9 Feb 2016

ADUN Paya Jaras Sudah Terbabas...

ADUN PAS dikritik kerana pakai kostum dewa Cina

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu mendapat kritikan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Khairuddin itu yang dianggap cuba mendapatkan publisiti murahan.

Turut mempersoalkan tindakan itu adalah ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

“YB Khairuddin Othman, ADUN PAS Paya Jaras itu membawa imej dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah-rumah kaum Tionghua ada tempat sembahyang untuk dewa-dewa ni.



“Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama-sama meraikan sambutan tahun baru (kalender) Cina.

“Komen di atas saya salin dari Whatsapp group..saya letak sini kerana nak dengar komen walaunta Hadi sebab mereka yang bersungguh kafirkan orang yang ucap Selamat Hari Krismas kerana meraikan mereka yang merayakan Krismas..sekarang hangpa dah tepuq ayaq (tepuk air) dalam dulang,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Othman Bidin memberikan komen;

“Untuk pikat pengundi kaum lain apa saja sanggup dilakukan.

Amir Sulaiman pula menulis;

“Kalau tanya Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dia mesti pusing-pusing guna ayat quran cari hukum dan dalil.itu memang kepakaran dia,” tulisnya. Bagaimanapun, ramai juga pengguna alam maya menganggap ia bukan kehendak Khairuddin tetapi penganjur majlis yang tidak tahu mengenai sensitivitinya apabila meminta Khairuddin memakai kostum Dewa Kekayaan itu bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. -FMT


Ramai kecam Adun Pas gara-gara muncul jadi Dewa Kekayaan

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan aksi menjolok mata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai dewa menerima kecaman banyak pihak apabila beberapa fotonya tersebar di media sosial.

Rata-rata penganut beragama Islam menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu sebagai keterlaluan dan memudaratkan ekoran melibatkan unsur penyerupaan ketuhanan agama lain.

Tidak kurang juga ada netizen menganggap kesanggupan Khairuddin berpakaian dewa yang menjadi sembahan masyarakat Cina itu sebagai situasi terdesak Pas untuk meraih kembali sokongan kaum Tionghoa.

Difahamkan, pengamal undang-undang itu memakai kostum tradisional menyerupai Dewa kekayaan atau Chai Shen mengikut mitologi Cina.

Berdasarkan beberapa gambar yang viral di WhatsApp dan Facebook sejak semalam, Khairuddin yang turut memakai janggut panjang berwarna hitam dengan topi berbunga itu dilihat berada dalam program bersama komuniti Cina.

Antara paparan foto yang tersebar menunjukkan beliau menyerahkan sumbangan oren mandarin kepada warga emas dan pesakit berbangsa Cina.

Mengulas kontroversi dicetuskan pemimpin Pas di negeri yang masyarakatnya bersifat majmuk itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, hukumnya jelas haram jika berdasarkan perbezaan tiga pegangan utama orang Cina iaitu agama tradisi, Buddha dan falsafah, terutamanya Confucianisme.

“Agama Cina wujud lebih awal dari Buddhisme dan Confucianisme. Kepercayaan supernatural, kuasa alam dan dewa-dewi adalah bentuk agama tradisi Cina yang kemudian bercampur aduk dgn falsafah dan agama Buddha.

“Ringkasnya ialah agama tradisi + falsafah = lahir Taoisme manakala falsafah yang sudah bercampur dengan agama tradisi dan Buddha melahirkan falsafah agama seperti Buddha Zen.

“Agama tradisi Cina + Buddha = lahirlah Buddha Mahayana. Dari Mahayana lahirnya dewa yang dianggap sebagai tokoh-tokoh Buddha seperti Amitabha, Dewi Mazu dan lain-lain,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Imej Dewa Kekayaan dalam kepercayaan masyarakat Cina yang ditiru oleh Adun Pas itu.

Selain daripada itu semua, ujarnya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hanya falsafah Confucius yang tulen sahaja boleh diteladani oleh penganut beragama Islam.

“Yang lain semua sesat termasuk yang Setiausaha Pas Selangor lakonkan iaitu dewa kekayaan yang berasal daripada kepercayaan agama tradisi Cina,” tambahnya lagi.

Sementara itu bagi tokoh budaya, Dr Siti Zainon Ismail pula berpendapat tindakan pemimpin Pas itu seolah-olah lebih sudu daripada kuah.

“Bila adat (orang dimuliakan), adab bangsa sendiri diketepikan. Inilah data penting untuk gerakan kebudayaan di negara ini berikan perhatian,” ujarnya yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sementara itu, percubaan Malaysia Dateline untuk mendapatkan reaksi lanjut daripada Khairuddin berhubung kontroversi tersebut bagaimanapun gagal.

“Nanti saya buat kenyataan. Buat waktu ini saya nak tengok dulu perkembangan,” ujarnya ringkas dalam satu balasan melalui kiriman WhatsApp petang hari ini.
-MD



ULASAN GB

GB tak perlu komen panjang. Hukum kebenaran dan keadilan akan mendedahkan sikpa pemimpin PAS yang cuba mjunuduh orang lain "kafir" kini tindakan mereka sendiri mempalitkan tuduhan itu kepada diri sendiri....

Latok... apa sulah jadi? Lu sulah babas manyak jauh oooooh...

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang sapa yang jadi DAP dan kenapa malaun dan cai PAS bisu takut DAP ucap selamat datang kerumah dewa DAP ke atau PAS sudah tukar jadi DAP

Tanpa Nama berkata...

Dewa PAS ini makan pisang dan oren sahaja!

sahminan berkata...

Ni Jenis tak buat homework semua ni..main bantai jer.takde advisor ke?

rmj berkata...

Hashim Gera(allahyarham)MP-Parit(pk)cuma menari di khalayak rami..di pecat jadi MP PAs walhal waktu tue..PAS terkebil kebil nak menang dlm PRK mau pun PRU...maka seharus nya tindakan yg sama di ambil pda wakil rakyat nie...

Tanpa Nama berkata...

punya nak sokongan kapir sanggup belagak macam kapir
alasan penagnjur suruh ka tak suruh ka
mana prinsp Islam

Tanpa Nama berkata...

Ha3 itu lah kongsi pas cai

Tanpa Nama berkata...

Pakai lah Akal.

Bila orang cina yang tua berumur berjanggut panjang, menunjukkan itulah dewa bagi orang cina. Mana ada orang cina yang berjanggut apa lagi yang berjanggut panjang.

Benda dah haram, tak payah lah nak tenguk perkembangan. Mengaku sahaja lah dah terlajak terdesak.

Kalau hantu cina pun ada ciri-cirinya tersendiri dan boleh di kenali, tak kan YB tak tahu yang mana hantu yang mana dewa ?

Makna nya selama ini YB tidak tahu apa-apa mengenai budaya dan sembahan orang cina...

Baru sekarang nak tunjuk muka !

Tanpa Nama berkata...

Najib pernah pakai baju yang di kaitkan dengan kematian pada Tahun Baru Cina yang lepas. Dah eluk Najib tak buat, ada pulak yang mengantikannya. Ingat orang UMNO yang gantu, rupanya orang PAS !


Tanpa Nama berkata...

Itu sebabnya Haji Hadi boleh memperbangangkan ahli PAS dengan maki hamunnya.
Bayangkanlah, orang PAS boleh mempertahankan keulamakan Haji Hadi yang begitu fasih dengan maki hamun.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macam mana. Boss besar dah cop Cina penyokong DAP. Anak buah terpaksa buat macam-macam sebab untuk tarik perhatian sebab tanpa sokongan cina soru mis.

Tanpa Nama berkata...

Selamat lah pasal dah kawtim dengan UMNO . Kalau tidak, lumat PAS jadi parti ajaran sesat.

Inilah akibat sebab nak bersendirian, mungkin jika ada DAP perkara ini akan di beritahu atau dapat dielakkan. Jika dengan UMNO pun rasanya dapat di selamatkan.

Yang bagus Lim Kit Siang pun tak pernah buat...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu anon 10.18, kalu tak mau berminggu mende ni kluar kat tv.. siap forum, soal jawab, bincang pagi, bincang petang, malam, subuh, senja...

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak besar aku tentang kebodohan ADUN PAS demi nak tarik undi kaum Cina.Tak payahlah DAP mesti kempen punya lebai2 PAS tarak bole percaya punya pasal politik. Sebab Hadi sudah cakap dia tidak percaya kpd undi Melayu PKR dan DAP sebab kapir, dia mahu undi solid dari Melayu muslim.

Unknown berkata...

Inilah pascai..
Barua dan broka umno,
Jadi badut sarkas sampai tak tau hukum hakam..

Tanpa Nama berkata...

Pakai kain kapan la YB baru orang tak bising. Tak da akai punya YB

Tanpa Nama berkata...

Bodoh-bodoh Ahmad Maslan pun untuk menyelamatkan Presiden.

Nampaknya Khairudin telah merampas tangga teratas dari Ahmad Mazlan !

Nasib baik Batu Caves bukan dalam DUN dia.......

Tanpa Nama berkata...

Setiap kebaikan ada buruknya dan setiap keburukan terdapat lebih banyak kebaikannya...untuk kes YB tu kena banyak muhasabah diri kepada semua umat Islam yang bermazhabkan iman as-Syafie dan berfahaman ahli sunnah waljamaah. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Hadi tengah pening nak cari dalil dalil dari batu bersurat Hadi

Tanpa Nama berkata...

Dulu kata pada Anwar Ibrahim sanggup Jual agama kerana sambutan depavali...nah skrg?
Dulu ckp ni pengaruh anasir DAP...skrg duk sorang² masih kuat pengaruh DAP??? Mmg layak pas ditingalkn oleh anak² mudah...

Tanpa Nama berkata...

PAS dan umno mempunyai 10 pemimpin Terbodoh di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Maka itu marilah kita buat banyak keburukan seperti PAS dan UMNO ...

Kau nak muhasabah... muhasabah lah kau seorang-sorang. Salah sendiri pun tak muhasabah nak muhasabah salah orang

Tanpa Nama berkata...

Dewa ini ada macam-macam dewa..

Ada kekayaan, ada pendita yang pandai dengan kata, ada jenis penasihat, yang lawan jin dan hantu, ada yang boleh mengubati penyakit...

Ibnu Saad berkata...

Bila dah kna kutuk sbb pakaian yg mcm dewa cina baru nak kta penganjur program suruh pakai..ada btl ka itu alasan ..byk pusing ini org...haiyaaa...