8 Feb 2016

Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) Ditubuhkan

Demi untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan, sekumpulan warga siber dan pengguna media sosial telah menubuhkan sebuah kelab bernama "Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia' (KPPHM).

Menurut Presiden KPPHM, Sdra Othman Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man, objektif utama KPPHM ialah untuk membantu Pakatan Harapan di dalam meraih sokongan rakyat dengan tumpuan diberikan kepada semua ahli dan penyokong-penyokong parti-parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP.

"Kelab ini akan membantu Pakatan Harapan (PH) msacara umum sahaja disamping menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh memperkuat dan memperteguhkan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional dan sekutu-sekutunya," kata Cikgu Man di dalam satu sessi temubual bersama radio pedulifm yang disiarkan secara lansung melalui www.pedulifm.com malam tadi.


Sewaktu ditanya mengenai potensi PH di dalam pilihanraya ke 14 nanti setelah PAS mengambil keputusan untuk bersendirian, beliau menyatakan bahawa sekarang ini, mood rakyat untuk menolak dan menumbangkan kerajaan BN amat tinggi berbanding dengan PRU13 dahulu. Mood rakyat ini (mungkin) terhalang jika masalah ini (keengganan PAS untuk bekerjasama dengan PH) tidak diselesaikan dan menurutnya kelab KPPHM menyedari masalah ini.

"Untuk mengatasi masalah itu, kita gunakan formula yang kita pakai sewaktu pakatan Rakyat dahulu, iaitu kita perkukuh dean perteguhkan Pakatan Harapan," ujarnya.

"Apa saja suara-suara dan unsur-unsur yang boleh merosak dan merungkaikan PH hendaklah kita tepis tanpa mengira ia datang dari pimpinan parti mana sekalipun. Walaupun kita penyokong PH, tetapi kita tidak menyokong membuta-tuli. Jadi kita sama-sama menolong memperbaiki kelemahan-kelemahan yang (mungkin) wujud di dalam PH," tambahnya.

Cikgu Man menyatakan masih ada lagi anasir-anasir di dalam PH yang tidak konsisten dengan (permuafakatan) PH sendiri.

KPPHM telah membentuk jawatankuasa utama pusat di dalam mesyuarat pertamanya ang terdiri daripada:

Penaung: Dato Seri Mohd Nizar bin Jamaluddin (AMANAH)
Penasihat I: YB Azan Ismail (PKR)
Panasihat II: YB Anthony Loke (DAP)

Presiden: Othman Ismail (Cikgu Man)
Timbalan Presiden: Greenboc
Naib Presiden 1: Kevin
Naib Presiden II: Kak Nora
Naib presiden III: Dahlan
Setiausaha Agung: Tun Teja Othman
Pen Setiausaha Agung: Achoi
Bendahari: Zizou Yusof

AJK-AJKnya adalah terdiri pengerusi-pengerusi negeri seperti berikut:

Pengerusi Perlis - Wati
Pengerusi Kedah - Kevinn
Pengerusi Pulau Pinang - Rabbani
Pengerusi Perak - Abg Zali
Pengerusi Selangor - Nunui
Pengerusi Kuala Lumpur - Zerry
Pengerusi WP Labuan - Nur Qaseh
Pengerusi Sabah - Tuan Awang Chuchu
Pengerusi Melaka - Greenboc
Pengerusi Negeri Sembilan - Achoi
pengerusi Johor - Teja
Pengerusi Sarawak - Dahlan
Pengerusi Kelantan - Sheikh Azmi
Pengerusi Terengganu - Cikgu Man
Pengerusi Pahang - Ag Husin Kelah

Kelab ini juga mempunyai facebooknya sendiri yang boleh diakses melalui alamat ini.

Kesemua ahli dan penyokong PH di seluruh negara yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan maklumat dan menghubungi nombor telefon pengerusi-pengerusi negeri melalui facebook yang dinyatakan di atas.


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan nama Allah, tuhan maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam kepada RasulAllah SAW, nabi junjungan.

Setelah mendengarkan bahawa sudah dizahirkan Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia maka daku yang hina ini segera bangun menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi serta sedikit iringan kata2 aluan:

" Demi meyakini bahawa agama Islam pasti kembali subur di muka bumi sebelum kiamat, maka tetap ada satu golongan yang berdiri menegakkan syiarnya sambung menyambung hingga sampai kepada kemuncak kemanisannya yakni berupa rahmat seluruh alam maka marilah kita sama2 mendokong KPPHM ini dengan seikhlas2nya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT semata2. Ya Rabbul Jalil, akuilah kami sebagai hambaMu yang soleh lagi beramal soleh. Amin."

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong, insyaAllah bersama keluarga akan sertai kelab ini nanti

Alhusseyn Alhusseyn berkata...

Setelah aku baca komen kat blog Greenboc mengenai sokongan kpd kelab penyokong PH ini, maka daku yang hina ini juga turut segera bangun menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi .....hahahah! Tahniah kpd para penyokong! Terus bangun dan bergerak! Jangan tidor mcm Ahmad Bashah! Hahaha!

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa nak nangis dengar berita ni. Semoga perjuangan aku sebagai Keyboard Warrior Pakatan Harapan tidak sia2 menghasut orang ramai tidak lagi memilih BN dan PAS.

Aku juga berharap parti PAS berkubur walaupun setelah bertahun dan berkali2 aku memberi undi, namun segalanya hampeh belaka sekarang. Hendak dimaki pun tiada gunanya lagi. PAS mmg parti macam celaka di bawah pimpinan sekarang. Bodohnya tak ubah seperti kartun Upin Ipin ja lagaknya.

Semoga Pakatan Harapan ini dapat kuat dan janganlah bergabung pulak dgn PAS lepas ni yer. Telah terbukti PAS pasca TGNA telah khianati mandat yg diberi rakyat dgn berbaik2 dgn UMNO BN. Entah apa setan yg merasuk PAS sekarang, jika bertaubat sekalipun, jangan kita sesekalipun menjadi bodoh dan bangang memberi peluang kpd mereka lagi. PAS akan nenangis spt buaya. Percayalah.. sekali menipu mmg ketagih menipu selama2nya. Bodoh ni mmg seronok, malah bangang pula semakin syok.

Mohamed Basri Sulaiman berkata...

saya mohamed basri sukacitanya menyokong penuh penubuhan KPPHM dengan hasrat dan citacita mulia bagi mengembalikan dan menegakkan keadilan negara kita semoga mencapai kemenangan pada pilihanraya ke14 nanti.insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Allah bless you all aamiin

tanya sama itu hud hud berkata...

Sokong 100%..
Terus maju

benartetapbenar berkata...

Hidup KPPHM!!!
PATAH SAYAP
BERTONGKAT PARUH KAMI TERBANG JUA...!
Hidup SUARA.RAKYAT!!!

Tanpa Nama berkata...

Amat wajar kiranya dalam pilihanraya PH menggunakan satu lambang sahaja bukannya menggunakan lambang atau logo parti masing-masing. Penggunaan satu lambang lebih menyerlahkan kesepakatan parti-parti yang bernaung di bawah PH. Oleh itu, dicadangkan KPPHM dapat menganjurkan pertandingan mencipta lambang PH sebagai salah satu usaha awal ke arah merealisasikan penggunaan satu lambang utk calon-calon PH dlm PRU14 kelak.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin bertanya, adakah di dalam parti AMANAH PKR DAP mempunyai satu unit atau badan yang berfungsi seakan sama dengan KPPHM selain unit atau badan yang bertanggungjawab dalam hal keselamatan?

Diharap juga KPPHM lebih menonjol dan kehadapan dari parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. Kerana KPPHM mengerakkan ketiga-tiga parti dan keinginan ramai melihat ketiga-tiga bersatu dapat di lihat dengan adanya KPPHM.

Kita juga maklum Pakatan Harapan tidak akan dapat didaftar seperti mana Barisan Najis. Dengan adanya Kelab tak banyak sedikit dapat mengatasi masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100% diatas tujuan murni penubuhan kelab ini

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH....TAHNIAH...TAHNIAH. PAKATAN HARAPAN MENJADI HARAPAN KAMI SEMUA.

PASTIKAN BERITA INI SAMPAI KE SEMUA RAKYAT MAKAYSIA.


BAGI PU14 AMBIL LANGKAH YANG AKAN DIBUAT SELANGOR. PARTI AMANAH BERTANDING SEMUA KERUSI YANG DITANDINGI PAS. SEMUA KERUSI DI SELURUH MALAYSIA YANG DITANDINGI PAS WAJIB DITANDINGI AMANAH.

BERERTI DI SELANGOR 15 KERUSI PAS AKAN DITANDINGI AMANAH. DAP DAN PKR TAK PERLU BERTANDING DI KERUSI-KERUSI INI.

LANGKAH YANG BIJAK SEKALI. KERANA APA? PAS TIDAK MAHU BEKERJASAMA DENGAN PH DAN MAHU BERBAIK DENGAN UMNO. BIAR UMNO YANG MEMBERI KERUSI MEREKA KEPADA PAS.


FORMULA AMANAH TANDING SEMUA KERUSI PAS AMAT BAIK SEKALI. DAP DAN PKR KEKAL BERTANDING KERUSI-KERUSI MEREKA.....

Tanpa Nama berkata...

Ana sokong, terus maju dalam perjuangan.

Yong Intan Noor berkata...

Salam Greenboc

Yong menyokong penuh penubuhan Kelab ini.

Harap Tuan Tanah boleh menghubungi Yong, kerana ada perkara yang ingin dikongsi.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Semoga KPPH penuh kesederhanaan, kepintaran dan professional dalam menanggani segala mehnah dalam mengharunggi hutan siasah.

sejuta doa Ahmad berkata...

Teruskan

awangku abdul hadad berkata...

Hidup KPPHM!!!
PATAH SAYAP
BERTONGKAT PARUH KAMI TERBANG JUA...!
Hidup SUARA.RAKYAT!!!

Tanpa Nama berkata...

Hidup Pakatan Harapan. Negara wajib hapuskan TIKUS TIKUS YANG sedang merosakkan negara. Marilah kita bersama menentang pembohong dan pembelit. Undilah Pakatan Harapan dalam PU14.

Masalah dengan PAS kerana presiden yang dah hanyut arus.... Jika dia behenti mungkin boleh belaku perubahan. Yang hanyut arus tu lebih baik tak payah berpolitik. Jadi ustaz kampung cukuplah......

Ada pula Towkay Air Jampi digelar ulamak.... Ini satu lagi masalah..... bertanding dalam PU 3 kali semua KALAH. Munglin JAMPI tak berkesan.... atau mungkin semua jampi ni auta.....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat ARIF yg boleh menjana tenaga pemuda amanah...semoga sukses terus!!!

Tanpa Nama berkata...

Rasanya ARIF dibawah pemuda amanah yg dilantik sebagai petugas Dan menjaga keselamatan..hehehe..klu tak silap la...selebihnya kena Tanya yg lebih ARIF...

zafnidar yasin berkata...

Assalamu'alaikum. Tahniah di atas inisiatif penubuhan kelab penyokong PHM. Harapan besar sy agar kelab ini dipenuhi penyokong yg mnjaga akhlaknya, mnjaga lidahnya,tidak memfitnah,mnjauhi caci maki dan tentunya membawa manfaat utk dakwah. Akhlak yg baik yg akan mndekatkn org lain kpd kita insyaaALLAH