22 Mac 2016

KM Sarawak Takut Dengan Mat Sabu, Halang Masuk Sarawak

Mat Sabu dilarang masuk Sarawak

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu hari ini dilarang memasuki Sarawak.

“Saya dihantar pulang sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Sibu sekitar jam 10.30 pagi,” kata Mohamad Sabu kepada Malaysiakini ketika menuju masuk ke kapal terbang.

Mohamad berkata beliau tidak diberikan sebarang alasan.


“Saya juga tidak dimaklumkan saya dilarang masuk atas alasan apa,” kata Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Bagaimanapun, menurut Mohamad larangan tersebut dikeluarkan atas arahan pejabat ketua menteri Sarawak.

Mohamad bersama pegawai khasnya sejurus tiba di lapangan terbang ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen.

Beliau berkata dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak sempena pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan April depan.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang telah dihalang memasuki Sarawak atas pelbagai alasan.

Mereka adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, anggota Parlimen Subang R Sivarasa, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Terdapat juga gesaan daripada parti negeri supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut masuk ke Sarawak ekoran kenyataannya yang didakwa menghina mubaligh Kristian.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bakal dibubarkan dalam kira-kira seminggu lagi, menurut laporan di akhbar Borneo Post semalam.

Laporan itu berasaskan kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengenai manifesto pilihan raya BN negeri.

Menurut akhbar itu, Adenan dilaporkan berkata manifesto berkenaan sedang disediakan dan akan "diumumkan dalam masa kira-kira seminggu". -mk



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan takut pangaruh Mat Sabu jer, kemungkinan lobi Tuang Presideng juga, supaya tiada saingan dikawasan2 PAS bertanding yang mesra BN.

Tanpa Nama berkata...

Bukan payah, mat sabu boleh buat ucapan live dari KL.... teknologi dah maju... tambah pula di Sarawak banyak penggunaan cakera parabola... yang perlu adalah orang2 yang pakar dalam bidang tu.

Tanpa Nama berkata...

Saya nasihatkan abang Mat kawin dengan perempuan Iban.

Tanpa Nama berkata...

Tuu dia...ada orang kata Amanah macam lalat. Rupanya ramai takut Bang Mat datang menziarah...

Tanpa Nama berkata...






Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Lorong Yg GELAP... Penuh Ber 'HANTU'
HANTU Puaka... Yg Nak Menutup RAHSIA
Rahsia MENYAMUN... Merembat MENIPU
MUSANG Berjanggut... Pun Sedondon Ber SAMA
Ber AKIDAHkan-Hantu... FITNAH Merapu


Jalan Yg LURUS... Ber CAHAYA Di HATI
Lapang TENANG... DAMAI Sekali
Hanya Pem FITNAH... Dan Juga Pen CURI
Yg TAKUT kan Bayang... Bayangnya SENDIRI



Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Di Dalam CAHAYA... Semuanya NYATA
Pem FITNAH Pen CURI... Gerenti 'SURRENDER'
HANTU dan Puaka pun... Tak Berani MENJELMA
MUSANG Berjanggut... Ter Lucut SORBANnya
Ter Londeh JUBAHnya... "Bogel" dan HINA












Timnajib Jomfikir berkata...

PRN kan akan diadakan dalam waktu terdekat ni...ramailah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan tidak dibenarkan masuk.

Tapi, yang peliknya....pemimpin PAS boleh pula masuk? siap, mereka adakan mesyuarat PAS pusat kat Sarawak lagi...walaupun, sebelum ni..mereka tak pernah pun adakan diluar Kuala lumpur hehehe...

Apa maknanya tu..? Hehehe....

Malaysiabaru berkata...

LIM GUAN ENG tidak bersalah

Harga sebuah rumah adalah subjektif... Rumah 40tahun di jual pd harga berjuta adalah pelik kerana biasanya rumah sudah tiada harga kecuali tanahnya

Rumah sebelah jiran mungkin lebih atau kurang jika di ubahsuai mcm istana khir toyol.. Atau umah p ramlee yg dah reput...

Siapa kta nak letak nilai rumah mcm juga nilai dr vida dan ct nhaliza pasti tak sama... Barang tak sama kata donald trump

Fitnah bloger keturunan raja nak kait owner dgn syarikat adalah penipuan.. Fitnah.. Owner lama langsung tak kenal atau bkerja dgn syarikat tanah manggis

Mp umno memang bodoh bgg dan patut di zaman oleh lge...

Undi umno mcm undi pas
Undi pas mcm undi umno

Tanpa Nama berkata...

Kalau mat sabu ikut saranan adenan satem..kawen iban sorang haha..bolehlah lepas imigresen...

air gunung berkata...

Aku setuju dgn anon 2.21 ptg.
Pelbagaikan cara...
Kalo tak,dok pening bodo x bergerak..yg penting solusi n kerja jln.kalo perlu kawin iban or serawakian silakan bg yg berkemampuan..yg penting kerja jln.psl amanah di tubuhkan utk kebajikan rakyat.
So kalu tak boleh berkebajikan kira sama jer dgn geng yg kuat pong pang pong pang tuh..
Go amanah go..

Anti Fitnah berkata...

Rupa2nya di Malaysia, rakyatnya ada kasta juga ...
Semenanjung lain ...
Sabah & Sarawak lain ...
Hebatnya KM Sarawak & KM Sabah, silap-silap PM Malaysia pun boleh dihalang memasuki Sabah / Sarawak. Hebatnya Malaysia.
Malaysia ... Negara Paria juga akhirnya.

Tanpa Nama berkata...

SEBAB ADANYA UNDANG-UNDANG BODOH DI SABAH DAN SARAWAK STILL NEED TO SHOW I/C TIME MASUK KPD IMIRESEN MENJADI ISU HAL INI. THIS MEAN KM SARAWAK AND SABAH CAN USED UNDANG - UNDANG INI ENSURE UMNO BERKUASA DI SABAH DAN SARAWAK, ENSURE MAKLUMAT TIDAK SAMPAI KPD RAKYAT SABAH DAN SARAWAK. LAGI SATU HAL KELUAR MEREKA KELUAR MASUK ORANG SEMANUNJUNG DI SABAH SARAWAK MASIH DICONTROL OLEH KERAJAAN NEGERI. SO PEOPLE YG BERASAL DARI SEMENANJUNG KENA TENTANG UNDANG - UNDANG RASIS STILL DIAMALKAN DI SABAH DAN SARAWAK KERANA UNDANG - UNDANG INI NAK LABEL ORANG SEMANANJUNG SEBAGAI ORANG ASING SEDANGKAN DIA JUGA RAKYAT MALAYSIA BUKAN RAKYAT ASING.