22 Feb 2016

[TERKINI] Bekas Bendahari PAS Pokok Sena Sertai AMANAH

POKOK SENA - Pas Kawasan Pokok Sena sekali lagi menerima tamparan hebat apabila bekas bendahari bersama 10 ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), baru-baru ini.

Bekas bendaharinya, Yusoff Ariffin berkata, beliau dan beberapa rakan kecewa dengan kepimpinan sekarang dan perjuangan Pas pada hari ini sudah kabur berbanding dahulu.

Menurutnya, dahulu Pas mahu menegakkan keadilan dan menjatuhkan Umno, tetapi sekarang hala tuju itu semakin hilang tujuan.


“Saya bersama Pas selama 30 tahun dan turut memegang beberapa jawatan penting dalam Pas Kawasan Pokok Sena. Bagaimanapun sejak Pas mulai bersekongkol dengan Umno menyebabkan ramai ahli Pas tergores,” katanya.

Yusoff berkata, tindakan mereka itu bukan sahaja turut diikuti ahli Pas sahaja, tetapi beberapa ahli Umno di kawasan itu sudah pun dan akan menyertai Amanah.

"Perjuangan Amanah juga bertunjangkan Islam seperti diperjuangkan Pas selama ini dan ahlinya berasa lebih berkesan menyertai parti ini dalam menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum nanti,"
katanya.

Katanya, Amanah di Pokok Sena mendapat sambutan baik terutamanya dalam kalangan anak muda yang sudah bosan dengan kerajaan hari ini.

"Kegagalan kerajaan hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib telah memberi semangat kepada golongan muda untuk terus memberi undi pada pilihan raya nanti," katanya.

Tambahnya, kejatuhan harga getah memberi kesan mendalam kepada penduduk di luar bandar dan ini sekali gus membuka mata mereka bahawa Umno serta parti komponennya sudah tidak mampu lagi memperjuangkan nasib penoreh getah.

"Oleh itu tidak hairanlah Amanah menjadi pilihan generasi hari ini dalam menentukan hala tuju politik mereka pada masa akan datang," katanya.

Dalam majlis penyerahan itu, Yusoff menyampaikan borang keahlian kepada Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh. -SH

19 ulasan:

air gunung berkata...

Thoorbaaeekkkk...
Teruskan usaha...
Jadikan kecaman kata nista fitnah sebagai cabaran.
Insya Allah AMANAH akn mendpt kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik, ramai2 masuk AMANAH. AMANAH shj yg istiqamah lawan UMNO. Aku boleh nampak AMANAH boleh pergi jauh. Dalilnya, tanpa bertanding atas yiket AMANAH dh boleh jd wakil rakyat inikan pula bertanding atas tiket AMANAH. Singkirkan kezaliman UMNO-BN PRU14

Tanpa Nama berkata...

Syukur pada Allah....ALHAMDULILLAH !

Tanpa Nama berkata...

Sokong 1000%!!!

omar daud berkata...

Salam:


Syukur Alhamdulillah,lama kelamaan Amanah akan dikenali ramai.

Biasalah, ada ahli totok PAS kata,Amanah hanya boleh "SURVIVE 2 tahun shj" Ada yg kata boleh hidup 2 kali pilihanraya sahaja.

Walauapapun Tahniah pada mereka-mereka yg terlibat dalam pembentukkan Amanah dan kerja keras yg tak henti-henti.

Tiada "TAKBUR" disini,kita kenal siapa diri kita "PERJALANAN MASIH JAUH".Asam garam berpolitik banyak kerenahnya.

1000 miles journey begin at the 1st step forward.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai penyokong parti amanah mengucapkan berbyk kesyukuran pada Ilahi...bersama seluruh penyokong PH Batu Pahat dan khususnya diparit Raja...disini juga saya menyeru seluruh rakyat malaysia..agar menyokong PH demi menombangkn omno...hahaha...selamatkanlah malaysia dari gengaman pihak yg menindas rakyat...

pemuda parit kings berkata...

Terbaikkk..

pemuda parit kings berkata...

Lagi ramai ahli pas masuk amanah lg baik...kih3x...

pemuda parit kings berkata...

Siapa yg pernah ada jawatan dlm pas selepas muktamar...pasti akan terkesan dgn bahasa dan tulisan org pascai ni...termasuk saya...berjawatan diperingkat cawangan dan kawasan...org kuat pas satu saat dulu...tp cara org pascai baru ni memang berbeza...rasanya mcm bukan org pas...tp...pasno...sebb bahasa yg digunakan dan melebel kan org pas yg kluar dari pascai...teramat saya kesali...maafkan saya sahabat2 dari pas...satu hari...Allah pasti bagi jalan utkmu...

Tanpa Nama berkata...

Bilo la agak eh turn MP dia plak...heh

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah.....pasngok dh salah jalan, patutnya semua dlm bas turun dn naik bas lain

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap pasal perjuangan PAS yang semakin kabur, cakap pasal pegangan hidup pemimpin PAS yang pakai baju dewa yang sekadar di maafkan tapi pakai topi santa claus kena taubat. Merancang untuk memecat Husam sedangkan beberapa harta negeri dan rakyat di perdangangkan tanpa pengetahuan rakyat dan ahli parti.

Jika perjuangan untuk hak dan keadilan pun tidak dapat dilakukan, apa nak diharap perjuangan untuk menumbangkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu jugak apa yang dikatakan oleh pemimpin PAS ada ahli dari Amanah yang sedar dan menyesal sertai AMANAH ...

Atau nak guna taktik melaga-lagakan konon dalam AMANAH ada spy Hj Hadi!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Aku dan semua keluarga ku telah menyertai dan menjadi ahli AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Pas dan umno akan daftarkan spy dlm amanah. Percayalah. Hati2 sahabat

Tanpa Nama berkata...

Pas merupakn satu party spt Umno . Bila menang PRU maka ramailah ahli ahlinya jadi kaya raya .... Hudud macamtu juga hanya dibibir .... Takut nk jalan di Ktan walaupun dh 30 tahun perintah . takut kat Umno ( manusia ) walaupun Allah dah bagi kuasa di Ktan .

tanya sama itu hud hud berkata...

Terbaek..

Tanpa Nama berkata...

Semoga semakin ramai akan menyertai amanah...kalau dilihat di media sosial, ramai yg mengutuk menteri2 dan pm di ruangan komen apabila melibatkan sesuatu isu nasional...yg menyebelahi krjn mmg blh dikira dgn jari...rkyt semakin benci dgn krjn yg ada...yg mendominasi ruangan media sosial ni golongan berumur antara 20-40 an..gologngan yg tdedah kpd maklumat yg benar dpt menilai sesuatu isu secara berakal...hrap2 pru akan dtg,berakhirlah teori RAHMAN.

pemuda parit kings berkata...

InsyaAllah sahabat...selagi ada penggerak maklumat dan pemacu tenaga muda mudi...biar mereka yg leka...namun kita cuba ingtkan...kita kena sampikn berita2 yg bernas dan berilmu kpd rakan2...kawan2...ahli kluarga...para sahabat yg lain...insyaAllah PH akan berjaya...tiada yg mudah selain usaha dari sahabat2 semua...