2 Mac 2016

KPPHM: Selamatkan Malaysia, Turunkan Najib!

KENYATAAN MEDIA KPPHM

1) Umum mengetahui bahawa kepincangan yang berlaku di dalam sistem politik, ekonomi dan sosial di dalam negara adalah hasil dari kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai skandal seperti 1MDB, Isu derma RM2.6 bilion, pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia yang mencurigakan dan lain-lain skandal.

2) Pemecatan Peguam Negara, pemindahan dan penangkapan beberapa pegawai SPRM, penggantian ahli-ahli PAC sehinggalah kepada penyingkiran Datuk Seri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang sebelum ini berani tampil untuk mengkritik Najib adalah bukti nyata Najib kini begitu terdesak untuk melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasanya.


3) Rasuah semakin menjadi-jadi dengan berteraskan prinsip Najib "I help U, U help me" menyebabkan lahir begitu ramai para menteri dan pegawai kerajaan yang sanggup menjadi pengampu, pembodek dan pak turut . Rasuah dan ketirisan wang negara seakan tidak terbendung lagi.

4) Dibawah kepimpinan Najib juga, dunia sinis terhadap Malaysia, media dan akhbar luar negara melabelkan Malaysia “The Most Corrupt Country In The World”.

5) Rakyat semakin tertekan dan menderita. Dasar-dasar kerajaan yang dirangka lebih bermotifkan kepada pengekalan kuasa kerajaan UMNO BN dan bukan bertujuan untuk mensejahterakan rakyat. Peruntukan sektor penting kehidupan rakyat dipotong di pelbagai kementerian, tetapi peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dinaikkan sebanyak RM1.1 bilion adalah langkah keterlaluan.

Justeru itu, Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) menyokong segala usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan sehingga menyebabkan negara menjadi rosak binasa lantarannya.

KPPHM menyokong dan akan bersama dengan mana-mana gerakan yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

KPPHM juga menyokong supaya Najib dan BN ditukarkan agar rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi, politik dan sosial di negara ini. KPPHM mahu menggunakan saluran demokrasi supaya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

KPPHM berpendapat selagi Najib menjadi PM, negara akan terus menjadi lebih rosak dan ianya perlu dihentikan segera.

Justeru, KPPHM menyokong penuh kenyataan media Presiden Parti Amanah Negara dan juga kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini yang menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik kepartian di dalam usaha SELAMATKAN MALAYSIA.

Greenboc
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia
merangkap
Pengerusi Biro Publisiti dan Komunikasi KPPHM

1 Mac 2016


KENYATAAN MEDIA
AMANAH SEDIA BERSAMA SEMUA PIHAK DALAM MISI SELAMATKAN MALAYSIA

1. Suasana negara hari ini menuntut semua pihak bertangungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri culas melaksanakan tanggungjawabnya. Kegagalan Institusi Pejabat Peguam Negara mempertahan kepentingan rakyat menangani secara tuntas dalam skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International, sangat mengaibkan negara. Krisis kepercayaan (trust deficit) terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai kepada kemuncaknya.

2. Hari ini bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamed telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru kita semua meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara daripada kepimpinan Perdana Menteri hari ini. Seruan Tun Mahathir selaku seorang tokoh perlu diambil serius oleh semua pihak walaupun gerakan massa menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan negara sudahpun diaktifkan lebih awal oleh Gerakan Reformasi (1999-2008) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dipenjarakan 2 kali) yang kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaru Pakatan Harapan (2015 hingga kini).

3. Antara sebab utama DS Najib sukar untuk diganti adalah kerana UMNO masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri. Ketua-Ketua Bahagian UMNO terbelenggu daripada melihat kepentingan yang lebih besar kerana terperangkap dalam budaya politik wang dan hanya mementingkan tembolok sendiri.

4. AMANAH bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa namun pada waktu yang sama AMANAH mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik.

5. Oleh itu, AMANAH dengan slogan HARAPAN BARU, bersedia melihat kepentingan gerakan SELAMATKAN MALAYSIA bagi membantu cita-cita perubahan dan reformasi yang telah digerakkan selama ini oleh PR dan PH serta masyarakat madani. Oleh itu, AMANAH akan bersama mana-mana gerakan rentas kepartian atas prinsip warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara.

“Harapan Baru”

TN HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara 1 MAC 2016



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

MUAFAKAT RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA

Pakatan Harapan menyifatkan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara memerlukan reformasi institusi dan keputusan Tun Mahathir Mohamad keluar dari Umno sebagai perkembangan positif yang perlu dialu-alukan.

Kenyataan-kenyataan Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini ada menunjukkan kecenderongan mereka menerima hakikat bahawa sistem kerajaan yang memusatkan kuasa di tangan Perdana Menteri adalah berbahaya. Pendirian itu secara umumnya mirip kepada dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan selama ini yang menuntut reformasi institusi yang menyeluruh.

Pakatan Harapan menghormati suara rakyat yang mahukan kepentingan dan perbezaan politik diketepikan demi menyelamatkan negara. Pakatan Harapan juga mempertahankan kehendak rakyat supaya sebarang perubahan mestilah melibatkan reformasi institusi yang menyeluruh (termasuklah pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa salahguna kuasa), bukannya setakat menukar Perdana Menteri tetapi mengekalkan sistem sedia ada.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengalu-alukan semua pihak untuk merangka kempen bersama yang akan digerakkan secara bersepadu melibatkan semua golongan dan kumpulan rakyat. Untuk tujuan itu, Pakatan Harapan akan memanggil satu sidang rundingan dengan semua pihak yang mahu turut serta dalam usaha menyelamatkan negara ini. Butir-butir sidang rundingan ini akan diumumkan selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 7 Mac 2016 di Bangunan Parlimen.

1 Mac 2016

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

TUAN HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH


15 ulasan:

Unknown berkata...

Salam

TAHNIAH tuan GB,Teruskan usaha tuan.

semoga Allah bersama tuan-tuan sekelian demi untuk agama/negara dan rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan syabas Tuan GB atas inisiatif menggerakkan KPPHM untuk menyelamatkan rakyat dan membasuh wajah negara kita yang begitu huduh kerana perbuatan sekor maknusia bernama nujeep.

Tak ada insan yang diberi akal oleh Allah Taala jadi begitu bebal dan sanggup melihat segala kerosakkan di depan mata tanpa mengambil apa2 usaha untuk menyelamatkan kerosakkan itu. Kalau kita lihat pintu kereta orang tak kita kenal tiba2 tak ditutup rapat pun kita sanggup kejar hingga 7 batu untuk memaklumkan kepada pemandunya kerana kita tidak mahu berlaku hal2 tak elok.

Inikan pula kau tengok sekor penyamun memunggah hampir semua harta di gudang bapak kau, kau nak tengok saja ke? Apa punya sial dan celaka kau jadi maknusia..

Nah! Pasukan pembaik pulih merangkap perambat penyamun sudah ditubuhkan. Bangkitlah. Pegilah join. Pegi betulkan balik segala kerosakkan yang dibuat oleh penyamun dan pastikan kali ini jaga betul2 harta merdak yang ada. Untuk anak cucu kita nak makan esok. Kau paham ke?

Tanpa Nama berkata...

di malaysia ni sebelum memegang sesuatu jawatan besar dan berkaitan dgn politik baik di pihak kerajaan maupon pembangkang bermacam2 janji di taburkan bila dh pegang sesuatu jawatan tu semua hilang entah kemana bagi aku la selaku pengundi di malaysia ni baik kerajaan maupon pembangkang aku dh pangkah namun apa yg dpt di lihat sama sahaja tiada apa2 yg byk berubah masing2 lupa pada janji sebelum tu aku harap jgn lah oleh sebab politik n negara ni hancur seperti di negara2 yg lain merempat di tempat sendiri.... sekian.....

pemuda parit kings berkata...

Semoga pakatan harapan menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia...bersiap sedialah perubahan rakyat...jika diberi mandat...usahalah sebaik mungkin meninggikan martabat Negara semula...Ya Allah...bantulah kami dlm mengejar kejayaan memelihara kesejahteraan rakyat Dan menjadikan Islam sebagai panduan kerajaan baru...peliharalah keamanan dimalaysia dgn Al-Qur'an Dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W...jadikan pemimpin harapan rakyat sebaik2 pemimpin...semoga tinggi lagi nilai Islam disisi rakyat yg berbilang kaum....ameen...

pemuda parit kings berkata...

Ayuhlah Kita semua jadi penggerak harapan rakyat...dgn isi Islam yg harus diterjemahkan...tunjuklah Islam itu yg terbaik boleh menyatukan seluruh hamba2Nya...marilah sama2 berjuang Demi rakyat dan tegakkanlah Islam dimata raKyat Malaysia...sesungguhnya rakyat teramat tandus dgn ilmu2 yg berguna...curahkanlah ilmu yg berguna pada rakyat...contohilah TGNA...beri ilmu kpd rakyat dibawah pimpinannya...semoga Allah beri petunjuk pd Kita semua...

pemuda parit kings berkata...

Sebaik2 manusia...adalah hamba yg bersabar...jgnlah kerana kecewa Tuan berkata begini...istifarlah Tuan...insyaAllah...Allah BG jln pemudah buat tuan...jgn mudah mengalah sebb Kita kalah Tuan...jadikanlah iktibar buat Kita sebagai rakyat Malaysia...ambil Dan pilihlah jln terbaik buat Tuan dlm pru akan dtg...semoga Allah mberi ketenangan buat Tuan...ameen..

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah.. satu lagi projek gagal Pakatan Harapan.. kerajaan Najib hanya perlu bela 1.4 juta penjawat awam. Maintain bagi dedak kutipan duit cukai dan zakat dari orang ramai.. raja2 bangsawan dan cukong x ramai.. dlm 100-200 ja yg dok polok projek guna beratus2 kompeni setiap sekor..

Lain2 29 juta rakyat.. boleh pegi mampos la..

Ahli2 MP dan Adun Pakatan.. berapa kerat yg buat kerja?? 80 MP.. asyik 10-20 yg sama ja berulang2 merepek dlm akhbar dan media sosial.. itupun sbb pencen dijamin jika mampos.. 4 tahun..dpt pencen separuh.. mau yg 10x dah menang election... gaji penuh 5 bulan bro!!!

Kita mampu sorak dan nganga saja..

Tanpa Nama berkata...

dlm kita beriya2 utk menenggelamkan najib umno, adakah terfikir oleh kita bgmn umno berjaya menyusup masuk ke dlm pas hingga ajen2 mrk mendpt jwtn2 penting?

pemuda parit kings berkata...

Hihihi...apa yg boleh tuan buat???mampu sorak atau tergangga saja???klu Tuan hebat...bg la pandangan...bukan meruntuhkan semangat...tuan kenal ka semua MP pakatan rakyat???diorg Ni merepek ka???fikirlah....

pemuda parit kings berkata...

Pentingkah utk difikirkan???apabila duduk dlm gah politik sehingga lupa dimana kawan Dan dimana kawan...cara seseorang Tu boleh dibaca...lama2 nmpak juga...itu bukan ejen umno...tp ahli walaun...

Tanpa Nama berkata...

27 Mac adalah komitmen rakyat mengubah Malaysia.

Lagi ramai, lagi Najib gerun.

Malaysia perlu di selamatkan dari UMNO dan BN.

Apa pun selepas ini yang dilakukan oleh Najib samada turunkan GST sekalipun atau baru mulakan nak saman WSJ, kemusnahan yang dilakukannya tidak boleh dimaafkan.

Najib perlu di turunkan.

Tanpa Nama berkata...

Kita pernah bersatu kerana Anwar Ibrahim di fitnah dan ditangkap.

Kini kita perlu bersatu untuk tangkap Najib dan kuncu-kuncunya.

Tanpa Nama berkata...

Kekuatan pakatan harapan skrg adalah media sosial dan alam maya...media tv mmg xdpt tempat..lihat saja lah, semua info blh diakses..d media sosial pn rmai mengutuk krjn..tp mcmne krjn blh menang...kemungkinan bsr adlh penyokong dr klgn org kg or felda or yg xmmpnyai akses intenet d rumah...pndpt sy,sy ingin melihat juga satu filem yg diterbitkan oleh pakatan harapan tentang malaysia.sperti filem tamil yg mengutuk tntg penguasa d tempt mereka yg rasuah...betapa berani nya mereka menerbitkan filem bkenaan..pndgn sy, filem itu berjalan ceritakan sebuah negara dipimpin seorg penguasa yg rasuah dan zalim..dtentg oleh rkyat..akhirnya bjaya dtumbangkan oleh pakatan rakyat, dan jln cerita seterusnya menunjukkkan bgaimana perubahan yg dilakukan oleh perdana menteri yg baru itu ke arah negara berkebjikan.pdna mentri tu ala ala anwar ibrahim...sy harap lah jln cerita itu dpt digarap dgn bkesan spy mesej itu sampai kpd rakyat...mmg xkn dpt dtayangkan d pawagam..tp boleh dijual dlm bntuk cd.or dtygkan diluar negara utk mndptkn modal pembikinan filem itu...Walau apa yg blaku dlm negara kita, sy bharap agar pakatan tidak meminta bantuan dr negara luar utk masuk campur..biar kita yg uruskan hal dalaman...kita xnk berlaku suatu niat ada udang disebalik batu dr negara luar dlm membantu kita..Dan dlm keadaan begini, kita blh buat jelajah ceramah dgn menjemput dr mahathir atau muhyidin yasin sepentas utk memberi penerangan terutama di kawasan kuat umno...pemuda amanah, keadilan, dap blh bergerak bersama sama dlm membuat himpunan...buat la ape pun..kami rakyat akan bersama sama pakatan..kamu buat..kami bantu...

Unknown berkata...

Jom kita rakyat Malaysia pakat turun pada 27 March 2016!

Tanpa Nama berkata...

LEPAS PERHIMPUNAN BUAT MEMORANDUM UTK TURUNKAN NAJIB

SERAH KPD MAJLIS RAJA2.

BARU PERHIMPUNAN ADA MAKNA SIKIT.