22 Mac 2016

Banyak Lembu Yang Makan Dedak, Tapi Muhyiddin Enggan...

Muhyiddin ditawar jadi gabenor, pengerusi PNB

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkata beliau mendapat dua tawaran sejurus sebelum dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.

Berucap di Kota Tinggi di Johor malam ini Muhyiddin berkata beliau ditawarkan menjadi Gabenor Pulau Pinang serta Pengerusi Permodanan Nasional Berhad (PNB) oleh pihak yang tidak dinamakannya.

Bagaimanapun Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.



Kata Muhyiddin kadang-kadang beliau berasa "agak bodoh" kerana tidak menerima tawaran berkenaan.

"Saya membayangkang bagaimana (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng ada di depan saya, menyembah saya.

"Sesetengah pihak pula berkata saya patut mengambil RM1 bilion dan berdiam diri," katanya di depan kira-kira 1,500 hadirian.

Menjelaskan keadaan itu Ahli Parlimen Pagoh berkenaan memberitahu tidak dapat menerima tawaran yang diberikan kerana ia membabitkan soal maruah.

"Kalau saya terima maknanya saya makan dedak (boleh dibeli). Rakyat akan berkata Muhyiddin adalah orang nombor satu memakan makan dedak.

"Saya tak boleh menggadaikan prinsip perjuangan saya," katanya. -mk

ULASAN GB

Tahniah DS Muhyiddin kerana tidak makan dedak, tidak seperti lembu-lembu yang lain.

Tidak juga seperti seperti satu gerombolan yang lain, berebut bermatian-matian kerana hendakkan dedak itu..

Berhiruk pikuk bila dah dapat makan dedak. Dihebohkan satu dunia pula.

Dapat pula bergambar dengan pemberi makan dedak berkenaan. Terasa bangga dirinya sampai terlupa perjuangannya selama ini.

Hukum kebenaran dan kleadilan akan berjalan. Lembu-lembu itu akan disembelih bila tiba masanya.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agak-agaknyalah, Hadi Awang ditawarkan apa pulak ye?

cikmatgelap berkata...

lembu2 tu akan di sembelih

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Mahyiddin mengajar ualamk2 Pas tentang ilmu siasah.tentang maruah ilmu agama .tentang maruah diri .kerana kini ulamak2 Pas dan peminpin Pas tidak tahu kemana halatuju Pas.Dulu Prersidenya mengatakan Amanah seperti Bas yang tidak ada distinasi .kini Hadi adalah pemandu bas yang tak tahu ke distinasi mana.ahli2 yang ada didalam bas tersebut bingung ,lapar.geram .menyampah kepada pemandu tersebut .mereka hendak marah tak bolih nanti bas tersebut di hala ke gaung dan pemandu tersebut sudah tersedia dengan payung terjun.hadi.hadi.apa nak jadi?Aboh.abdoh ,mnegapa jadi bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Kalo aku, hehe.. aku rembatttt.. melawan org bodoh dan jahil agama tapi berkuasa adalah sesuatu kerja letih dan sia2 walaupun disokong agama.

Malaysia kini dipenuhi manusia2 bodoh dan yg melawan pun bacul. Dalam blog.. pongpangpongpang.. luar sumer diam menikussss ja. Rakyat 30 juta.. sumer meniskus jugak..

Lihat Gani Patail. Dah senang lenang dgn Cahaya Mata Sarawak. Di Akhirat kelak.. hidup indah muluk di syurgaloka.

Tanpa Nama berkata...

Penasihat jer

Jual Maruah Kerana gelaran penasihat

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini mungkin akan ada pula lembu yang memakai serban dan bowtie!

Malaysiabaru berkata...

5 tahun dulu muhyidin kata Anwar pengkhianat melayu dalam utusex meloya..

Anwar saman muhyidin dan blog kami solat hajat kejatuhan anak ularmak besar Johor... Alhamdulilah dah jadi...

Arwah bapa muhyi kepanasan dlm kubur...

Muhyi dah sedar dah bertaubat? Hya dua org umno kata pas party ajaran sesat iaitu muhyi dan Ahmad said.. Dua dua di pecat skrg

Jika muhyi dah taubat kami mohon anak ular.ak besar perak nuha taubat

Zahid jam 300 000 berut buncit ... Kami mahu kome taubat juga... Zahid kamu juga akn d pecat


....undi pas mcm undi umno
.....undi umno mcm undi pas

Tanpa Nama berkata...

Penasihat 25%.....3 ABDUL.....

Tanpa Nama berkata...

Gani Patail yang makan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang ini diibaratkan seperti orang baru pertama kali buat umrah yang terlepas tempat miqot nak teruskan perjalanan kena bayar dam nak patah balik ketempat miqot pemandu bas tak mahu berpatah balik jadi semua penumpang bas tersebut terpaksa menanggung beban untuk membayar dam jika mahukan umrah itu sah dikerjkan sebabnya dimiqot itu tempat melakukan rukun umrah pertama iaitu niat , begitulah juga dengan pengikut PAS yang masih benggong dengan kerenah presiden mereka yang biul dengan arah tuju pimpinannya .

Tanpa Nama berkata...

Maaf ckap,pas ada jubah,ikatan ada bow..jadi jubah+bow=jubow..jgan mara aaaa

Tanpa Nama berkata...

Apakah sebab sebenar menjadikan iman kita kuat?

Banyak baca Quran dan beramal macam orang-orang PAS itu, tak jugak. Sebab kerja dia orang Muhyiddin yang buat.

Muhyiddin pulak yang tak berserban dan bukan ahli agama yang tolak diberi makan dedak !

Najib tersenyum dan ke sana sini sebab Lebai-Lebai PAS tolong cover kan dosa-dosa Najib.

Adakah orang yang beriman itu ialah seseorang yang mempunyai sifat angkuh, putar-belit, sombong, menipu, boros dan tidak amanah seperti Najib ?

Biarlah kita di duga dengan cara lain dari di duga dengan Allah guna orang alim tapi iman tak sama dengan cakap.

Tanpa Nama berkata...

Kau Lembu.

Lembu Hijau.

Kau Lembu Hijau 1

Tanpa Nama berkata...

Teka siapa yang gelak sakan sambil mempamirkan gigi kapak pemberian ibunye di sebelah pembesar negara itu?

Itulah gambor wayang terbesor yang bakal ditayangkan ke seluruh rumah2 penonton setia tv kat malaysia menjelang pru nanti. Gambor itu umpama nyawa. Betul2 nyawa pemberian si gigi kapak and the geng kepada pembesar itu. Berbahagia sungguh si gigi kapak. Kesian ayah tak dapat merasai nikmat ini. Ayah pergi dulu..

Bertuah sungguh ibunya melahirkan. Akhirnye dapat juga anakda duduk betol2 sebelah pembesar negara. Sejuk hati ibu mengandong. Tak sangka engkau membahagiakan ibu. Lega dapat pejam mata nanti ye..

Dua tahun tak lama. Pada hari kemenangan pru nanti di gigi kapak akan mendapat dulang emas. Baju orang besar2. Jawatan hebat. Ohhh. Betapa berbahagianye ibu tak dapat hendak dibayangkan. Dulu ibu diam saje masa engkau bergambar. Sekarang ibu tidak boleh diam lagi. Ibu melompat kerana teruja sangat2. Glamour, bergaya dan tidak miskin lagi..adu du du du. Bahagianye...

Unknown berkata...

Salam

Najib sekarang berada di cross Road,Akibat scandal peribadinya yg tak henti-henti,dari sejak zaman remajanya,dimana kedua anaknya menjejakinya sehingga kini,mungkin selama2nya, KECUALI dgn izin allah Hadi dapat menasihatinya dan dia BERTAUBAT Nasuha.
Dari rasuah kapalterbang tak-ada engine,altantuya,scorpione,IMDB,2.6billion ka personal account, dgr ceritanya case menerima duit belom selesai lagi ada yg lebih besar lagi yg belom didedahkan oleh WSJ.cuma tunggu masa aje.

Najib diumpamakan orng yg KELEMASAN,disaat ini dia sanggup berbuat apa sahaja HATTA menjadi PEMBOHONG BERSIRI.Najib bernasib baik kerana dia BERKUASA,Duit dia pegang,police dia pegang ,mahkamah dia pegang,media dia pegang, kazanah negara dia pegang,WANG/jAWATAN adalah strategy utamanya,ia umpama bagaikan DEDAK yg ditabur untuk memastikan PEMBOHONG BERSIRINYA dapat menutup KEMUNGKARAN yg dilakukkannya.Persepsi dirinya diTUKAR dgn sekelip mata,tiba2 dia dah jadi ALIM dgn jubah putihnya,setelah dedak yg ditaburkan pada lebai2 dedak disambut dgn pelahapnya.Dia tiba2 menjadi orng pertama yg menentang rasuah bila media perdana dgn hebatnya memerangkap LGE dan Kementerian Khairy jamaluddin dgn issue Rasuah.TETAPI dia tidak pula memerangi issue rasuah balak kelantan?ini adalah satu dedak yg diberi pada pak2 lebai supaya menyokongnya,jika tidak issue balak kelantanpun kena juga.

sekian..dulu

Tanpa Nama berkata...

Sheikh yg kondem TGHH semua serban besar nak perbetulkan Islam. Jika mereka adalah tentera yg dihantar iblis utk hina ulamak dan rosakkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

tuan presiden tak perlu dedak. cukup sekadar najib sebut hudud, terus terbuai dgn angan2 boleh berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Umno dan pas serupa makan dedak.
umno makan dedak kelas 1 tapi pas makan
hampas dedak.hj hadi bawa pas dalam
longkang

Tanpa Nama berkata...

Hadi plak yg dah termakan dedak,nak perbetulkan diri terasa malu pulak.akhirnya jadi lah pemakan dedak sejati

Tanpa Nama berkata...

Jdi lembu qurban

Unknown berkata...

Bravo tan sri

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Dapat MELIHAT... Jalan Yg MATI
Lorong GELAP... Onar dan AUTA
PONTENG U-Turn... FITNAH yg Keji


Jalan Yg LURUS... Ber CAHAYA Di Hati
HISAB-Audit-NYA... Jitu dan RAPI
TAK Wujud Pen CURI... Dek Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI... Yg Penyantun SIMPATI
Moga Sang Pen CURI Itu... Kan Berubah HATI
Krn Yg Kau CURI Itu... Adalah DARAH Daging Mu Sendiri
DARAH Daging Adam as... SATU Keluarga Besar Semenjak Azali
Sbb Itu Bila Kau CURI... Kau Akan PANAS-Resah-BIMBANG Mmbawa Ke MATI
Krn Men CURI Itu... Bagaikan MENIKAM Diri SENDIRI



Jalan Yg LURUS... Ber CAHAYA Di HATI
Yg Ber CAHAYA Di HATI... Kan Kaseh Mem-BERI
Yg Kaseh Mem-BERI... Kan SENANG Di Dekati
Kaseh Mem-BERI... Se Baik7 DAKWAH yg Meruntun Hati
Kaseh Mem-BERI Itu... Semurni Kaseh-ILAHI
Mnjd Penambat-CINTA-Kaseh... Nabi dan WALI

Tanpa Nama berkata...

T.kasih sahabat kerana pencerahannya terhindar dari menjadi manusia yg bengong dan goblok.....syabas.