23 Mac 2016

Pakatan Harapan Selar Adenan Satim Sekat Mat Sabu Masuki Sarawak

Amanah kecam tindakan halang presidennya masuki Sarawak

Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam keras tindakan menghalang Presidennya, Mohamad Sabu memasuki negeri Sarawak seperti yang berlaku hari ini.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir dalam satu kenyataan media berkata, Mohamad tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi dalam rangka lawatan dua hari ke negeri itu.

"Beliau bagaimanapun ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan imigresen dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

"Parti Amanah ingin mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang," tegas Anuar.


Tambah beliau, dengan insiden yang tidak disangka itu sangkaan Amanah bahawa Adenan berbeza dari pemimpin sebelumnya adalah meleset dan silap.

Menurut beliau, sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Adenan menyaksikan betapa beliau masih di dalam kerangka pemikiran sempit politik lama seperti diamalkan bekas Ketua Menteri sebelumnya.

Sebelum ini beberapa pepimpin Pakatan Harapan antaranya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan beberapa pemimpin lain turut dihalang daripada memasuki negeri itu.

"Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa Ketua Menteri berada dalam ketakutan dan cuba menyekat suara perubahan dan kebangkitan rakyat," tegas Anuar. -Malaysia Dateline


Halang Mat Sabu masuk Sarawak bukti Adenan takut Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR 22 MAC: Sekatan Presiden Amanah, Mohamad Sabu memasuki Sarawak membuktikan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satim begitu takut dengan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya negeri itu yang dijangka diadakan April depan.

Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu bersama pegawai khasnya, ditahan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Sibu sekitar 10.30 pagi tadi tanpa diberikan sebarang alasan.

Beliau yang dijadual mengadakan lawatan kerja dua hari sempena PRN, diarah pulang meninggalkan Sarawak dan kini dalam perjalanan balik ke Semenanjung.

Bagaimanapun, menurut Mat Sabu, larangan tersebut dikeluarkan atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, halangan ke atas pimpinan Pakatan Harapan untuk bertemu rakyat Sarawak merupakan tindakan terdesak dan amat dikesali.

“Saudara Mohamad Sabu merupakan salah seorang dari sejumlah pimpinan politik dan masyarakat sivil yang kini tidak boleh lagi menjejak kaki ke Bumi Kenyalang.

“Tindakan ini menjadi bukti bahawa BN di bawah pimpinan Adenan Satem cukup takut pada musuh politik seperti Pakatan Harapan sehingga kehadiran pimpinan seperti Zuraida Kamaruddin, Nurul Izzah Anwar, Tony Pua, Teresa Kok, Mazlan Aliman dianggap satu ancaman politik.

“Di dalam demokrasi yang maju dan progresif, musuh politik perlu diserang melalui idea dan perbahasan, bukan dengan halangan pentadbiran seperti berlaku sekarang,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Tegasnya, pentadbiran Adenan perlu menamatkan dasar menghalang warga Malaysia yang berlainan ideolagi politik dari memasuki Sarawak, demi demokrasi lebih matang dan Malaysia lebih baik.

Sementara itu, Amanah menegaskan, sekatan ini menunjukkan satu lagi pelanggaran ke atas hak dan kebebasan Mat Sabu berstatus warganegara Malaysia, seraya mendesak halangan tersebut ditarik balik serta merta.

“Parti Amanah kesal atas pernahanan Mat Sabu. Kami juga meminta supaya Ketua Menteri Sarawak menarik balik arahan tersebut,” kata

Naib Pengerusi Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, pada sidang media di Parlimen.

Pemimpin pembangkang lain yang turut dihalang memasuki Sarawak atas pelbagai alasan sebelum ini adalah Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
-KD


9 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

KJ oxpord ... Tak nak mengaku bersalah..

100juta weiiii..

KSU termuda la kunun... Ptuihhhh hakh tuii

Apa nk jd dgn ptd officer negara ... Yg kununya cream of the crap...

Rumah guan eng bukanya nilai 4juta kala ikut otak pemuda umno .. Kerana rangka rumah takde nilai dah 40tahun.. Rumah jiran bukan 4juta tapi 8juta kalau roboh buat baru Taruk marmar impot italy...

Mat sabu pun ketawa dgn pemuda cawat kote umno... Kalau berani bg masuk serawak... Ni negara komunis ke aper...?

Undi umno mcm undi paz
Undi pas mcm undi umno

Tanpa Nama berkata...

Damokrasi apa.semua sekat

lelaki dicermin berkata...

Aku menghadiri kursus satu masa dulu.. dlm kursus tu salah seorg penceramahnya org BTN. Apa lagi byk kaitkan politiklah..Ada seorg bdk ppuan tanya.. kita masuk swak pakai pasport ke. Org btn ckp guna ic je.. aku pun bertanya.. sy pernah pegi swak.. kita org semenanjung seolah2 kat luar negara kena tunjuk ic..kenapa peraturan tak di mansuhkan.. sbb BN byk kali menang 2/3.. boleh mansuhkan di perlimen.. org btn tu jawab...yalah patutnya zaman paklah dulu boleh mansuh..tp dia org tak buat. Ceramah mengutuk pembangkang berkali2.. tanya pasal sekatan masuk sarawak tu.. itu jawapannya..terbakar je hati...

Tanpa Nama berkata...

Guna passport masuk Sarawak adalah salah satu syarat Sarawak.masuk.Malaysia..
Peraturan itu boleh dilonggarkan oleh kerajaan yang berkuasa jika mahu.
Menahan sesorang dari masuk Sarawak adalah keputusan Kerajaan negeri atas nasihat orang-orang tertentu dan larangan ini juga boleh ditarik balik.
Satu masa dulu DS Najib pun pernah disuruh balik dan dilarang masuk Sarawak (ketika menjadi menteri belia dan sukan / ketika kontroversi team bola sepak Sarawak - Ngap Sayot)
Hadi Awang pun boleh dilarang masuk Sarawak jika mahu. Beliau pernah hina kata rakyat Sarawak pakai cawat tak reti mengundi..jika isu.ini.dibesar-besrkan tidak.mustahil ini boleh berlaku...alahai - Ancient Mariner.

Tanpa Nama berkata...

MENTALITI PEMIMPIN DUNIA KE TIGA! Adakan pertandingan tetapi ikat semua kaki & tangan pihak lawan. Tak malu ke jika kemenangan diperolehi secara begitu.

Tanpa Nama berkata...

Nak malu ape tuan 8.21. Puak2 ni memang dah lama tak ada kemaluan. Memang dah berpuluh2 tahun gasak pembangkang cara macam tu. Pengadil pun orang dia. Penjaga lampu pun orang dia.

Sabar Bang Mat. Buat je ceramah khusus dalam youtube khusus untuk orang sarawak. Kalau betul fakta ni, Bang Mat bedal je.

" Maaf aku dah datang tapi tak dibagi jumpa tuan2. Aku ini dianggap lebih bahaya dari kumunis yang buat kerjasama meronda pesisir. Kelasi2 kapalnya pasti boleh naik ke darat. Jalan2. Risik2. Main2. Mustahillah dah bertahun2 meronda, kelasinya tak naik ke darat. Tuan2. Bapa tuan2. Dan datuk tuan2 ramai yang mati bergalang tanah kerana menggempur kumunis zaman kesusahan dulu. Tapi hari ni kumunis bebas masuk perairan kita. Di mana maruah bangsa pribumi kita yang menumpahkan darah demi kesetiaan kepada negeri kita. Bangsa pribumi kita tetap mundur dan tertindas. Orang yang nak bantu bangsa kita pulak dihalang2. Kemerdekaankah ini? Adakah tuan2 dah mati semuanya? Oh. Masih hidup rupanya. Kalau masih hidup, apa ertinya ' lagi idup lagi ngelaban'? Padahal seluruh dunia mengiktiraf hanya tentera renjer bangsa iban yang berjaya menghapuskan kumunis di dunia ini!

Tanpa Nama berkata...

Demikian lah orang Sarawak yang selesa dengan cara ini. Sedangkan yang bijak-pandai malah ada yang belajar di oversea, tidak mahu tahu sebab belum masa mereka kena macam kita yang sudah terlambat.

Dan jika di perhati dari jauh yang menjadi mangsa di sana ialah mereka yang tinggal di pendalaman, sedikit demi sedikit kawasan mereka di ambil.

Dan Sarawak kekurangan pejuang malah kisah pejuang yang lalu pun tidak tahu siapa orang nya ?

Namun satu hari nanti ..... Kapal Lanun Bugis akan sampai juga ke Sarawak ! Sekali pun sauh tak di naik-naikkan, Kapal Berhantu !!

Tanpa Nama berkata...

Sarawak..kahkahkah.. berapa kerat ja yg cerdik?? Tu pun cerdik merembat duit ja..

Sbb tu macai2 LCE..MCE..sibuk beli degree.. nak naik pangkat cepat..

Yg bebudak cerdik belajar.. score sana sini.. mana minat ligan jawatan politik.. sumer nak cari keja brick and mortar jer.. sbb derang tahu.. politik malaysia tu kotor..

Am Mohamad berkata...

Kalau macam ni.. baik tak payah ada pilihan raya. Bagi dia jelah memerintah selamanya.. mengabiskan duit je..