7 Feb 2016

Isu Derma RM2.6 Billion: Membelit Dan Akhirnya Terbelit

SIAPA SEBENARNYA PENDERMA RM2,600 JUTA ITU? ADAKAH NAMANYA PUTERA TURKI ABDULLAH AL SAUD?

Baru semalam Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma, kini Peguam Negara, Apandi Ali pula mendedahkan penderma tersebut ialah salah seorang daripada anak lelaki Almarhum Raja Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya, cuma berkata, "kami tahu nama penderma itu. Dia bukan Almarhum Raja Saudi yang mangkat itu, tetapi anak lelakinya. Dia masih hidup."


Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud ialah pemerintah Arab Saudi yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Melalui dapatan di wikipedia, Raja Abdullah dikesan mempunyai 18 anak iaitu lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.

Jadi, anak Raja Abdulllah yang mana satu yang dimaksudkan oleh Apandi sebagai penderma itu?

Siapakah di kalangan putera-putera itu yang diketahui begitu baik, dermawan dan murah hati?

Berapa pula kekayaan dan harta-harta mereka sehingga sanggup menyumbang derma sebanyak RM2,600 juta?

Mungkinkah penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB?

Dalam pada itu, Sarawak Report sebelum ini pernah mendedahkan mengenai gambar-gambar percutian Najib Razak bersama keluarganya di atas kapal layar mewah dengan Putera Turki yang turut juga disertai oleh Jho Low.

Berita yang turut disiarkan oleh portal Malaysiakini itu menyebut gambar-gambar tersebut dirakam pada Ogos 2009 dan sekiranya tarikh itu tepat, ia adalah kira-kira sebulan sebelum 1MDB menandatangani perjanjian dengan PetroSaudi yang melibatkan pelaburan bernilai AS$1 biliion.

Pernahkah diketahui Najib mempunyai hubungan dengan anak-anak Raja Abdullah yang lain selain Putera Turki?

Jika benar sumbangan itu diterima itu daripada Putera Turki, bolehkah ia dianggap sebagai derma yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan sedangkan syarikatnya, PetroSaudi mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB yang mana Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya?

Yang lebih misteri, jika benar wang yang diberi itu sebagai derma, mengapa pula sebahagian besar daripadanya dipulangkan semata-mata kerana tidak digunapakai?

Atau barangkali memang benar seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa wang itu bukannya derma, tetapi adalah suatu bentuk pelaburan.


Tetapi, jika ianya pelaburan, mengapa dimasukkan ke akaun peribadi dan kemudian dikembalikan?

Kalau derma bukan dan pelaburan juga bukan, kategori apakah wang tersebut?

Yang pasti, hari demi hari semakin banyak perkara-perkara pelik terdedah akhirnya?

ULASAN GB

Dua perkara yang meletupkan isu derma RM2.6 bilion.

Pertama penafian Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma.

Kedua kini setelah terdedah Raja Abdullah telah mangkat sewaktu Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah berjumpa sendiri dengan Raja Abdullah, kini Peguam Negara menyatakan iua bukan Raja Abdullah yang menderma, tetapi anaknya.

Berpusing-pusing kumpulan Najib hendak menutup kes derma berkenaan tetapi hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan sehingga kebenaran akan tetap terdedah juga.

Persoalan yang dilontarkan Shahbudin di atas amat menarik juga. "Mungkinkah penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB?".

Jika benar penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud pemilik syarikat PetroSaudi yang mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB, sudah pastilah ada "urusniaga" yang berjalan diantara PetroSaudi dan 1MDB.

Lebih menghairankan apabila Peguam Negara pernah membuat kenyataan bahawa Najib telah memulangkan RM2.04 bilion dari "derma" itu kepada pemiliknya kerana kononnya ia tidak digunakan. Orang tidak siuman saja akan memulangkan wang derma kepada pemberinya.

Apa-apa pun kita tunggukan episod selanjutnya isu derma ini. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.....

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita palam,tampal,sumbatatau kambus taik dengan ketirisan baunya akan terhidu dengan hidung yang tidak tersekat lubangnya kecuali hidung yang telah disumbat atau memang sudah tersumbat dan selapas semua gejala tersekat di rungkai insya Allah jalan yang wangi akan dirasa.faham sendirilah

Tanpa Nama berkata...

dh dikatakn 2.6b itu komisyen utk najib. duit tu dpd 42b.

klu razak baginda pun dpt 500j komisyen beli scorpene.. sudah tentu najib mesti dpt lbh dpd projek lbh besar 1mdb

penderma sebenar ialah rakyat malaysia termasuk pekebun petani yg mencarum dlm tabung haji. derma yg dibuat secara haram.. rompakan.

klu dipulangkn balik rasanya dikrluarkn dpd akaun najib dn disimpan sementara isu belum reda dlm simpanan jho low.

tu sbb sgt berahsia nama penderma kerana ada kaitan 1mdb. dh tentu ada kepentingan dua2 pihak.

klu arab nk lawan IS lbh baik duit itu guna kpd tentera saudi yg sedang berjuang menyekat IS dan syiah.

atau duit tu diguna utk bantu pelarian syria yg sedang kebuluran dn kesejukan di kem turki. itu lbh afdhal.

semakin lama semakin terbongkar kejahatan pemimpin zalim yg menipu menyusahkn rakyat demi kerana nafsu seorg betina yg dikenali. yg tidak puas2 membazir utk menikmati isi dunia... sehingga israil mencabut nyawa.. baru berakhir nafsu itu.

rakyat malaysia tidak akn halalkn derma rompakan itu. jumpa di akhirat nnti.

lelaki dicermin berkata...

Sebenar strategi najib dgn penasihat..memang sengaja pasal derma 2.6 belion di pusing sana pusing sini.. tepis sana tepis sini.. kelok sana kelok sini.. bukan cara najib dan penasihat lemah dlm mengendalikkan kes ini.. tp bg aku itu lah strategi.. sampai rakyat malaysia boring,menyampah dan malas dengar kes 2.6 belion tu.. najib apa nak kesah semua politik dan pentadbiran negara dlm gemgamannya..dia tak kesah media dan org luar negara kecuh pasal 2.6 belion tu.. yg penting rakyat malaysia sampai satu waktu tak nak ambik tahu kes tu.. sbb dah terlalu berjela2.. dlm tembuh 2 tahun..rakyat2 felda dan org2 kg akan di jaga hatinya..asal pru14 dia masih PM malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Pencuri, Perompak, lanun, pembohong, penipu kan dari kumpulan yang sama. tentu masing masing mempertahankan ahli kumpulannya. kalau seorang kena cekup, tentu semua akan kena. Tapi kalau kat dunia lepas, seksaan di akhirat tak kan lepas.

Tanpa Nama berkata...

Aku dapati pulak, Haji Hadi n the UG lagi hebat putarnya.

Tanpa Nama berkata...

minta maaflah ,itu allah yang jadikan ,lihat wajahnya pun aku takut .tak ada langsung wajah seorang Peguam Negara.kalau tempat gelap sure aku cabut lari.begini ke peguam negaro?

Tanpa Nama berkata...

Arwah Tan Sri P. Ramlee amat bijak. Cerita 3 Abdul telah menceritakan lebihkurang apa yg berlaku sekarang. Cerita pasal politik, ketamakan, konspirasi dalaman, pecah amanah, penasihat 20%, pendedan, muslihat penyelesaian, kena lelong, maruah, kesabaran, penghambaan dan setelah penyelesian akan ada keharmonian dan penyatuan. Yang paling menarik tuan penasihat 20% tetap kekal hamba sebab x dpt di ampunkan utk di tebus.
Kita lihat dan nanti akhir cerita yg berlaku skrg apa kesudahannya.

Tanpa Nama berkata...

Ini baru lah politik itu seni !

Politik yang jujur amanah bukan nya politik seni sebab langkah nya sama, satu sahaja iaitu Kebenaran.

Tapi politik seni ini ada berbagai-bagai bunga dan langkahnya. Politik najib bn dan umno lah yang telah melampau sampai seninya berselirat pun dia orang bantai jugak. Dengan-dengan PAS kena belit.

Tanpa Nama berkata...

Najib memang hebat sebab telah membuat Menteri Arab pun sama berbohong sekiranya duit tersebut bukan pelaburan ataupun bukan duit derma.

Kerana transaksinya mencurigakan maka mengikut peraturan duit tersebut samada pelaburan atau derma ianya adalah haram.

Bodoh sangat ke Pak Arab sehingga tidak tahu peraturan perpindahan wang keluar negara?

Sepatutnya bukan Najib sahaja yang di siasat oleh AG Switzerland dan pihak berkuasa tapi Pak Arab punya duit pun mesti di siasat.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah nak pusing pusing konar baring..senang cerita duit tu DUIT RASUAH..CHECKMATE!!

Tanpa Nama berkata...

Aq setuju....aq setuju...tp nk bg nampak penerima rasuah tuu islam kita ungkapkan perkataan baik....tambah sikit kita jadikan derma berunsur rasuah terbanyak utk perdana menteri.derma rasuah sedekah.