2 Jan 2016

Tunggu! Pengumuman Besar Dari Pakatan Harapan

Pakatan Harapan bakal umum pelan pilihan raya

Pakatan Harapan akan mengumumkan dokumen yang akan menggariskan rancangannya dalam menjatuhkan kerajaan BN melalui pilihan raya, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"InshaAllah dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional melalui jalan pilihanraya.


"Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan KEADILAN serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai dokumen berkenaan. Namun Setiausaha Harapan Pakatan Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilapor berkata satu rangka kerja dasar bersama gabungan itu akan diumum awal tahun ini.

Sementara itu Wan Azizah berkata banyak isu masih dibelenggu Malaysia, termasuk penahanan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri, isu 1MDB dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

"Oleh itu, untuk 2016, saya yakin dan percaya kita semua perlu banyak berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman di bumi Malaysia.


"Pada masa sama saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan," katanya. -mk


Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin kononnya parti itu mengalami krisis kepimpinan ketika ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerjasama di antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi memastikan parti terus maju ke hadapan.

“Kami (kepimpinan tertinggi Amanah) tidak ada masalah (krisis kepimpinan), kami sedang bergerak maju dan laju,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, tersebar di media sosial kononnya ada gerakan untuk menjatuhkan presiden Amanah, Mohamad Sabu apabila wujud tiga kumpulan iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syiah dan kumpulan profesional dalam parti itu.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tidak tahu menahu wujudnya gerakan menjatuhkan presiden parti, malah enggan melayan sebarang tuduhan yang tidak mempunyai asas.

“(Gerakan menjatuhkan presiden) Bagaimana saya nak komen sesuatu perkara yang saya sendiri tidak dengar dan sumbernya tak tahu dari mana, jadi sukar untuk saya menjawabnya,” katanya.

Mujahid berkata, fitnah jahat tersebut hanyalah sengaja dilakukan pihak tertentu yang cemburu dengan penerimaan luar biasa rakyat terhadap parti Amanah ketika ini.

“Bagi saya kalau orang ramai berminat melontarkan fitnah-fitnah kepada Amanah itu ternyata Amanah ini sedang menuju atas landasan yang betul,”
katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Amanah supaya meneruskan agenda untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat dan memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan kerajaan sekarang dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
-FMT


ULASAN GB

Yang boleh menumbangkan kerajaan BN ialah sebuah "barisan" juga. Barisan yang menggabungkan semua parti pembangkang yang ada, yang dahulunya bernama Pakatan Rakyat.

PR telah pun menang dari sudut undi popula pada PRU13 yang lalu, menguasai 52% undi manakal BN cuma 48%. Namun dari sudut pembahagian kerusi yang berat sebelah, BN kekal berkuasa.

Kini PAS pula mengorak langkah keluar dari Pakatan Rakyat. Namun muncul pula Pakatan Harapan dengan tiga buah parti terbesar, PKR, DAP dan AMANAH.

PAS ingin bersendirian. Mereka menjangkakan dengan bersendirian itu mereka boleh kalahkan BN dan PH. Kita tidak tahu kajian siapa yang mereka gunakan namun hak untuk bersendirian itu adalah hak mereka. Mereka menolak untuk bersama Pakatan Harapan kerana mereka tak sehaluan dengan DAP dan AMANAH. Ramai penganilisis politik berpendapat, jika PAS tidak bersama UMNO BN dan terus ingin bersendirian, masa depan PAS akan menjadi gelap gelita. Namun, sekali lagi kita tegaskan, itu adalah pilihan mereka.

Kemunculan AMANAH di persada politik tanahair begitu meresahkan banyak pihak. Parti yang baru berusia 3 bulan itu menerima sambutan menggalakkan dari rakyat.

Pelbagai fitnah dicipta dan dilemparkan, tetapi AMANAH bergerak laju dan pantas. Tidak memperdulikan segala fitnah itu. AMANAH terdiri dari kalangan mereka yang profesyenal dan berpengalaman. Maka sebab itu perjalanan AMANAH begitu lancar. Penyertaan beberapa tokoh IKRAM dan ABIM memperkukuhkan AMANAH sebagai parti yang berteraskan Islam .

Masa depan negara terletaK kepada PAKATAN HARAPAN, sekalipun ada yang bersuara sinis menyatakan PAKATAN HARAPAN telah membuang "RAKYAT". Betapa cetek akalnya mereka yang mentafsirkan begitu. Sedangkan apa yang ada pada rakyat sekarang ialah "harapan untuk bertukarnya kerajaan kepada yang lebih baik".

Rakyat menunggu masa untuk menumbangkan UMNO BN dan yang mereka yang bersekongkol dengannya.

InsyaAllah, harapan rakyat itu bakal menjadi kenyataan pada PRU14 nanti.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan PAS (Bukan semua) yg kelihatan mahu bersendirian adalah salah satu Jalan cerita ciptaan sesetengah pemimpin yg sebenarnya telah lama bermimpi dipinang UMNO dan harapan seterusnya adalah anugerah jawatan yg berkesudahan dgn pemilikan material. Pun begitu disebabkan kebimbangan ditolak oleh alor umbi maka, opera Mesti diteruskan dan hasilnya ialah yg semua dapat lihat sekarang. Presiden dan mursyidul cakap lain, naib2 presiden cakap lain. Kata nak bekerjasama dgn UMNO Tapi tidak akan bersama. Pada masa yg sama pula, hampir semua kezaliman UMNOBN berskala besar tidak pula ditentang. Ahli2 biasa PAS wajib tanggalkan pakaian walak kalian. Begitu juga para pemegang jawatan penting yg melihat kekeliruan ini. Setiap yg bernama makhluk ada ajalnya. Begitu juga PAS. untuk apa parti ini dipertahankan lg jika terang2 kita lihat, perlembagaannya telah diperkosa mereka yg bernawaitukan materialistik. Ayuh bersama pakatan rakyat, Amanah, DAP ataupun keadilan. Yg penting halatuju kita jelas - UMNOBN wajib ditumbangkan demi masa depan generasi seterusnya. Atau teruskan sahaja bersama PAS dan anakcucu kita nnt akan kehairanan ttg dangkalnya akalnya kita dalam memilih dua perkara, hitam atau putih, salah atau benar

Tanpa Nama berkata...

Jatuhkan ameno dan barua2nya. Itu sahaja harapan yg ada. Harap rakyat jgn dibodohkan lg dgn isu agama, bangsa dan raja yg menjadi modal ameno dan sekutunya yg paling ampuh. Jika isu ini dpt diatasi insyaallah PH akan berjaya pada PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Yang pastinya; Tahun 2015 Hadi Awang aku isytiharkan sebagai Bapa Pengkhianat dalam sejarah politik PAS.

By smart

Timnajib Jomfikir berkata...

AMANAH terus Memacu ke hadaPAN..

Starting Tahun 2016-2017-2018 semua pemimpin Pakatan Harapan terutamanya, AMANAH mesti berkerja sekeras-kerasnya!
dekati, hayati hati rakyat.

Kepada Blogger2/Greenboc,
Anda tahu apa yang perlu anda semua lalukan..sepanjang tahun 2016-2017-2018..

Berusaha bersungguh2,beriman dan bertawakal kepada Allah swt. Kita minta, diberikan kemenangan besar.

lelaki dicermin berkata...

Aku mengharap PENGUMUMAN PAKATAN HARAPAN IALAH BUANG JE PARTI PAS TU DR PAKATAN...takda merayu2 lagi.dah bercekerama dgn umno...masih nak di rayu2 lagi...

Tanpa Nama berkata...

Macam inilah berpolitik. Ada plan yang di didokumenkan dan ada buat kerja. Ini politik orang cerdik yang ada matlamat.

Ini tidak, tak habis-habis menuduh Amanah ikut DAP, DAP berkuasa hancur melayu, bila nak membela seseorang cakap tak guna otak..

Apa yang PAS buat semuanya ikut suka atau ikut masalah yang tidak di duga-duga. Pelan UMNO langsung tak boleh pakai. Buat nya lain, langsung tak ikut pelan.

Kita harap kesedaran rakyat semakin meningkat untuk menilaikan kerja siapa yang teratur dan lebih baik.

Kepada Allah kita kembalikan.

Jeman berkata...

Din ayam nk masuk umno.. tp nk jaga air muka mentua di cucuknye mentua bebaik dgn umno.. br x nmpk sgt dia gile jawatan.. x caya baca statement dia kt sinar harian..