9 Mac 2016

[VIDEO] Mukhriz: Najib Akui Belanja RM1.5 Bilion Untuk PRU13

Najib akui BN belanja RM1.5 bilion untuk kempen PRU13, dedah Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan satu perjumpaan Pengerusi-Pengerusi Umno Negeri dengan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mengakui telah membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu daripada derma RM2.6 bilion yang diterimanya.

Dalam majlis tersebut Mukhriz telah bertanya mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebaliknya Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyampuk.


"Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan pengerusi- pengerusi Umno negeri dengan presiden parti. Saya hadir sama dan semua pengerusi perhubungan pun ada sama.

"Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agung Ku Nan pula yang menyampuk (bila) presiden tak jawab.

"Dia (Ku Nan) kata sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

"Tiba-tiba presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya (Najib) pada PRU13, kita telah belanja RM1.5 bilion!

"RM1.5 bilion! Saya terkejut bila saya dengar presiden kata begitu, sebab saya kata 1.5 bilion dan kita kalah tujuh kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12 banding zaman Pak Lah dulu," ujar Mukhriz menjawab balas jawaban Perdana Menteri.

Menurut Mukhriz lagi Ku Nan pernah berkata kepadanya, "dia orang muda".

"You tahu apa, you orang muda lagi. Dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah.

"Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah," balas Mukhriz kepada Ku Nan dalam pertemuan tersebut.

Justeru kata Mukhriz lagi beliau mula mempersoalkan ke mana jumlah RM1.5 bilion itu digunakan.

"Saya duk fikir balik 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan.

"Dulu kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang 2/3.

"Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan RM2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab, kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik kat Arab tu?" soal Mukhriz.

Malah kata Mukhriz lagi, "daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka ni semua tak betul.

"Bohong punya bohong dah jadi bertimbun-timbun, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100% tak betul," kata Mukhriz.

Ucapan Mukhriz ini dipetik dalam satu blog pro-Mukriz hari ini ketika beliau berucap dalam satu majlis bersama Ketua-ketua Cawangan dan ahli Umno sekitar Kota Bahru semalam.

Blog itu menyebut selama ini rakyat didedahkan dengan derma RM2.6 bilion kononnya telah dipulangkan RM2.03 bilion kepada penderma yang membawa maksud Najib hanya berbelanja RM600 juta sahaja.


Dengan pendedahan Mukhriz itu menunjukkan Umno-BN telah membelanjakan RM1. 5bilion untuk PRU13.

Angka ini membawa kemungkinan Perdana Menteri menerima derma lebih daripada RM2.6 bilion seperti apa yang didedahkan Mukhriz.

Jumlah RM1.5 bilion itu seolah-olah selari dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa jumlah dana yang disalurkan ke akaun peribadi Najib telah meningkat daripada angka asal USD681 juta kepada USD1 bilion. -Malaysia Dateline

10 ulasan:

pemuda parit kings berkata...

Dah memang terang da...x payah citer...semua dah tau...x guna sembang...memang umno kurapsi Dan tak boleh pakai!!!

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz.. agak baik mendedahkan kepada umum, mukhriz sedang cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang bersih dan mungkin paling bersih dari BN, maaflah.. kali ini BN .. tinggal nyawa ikan..

Kebencian ke atas korupsi kerajaan pipmpinan najib meluap2, rakyat sudah bosan... nak jadi hero sejati sertai PH, selamatkan Malaysia secara total.

Unknown berkata...

Salam

Pelik bin Ajaib, orang umno dan Najib sendiri mendedahkan duit berbillion masuk dalam account Najib, Tetapi pemimpin2 PAS, yg mengelarkan diri mereka so called ulamak, boleh buat "TERKEJUT BERUK" dan kata tak logik, yg sorang lagi kata kena ada 2 orang saksi. Tak cukupkah bersaksikan Ku Nan dan Mukhriz.


sedih dan cukup sedih kawan setia mereka mereka merengkuk di penjara dilupaakan begitu sahaja.Takkanlah Hadi disebabkan Najib membayar hospital 1st class kamu di turki dan melawat kamu dihospital, tiba2 umno telah menukar dasar perlembagaan mereka.
yang mana satu penting menentang kemungkaran atau berbaik-baik dgn sipembuat kemungkaran terang2 didepan mata. Nabi Musa pun dipelihara diberi kemewahan oleh Firaun,tapi nabi Musa tidak mengambil faedah dari firaun bila arahan tuhan suruh menentang firaun yg membuat kemungkaran.
Apakah definasi kemungkaran bagi kedua-dua ulamak ini???songlap 500usd duit scorpion bukan kemungkaran?menginiaya rakyat dgn GST bukan kemungkaran?pembunuhan altantuya bukan kemungkaran??menerima berbillion dlm account peribadi bukankah kemungkaran??menipu dan terus menipu bukan kemungkaran??Hadi kamu bela najib dan memberi talian hayat kata najib hanya boleh diturunkan hanya dgn pilihanraya???Tapi Hadi kamu LUPA,Nizar diturunkan sebagai MB Perak adakah melalui pilihanraya....Najib adalah a serial LIAR/PERASUAH..Lagi dan lagi tidak menunjukkan akan TAUBATnya.DARI Zaman happies bertukar2 pasangan matsalleh/artis,bini orng/anak dara orang, JET sUKOI..Scorpion,altantuya,1MDB,2.6b ADA LAGI akan didedahkan oleh wsj..

sekian sahajalah..maaf pada pencinta-cinta ulamak PAS.Jika tuan2 sayang pada mereka tolong ceritakan kisah nabi Musa mungkin mereka terlupa.

pemuda parit kings berkata...

Jom Kita sama2 gerakkan kerja utk memberi kesedaran Dari mulut ke telinga.pada kawan2...pada kluarga sendiri...x kiralah apepun fahaman politiknya...yg penting Ada kesedaran...bg saya...sebagai penyokong dan penggerak PH...saya takkan putus2 memberi kesedaran pada kenalan...ahli kluarga...rakan2 perniagaan...semoga usaha saya ni berjaya...dan saya doakan agar ada lagi seperti saya yg boleh mrnggerakkan kerja2 penerangan x keras...tetapi berisi...dan boleh mberi kesedaran pada rakyat...usaha harus berterusan dan menyeluruh...jgn harapkan kejayaan PH dek kerna kerja org lain..usaha itu wajib!!!memberi nasihat dan kesedaran itu wajib!!!jgn harapkan org lain buat kerja...jgn harap nk menang klu xde usaha...tunjukkan kamu semua mampu jd penggerak PH yg cemerlang...semangat wahai sahabat... ;-)

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu ni, kejap ja marahnya. Dapat dedak ayam pun, jadi la. Bini kat rumah pun dah lupa.

Lagikan Tuan Presideng. Sekali ja minta maaf, mcm monyet ja terkinja2 kene belacan tak sabar2 nak bunuh diri berjihad.

Tiada sejarah umat melayu cerdik sejak zaman pembukaan Melaka lagi. Tamadun Melayu dibina atas cerita tahyul wal lebong belaka.

Abdul Said berkata...

Tunku tendang Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew bunuh UMNO. Ambil balik rete Malaya di Singapura. Singapura terus maju. Melayu Malaya merempat cari kerja di Singapura. Hidup UMNO!!

Rakyat Diperbodoh berkata...

Barangkali hanya 1 jalan je - 'kesedaran' di kalangan semua 28 juta rakyat...!

Yang jadi beban pada negara sekarang - bkn Najib seorg. Najib berserta KESEMUA pengikut2 tegarnya...!!!

Kalau setakat dpt majoriti tak menyokong; hanya terlebih 'sedikit' shj, 53%-47%; hatta 55%-45% pun - selama2nyalaaah akan jadik puak Kuning puak Merah spt di Siam. Cuba solid & ketara perbezaannya, spt 70%-30%; barulah tercarap diorg nak 'top-up'...!

Anti Fitnah berkata...

Kelemahan Melayu yang paling sedih bagi kita ialah ...
Tak Pa sebab yg dok ambil duit tu Melayu juga ...
Tak Pa sebab yg dok rogol remaja tu Melayu juga ..
Tak Pa sebab yg dok jual harta TH tu Melayu juga ...
Tak Pa sebab yg dok jahanamkan Felda tu Melayu juga ...

Semua ni dakyah orang bukan Melayu terutama Cina yang cuba menjatuhkan kuasa Melayu. Kalau Melayu jatuh, siapa yang lagi berkuasa kalau bukan Cina. ... terutama cina DAP. Cina DAP akan menguasai Malaysia (terutama Tanah Melayu) ... Lagu yang sama dimainkan sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun, ... sehiingga Melayu menjadi bebal dan dah tak mampu membezakan mana yang benar dan mana yang palsu.

Senangnya Melayu ditipu ... sebab Melayu mudah lupa. Boleh sarung sehelai, beras sekampit, duit sepaket (RM50 kot), ... maka digadai terus segala maruah, .... Hidup Melayu, Hidup melayu, Hidup Melayu. Bila lagi Tanah Perkuburan Melayu nak diDIRIkan????

Usop ali berkata...

melayu yang 47% je bebal bro..kita sebelah 52% takan bebal.macam dorang...so beri pencerahan lebih sikit...dorang pulak malas memikir.n membaca..so camna kita nak buat ni ...pru14 dah hampir...

Tanpa Nama berkata...

Kalau buat jalan, bina sekolah, bina hospital ... semuanya sudah diperuntukkan dalam bajet.

Jadi tentu duit ini untuk kos sampingan seperti kos bontot sialfol dari mula mamat itu menyusup ke pejabat Anwar sampai ke Peguam Shafiee Abdullah, semua nya dapat dedak. Kos bontot lah yang paling tinggi. Lain-lain kos ialah perbelanjaan konsert, acara muda-mudi, ceramah perdana, samseng-samseng dan beras, kain pelekat, duit untuk semua pengundi.

Rasanya tidak menjadi hal kalau dapat RM 2.6 billion dan belanja pun RM 2.6 billion. Yang Mukhriz tidak puas hati dapat RM2.6 billion belanja RM1.5 billion. Mana pergi nya RM 1.1 billion?

Dah lah dapat diit, pemimpin tertentu sahaja yang tahu, yang lain-lain tak tahu..

PATUT lah MT-MT masih terus sokong Najib ........