21 Jan 2016

UMNO Kedah Berantakan: Kumpulan Najib Mahu Gulingkan Anak Mahathir Sebagai MB

Umno Kedah memberontak, Mukhriz di hujung tanduk?

Satu langkah bersepadu untuk menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor sedang digerakkan, kurang daripada setahun selepas menteri besar Kedah itu berjaya mengelakkan pemberontakan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah.


Menurut Berita Harian, beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

“Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Umno negeri,” kata Ahmad Bashah yang membaca kenyataan yang disediakan.

Menurutnya, seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

Beliau menyenaraikan empat sebab yang dikatakan sebagai punca kehilangan keyakinan itu, iaitu kegagalan Mukhriz untuk menyatukan parti, kekurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kegagalannya memimpin dan menggerakkan jentera parti serta ketidak-upayaannya menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan.

"Dengan ini kami merayu keprihatinan perdana menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya dalam sidang akhbar di di Grand Alora Hotel, Alor Setar hari ini.

Desakan Ahmad Bashah itu dibuat selepas mesyuarat pemimpin tertinggi Umno Kedah diadakan tanpa kehadiran Mukhriz.

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Mereka juga hadir ketika Ahmad Bashah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Mukhriz pada sidang akhbar hari ini.

Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berada di London telah diwakili oleh bekas wakil rakyat kawasan itu Ghazali Ibrahim.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno Kedah, Shaiful Azizy Zainal Abidin; Ketua Wanita Umno Kedah, Maznah Abd Hamid dan Ketua Puteri Umno Kedah, Norashimah Md nowar.

Ahmad Bashah kini adalah timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan melalui kedudukannya sebagai senator.

Beliau juga adalah ADUN Bakar Bata dan menjadi calon utama menteri besar Kedah jika Mukhriz digulingkan.

Mukhriz menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.

Pada April tahun lalu, Mukhriz telah didesak oleh penyokong setia Najib supaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib yang dilanda pelbagai masalah.


Dosa bapa anak tanggung: Zaid selar Umno

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyelar Umno kerana cuba menghapuskan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah kerana tindakan bapanya.

"Umno bukan sahaja primitif, malah ia berkelas rendah," tulisnya dalam tweet.

"Tak perlu buang anak hanya kerana tidak suka bapa," katanya.

Zaid percaya kempen untuk menyingkirkan Mukhriz tidak mendapatkan sokongan dan pemimpin Umno terpaksa menggunakan media.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Sebelum pengumuman itu, Bashah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Pemuda, Puteri dan Wanita di negeri itu.
-mk


19 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Alahai najib...RAKYAT MINTA KO TURUN..Haramjadah nak letak jawatan.

abrarmujahideen berkata...

Najib ...pls pecat keahlian Mukhriz skli hahaha..Nnti Mahathir akan mengamuk mcm kes bailout 1998...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Undi tak percaya disegi undang2 tubuh negeri hendaklah dari kalangan majoriti ahli DUN. Perlantikan MBpun dari Sultan atas dasar kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN. Hilang kepercayaan dikalangan ahli UMNO tidak boleh di takrifkan sebagai hilangnya kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN yang mana Sultan terdorong utk melantik MB yang baru kerana kehilangan kepercayaan dikalangan ahli parti adalah urusan parti semata-mata bukanpun urusan Sultan dan perlu diselesai dikalangan ahli UMNO dalam AGM partinya tanpa membabitkan pentadbiran negeri.

Tanpa Nama berkata...

Jamil Khir-sila pulangkan kepada anak yatim dan fakir miskin duit YAPEIM yang telah digunakan untuk bercuti,shopping dan main golf. Azeez Rahim-pulangkan duit Tabung Haji yang telah digunakan oleh 1MDB.

Julius ceaser berkata...

Hahahahahaha...mana salah gulingkan ketua menteri...mana salah gulingkan perdana menteri...diorang dah buat..mana salah....hahahhaha

Poor Indon berkata...

Undi puak Najib cukup untuk jatuhkan Mamak Mukhriz..

Tanpa Nama berkata...

Cantek..inilah masa amanah ambil alih kdh..buktikan amanah boleh

abrarmujahideen berkata...

Geli hati saudara Anwar Ibrahim walau jasad dipenjara. Berkat doa al marhum fadszil noor moga tun mahathir merasakan hasil kerja yangan tun sendiri. Kena pade anak sendiri baru beringat...kahkah.Bertaubat lah tun.....minta maaf kepada insan yg dizalimi nya.

Tanpa Nama berkata...



Politik orang melayu. Menyedihkan.

Nak tukar MB sengaja dedahkan keburukan orang tersebut yang belum tentu kebenarannya. Nak tukar, tukar je lah. Kuasa menentukan MB ialah Najib. Sampai nak buat mesyuarat, nak istihar hilang keyakinan dan minta campur tangan Presiden untuk apa ?

Kalau Peguam Negara boleh lah guna alasan kesihatan, tapi MB tak perlu semua itu. Sama lah macam Najib pecat Muhyiddin dan Shafie.

Najib tak berani. Diguna lah cara macam ini.

Ahli UMNO Kedah kena guna peluang ini untuk nyahkan Najib demi masa depan kita semua .

Tanpa Nama berkata...

Umngok bila kepimpinan dan pemimpinnya kuat jika ada penyingkiran maka parti tersebut akan terbelah 2.Terbukti setakat ini hanya DSAI yang mampu membelah 2 umngok.

Tanpa Nama berkata...


Cara PKR menukar MB tidak lah seteruk UMNO menukar MB mereka.
Khalid Ibrahim di minta letak jawatan tetapi berdegil kerana di hasut oleh pemimpin wahid PAS yang cuba merampas Selangor dengan berkerjasama dengan musuh. Khalid Ibrahim akhir nya di kenakan tindakan disiplin dan akhir nya di pecat sebagai ahli PKR.

Mukhriz tidak mendapat peluang seperti yang diberi kepada Khalid untuk membela dirinya atas tuduhan yang dikenakan oleh Ketua-Ketua Bahagian.

Apa jadi sekiranya Mukhriz tidak mahu berundur ? Berulangkah kemelut seperti mana berlaku di Selangor ?

UMNO Kedah perlu memecat Mukhriz sebagai ahli UMNO jika Mukhriz tidak letak jawatan secara sukarela. Untuk memecat keahlian Mukhriz, UMNO Kedah perlu juga keluarkan surat dan mengambil tindakan.


Tanpa Nama berkata...

begitu juga tak perlu kekalkan anak dgn sebab menyanjung Arwah Tun Razak.

takde sebab kita nk kekalkan anak dgn sebab jasa baik bapaknya Arwah Tun Razak.

sebab anaknya sgt teruk malah mengadai legasi yg dibina bapaknya sendiri seperti felda.

membuang mukhriz bermakna menyingkirkan sebahagian ahli umnu kerana sudah tentu mukhriz ada penyokongnya tersendiri.

politik dendam sudah lama ujud dlm umnu dan kita penyakit kelamin itu berjangkit kpd pas.

Tanpa Nama berkata...

umnu kedah berantakan .. tkkn pasug nk ambik kesempatan next pru kot

nnti apa kata najib pd pasug.. jnji nk kerjasama tkkn nk tikam belakang kot

ataupun pasug dh booking nk jd penasihat umnu kedah saja dn bagi laluan umnu terus berkuasa di kedah

makanya Amanah lah pilihan utama utk cuba nasib memenangi kedah

tolak umnu dn pas kedah

Tanpa Nama berkata...

Baru-baru ni riuh rendah para ustaz dan orang-orang yang katanya tahu ugama, "menderhaka" kepada pemimpin tak boleh sebab kepimpinan itu adalah amanah dari Allah. Malah ada seorang muda dan berjawatan dalam sebuah parti orang melayu yang memerintah negara berkata, pemimpin utama tidak boleh berhenti hanya atas desakan orang. Dalam kes ini macam mana? Cubalah orang media dapatkan pandangan dia orang yang bijak pandai ni. Aku juga nak tengok drama bongok ni berakhir macam mana...

Tanpa Nama berkata...



Jika Najib boleh berdegil untuk berundur, Mukhriz pun mesti lah berdegil juga untuk berundur. Mahathir kena gunakan kepakaran dan segala muslihat supaya Mukhriz hanya akan berundur sekiranya Najib pun berundur. Harap Mahathir masih simpan file-file lama.. Ini masa nya untuk digunakan.

Ahli-ahli UMNO Kedah perlu melihat antara Mukhriz dengan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang membuat kenyataan tidak masuk akal. UMNO mengekalkan pemimpin yang bebal dan menyingkir pemimpin yang mampu berkhidmat untuk rakyat.



Abdul Said berkata...

Beginilah cara berpolitik orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam. Stail (style), rentak dan momentum serta bentuk tindakan tidak lari dari kerangka politik primitif dan pseudo-feudal. Segalanya penuh dengan dendam kesumat, fitnah, pembunuhan karaktor, pembolotan harta, hidup bermewah-mewah, penggunaan sistem 'pork barrel', 'mafia strong-arm tactic' dan pelbagai cara lain yang haram dan ataupun cara haram yang beri kosmetik halal. Itulah politik Melayu. Walaupun pada mata kasar Malaysia dilihat sebagai negara yang seakan menuju ke arah kemajuan, namun hakikatnya adalah disebaliknya. Segala keburukan yang ada dalam dunia ketiga semuanya ada di Malaysia dengan subur dan berkembang. Kemungkaran-kemungkaran yang dinyatakan dalam kitab-kitab suci semuanya nampak jelas dimata dan datang silih berganti. Malaysia adalah negara tanpa roh, penuh tempelan kosmetik. Jenayah berleluasa, pendakwaan terpilih, rasuah sudah sampai ke peringkat 'everybody has a price!!'. Manusia yang ada sedikit kesedaran tanpa mengira kedudukan dan keupayaan tidak ada tempat dibumi Malaysia. Kita bukan lagi khuatir tentang apa bala yang akan memamah negara ini, yang sebenarnya kita sedang menanti bilakah bala akan tiba dan dalam bentuk apa!! Bahkan bala yang bukan fizikal sedang menggelapkan kehidupan kita. Harapan bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya untuk berdiri setaraf bangsa Jepun dan Korea adalah satu cita-cita yang melampau. Bahkan akan tiba masanya orang Melayu tidak lagi setaraf dengan bangsa Vietnam, Kemboja, Myanmar, Jawa dan Brunei!!.

Tanpa Nama berkata...

akhir nya!!! balasan allah...dulu pak dia buat kt orang,,ni ank dia plak kne masa dia dok hidup2 lgi...PAS pulak xnak nasehat BN ka?..PAS kedah dh gatai tangan nk ambik alih jawatan..(dulu dh bgi..lingkup pi)...cmni la jugak..puak PAS sndiri xngam dgn arwah MB PAS dulu...kong kali kong smua...sma ja..

Tanpa Nama berkata...

hidup Mukhriz...
pi lingkup mat Basah kuyup...
sila masukkan carta undi ini dlm kiraan..

Tanpa Nama berkata...

Lulus srp ja, tak kan nak jadi mb kot...malu lah kat orang sikit...hehe!!