1 Mac 2016

Kenyataan Hadi Amat Pelik - Abang Mat

Mat Sabu: Kenyataan Hadi tak hadir himpunan anti-Najib 'pelik'

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan hadir pada perhimpunan anti-Najib sebagai 'pelik'.

Menurut Mohamad, kenyataan presiden PAS itu yang didakwa hanya 'anti-Umno' dan bukan individu dalam parti itu, sebagai 'paling pelik dalam dunia'.


"Tak guna kita buat makan malam, buat kutipan derma, bertanding pilihan raya tapi tak mahu kuasa.

"Ini ucapan yang paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan dalam sebuah majlis makan malam di Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua serta Setiausaha Publisiti DAP Teresa Kok.

Malah, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, beliau bersama rakannya dalam HARAPAN turut berhasrat untuk 'merampas' kuasa daripada kerajaan melalui pilihan raya.

Berbanding bekas partinya iaitu PAS, Mohamad berkata pihaknya bukan sahaja menolak parti Umno tetapi turut menolak calon dari parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Kawan-kawan Pakatan (HARAPAN) akan bertanding (pilihan raya) dan ambil alih kuasa sebab presiden parti lama kata mereka tak bertujuan merebut kuasa. Kami nak rebut kuasa.

"Kita tolak Umno, dan tolak orang yang menjadi calon Umno yang nak melawan dengan kita," katanya lagi.

Sinar Harian Ahad lalu melaporkan Hadi berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan). (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

ULASAN GB

Kenyataan Presiden PAS itu memang pelik. Bagaimana hanya boleh anti-UMNO tetapi tidak anti kepada orang UMNO? Kalau begitu PAS tidak perlu bertanding di dalam pilihanraya lagi kerana yang akan bertanding nanti ialah orang-orang UMNO yang bertanding di atas nama parti UMNO!

Apakah kerana hendak mengambil hati Najib maka Presiden PAS itu berkata demikian? Apakah PAS mengakui dan menerima semua tindakan dan perbuatan Najib selama ini yang mengebas wang rakyat dan menyebabkan rakyat hidup menderita dan sengsara?

Justeru itu tidak hairan bahawa suara-suara "penentangan" terhadap tindakan-tindakan Najib oleh pimpinan-pimpinan PAS yang lain terutama yang dikeluarkan oleh TITM hanyalah sandiwara kerana ianya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden PAS sendiri.

PENUTUP


30 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Bebal

pemuda parit kings berkata...

Benggap!!!

Tanpa Nama berkata...

President tu dh jadi mcm Yaser Arafat dan Anuar Sadat. Masa muda begitu lantang menentang. Dah tua..berpeluk dgn musuh.

Unknown berkata...

Aku dah cakap dari dulu tak ada orang percaya. Sekarang dah betul kan??. Haji Hadi tu sakit mental!!!. Sesiapa yang rapat dengan nya tolong lah dia dspatkan rawatan segera..

diniewa berkata...

Kenyataan gila...

Tanpa Nama berkata...

Ler ning senang AK-MARANGI nak cakap merapu ker, haper ker sebab dah takde orang yang berani tegur, semuanya WALAK belaker.Puak2 yang sering menegur dah dihalau keluar dari JAMAAH,melalui MUKTAMAR yg lalu. Hanya yang tinggal dan bersuara sekali sekala ialah TITM. Tapi kalau TITM pun asyik BEKENG jugok, akhirnya TITM pun akan ALMARANGI halau dari JAMAAH....

Tanpa Nama berkata...

Saya masih ingat lagi apa yg abang mat ucapkan semasa ceramahnya diera Refomasi bermula tahun 1998 dahulu.Kalau kita nak tahu rumah kita senget kita mestilah berdiri diluar rumah

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Bang Mat. Semua ahli2 politik dalam dunia hari ini tergejut beruk kerana merasa cukup pelik apabila mendengarkan hujah sebuah parti pembangkang menunjukkan sikap sangat lunak dengan parti lawannya hinggakan nak masuk pilihan raya bukan untuk ambil kuasa tapi main2 saja.

Pastinya dia dianggap pengacau dan tak boleh diharap sama sekali. Kalau menang satu dua kerusi pun tentunya dia akan bergabung dengan parti lawannya agar kekal berkuasa.

Sekarang dunia berdoa siang dan malam agar dunia lebih aman. Agar Malaysia dapat berjumpa terowong untuk keluar dari bencana hidup yang dibuat oleh sekor maknusia bernama najeep. Orang ini sudah dicop sebagai antara maknusia paling hina dalam sejarah tamaddun dunia kerana rasuah.

Tiba2 datang pulak pak sorban tua memberi nafas kepada orang hina ini. Tak ke jadi pelik dan tergejut bukan kepalang seolah2 dia ini betul2 sudah gila.

Memang dia sudah gila!

Tanpa Nama berkata...



HH berubah selepas dia sakit teruk dan koma d Istanbul . Doktor kata org yg pulih dari koma, fikiran dan otaknya tidak akan pulih sepenuhnya dan akan membuat tindakan lain dari biasa.

Mungkin dlm koma dia dapat lihat jibby seorang yg suci dan wajib disokong kerana menziarahinya. Mungkin dapat mimpi dia harus menjd penasihat sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Dinasihatkan, mana mana pemimpin yang mempunyai masalah kesihatan dan dalam masa yang sama sedang mengambil ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi, jantung atau diabetes eloklah melepaskan jawatan. Ini kerana kesan ubat dari hospital telah banyak mempengaruhi emosi sekaligus mengganggu dalam membuat keputusan penting.

Tanpa Nama berkata...

aku tak rasa pelik pun apa kata hadi tu memang betul .dia tak suka parti umno dan dia suka orang umno .jadi KESIMPULANYA .Hadi tak suka tong taik tetapi hadi suka main taik.nak sedap lagi ./hadi tak suka tong Najis tetapi hadi suka dengan Najis.Padan muka nilanya dah terlalu rendah.bila dia kleuar kenyaataan pasti akan merapu .hampir dia tak tahu apa yang dia cakap.

Abdul Said berkata...

Yang mereng tu biarlah mereng yang hairannya kawan-kawan dan saudara mara sekeliling pung mereng juga!!! 'Ikut suka akula nak mereng ke tidak!'

Unknown berkata...

Dengan kenyataan itu....Tahniah Datuk Seri Hadi Awang! anda telah berjaya mendapat jawatan sebagai Penasihat kepada Najib Tun Razak.

Turut juga mendapat ucapan tahniah dari aku adalah untuk Dato Haron Din (sebagai ketua klaster) dan Nasaruddin Mat Isa(CEO GMM).

Untuk pengetahuan semua...jawatan-jawatan tersebut adalah pemberian dari org-org UMNO.

Memang pelik kan...? Hehehe.....

Pandai sungguh org-org UMNO ni...tabur dedak kan....hehehe....

Tanpa Nama berkata...

Ini dinamakan bodoh xblh diajar,pandai xblh diikut.

Unknown berkata...

Salam


Parti tajaan Hadi ni,dah lebih kurang macam agama kristian dah.boleh ubah2 dan pinda-pinda.Ayat 'Amal maaruf Nahil Mungkar"

Ingat OLD TESTAMENT Hadi 1981,


Dan New Testament Hadi 2016.


Kita menetang umno,kerana kita anti-umno.
Tapi kita tak menentang perbuatan ahli-ahli umno.
Kita tak menentang Najib sebab dia tu ahli umno.

Disebabkan kita tak menentang perbuatan ahli-ahli umno
Jesteru itu,biarlah ahli umno mengekalkan undang-undang penjajah,
Bila orang kata duit 2.6billion ahli umno ( najib) curi,kita kata tak logik.
Bila keadaan rakyat tertekan dgn kenaikkan harga barang disebabkan ahli umno,kita suruh rakyat jangan mengada-ngada,pangil bangla/nepal kang.
Bila ahli umno curi balak,kitapun sapu balak.
Bila umno tipu kita berkali-kali,takpa sebab mereka ahli umno.
Bila pemimpin umno nak bankruptkan negara,biarkanlah kan mereka ahli umno.
Ahli umno yg memimpin umno,bukanlah PENGKIANAT walaupun PERASUAH MEGA .Amanahlah yg pengkianat sebab Amanah bukan ahli umno.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan sekelian,percayalah saya,amanat 1981,adalah OLD testament dan Amanat baru inilah new testament,yg di putuskan oleh para-para ulamak jumud kami. Tujuannya satu,untuk DAPATKAN HUDUD,kami tak mahu kuasa,Jawatan,atau melawat-lawat negara barat seprti german,kami tak mahu kecuh-kecuh,tak mahu pilihanraya,cukup dgn KEBAIKKAN ahli2 umno nak buat HUDUD.

SEKIAN,Wabilah,waltaufiq,wal hidayah..

Tanpa Nama berkata...



Diawal Reformasi apb Anwar Ibrahim cuba membuka pekong RASUAH Madey dan pembesar2 Umno...Anwar pun tlh diFITNAH dan dibelasah

Jelas dan terang sekali senjata kpd yg terlibat RASUAH adalah FITNAH

Klu Anwar tidak di FITNAH dan akhirnya kuasa jatuh ketangan RAKYAT, maka naseb pemimpin2 yg RASUAH itu akan ke "dalam"!

Tiba tiba

Tup-tup apb dekat sgt dgn PRU13 Hadi Awang pulak dah buat FITNAH pilkuda!

FITNAH adalah senjata utk tutup RASUAH!?

Brp juta? Brp puloh juta?? Brp ratus juta???

Akaun proxy? Akaun kat luar negeri??

Tentulah lebai yg prasan mnjd pewaris nabi 100x takut masuk ke "dalam"!?

Sbb itulah kerajaan penyamun bermati2an sggup dipertahankan!?

Mat Sabu tak perlu pelik dgn spesis lebai yg berlidah FITNAH ini!

Apb rkyat dpt kuasa dan kerajaan bertukar..rahsia HUDUD auta lebai yg rasuah ini automatik akan terbongkar!?

Bukankah dosa FITNAH itu lebih akhbar/besar drp membunuh!

PemFITNAH yg dah telan RASUAH sememangnya tergamak utk membunuh!

Tak dak sape pun yg pelik eh!

Tanpa Nama berkata...

Umno seperti parti-parti siasah yang lain adalah wadah perjuangan. Parti hanyalah alat untuk mengetengahkan prinsip perjuangan. Undang-undang tubuh parti adalah ciptaan manusia. Dasar dan prinsip perjuangan terletak pada undang-undang tubuh parti. Parti tidak pernah bersalah, melainkan dikotorkan oleh tangan-tangan pemimpin parti yang bertanggungjawab. Semua orang tahu bahawa Umno memperjuangkan Melayu dan Islam. Apa yang ternyata kini, Umno tidak lagi memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya mempertahankan presiden parti. Presiden Umno adalah manusia biasa yang bukan maksum. Aneh sekali, seluruh kepimpinan tertinggi Umno sekarang berhempas pulas mempertahankan presidennya, walaupun budak sekolah OKU pun tahu orang nombor wahid Umno itu terpalit dengan tuduhan penyelewengan.

Paling pelik dan aneh, presiden parti Islam yang bernama Pas terketuntang dan lintang- pukang membela PM. Semua orang tahu bahawa Pas adalah parti pembangkang pada peringkat persekutuan. Seandainya pemimpin pembangkang pembela kepada pemimpin kerajaan adalah perkara-perkara aneh yang berlaku mutakhir ini. Hadi Awang telah mengangkat diri menjadi penasihat kepada kerajaan BN. Ramai yang tertanya-tanya dari firman, hadis dan sirah mana Hadi Awang ambil untuk menghalalkan tindakan beliau menjadi penasihat kepada seterunya. Nabi Musa pernah ditindas dengan kejam oleh kerajaan firaun yang maha zalim. Nabi Musa yang hebat pun tidak pernah menjadi penasihat kepada kepada firaun, masakan Hadi Awang yang bukan maksum mampu menjadi penasihat kepada Najib. Apco lagi berperanan dalam era kepimpinan Najib.

Unknown berkata...

Kalau begitulah kata dan pendirian Presiden PAS, maknanya PAS tidak akan meletakkan Calon bila ada orang UMNO bertanding. Bravo, senanglah calon PKR/Amanah kalahkan calon UMNO.

Mari kita tengok nanti Hadi lawan tak calon UMNO di kawasannya pada PRU14. Kalau dia lawan juga maknanya cakap dia sekarang PAS mahu berbaik-baik dengan orang2 UMNO hanyalah 'Temberang Besar'.
Munafik politik namanya itu.

Tanpa Nama berkata...

Seruan kepada semua ahli PAS yang mengamalkan politik matang yang seharusnya mempunyai pemikiran yang matang ( bukan walak membabi buta )pindahlah kamu ke AMANAH atau PKR.( Pakatan Harapan ) Kalau kamu berfikiran benar-benar matang kamu dah boleh menilai arah mana sebenarnya PAS nak bawa oleh Pilotnya.

Tanpa Nama berkata...

orang Umno kita (PAS) hendak berbaik...

Lagi pelik. Sebab maksud berbaik ini ada tujuan untuk mendapatkan sesuatu. Lain lah Hj Hadi kata 'orang UMNO kita (PAS) hendak baik kan'

Tapi walauapa pun,sekiranya yang baik orang UMNO sahaja..jadi seumur hidup orang PAS anti UMNO sebab mereka tidak akan jumpa mahluk yang bernama UMNO yang mereka 'anti'kan itu...

Sampai hilang akal tidak jumpa-jumpa UMNO. Pusing belakang jumpa orang UMNO. Pandang depan orang UMNO. Kiri Kanan orang UMNO.

Si pelik pun bertanya dengan orang UMNO, mana UMNO ? Berkerut muka orang UMNO ...

Unknown berkata...

malas nk komen pasal politik tanahair. cuma nk nasihat je jgnlah kita menulis dgn menanam API kebencian, umpat keji, fitnah krn ini semua yg rugi diri kita sendiri dihari pembalasan. klu betul mengumpat, x betul fitnah. suka kah kita memakan daging saudara kita sendiri. politik matang adalah kita berjumpa dgn orang supaya sama-sama buat perubahan. jumpa org bukan bermakna berceramah, diskusi, dialog,konferen TP menulislah secara matang sbg seorg Muslim. skandal pemimpin bn, pas, pkr,dap,amanah biar marhaen tahu Dan cari sendiri. byk sumber WSJ, SR, Malaysia kini DLL. tgjawab kita menyedarkan rakyat, Dan tunjukkan aklaq yg baik spt sirah rasul Dan para sahabat. kuatkan pakatan harapan klu x setuju dgn bn. pas? ahli yg sengsara dgn kebejatan akan buat keputusan kearah mana mereka.

Unknown berkata...

malas nk komen pasal politik tanahair. cuma nk nasihat je jgnlah kita menulis dgn menanam API kebencian, umpat keji, fitnah krn ini semua yg rugi diri kita sendiri dihari pembalasan. klu betul mengumpat, x betul fitnah. suka kah kita memakan daging saudara kita sendiri. politik matang adalah kita berjumpa dgn orang supaya sama-sama buat perubahan. jumpa org bukan bermakna berceramah, diskusi, dialog,konferen TP menulislah secara matang sbg seorg Muslim. skandal pemimpin bn, pas, pkr,dap,amanah biar marhaen tahu Dan cari sendiri. byk sumber WSJ, SR, Malaysia kini DLL. tgjawab kita menyedarkan rakyat, Dan tunjukkan aklaq yg baik spt sirah rasul Dan para sahabat. kuatkan pakatan harapan klu x setuju dgn bn. pas? ahli yg sengsara dgn kebejatan akan buat keputusan kearah mana mereka.

pemuda parit kings berkata...

Betul Tu tuan mustapa...lihat saja permainan Tuan HH...sejauh mama gerak kerja org pas nk terangkan pada ahli walaun...perit nk telan kebebalan penyokong Dan ahli pas dek kenyataan Tuan HH...

pemuda parit kings berkata...

Semoga Allah member petunjuk pada ahli Dan penyokong pas...kluarlah Dari pas...masuk amanah...mudah Dan senang...

Ammy Hassan berkata...

Pada Suatu Ketika Dahulu, sekitar pertengahan tahun 80an, saya pernah mendokong perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ketika itu TGHAHA adalah trending selari dengan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbung. Anak-anak muda berbondong-bondong ke Rusila, Marang menghayati kuliah jumaat TGHAHA. Kaset- kaset beliau laris di sana-sini. Kaya doh dia kalu ade royalti time tu. Tapi betul kata orang-orang tua, masa muda darah masih panas. Dah tua2 ni yg dulu berjuang atas dasar semangat tak kemana rupanya! sejuk bak salji Cinta Sonata. Dulu bila orang kampung saya Kuala Ibai cakap TTGHAHA jenis "memakai" saya bermati-matian membela TGHAHA. Mereka mengata TGHAHA digilai ramai sebab rajin mandi dalam kolah masjid Rusila. Dulu geram juge saya. Sekarang bila kenang balik nak tergelak pun ade. Hahaha TGHAHA...

Tanpa Nama berkata...

Biar lah deh....parti yg dipimpin tu pun, pengikutnye pon serupa die...kalau ahli die bijak or blh berfikir, dh lama diorg keluar...yg ade dlm tu pun serupa pemimpin deh...jd toksah la kita nk mrh kt presiden die..bapak borek anak rintik...bapak die pon mcmtu, anak die lagilah...buat pe kita nk sakit hati or mrh2...ramai ahli yg wala'...presiden keluar statemen mengelirukan, ada ketua penerangan dia akan jelaskan...apapun kata kata yg berbelit dan susah korg nak phm, jgn risau, ketua penerangan dia wala akan jelaskan...hanya ketua penerangan je yg fhm ckp presiden...kihkikhih ..korg ape tau...

Tanpa Nama berkata...

Sy seorg kakitgn krjn bergaji sekitar rm3000..sudah berkahwin..belum mempunyai anak...isteri tidak bekerja...setiap bulan gaji masuk setelah ditolak htg kereta,insurans, ptptn, angkasa,sewa rumah(belum mampu nk beli rumah), hanya tinggal rm 1500...beri ibu bapa wang(sbb ibubapa sudah xbekerja) tinggal rm1100...spend duit brg dapur dlm rm 300(ni pun kadar minimum)...tinggal rm800...duit mnyk ke twmpat keeja rm300..tggl rm500..bil rm100.tggl rm 400...ni kiraan kasar...kdg2 berlaku perkara emergensi, duit yg tggl lgsung xde...mmg xblh mnyimpan stp bulan...ni gaji saya yg rm3000..kalau gaji yg rendah drpd ni??? yg mempunyai tanggungan???mcmna??? apakah presiden pas sbg pemimpin yg menegakkan islam, perkara sebegini tidak diamati??? apakah islam skdr gagah utk menegakkan hudud? tp gagal utk memperjuangkan tatakelola dan urustadbir negara yg lbh baik???sy setuju kalau tuan presiden pas kata sesorg tidak bersalah selagi belum tbukti bersalah...ok la..fine..kita tolak tepi kes2 sperti altantuya,1mdb, rasuah dan sbgnya sbb ketiadaan bukti...tp jgn tlepas pandang pada tadbir urus negara oleh najib...harga brg naik, duit jatuh,gst tu sbb drpd tatakelola negara yg xcermat..xkan la kita nak duduk bwh pemimpin negara yg bodoh nak mampus tu...kecik kecik xnk mampos dh besar menyusahkan...presiden pas blh la dok sng...xrasa susah...gaji mp beriban riban...cuba tgk kami ni...kalu mcmni la presiden, aku pn blh jadi..dok senang lenang...p candat sotong..ponteng parlimen..ckup bulan gaji masuk..aku yg masa bljr dulu pun xsnggup nk ponteng kuliah...xpayah pon aku bljr smpi ke mesir nun...bljr smpi ke timur twngah, last2 jadi kaki ponteng jugak...jgn lah jadi presiden yg serba serbi xde strategi...

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi kata PAS anti UMNO tetapi apa yang PAS buat mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Memang pelik.

dol berkata...

pas akn letak calon lwn umnu masa penamaan calon

tiba ari mengundi pas dapat tahu yg mewaikili

Tanpa Nama berkata...

KALAU BEGITU PERGI GUA BUATLAH SERIBU-SATU MCM SOLAT DAN AMBIL TAHU HAL DUNIA SEDANGKAN AGAMA KITA KENA AMBIL TAHU KEADAAN MASYARAKAT DAN ADA KEZALIMAN HARUS DITENTANG. U HADI DAN SEMUA ORG SHARE RUKUN ISLAM YG SAMA DAN SIFAT KITA YG NAK FIKIR COMFORT ZONE PASTI AKN DITUNTUT OLH ALLAH SWT KRN SATU SOALAN IALAH APA YG KITA SEMASA MUDA DAN TAKKKAN DI ALAM KUBUR NANTI MAKAN DAN TIDUR SHJ. LU FIKRILAH SENDIRI.