy.blogspot.com

SALAMUNQAULAMMIRRABBIRRAHIM !/19.4.16; di perak 2008; 2H mahu UG pas -umno; nik aziz mahu kerajaan tahaluf pakatan rakyat!; Nash Ar-Rawy @Adnanrawa 6m

6 minutes agoView translation

http://malaysiadateline.com/.../2223-tubuh-k-jaan-bersama... … Tahun 2008, 2h mahu kerajaan UG umno-pas pk tapi nik aziz mahu kerajaan tahaluf pakatan rakyat; http://www.nasharrawy.blogspot.com

PERTUALANGAN DI DALAM PERJUANGAN BULAN ;youtube.com/watch?v=hZUA1sN2WoM … … TREACHERY OF D HIGHEST LEVEL !! UG ( " MELAYU ISLAM " WITH UMNO!) ;NOT ISLAM ISLAM !!http://www.nasharrawy.blogspot.com

Nasharrawy Rawaan ·
https://www.youtube.com/watch?v=1aGoRI0QJqc...MAJLISSHURA ULAMAK KHIANATI ALMARHUM TOK GURU !www.nasharrawy.blogspot.com

Nasharrawy Rawaan ·
PERANCANGAN JAHAT MUSRSHIDUL AM BULAN SEKARANG!! ;http://www.harakahdaily.net/.../40354-himmah-lambang... … ;http://www.harakahdaily.net/.../40359-prn-sarawak... … PEMUDA BULAN DAN GENG USTAZ SUBAHAH DGN PETUALANG;https://www.facebook.com/Sahabat.DSNizar/?fref=ts… … www.nasharrawy.blogspot.com

PERANCANGAN JAHAT PRESIDEN BULAN MAHU BERGABUNG KERJAAN DENGAN KERIS TELANJANG PADA 2008 ! MENIPU RAKYAT DAN PENGIKUT BULAN ! TIADA AMANAH DALAM PERJUANGAN ISLAMIS ! JANGAN JADI PENASIHAT MUSUH PADA PRU14! DENGAN BLOK GOBLOK BONEKA KERIS TELANJANG! ELOK MASUK UMNO AJA DARIPADA JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI; PRESIDEN BULAN JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON MUSANG BERJANGGUT " 2H" DALAM PARTI; https://www.youtube.com/watch... … http://www.nasharrawy.blogspot.com