13 Feb 2016

TGNA Tokoh Pemersatu PAS & PR, Siapa Pula Pemecahbelah Selepas Pemergiannya?

Setahun selepas Nik Aziz tiada, PAS pecah, Pakatan hancur

Selepas setahun perginya bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti yang beliau tinggalkan kini berpecah 2, Pakatan Rakyat diasaskannya bersama kini berkecai.

Hari ini, 12 Februari 2016 genap setahun Nik Aziz yang dianggap sebagai legenda PAS itu meninggal dunia.

Bagi bekas pemimpin PAS, Nik Aziz tidak akan dilupakan sebagai tokoh penyatu dan petunjuk sebenar dalam kehidupan beragama, berpolitik dan bermasyarakat.


“Kehilangan Tok Guru Nik Aziz adalah satu kehilangan besar kepada politik Malaysia di mana beliau mempamerkan kehebatan politik Islam dan berjaya menyatukan semua orang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bagi bekas ketua penerangan PAS itu, selepas Nik Aziz tiada, politik pembangkang seperti hilang arah dan hilang titik penyatuan dan pertemuan disebabkan perbezaan pendapat dan ideologi.

“Tok Guru pernah berjaya menyatukan PAS dengan Semangat 46, kemudian dengan PKR dan seterusnya dengan DAP.

"Pemergian beliau satu yang sangat dirasai tambahan pula dengan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dalam tempoh yang sama iaitu setahun lalu,” kata Mahfuz merujuk kepada program peringatan setahun pemenjaraan Anwar awal minggu ini.

Sementara menurut bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub, pemergian Nik Aziz bermakna hilangnya sebutir permata yang selama ini banyak memandu parti Islam itu.

“Tok Guru Nik Aziz adalah tokoh yang hadir dalam karier politik saya yang banyak ajar tentang politik Islam yang menjadi sebab saya bersama Amanah (Parti Amanah Negara) hari ini,” kata timbalan presiden Amanah itu.

Sementara itu, pihak yang paling terasa dengan kehilangan Nik Aziz sejak setahun lalu ialah Pengasas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.

Bagi pengerusi pertama DHPP itu, perginya Nik Aziz samalah ertinya dengan tertutupnya sayap bukan Islam PAS itu.

“Selepas Tok Guru tiada, ia umpama menutup DHPP.

"DHPP hanya ada atas buku sahaja sekarang. Ia sudah mati dengan perginya Tok Guru Nik Aziz,”
kata Hu yang memulakan karier sebagai wartawan di Kelantan.

Namun bagi mereka yang rapat dengan politik PAS di Kelantan, Nik Aziz sudah meninggalkan mereka sebaik sahaja selesainya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi.

“Tok Guru sebenarnya meninggalkan kita sejak berakhirnya PRU13 lagi.

"Hanya jasadnya sahaja setahun yang lalu meninggalkan kita,” kata Mohamad Khir Zahri Abdul Ghani, bekas pengarah Tabung Tok Kenali, sebuah badan ditubuhkan Nik Aziz untuk menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Selepas PRU13, Nik Aziz tidak lagi menjawat jawatan menteri besar Kelantan yang beliau pegang sejak berjaya memenangkan PAS bersama Semangat 46 pada1990.

Sejak tidak menjawat jawatan itu, beliau sering sakit dan banyak menghabiskan masanya di katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagi penganalisis politik, Profesor Madya Dr Abdul Latif Ibrahim, rakyat Malaysia tidak kira apa agama atau kaum, apabila menyebut nama Nik Aziz, mereka akan nampak ketokohan kepimpinannya.

“Beliau hidup dengan prinsip yang jelas dan tidak pernah lari dari itu. Beliau diterima sebagai pemimpin yang bersih dan hidup sederhana.

"Walaupun beliau tak sebut atau cakap tentang wasatiyyah atau kesederhanaan misalnya tetapi hidupnya menjadi contoh kesederhanaan,” kata Latif merujuk kepada kehidupan Nik Aziz yang sederhana walaupun menjadi ketua kerajaan Kelantan hampir suku abad lamanya.

Bagi pensyarah sosiopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, Nik Aziz dalam sejarah politiknya tidak akan bersekongkol dengan orang yang dianggapnya ada karakter diragui.

“Sebab itu beliau tidak mahu PAS ada hubungan atau bekerjasama dengan Umno kerana beliau tidak setuju amalan rasuah para pemimpin Umno,” katanya yang pernah aktif dalam PAS sebelum ini.


Tuan Guru Nik Aziz penjinak 'Harimau Jelutong'

Hari ini genap setahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan dunia yang fana ini. Namun legasi dan sentuhan politik dan dakwahnya terus kekal dikenang. Allahyarham seorang tokoh ulama yang bukan sahaja disayangi umat Islam malah dihormati dan dikagumi rakyat merentasi kaum, agama dan sempadan negeri.

Pelbagai sudut keistimewaan tokoh ulama ini boleh diulas. Bagaimanapun suatu yang sukar dilupakan adalah kejayaan beliau menjinak dan melembutkan hati pejuang tegar sistem sekular negara ini, mendiang Karpal Singh.

Tiada siapa menduga Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi rumah Pengerusi DAP itu di Jelutong, Pulau Pinang pada tanggal 27 Januari 2013 ketika isu panas berhubung kaum dan agama sedang rancak ditiup pihak-pihak tertentu.

Tuan Guru Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Beliau yang pada masa itu menjawat Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas negeri.

Sebelum ini mereka bertemu di program rasmi konvensyen nasional Pakatan Rakyat pada 2009 di Shah Alam dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.

Dalam kunjungan mesra itu, Tuan Guru Nik Aziz memotong kek yang dihadiahkan Karpal sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal dilapor media.

Pada konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember 2009, Tuan Guru Nik Aziz sempat bergurau dengan berkata, "di dada Karpal Singh ada bulan". Beliau merujuk kepada lambang Pas di jaket khas yang dikenakan pemimpin DAP itu.

Karpal pula ketika berucap menceritakan kegusaran sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat tentang hubungan tegangnya dengan pemimpin Pas berhubung isu hudud dan negara Islam.

Pihak sekretariat konvensyen, kata beliau bimbang tentang apa yang bakal diucapkannya pada majlis itu.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz... apa salahnya... saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang sayangnya kini telah berkubur.

Pada 17 April 2014, Tuan Guru Nik Aziz menulis dalam laman facebooknya mengenang pemergian Karpal Singh di hari yang sama akibat kemalangan jalan raya:

"Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh ... yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya.

"Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

"Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.

"Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

"Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air.

"Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan..."

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berusaha keras memastikan keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini terus terpelihara.

Beliau mengambil perhatian serius terhadap kebajikan kaum dan agama minoriti di negeri di bawah pentadbirannya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof menukilkan:

"Pada saat segelintir rakyat Malaysia memilih jalan kebencian dan permusuhan dalam isu kalimah Allah, Tok Guru menghulurkan kedamaian dengan berdialog dan hormat menghormati. Malah saya dihubungi oleh pegawai Tok Guru untuk mendapat beberapa maklum balas tentang isu ini kerana Tok Guru mahukan input daripada saya.

"Tok Guru adalah antara penyokong tegar dialog silang agama dan kerana itu apabila satu pertemuan diaturkan oleh Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan Uskop Katolik Wilayah Utara Bishop Sebastian di Pulau Pinang, Tok Guru tidak teragak-agak menerima temujanji ini.

"Di bilik suite Vistana Hotel Bukit Jambul menjadi saksi pertemuan bersejarah antara Mursyidul Am PAS dan Uskop Katolik memeteraikan harapan untuk kedamaian pada masa hubungan tegang kalimah Allah mewarnai hubungan antara agama di Malaysia.

"Saya yang berada rapat di sisi Tok Guru masih ingat kata Bishop Sebastian, bahawa Malaysia masih memerlukan kepimpinan Tok Guru yang membekalkan kekuatan spiritual bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam.

"Tok Guru tersenyum sambil menyatakan itulah yang beliau harapkan supaya kita hidup berdamai antara sesama kita. Majlis berakhir dengan pemberian kek sempena ulang tahun kehadiran Tok Guru yang kemudian kami namakan sebagai kek kedamaian. Jiwa Tok Guru sentiasa terbuka kepada kedamaian antara agama," tulis bekas Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat itu yang kini memimpin Amanah.

Itulah sebahagian legasi Tuan Guru Nik Aziz yang sukar dilupakan dan jarang wujud pada seorang tokoh Islam negara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan Islam di persada paling tinggi melebihi kecintaan kepada bangsa kerana beliau meyakini bahawa semua manusia adalah sama kerana berasal daripada datuk yang sama iaitu Nabi Adam a.s.

Islam Rahmat Untuk Semua...
Malaysia Dateline


ULASAN GB

Masing-masing hiba dengan pemergian TGNA setahun yang lalu. Hiba dengan pemergian bukan sahaja beliau seorang ulamak terkenal, malah seorang pemersatu rakyat berbilang kaum.

Segarang-garang "harimau" yang menentang hudud dapat TGNA jinakkan. Kaedah dakwah yang digunakan TGNA sungguh hebat. Meniru baginda Rasululullah yang sentiasa dihina oleh kafir Quraisy, namun baginda memusuhinya DI satu ketika tatkala seornag kafir Quraisy membaling najis ke kepala Rasulullah baginda tidak melawan, malah tersenyum sahaja menyebabkan hati si kafir itu menjadi lunak dan lembut dan akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah.

TGNA mencontohi tauladan insan agong itu. Tatkala Karpal Singh mengehntam hudud, TGNA tidak lansung menunjukkan sikap membenci atau menyerang semula kenyataan Karpal itu. Malah TGNA datang ke hari jadi Karpal membawa kek hari jadinya!

Kini ia hanya tinggal memori indah.

PAS tiba-tiba berantakan selepas ketiadaan TGNA.

PAS tiba-tiba hilang pedoman, ulamanya seperti kehilangan akal apaila terus menyerang DAP yang telah dijinakkan oleh TGNA dahulu.

Siapa sebenarnya pemecah-belah PAS? Siapa sebenarnya yang menyebabkan PAS kini ditolak dan dibenci oleh orang bukan-Islam? Siapa sebenanrnya yang meenyempitkan PAS ke ruanglingkup "nasionalisme" yang membawa bersamanya politik samseng, politik maki-hamun, politik fitnah, politik adu-domba, politik membenci sesama Islam?

Tuan-puan boleh menjawabnya sendiri!




IKLAN BERBAYAR



11 ulasan:

Unknown berkata...

Saya syahdu mengenangkan..Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sepanjang beliau memerintah,menyandang jawatan MB. Perjalanan kehidupan sehariannya sungguh rendah diri dan teramat sopan santun dalam berbicara dan sungguh TEGAS apabila melawan rasuah pemimpin Umno!

Ya Allah Kau tempatkanlah roh beliau di kalangan para syuhada dan mendapat kedudukan yang tertinggi bersama para-para sahabat Nabi Muhammad SAW. Amiin.

Kita yang masih hidup ini..marilah kita bersama2 teruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh TGNA melawan Umno laknatullah!

Tanpa Nama berkata...

TGNA memang hendak tumbangkan UMNO kerana UMNO telah banyak melakukan kerosakan dan tidak akan berubah. UMNO telah banyak melakukan kezaliman dan kejahatan sehingga sukar untuk di lupakan dan di maafkan begitu sahaja.

Hanya dengan menumbangkan UMNO baru ahli-ahli UMNO boleh diselamatkan.

Sebaliknya PAScai sanggup menerima UMNO seadanya dan apa jadi dengan pemimpin PAS sekarang?

PAS yang dulu kuat dan istiqamah sudah tidak tentu arah.

Dari nak bergabung, sedondon, sokong bajet yang kemudian di ubah, 1MDB tidak ada apa-apa ulasan, derma sehingga ke pakai baju dewa, tonton video dan tidak bersama PKR sedangkan semua tahu PAS kata mereka hanya berkerjasama dengan PKR. Semua nya menunjukkan PAS dah hilang arah.

Jika PAS tidak bersama membela nasib Ketua Umum PKR malah langsung tidak hadir di Sungai Buluh, sepatutnya PAS malu bila terus memegang jawatan di Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Sedih dan paling sedih ialah tidak ada satu pun anak nya yang dapat mewarisi ketokohan TGNA dalam menunjukkan kepimpinannya dengan ilmu nya.

Tidak di nafikan mereka telah diberi ilmu tetapi tidak banyak yang melekat. Ianya sekadar dikongsi dengan orang lain. Malah salah seorang dari anaknya sendiri berpolitik cara yang bertentangan dengan ayahnya sendiri.

Setelah setahun berlalu...
Febuari muncul kembali...
Dengan kehangatan semalam...

Setahun penantian, mudah-mudahan ada yang mengambil tempat TGNA tidak kelihatan. Sekiranya selepas ini tiba-tiba ada yang sedar, mereka bukan meneruskan perjuangan ayah nya tetapi kerana mungkin keadaan atau sebab-sebab lain ...bukan sebab untuk menganti ayahnya.

Wallahualam

mat yeh berkata...

setelah lebih 30 tahun menjadi muridnya, aku dapati suatu kelainan ketara antara TGNA dengan pengganti-pengganti beliau.

Tanpa Nama berkata...

Inilah insan yang kita kasihi semasa hidupnya. Inilah insan yang kita ingin dampingi semasa hidup di sana nanti. Tiada terputus perkenalan dan kasih sayang antara kita dan al marhum buat selama2nya. Jika Allah minta persaksian nanti, demi Allah akan daku bersumpah bahawa insan ini telah perbuat baik seperti mana yang Engkau anjurkan. Bahawa daku juga cuba mengikuti jalan2nya. Namun apakan daya, daku ini banyak dosanya. Oleh itu Engkau ampunilah dosa2ku dan dosa2 beliau.

Kepada mereka yang mengkhianati beliau, silakan Engkau perbuat apa yang Engkau suka. Kami sekali2 tidak akan mengikuti orang2 yang lari dari jalan yang beliau tunjukkan. Mereka memilih kemegahan dunia dari kebesaran akhirat yang kekal abadi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Unknown berkata...

Kawan aku cerita...masa dia belajar di poly di kelantan..satu hari dia berjln2 dgn kwn.. kwn dia org kelantan menunjukkan seorg lelaki tua ingin melintas jalan di samping pegang beg pelastik balik dr pasar.. kwn dia tanya.. kau kenal sape org lelaki tu... kwn aku jawab... mana lah aku kenal..kwn dia jawab.. itu MB kelantan..kwn aku jawab balik..itu nik aziz ke... kwn dia jawab..iya.. kwn aku tu terkedu..kwn aku terfikir..nik aziz tu berfikiran...jawatan MB tu sama je dgn nelayan..petani..gitu jugak kerani.. cuma tanggungjawab berlainan.. mcm suami2 lain belikan ikan dan sayur utk keluarga.tu satu waktu...ada keluar gambar aruah beli air minum di tepi jln rakyat malaysia terkejut... sbb rupa bg org kelantan itu biasa..MB spt rakyat biasa masa bukan waktu opis..MB negeri2 lain... pegang ikan di pasar rasa tak pernah..

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. Sepjg hayat Allahyarham TGNA, x pernah almarhum sanggup menolak hudud jika DAP menolak hudud.. Juga beliau tetap kekal dalam PAS sehinggalah akhir hayat..

Tanpa Nama berkata...

Celakalah sipemecahbelah rakyat ni..ilmu apa yg dia ada adalah dipelajari dari para2 syaitan2 yg ada dibumi mesir ketika itu..

Unknown berkata...

Almarhum tok guru juga menolak kerjasama dgn umno...seorang pemimpin yg berprinsip tidak kluk klik...tidak memaki hamun ahli parti sendiri...tidak memfitnah orang walaupun tak sebut nama....tidak membela pemerintah yg zalim untuk meraih habuan dunia....

Unknown berkata...

Almarhum tok guru juga menolak kerjasama dgn umno...seorang pemimpin yg berprinsip tidak kluk klik...tidak memaki hamun ahli parti sendiri...tidak memfitnah orang walaupun tak sebut nama....tidak membela pemerintah yg zalim untuk meraih habuan dunia....

Tanpa Nama berkata...

Semoga adalah pengganti
Tok Guru...walaupun bukan skrg...insyaAllah akan ketemu jua..ameen...