24 Feb 2016

Siapa Yang Gila Talak Sekarang Ni?

Mahfuz: Cadangan k'jaan teknokrat patut mula di Kelantan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat selepas timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan gabungan politik baru yang akan membolehkan teknokrat untuk memimpin negara ini.



Mahfuz juga secara halus menyindir kepimpinan PAS yang kini dikuasai oleh kumpulan konservatif agama selepas mereka menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu.

“Cadangan pembentukan sebuah kerajaan teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.

“Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.

“Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.

“Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata cadangan teknokrat itu sukar diterima oleh kerajaan BN kerana mereka melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

Oleh itu, katanya, PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan perlu meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

“Cadangan yang baik daripada Presiden PAS tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang.

“Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

Idea itu pertama kali dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam

PAS saran pembangkang bersatu, wujud kerajaan teknokrat

SHAH ALAM: PAS menyarankan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai jalan untuk menyatukan parti pembangkang setelah Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam satu surat terbuka kepada parti pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno-BN bukan lagi penyelamat negara tetapi punca masalahnya.

“Kerajaan teknokrat merupakan langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara, manakala parti dan ahli politik sebagai wadah perubahan tersebut.

“Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan, kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada perdana menteri hingga ke peringkat bawahan,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan sebuah kerajaan dipimpin oleh teknokrat, tambahnya.

Katanya, sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri, namun berbeza dengan konsep kerajaan teknokrat.

“Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara.

“Dengan kerajaan teknorat, polemik sempit berdasarkan persepsi semata-mata, persaingan dan penindasan atas nama perbezaan parti politik, salah guna kuasa oleh ahli politik, kediktatoran seseorang ahli politik dan cara berpolitik fitnah dan durjana dapat dikurangkan,” katanya.


ULASAN GB

PAS yang bersendirian semacam dah gila talak apabila menyaran pembangkang supaya bersatu. Kita ingin nyatakan pembangkang sudah pun bersatu dengan kewujudan Pakatan Harapan. PAS yang tiada di dalamnya.

Sebelum ini "Dewa Kekayaan" dari Paya Jaras menuduh AMANAH sebagai gila talak. Sekarang jawapan dari Hukum Kebenaran dan Keadilan menjelaskan bahawa PAS yang gila talak. Gila talak dengan pakatan pembangkang. Tak pasal-pasal suruh pembangkang bersatu, sedangkan yang menimbulkan perpecahan di kalangan pembangkang tidak lain dari PAS sendiri...

Kedua mengenai kerajaan tenokrat, benarlah apa yang dikatakan oleh Mahfuz iaitu sepatutnya PAS laksanakan kerajaan tenokrat di Kelantan terlebih dahulu.

Golongan tenokrat dalam PAS kini sudah tiada. Majoritinya telah menapak keluar dari AMANAH (setelah dihalau) dan yang tinggal dalam PAS kini cuma yang bangang-bangang dan gila kuasa.

Apa yang berlaku kini ialah kerajaan yang ada di kelantan tidak lebih dari duplikasi dari kerajaan UMNO BN. Kita lihat bagaimana kerajaan Kelantan "menekan" rakyat yang tidak menyokongnya.


Ketiga mengenai kenyataan Tuan Ibrahim, GB nasihatkan agar Tuan Ibrahim menilai semula apa juga kenyataan yang ingin disampaikan kerana ia jelas meludah ke muka sendiri.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB mahfuz ni tak habis2 asyik kenakan pas. apa yg pas cadg mesti kena kat pas balik. YB ni tak wala nampaknya. apa2 pung memang tepat stetmen YB tu...

khuatir nanti kena pecat dusyum dgn taiko tapak suci. berat boh!

kalau ada rancangan, elok pas buat dulu sbg contoh samada boleh dilaksanakan atau tidak.

samalah mcm hudud. pas yg laung2kan sampai terbarai terlondeh keburukan ularmamak dlm pas, tp tak laksana juga. hingga ada yg janji nak letak jwtg terpaksa buat pusingan u baring terlentang dgn alasan tahyul tak masuk akal. tambah lg ada org kuat gemuk buncit yg janji nak perang besar tp yg besar hanya ckp aje, NATO - no action talk only...

all in all, ularmamak dlm pas penipu pemfitnah pemalas dang swaktu dgnnya...

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya gb.....tuan ibrahim cakap mcm tu, dia nak suma pembangkang(pkr,dap,amanah) duk bawah pas....pas yg jadi ketua...suma kena ikut arahan pas(walhal org dok nampak pas dok ikut umno skrg ni)...

Unknown berkata...

TITM, Tak payah sibuk-sibuklah pasal Tenokrat ka...teknokaparat ka...
Selesaikan dulu masalah pentadbiran di Kelantan tu...banyak sangat, urus tadbir tunggang langgang...pii periksa berapa Ringgit Malaysia yang tinggal dalam kerajaan negeri Kelantan?

pemuda parit kings berkata...

Sedih tgk pas skrg....aduhai pas...pas...

Zali M berkata...

Golongan lebailah yg patut perintah negeri atau negara. Buat apa nak bising lagi,dulu singkir golongan teknorat pakai senarai chai dah tu kata pulak babi atas bukit, bawah bukit anjing dok salak.
Sudah sudahlah PAS oiii!!,buatlah kelebaian kamu tu.

Unknown berkata...

Salam

PAS nak jadi contoh Leader???

Ada presiden kaki ponteng.
Dapat memerintah negeri MB ulamak hanya satu penggal sahaja.(kecuali TGNA)
Umno rasuah dia pun rasuah.
pEMIMPIN2 pas,Gebang aja lebih,abuk pun tarak.
Macam-mana nak dapat peimpin yg "BERWIBAWA"Pemilihan partipun pakai "CAI".
Kata dasar parti dasar islam,tapi amalan pemimpin2nya sama saja seperti parti yg tak amalkan dasar islam.(diktator).
Adaka pemimpin2 PAS macam, Umar al-Khatabb, atau Umar abd Aziz.


................banyak lagi..

sekian.

pemuda parit kings berkata...

Sokong2...ade ke patut sebagai presiden pun ponteng...hahaha...malu la...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Memang tidak dapat disangkal kekuatan Pas selama ini terletak di pundak golongan progesif. Suatu ketika dahulu, golongan konservatif agama menumpang tuah dari usaha gigih golongan progesif Pas. Golongan konservatif berjaya menyahkan golongan progesif melalui Muktamar 2015 dengan bertagankan Hukum Hudud yang ditunjangi Umno. Umno berjaya menggunakan strategi bermain silap mata. Kini golongan progesif dengan penuh sinergi menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas pula mutakhir ini dicengkam sepenuhnya oleh golongan konservatif agama yang bergelar "ulama".

Pas sudah tiada daya untuk menarik perhatian kerana ketandusan strategi dan pemimpin penggerak massa. Berbondong-bondong pemimpin dan bekas pemimpin meninggalkan parti ini menyertai Amanah. Pas hanya mendapat ahli-ahli baharu dari remaja yang belum boleh mengundi. ironisnya, ahli-ahli baharu Pas adalah terdiri daripada anak ahli-ahli Pas yang cukup tegar dan bertaraf walaqun. Ceramah-ceramah Pas tidak lagi mendapat audian. Bilangan kehadiran audian dalam ceramah-ceramah Pas tidak lebih dari kehadiran majlis kenduri tahlil sahaja. Pas bertukar dari parti yang approachnya dakwah kepada parti takfiri. Mereka meletakkan Pas sebagai agama. Keluar Pas bermakna keluar agama. Lantas, semakin ramailah orang menjauhkan diri dari parti yang menganggap diri mereka terlalu "suci".

Pas menyedari parti ini pada hakikatnya sudah berada di penghujung hayat. Ustaz-ustaz Pas sudah tidak mampu mentadbir parti, apatah lagi untuk mentadbir negeri dan negara. Pakatan Rakyat sudah hilang hikayat, dan Pakatan Harapan tidak memberikan apa-apa harapan kepada Pas. Pas sudah bersendirian, melainkan di Selangor Pas berbapa tirikan Azmin. Pas tahu, jika bergabung dengan BN bermakna menggali kubur sendiri. Umno pandai mengelecek Pas dengan strategi hukum hudud. Akhirnya Pas meratip dan melatah dengan cadangan kerajaan teknokrat. Cadangan penubuhan kerajaan teknokrat melambangkan Pas tidak mampu mengurus tadbir negara. Pas seakan-akan bersedia untuk diarkibkan. Selamat bersemadi selepas PRU 14!

Tanpa Nama berkata...

Parti Pas tu Ok tetapi Hadi & geng bagi free pun tak bolak .

Tanpa Nama berkata...

Pas nk buat krjn teknokrat.ape menatang teknokrat tu.yg ada dlm pas semua golongan lebairat je.xyah krjn teknokrat la,sembang kencing walaon bolehla.kalo betul nk teknokrat ke keparat ke berkarat ke buat kat klntn tu dlu org kuat2 walaon ramai kat klntn.. Golongan professional dibuang tinggal golongan ularmakkk je dlm pas nk teknokrat Pebende.. Tukar nama la dr teknokrat ke krjn pak lebai..mane pak lebai2 ni tau teknologi apa semua,hal2 haid nifas nikah cerai puasa solat haji aje tau la...1mdb lagi sepatah pun xtau lg mau sembang2 kencang teknokrat.. Kene tipu hudud berkali2 lagi mau ckp besar..pasal perangai2 pas la org2 islam dpt malu seolah-olah islam tu sempit mundur sgt spt pemahaman pas.keluar pas masuk neraka,ape punya otak la ularmakkk pas ni....titm dulu aku respek byk hujah2 bagus tp skrg xlebih drp pengampu hadi je titm.org mcm ini jenis menjual agama demi kedudukan dunia

Tanpa Nama berkata...

Ape yg TITM cakap biasanye tak sama dengan Tuang presideng cai..

pemuda parit kings berkata...

Bukan semua ahli pas yg x suka dgn pemimpin skrg akan kluar dari pas...sbb terlalu syg pada pas sejak sekian lama...atau ada sebb lain..contohnya kita nmpak mahfuz sendiri...x kluar...tp x menyokong cara pimpinan skrg...bg pendpt saya...benda lepas...biarkan jela...tinggalkanlah pas...nk baiki bukan mudah...satu lagi contoh seperti anuar ibrahim...duduk dlm umno utk terbiah org dlm umno...tp akhirnya???jom sama2 fikir jln terbaik pada org2 yg masih memikirkan jln mana yg diorg nk ikut...lmbt tindakan akan merugikan ..itu jelas klu dari isu pilihan parti...

Tanpa Nama berkata...

NAK LAKSANAKAN KERAJAAN TEKNOKRAT MCM MANA? MANA LU PUNYA PAKAR EKONOMI? MANA LU AHLI SCIENTIS? MANA LU PUNYA LAWYER? MANA LU PUNYA IR ENGINEER EVEN LU PAKAR DALAM BIDANG PERTAHANAN NEGARA IAITU POLIS DAN TENTERA LU HALAU KELUAR SBB POLIS DAN TENTERA DIKIRA GOLONGAN PROFESIONAL. YG U ADA SEKARANG GOLONGAN ULAMA SHJ YG BLH AJAR ILMU AGAMA. I TELL U IF ORANG NAK FITNAH U SENANG SHJ SBB LU TAK ADA LAWYER YG BOLEH FIGHT DALAM COURT. IF IS NAK SERANG NEGERI U SENANG SHJ SBB TAK ADA PEGAWAI TINGGI POLIS DAN TENTERA YG BLH RANCANG STRATEGI UTK LAWAN PENGGANAS. IF BANGUNAN ROBOH ATAU PENJANA ELEKTIRIK ROSAK MAKA CONFIRM ISSUE DIBIARKAN BEGITU SHJ SBB TAK ADA ENGINEER YG BOLEH BAIKI SEGALA KEROSAKKAN YG BERLAKU SERTA WANG RAKYAT SENANG DIPAU BEGITU SHJ SBB TAK ADA YG BOLEH MONITOR KEWANGAN NEGERI. U C SEMUA NI PERLUKAN GOLONGAN PROFESIONAL BARU BLH SOLVE SO I NAK TANYA PAS MCM MANA LU NAK LAKSANAKAN MELAINKAN LU AMBIL LAWYER,PEGAWAI POLIS, ENGINEER, PEGAWAI KEWANGAN YG CORUPT DARI UMNO YG AKIBATNYA LAGI TERUK. INGAT ISLAM TAK SURUH KITA HANYA FOCUS TANGUNGJAWAB AKHIRAT SHJ SBB 2 OF 5 RUKUN ISLAM ADALAH FOCUS KPD TANGUNGJAWAB KITA DI DUNIA. SO LU FIKIRLAH SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

yb mahfuz keluar shj dati pas and join amanah jgn buang masa dengan parti pas yg fikir dpt title ulama baik sangat sdgkan tangungjawab di dunia pun dia tak laksanakan.

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah TITM, bagi aku kamulah yg meletakkan PAS pada situasi amat menyedihkan ini sebab? Golongan progresif dah Nampak Presiden tak mampu memimpin PAS ketahap yang terbaik, lalu mereka mencalunkan TITM sebagai Presiden. Golongan progresif bukannya gila jawatan, kalau mereka gila jawatan D.Husam dah bertanding Presiden kerana dia juga ada pencalunan. Tetapi kerana mereka masih meletakkan kepercayaan yg tinggi kpd ulamak yg baik utk memimpin parti, geng progresif ini tidak bertanding presiden. Kerana apa TITM tidak sanggup menerima penghargaan yg diberi oleh geng progressif ni? Dan skrg lihatlah apa yang terjadi pada PAS. Suara2 dari ubn utk mengajak PAS bersama sudah tidak kedengaran lagi, kenapa? Sbb PAS dan berkecai dan mereka lebih senang ubn tanpa PAS.

Tanpa Nama berkata...

Bila masa Tuan Presiden letak jawatan sebagai Penasihat ? Tuan Presiden punya cadang setakat teknorat ... Almarhum TGNA bukan nya dari golongan professional tapi bijak dan berperinsip.

Kalau profesional tapi dedak pun makan jugak tak guna juga.

Bunyi je macam cadangan. Setakat nak tunjuk ada otak...

PM ke apa jawatan ke... kalau ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan terpakai pada semua orang, negara tidak bermasalah teruk seperti ini.

Apa jawatan pun terutama PM mesti lah mengistiharkan keluar dari partinya jika di pilih. Dia dipilih kerana diberi kepercayaan dan antara yang terbaik. Dan jika kebetulan dia profesional dan tidak berparti tidak lah bermasalah.

Kalau Presiden parti telah membuktikan kepimpinannya, apasalah jadi PM? Tapi keluar dari parti.

Sekarang ramai golongan professional memegang jawatan penting dan jika pemimpin tidak salah-guna kuasa, semuanya berjalan lancar.

Tetapi memandangkan masalah sekarang, adalah lebih baik untuk jawatan PM biarlah orang yang ada pegangan agama yang kuat dan telah di uji pendiriannya. Kita perlukan agamanya kerana masyarakat terutama orang melayu sedang sakit jiwa dan hilang identiti sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah.

Kita ambil contoh Khalid Ibrahim je lah ... sekarang dia bebas, dia sokong jugak bajet Najib ...

Tanpa Nama berkata...

Pas skrg umpama tahik.Kotor dan busuk,apa yg keluar dr mulut pas semua Kotor dan busuk. Semakin lama semakin membusuk berulat dan akan dihanyutkan arus sungai..umpama buku shit.sekian

Tanpa Nama berkata...



Ha ha hu hu hui hui!

Mcm salakan anjing mnyalak babi ddlm bukit jer bunyinyer, huh! negara teknokrat fuyooo!

Dgn kaki ponteng, siap jd kepala fitnah pilkuda

Dgn kaki simpul bewak underwear putih xxxL porno clear warna ghoyak gganu

Dgn kaki porno ponteng demam German pay-per-View

Dgn pemuja geliga Boya yg menjaja hudud kencing yg hidup2 dikencing oleh umno dan melutut "hudud" kbwah telapak kaki penyamun kui kui kui!

Fuyooo!!

Hudud auta melutut kpd penyamun akhirnya dah dpt habuan masing2

Fuyooo!!! Ler nih nak klentong kencing pasal negara teknokrat ler pulok

Fuyooo! Klentong lebai siku lutut memang lawok giler mung!

Unknown berkata...

Cakap berdegar degar otak bergelumang taik...itulah titm dan pas2nya!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam mengemudi parti adalah tersangat penting ketuanya tidak melakukan kesilapan. Apakah yang telah merasuk dirinya sehingga membuat keputusan untuk berbaik dengan musuh yang bukan sahaja jahat nya tetapi telah beberapa kali melakukan kesalahan melibatkan wang dan kuasa. Akibatnya negara menjadi sangat teruk.

Sedangkan mereka yang menentangnya untuk berbaik tidak banyak mana pun pengetahuan jika dibandingkan dengan yang dimiliki oleh ketua tersebut.

Seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi atas tindakan mereka, lalu mereka menulis surat terbuka tanpa rasa kesal atau malu meminta semula diteruskan apa yang telah mereka perlekehkan semasa mereka mendapat kesempatan untuk mereka sendiri.

Tidak perlu bergabung dengan Pakatan Harapan sehingga pru. Cukup mereka ikhlas dan jujur bersetuju tidak menentang Pakatan Harapan dan bersama-sama tumbangkan UMNO.

Ketua nya perlu berundur...

Abdul Said berkata...

Kelam kabut, huruhara, hiruk pikuk dan tak tentu hala. Kapal dah tonggang terbalik macam nak karam. Kalau nak selamat Nakhoda dan juragan kena humbankan ke laut!!

Hidup Najib! berkata...

Ada glgn professional dia tendang keluar..yg tinggal semua lebai2 cite pasal haid dan nifas blh lah..bab2 ekonomi hancusss harapkan tgk porno german blh lah..

Tanpa Nama berkata...

Puak puak banggang nie rasa islam jee dh cukup utk memerintah tk perlu polis...hanya perlu hudud....tk perlu askar....hanya doa...tk perlu duit....bank hanya perlu perbanyakkan bini...