14 Feb 2016

Najib Ke Amerika, Rakyat Kata "Jangan Balik Malaysia Lagi"

Tak balik lagi bagus, doa rakyat kepada Najib ke Amerika

Laman rasmi Facebook Perdana Menteri sejak semalam terus dihujani komentar rakyat berbaur makian termasuk berharap supaya Najib Razak tidak pulang lagi ke negara ini.

Presiden Umno itu dalam status yang dimuat naik di Facebook jam 7.01 malam tadi menyatakan Alhamdulillah selepas baharu tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja selama seminggu.

“Insya-Allah, selama di sini (AS) saya akan turut serta dalam Sidang Kemuncak Pemimpin US-Asean, berjumpa dengan golongan profesional dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini,” ujarnya.


Walau bagaimanapun, khabar tersebut hanya mengundang cercaan dan sindiran orang ramai daripada majoriti lebih 600 komentar netizen setakat jam 8 pagi hari ini.

Antaranya Zainol Idrus, “Duduk sana terus la jangan balik-balik lagi. Itu yang rakyat harapkan” dan Muhamad Fadhil Suhaimi, “Pergi tak balik pun takpe. Kita orang kat sini ok je.”

Selain itu, ujar Man Ah Nan, “Pergilah mana dunia pun. Tak balik lagi bagus” manakala kata Roeshan Gill ringkas, “Jangan balik ya.”

Turut berkongsi harapan sama, Azhar Abidin yang menulis, “Kalau tak payah balik Malaysia terus pun takpa aihh. Rakyat Malaysia aman tanpa Najib” serta “Jangan balik-balik dah”, tegas Fazriedin Azman.

Kenapa Najib selalu ke Amerika?

Kekerapan Najib melawat AS atas alasan lawatan kerja juga mengundang rasa tidak senang rakyat Malaysia ekoran dasar pro Zionis Israel dan campur tangan kuasa besar dunia itu dalam pergolakan di wilayah bergolak terutama di Timur Tengah.

“Ke Amerika saja kau ni. Lepas tu kau suruh macai-macai abadi (penyokong tegar) kau tuduh Anwar, DAP agen Yahudi. Bangkai betul. Jangan kerjasama dengan orang Yahudi.

“Memang kau tetap senang-lenang. Duit melimpah-ruah walaupun rakyat ramai yang dah kesempitan hidup tapi satu masa nanti kau akan kenal apa itu Yahudi macam Hitler beritahu dulu,” bidas Eddrus Iskandar.

Sementara itu, kecam Zul Fadzly, “Tali barut US” manakala Shah Rizal menyindir, “Lawatan perkena rakyat ke?”.

Bagi Ammar Aziz pula bertanyakan, “Hang (Kau) nak buat perjanjian onar apa pulak kat sana?” juga sindir Patrickska Muha, “Asyik pergi Amerika je. Bila nak pergi Palestin?”

Jual negara

Kunjungan Najib ke AS tidak lama selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lalu itu turut dianggap sebagai langkah untuk terus menggadai kedaulatan negara.

“Juallah negara. Jijik sungguh. Muka tak malu ke jumpa pemimpin-pemimpin negara dunia?” kutuk Mohamed Yunus Hassan serta Shahrul Effendy, “Buat apa lagi ke sana lepas negara dijual.”

Pengguna Facebook kaum Cina turut secara berterus-terang mengkritik Menteri Kewangan itu seperti Jason Cheong JC yang berkata, “Shopping la working. You tipu ah,”; Denzel Loo, “Everyone taking a closer look at the face of a pokerman” serta “Muka tebal. Seluruh dunia tau skandal kamu,” oleh Mark Tay Kuan Meng.

Selain itu, komentar orang ramai yang mengaitkan hobi membeli-belah serta bermain golf ketika ekonomi negara merudum juga dapat dilihat pada dinding Facebook Najib bagi statusnya ke AS itu.

“Berapa billion bawak pergi sana Pak Jib? Kak Mah (Rosmah Mansor) tak ikut sekali ke? Tak shopping ke kat sana?“ soal Shah Rezza serta “Bawak sekali tak set golf?” tanya Carl Ashraf.

“Kita tengah gawat, yang pi angkut menteri-menteri ikut sama buat apa, habiskan duit pembayar cukai,” bidas Osman Jelani pula serta Mike Mack mengulas, “Berapa duit negara habis kau pakai seminggu sana Jibby (Najib). Boleh tanya tukaran dollar dengan ringgit berapa la (sekarang) ni?”

Najib dan Presiden AS, Barack Obama tiba di California Khamis lalu (11 Februari) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Asean-AS bersama Sembilan rakan sejawatan dari rantu ini.

Isnin ini, Najib dijadualkan berucap dalam pembukaan sidang kemuncak tersebut selepas ucaptama Obama dan Pengerusi Asean, Thongsing Thammavong yang juga Perdana Menteri Laos.

Terdahulu, Obama pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada November tahun lalu memutuskan untuk meningkatkan hubungan Asean-AS dan mengundang pemimpin 10 negara anggota bagi menghadiri sidang kemuncak yang julung-julung kalinya diadakan di AS. - Malaaysia dateline




IKLAN BERBAYAR



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Doa rakyat yg dizalimi akan dimakbulkan Allah.hanya masa akan menentukan..Sesungguhnya Allah Sebaik2 pemberi balasan

Tanpa Nama berkata...

Kenapa jet yang bawak dia tak meletop.............?????
Harap bila balik lalu Bermuda Tringle, jet tu disedut, terus
hilang tak dijumpa lagi macam MH370.
Ya Allah.....kepadamu tempat kami memohon.

Tanpa Nama berkata...

Aamiin...

Tanpa Nama berkata...

NAMPAK TAK?! Siapa tali barut Malaysia sebenarnya...!

abrarmujahideen berkata...

Kepala penyamun jumpe kepala penjahat..memang sesuai. Nmpk alim belaka.

Tanpa Nama berkata...

Kau duduklah kat sana dgn duit haram kau tuh..jgn balik lg..kita jumpa di akhirat esok..aku tak halalkan duit aku yg kau balun tu..

Tanpa Nama berkata...

Jk boleh jgn balek ke malaysia lg...muga allah damparkan pesawat canggih najib tuu di pulau yg dahyat...

Unknown berkata...

Kalau dia balik atau pun tidak serupa sahaja kerana yang ada untuk menganti tempat beliau itu pun 2X5 aja. TPM melalui adik nya akan membawa masuk i.5 juta pendatang dari Bangladish. Ini akan menjadi 7 juta pendatang asing sama ada legal atau pun tidak yang akan menghuni negara ini. Jangan pandang enteng perkara itu kerana kemasukan mereka sudah pasti ada motif yang tertentu.

Untuk mengelak kan Negara ini dari kehancuran yang menyedah kan hanya orang Melayu sahaja yang boleh melakukan nya. Tetapi sayanag kerana pemikiran mereka sudah di "BONGSAI" kan oleh UMNOngok/BN. Elok lah kita berdoa agar mereka boleh berfikir serta melakukan tindakan yang drastik di PRU yang Ke 14 nanti.

Sepatut nya di PRU ke 13 dahulu UMNOngok/BN sudah dapat di tumbang kan kalau bukan gara gara si malaun dari Rusila itu yang membuat onar. Dalam perkara ini hasutan Syaitan sudah meresap ke dalam kepala otan orang itu yang konon nya Ulamak tetapi kalah dengan hasutan Syaitan. Yang pelik nya mengapa ramai lagi para ahli PAS, PIS, PUS masih setia dengan malaun ini !!! Hoi rakit yang kamu tumpang itu sudah nak reput, apa tunggu lagi?

Unknown berkata...

Elok la tu Jib, bini ko suruh gi sana jumpa anak dia tu.buat filem baru gamaknya.tolong la jgn balik Jib.Rakyat tak mau ko lagi

Tanpa Nama berkata...

Wahai Najib,

Pergi tak di suruh, balik tidak di harap.

Wahai Najib,

Pergi mu diiringi dengan doa... mudah-mudahan kau tak kembali. Ghaib lah engkau dari bumi ini.

Wahai Najib

Ketiadaan mu selama seminggu membuatkan rakyat lega kerana suara pemakan dedak pun tidak kedengaran..


Tanpa Nama berkata...

Rakyat ngaggor lepasan U , yg kena berhenti , yg kena tipu skim gila gila yg xdikawal , siap iklan dlm akhbar harian . Adakah kamu..... Risaukn . Tambah brg mahal GST pulak rakyat susah . kamu asyik keluar negara . apa ke jenis PM yg disygi oleh us .

Vyra berkata...

Doa kita sama lah

Tanpa Nama berkata...

Pegila ko jibbo...sape yg kesah...tak balik lagi bagus...hilang satu pemimpin no1 malaysia...hahaha...

Tanpa Nama berkata...

tiada siapa boleh menghalang kemasukan tppa spt pelaksanaan gst.media tidak henti2 membasuh otak rakyat ttg tppa dan hubungan dgn amerika walaupun majoriti tahu byk manusia dibunuh oleh amerika dan geng2nya kerana hendak meluaskan kuasa.namun kerajann lanun bn tidak peduli semua itu.mereka terus tamak mengaut keuntungan utk kepentingan mereka sahaja.mereka hanya ketawa melihat rakyat yg hanya mampu menyalak2 tanpa blh buat apa2.