29 Feb 2016

[VIDEO] Sisi Lain Abang Mat Yang Jarang Dikatahui Orang...

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, resume rakyatnya tidak perlu banyak perkataan untuk dihurai. Selain hebat, ialah mengkagumkan. Di zaman mudanya, Abang Mat keluar masuk penjara memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai benar. Ramai orang takut pada ISA, tetapi tidak pada Abang Mat.

Semasa di dalam parti sejarah, nama Mat Sabu sudah sinonim dengan nama parti itu satu ketika dulu. Abang Mat (nama panggilan mesra untuk Mat Sabu) adalah simbol toleransi, mesra dan friendliness (mudah bersahabat). Rakan-rakan bukan Islam cukup menghormati dan menyayanginya. Rakan-rakan seperjuangannya menghayati pengorbanan beliau.


Sebelum ini, ramai yang mengenali Abang Mat hanya di pentas-pentas ceramah. Dengan telatah lucu yang terselit di dalam ceramah-ceramahnya yang bernada tegas menjadikan nama Abang Mat begitu popular. Kini Abang Mat adalah Presiden Parti Amanah Negara bersama-sama Ust Ahmad Awang dan Ust Abd Ghani Shamsuddin selaku Penasihat Umum AMANAH, Ust Hassanuddin, Ust Dr. Hassan Baharom dan Ust Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai Naib-naib Presiden serta rakan-rakan perjuangan yang lain.

Namun, tidak ramai pula mengetahui sisi lain Abang Mat.

Di sini kita paparkan satu klip video yang menunjukkan Abang Mat adalah seorang yang tidak kekok di dapur. Bahawa Abang Mat ialah seorang yang "low-profile", tidak membangga diri, bukan berlakon etapi benar-benar "bekerja" di dapur. Beliau bersama-sama jawatankuasa jamuan menghulurkan tangannya untuk menyiapkan juadah di satu program Kem Bina Wadah Anak Muda AMANAH Negeri Kedah yang di Pantai Merdeka, Kuala Muda Kedah pada 26 Feb 2016. Kredit untuk Sdra Aris Awang, Setiausaha Parti AMANAH Negara, Kedah kerana berkongsikan video klip berkenaan.


10 ulasan:

Unknown berkata...

Bagus perangai abg mat pandai menyediakan makanan dan tolak UMNO 100%.

Jangan jadi mcm Hadi Hadi,bab candat sotong, menjala..beliau memang pandai. tapi, time...cakap mengenai UMNO..beliau totally berubah..jadi pembelit. ke beliau..terlebih makan dedak pemberian Najib? Hehehe...

Unknown berkata...

Salam

Tahniah Amanah dan Abg Mat, kurangkan CAKAP,buat KERJA."Leadership by Example"

Teruskan..teruskan...

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Aku sayang PAS... Tapi kemana hala tujunya..
Presiden PAS kata tak suka umno... tp tak nak sokong tolak umno
Mulut kata no to Umno... Tapi perbuatan .. no to tolak najib
Aku membaca dan meneliti... memerhati... DASAR PAS.. MANTAP tp pemimpinnya amatlah lemah macam CAI.. maaf terkasar,
Pemimpin terdahulu.. bergolok bergadai, naik mahkamah turun mahkamah, menaikkan Pas.. ttp bila naik ... PAS takabbur dan riak... teguran tidak dipakai, keputusan membelakangkan mesyuarat
Benarlah... kopiah dan jubah mahupun turban, bukanlah ukuran akhlak dan keimanan, macam mana PAS nak perjuangkan keadilan pd semua, jika pparlimen pun ponteng, tuduh org lain jual pil kuda tanpa bukti, tak boleh ditegur walaupun terang2 lemah mentadbir dan membuat keputusan yg sering uturn... Pas.. parti yang aku sayang suatu ketika dahulu, kini punah ditadbir presideng maksum, mintak maaflah aku undi Pas lagi itu pun jika husam jadi calon... jika tidak bye bye lah pas.

Najwan berkata...

Cukuplah, biarlah PAS macam tu.. Aku pun tak sangka jadi camni.. Ikutkan dah tak mahu g ngundi PRU nanti. Nak undi PAS buat apa, taknak jadi kerajaan. Yang penting ABU. Paling tidak aku takkan undi mereka yang korup dan macam lalang.

Tanpa Nama berkata...

Memang aku akui sendiri. Berbanding dengan aku yang lebih muda daripada beliau, aku tidak mampu berbuat bakti seperti beliau.

Tanpa Nama berkata...

How to access all the sites that has been blocked i.e. Malaysia Insider etc. 
1. Use Google Chrome 
2. Look for 'Options' button.( look for 3 vertical dots at the top right hand corner of your screen) 
3. Touch on that button. 
4. You will see a list of options. Select 'Settings'. 
5. Scroll down and look for 'Data Saver'. Select it. 
6. The normal default setting is 'Off'. Slide the button to switch it 'On'. 
7. Now you can access all the websites that have been blocked

Unknown berkata...

Ornag semua dok panas pasal nak humban UMNO, dimana Pas, tak bunyi suara senada dan seirama ikut bersama laian lain puak pembangkang, kata konon nak guna siku, lutut dek si tonto tv porno Jerman, dan yang sorang lagi nak bagi tentangan cakar rimau tapi cakar limau habuk pun ta rak.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Yen Ucop. Tak nampak ke kawan kita tu. Tengok tu ha. Dia tengah duduk berselubung sambil tergigil2 tu. Ingatkan demam pasal pengaruh al nino. Rupanya dok wirid takut DAP, takut DAP, takut DAP.

Celaka betul penyakit penakut DAP ni ye. Semenjak dia tahu makin ramai orang nak pejatuh imno, dia jadi hilang semangat nak idup. Hilang tuhan dalam dirinya. Macamlah dunia jadi kiamat kalau imno tak lagi pegang kuasa.

Tuan Yen. Nak dibuat ape kawan kita nih? Dah le tak join orang kampung nak perambat imno, dia ni sunyi senyap je tak berlagu. Campak ke laut? Eh. Jangan. Orang macam ini nak dibuat kawan pun tak boleh, apa lagi nak dibuat tok ketua, jauh sekali.

Biarkan saja dia tu. Sampai masanye nanti dia pun cabut larilah dengan puak2 imno kerana orang kampung anggap dia satu geng. Siap bawa tong gas bagi oksijenlah kononnya.

Hai kuasa melayu. Selamat jalan le..

Tanpa Nama berkata...

Maknusia yang macam punya bagus dan low class sepatutnya diberi peluang untuk dia buktikan bahawa dia memang pemimpin sejati sanggup merendah diri menjadi hamba rakyat.

Bukankah dah hampir habis umur anda dok cari pemimpin sejati tapi tak jumpa2 jugak maka inilah peluang sekali seumur hidup anda memilih Bang Mat sebagai tok ketua.

Kesian. Anda bergelumang dalam kubang imno rasa sedap dah tapi yang Bang Mat nak bagi ni mungkin kubang yang elok sikit kot. Alahai. Bagi lima tahun sudah lah. Kita tengok macam mana Bang Mat pening kepala pulak nak jaga rakyat. Padan muka dia. He he.

Habis. Kalau Mat Sabun ni lebih teruk dari imno, amacam? Woit! Jaga mulut kau, sebelum Bang Mat naik kami rakyat nak pastikan dulu semua badan2 eksekutip negara bebas dan sebebasnya tanpa dipengaruhi oleh PM. Mereka hanya melapor kepada parlimen dan Agung. Kalau Bang Mat buat hal, esok parlimen bersidang. Habis saja sidang, Bang Mat kena balik penang tanah jagung!

pemuda parit kings berkata...

Alhamdulillah Abg mat...klu x diiklankan pun...abg mat tetap org kenali...Abg mat bukan bersifat kepura-puraan...hidupnya jelas...penerangannya tegas...gerak kerjanya berkesan...ramai yg segan...namun kawan sejarah lamanya juga terasa akan kehebatan Abg mat...namun ada sikap tak puas hati...ada Cara utk jatuhkannya...selama Abg mat JD ahli parlimen seblum ini...2 penggal dgn kereta Toyota teksinya...ramai yg tahu dan menyaksikan kehidupan brliau sebgai wakil rakyat...ramai yg yskin akan kemampuannya mengemudi PH...abg mat memang layak digelar hero bust says...idola buat says...ramai watak yg ada dlm kotak politik...tp says puji Abg mat slaku presiden amanah...walaupun seblum ada amanah...kita ikuti perkembangan Abg mat seterusnya...moga niat baik Abg mat akan dikukuhkan Oleh Allah S.W..T...