22 Feb 2016

[VIDEO] Lori Rempuh 22 Kereta & 2 Motorsikal DI Nibong Tebal

Sebanyak 22 kereta dan 2 motosikal yang diparkir di bahu jalan di kawasan Pasar Awam Taman Berjaya di Nibong Tebal, mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori dipandu seorang lelaki hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, pemandu lori berusia 30-an terbabit dikatakan "bertindak gila" merempuh kereta dan motosikal tersebut selepas berang ekoran tidak dapat melalui jalan itu kerana terhalang kenderaan berkenaan.

Seorang pemilik kereta dikenali sebagai Lam, 37, berkata orang ramai menjerit dan meminta pemandu lori berkenaan berhenti apabila melihat kejadian itu, namun tidak dihiraukannya.


Lam berkata dia dan isteri sedang membeli barang keperluan di pasar tersebut sebelum terdengar bunyi bising dan bergegas ke tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku.

"Kami semua menjerit ke arah pemandu lori itu agar berhenti tetapi dia terus memandu laju dan merempuh kenderaan di situ termasuk kereta Proton Wira saya yang turut rosak akibat kejadian berkenaan.

"Hampir setiap hari jika ke pasar ini, saya dan pemilik kereta lain akan meletak kenderaan kami di bahu jalan ini," katanya di Nibong Tebal hari ini.

Seorang lagi pemilik kereta, Poo Sim, 34, berkata semasa kejadian dia dan anak perempuannya berusia 8 tahun, baru sahaja keluar dari kenderaan mereka dan sedang berjalan di bahu jalan berkenaan.

"Nasib baik kami sudah keluar dari kereta, kalau tidak mungkin saya dan anak cedera kerana Perodua Myvi saya turut dirempuh dan rosak di bahagian belakang termasuk pecah cermin belakang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan mengesan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati lori itu didaftar atas nama sebuah syarikat beralamat di George Town dan kami sedang mengesan pemilik syarikat serta pemandu kenderaan itu," katanya.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima tujuh laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh lori berkenaan. – Bernama

11 ulasan:

Amshah Mohamad berkata...

Ini mungkin di sebabkan meletak kenderaan sesuka hati. Akibatnya pemandu lori naik berang.

Tanpa Nama berkata...

Yang buar report tu saman dulu sebab kesalahan parking yang menghalang laluan.

MerakLangit

Tanpa Nama berkata...

Ni orang Makan pill kuda

Tanpa Nama berkata...

Ini blh digunakan pdrm kemalagan merupakan alasan kuat utk pdrm menaikkan saman.hadoi
Ekonomi sempit,kerja makin sulit,gaji terasa semakin sikit,hati bertambah sakit, penguasa zalim terus menghimpit,pembangkang pula hanya pandai menjerit,kesian nasib rakyat malaysia...Memang ini realiti rakyat malaysia tertindas dan terus tertindas,xnampak peluang pembangkang blh menang, pas dah rosak kan semua nya.tahniah pas berjaya menaikkan umno sbg pemerintah seribu tahun lg..tahniah pas sbg ejen pengkhianat terbaek dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..gila apa ler pemandu lori nih??!!hilang akal ka?sedih tgk kenderaan yg kena...harap sabar...semoga Allah bantu kalian semua yg kena...

Tanpa Nama berkata...

NO KOMEN SBB KEDUA-DUANYA PUN SALAH PEMANDU PARKING KERETA BUKAN DI TEMPAT SEPATUTNYA N PEMANDU LORI SEPATUTNYA BERSABAR BUKAN BERTINDAK MCM KENA RASUK SYAITAN. PALING BERSALAH WAKIL RAKYAT ADUN NIBONG TEBAL LU KENA LU TAK SEDIAKAN FACILITY PARKING ATAU LUASKAN JALAN TERSEBUT. SEPATUTNYA KENA AMBIL SERIOUS ISU NI BUKAN SUDAH KENA ADU DLM ADUAN RAKYAT BARU BERTINDAK.PEMIMPIN YG KORUP, LEMBAB, BODOH DAN KENA QUEEN CONTROL MCM PM YG KENA CONTROL WANITA PUAKA SEPUPU KPD IMELDA MARCUS MUST BE KICK OUT NEGARA DIHARAM SAMA SEKALI KEMBALI SEMULA KE M,SIA.

Tanpa Nama berkata...

Ikut betulnya dan logik akal manusia....lori tu yg salah...xkn baru pertama kali ikut jalan tu???takkan baru sekarang yg depa dok nk naik hangin???pasai apa sblum ni tak pi langgaq jer truih...baru la ni nk pi langgaq???pelik laa...mungkin ada sebab lain...

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana pasar di sebelah pagi jalan nya sibuk dan parkingnya bersepah kerana tempat parking yang terhad. Begitu juga di sekolah pada waktu pagi.


Samada di larang lori lalu di situ pada waktu tersebut atau pindahkan pasar tersebut.

Meletak kereta di pasar dibahu jalan diterima oleh masyarakat dan sebab itu tiada tindakan dari pihak Polis dan Adun. Jika ikut kesalahan, peniaga pula akan merungut.

Rasanya ini kali pertama pemandu lori melalui jalan tersebut kerana jumlah kereta yang dilanggar bukan satu... tetapi 22 yang telah menghalang laluan nya. Pemandu lori pun bukan mustahil tidak pernah meletakkan lori yang menghalang jalan apabila memungah barang dan jika.di selalu ke pasar pasti sesekali dia juga meletak kereta di bahu jalan kerana ada kekosongan di celah-celah kereta yang sudah berada di situ

Menjadi kesalahan meletak lori di hadapan rumah taman perumahan, ada kah mereka mengikut peraturan?

Tanpa Nama berkata...

Apapun tuan2. Pemandu yang melanggar berpuluh2 kenderaan macam ini sudah pasti driber ni jenis maknusia cukup2 kejam atau gila sampai sanggup memusnah harta benda malah nyawa orang.

Oleh itu dengar sini baik2 pihak berkuasa, pergi tangkap dan hukum seberat2nya maknusia iblis ini. Jangan peduli dia melayu ke, cina ke atau sapa2 pun. Jangan terima alasan dia atau siapa2 pun yang nak membela dia hatta LGE sekalipun!

Ingat! Kami nak tengok kes ni sampai ke mana...

pemuda parit kings berkata...

Sokong...tp x logik la...akalkan ada...pasti lepas ni...kereta pemandu lori tu pulak yg kena...baru la adil...ingtlah..setiap perbuatan kita dilihat dan dicatit...syg skali ada akal x mau guna...tergamak dia...

suhayla abd berkata...

tengok la kot-kot drebar lori ni kroni umno, mesti xkena tindakan mahkamah... aleh-aleh cina DAP jugak yang salah.. ingat melayu ingat hang tuah, ingat bangla ingat zahid... wakaka...