21 Feb 2016

[VIDEO] Rumah Terbuka Tahun Baru Cina AMANAH Melaka Meriah

Bukit Beruang: Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina AMANAH Melaka dengan kerjasama AMANAH Kawasan Bukit Katil yang diadakan di Taman kerjasama Bukit Beruang hari ini telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat di kawasan ini.

Majlis yang bermula jam 6.00 petang telah menerima kunjungan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum disamping beberapa tokoh pimpinan Pakatan Harapan negeri Melaka.

Turut hadir Naib Presiden Parti Amanah Negara Dr. Hassan Baharum, Ketua Biro Integrasi Nasional AMANAH, En Hu Pang Chaw, Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul iskandar Md Akin, ADUN-ADUN DAP negeri Melaka iaitu YB Khoo Poay Tiong, YB Lim Jak Wong, YB Goh Leong San, YB Chin Choong Seong dan bekas Ketua Wanita MCA Melaka, Datuk Kian Sit Har.


Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Tn Hj Adly Zahari di dalam ucapan aluan-aluannya menyatakan bahawa tujuan diadakan rumah terbuka ini ialah kita mahu membina muafakat di kalangan rakyat di dalam negara kita.

Beliau menekankan hanya dengan permuafakatan di kalangan rakyat kita mampu merubah keadaan yang kita hadapi di dalam negara sekarang ini.

Setiausaha DAP Melaka, Khoo Pay Tiong menyentuh mengenai keadaan ekonomi negara yang teruk akibat dari skandal 1MDB dan RM2.6 bilion yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi negara manakala Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar turut menyelar pimpinan negara yang menyebabkan keadaan keadaan sistem politik dan ekonomi negara yang rosak teruk.

Majlis rumah terbuka ini menerima kejutan dengan ketibaan beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi dari kumpulan "Harapan Baru (HB) Bikers" yang singgah dalam siri jelajah mereka ke selatan tanahair.

Di majlis ini juga satutabung bernama "Tabung Mat Sabu Lawan SPR" turut dilancarkan bagi membantu Presiden AMANAH, Tn Hj Mohamad Sabu yang kini menghadapi saman mahkamah sebanyak RM200,000.

Lebih manis lagi apabila di program ini, beberapa orang telah mengisi borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara. Salah seornag daripadanya ialah En Haw Lam Chai, 57 menyerahkan borangnya kepada Pengerusi AMANAH Melaka, Tn Hj. Adly.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan muzik dari anak-anak murid Sdra Ronsome Ho. Ronsome ialah Naib Pengerusi AMANAH Kawasan Bukit Katil dan yang telah bermurah hati menjadikan ruang hadapan kedai muziknya untuk majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina AMANAH Melaka 2016 ini.



Gambar-gambar yang jelas boleh dilihat di blog AMANAH MELAKA

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anjuran amanah??? bukan parti islam ka amanah ni??? ulama amanah kata apa??? jangan terlalu teruja mendapat sokongan smpai tergadau akidah...

Tanpa Nama berkata...

ternampak kebodohan dan kebangangan anon 10:35 pg.

Perayaan tahun baru cina bukan upacara keagamaan, tetapi adalah perayaan bangsa tionghua. Berjuta umat Islam di Kwangtung, China menyambut tahun baru cina.

Seperkara lagi AMANAH adalah parti yang berteraskan Islam dan pelbagai bangsa. Inilah cara untuk berdakwah kepada bukan Islam dan untuk menyatakan dengan jelas Islam itu rahmat kepada sekalian alam.

Tanpa Nama berkata...

Dia nak cover malu pemimpin agama islam PAS menyamar jadi dewa la tu. jangan dilayan sangat geng2 dewa ni..

Tanpa Nama berkata...

Hang ni knp kalut sgt?bijak la sikit pemikiran tuh...agak pimpinan amanah melaka ada pakai kostum mcm adun paya jaras ka???hahaha...depa ni budak baru blajaq ni...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat amanah melaka...semoga abg adly terus maju memacu amanah di melaka...saya doakan kejayaan abg adly selaku pengerusi amanah negeri melaka...ameen...

Jeman berkata...

sah bangang pengomen xde nama ni.. mungkin psl x disertakan dgn dewa paya jaras..

air gunung berkata...

Kih kih kih...
Terlebih mkn dedak.
Tu yg bingai semcm.
Kat mata tu dok terbayang dedak jer..
So fhm2 jelah tahap mana bangangnya..
Suruh ngap taik pon sanggup asal ditabur beralaskan dedak..kih kih kih

Potailangek berkata...

Hahahaha..bangang anon 1035 ni..ade ke org pakai baju dewa mcm walaun paya jaras tuu

Unknown berkata...

Apabila WALAUNTA bersuara seolah telah lenyap akal pemberian Tuhan.
Mungkin Paya Jarak layak jadi dewadewi kaum.tionghua.

abrarmujahideen berkata...

China lebih awal terima Islam dari alam melayu.

abrarmujahideen berkata...

Kecuali pakai pakaian dewa hahaha..anon 10:35.

MANOLITO berkata...

KENAPA BUAT LEWAT SANGAT, PUKUL 6.00 PETANG, NANTI TEKEJO-KEJO NAK GI SOLAT MAGHRIB.

Tanpa Nama berkata...

Buat malu aje org pas...hahaha..ikut islam konon...kah3x...

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:35 pg.
Minta Tuan bg nas-nas Al-Quran dan Hadith soheh (BUKAN HADITH PALSU ATAU SETARAF DENGANNYA) berkenaan anjuran Majlis Tahun Baru Cina yg membawa kepada terpesongnya aqidah.

Terima kasih

Unknown berkata...

Biarla tikus ngan labunya...kita pH kena gerak kehadapan....

Tanpa Nama berkata...

Pelik betul walaunta ni kebodohan mrk melampaui batas...ku kira xwujud lg manusia sebodoh itu rupa2 nya masih ada walaunta sebodoh itu didalam dunia dzaman serba canggih ini.Ini mesti jenis manusia 24jam salahkan dap.kalau dia kentut busuk pun mst die salahkan dap kerjasama israel menyebabkan kentutnya busuk...kesian pas,udahla pemimpin2 nya bengap, walaonta pulak berganda2 bengap je patut la senang je kena tipu umno..kalau manusia mcm ni sejuta kali kena tipu pun tetap bebal jugak terlebih mkn dedak agaknya..mana komen wan rosli ya
..rindu komen beliau.kahkahkahkah

Unknown berkata...

Yg bangangnya pemimpin pas paya jaras... Pakai pakaian dewa. Bodohhhhh... Punya walaun

Tanpa Nama berkata...

berbeza parti nama islam berserban berjubah cair quran hdith dimulut dgn parti tidak jenama islam. imej islam adalh akhlak dn pendekatan bukan luaran.

amanah adalh satu nilai yg sgt besar dn bukn calang2 org volh amalkn. imej luaran belum tentu amanah.

sifat utama Nabi saw sebelum jd rasul lg adalh amanah. dn kpd org yg ada amanah lah islam itu dipertanggunjwb utk disebarkn walhal sekelian penduduk mekah berserban berjubah mereka. malah memelihara mereka akn kaabah.

jika kita hndak mnyertai parti amanah maka awal2 lg kita terdetik hati adakh aku ini ada atau cukup amanah utk menyertai amanah.

sedangkn utk menyertai parti jenama islam. kita akn bertanya adakh aku islam utk menyertainya. sudah tentu ye. maka masuklah parti islam sedangkn sifat amanah tidak menjadi jenama mereka. yg penting islam dn beramal dgn rukun islam. amanahnya tidak menjadi simbol parti.

utk menyerah amanah mentadbir negara adakh cukup dgn hnya orgnya islam tp kuat pecah amanah merompak seolah2 tidak akn mati?

sudah tentu kita mau org yg beramanah mentadbir negara.

kerana itulah sebelum menjawat jawatan Rasul.. baginda sudah terlebih dahulu sgt amanah insannya hingga bergelar Al Amin.

Al Amin lah yg layak mentadbir negara dn umat bukan Al Penyamuuun

Tanpa Nama berkata...

Mula pukul 6 tidak bermasalah. Maghrib pukul berape?
Maghrib bukan 4 rakaat, apa yang terkejar nya...
Dalam pukul 7 orang dah berkurangan ... Yang makin malam-malam orang melayu, buat kenduri lepas isyak. Orang cina pukul lapan dah tak makan. Cuma dalam pukul 10 mereka makan ringan malam.

Tak kan tuan tidak tahu budaya orang cina ?