1 Jan 2016

Selamat Tahun Baru Dari AMANAH

Tahun Baru 2016 : Perutusan Presiden Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan diminta bekerja kuat untuk melahirkan suatu masyarakat yang cakna terhadap nilai dan hak sebagai rakyat negara ini.

Justeru masyarakat madani perlu dibentuk untuk membuat perubahan ini. Amanah bersedia memikul tangungjawab membuat perubahan terutama dalam pemikiran politik dan ekonomi.


Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kesejahteraan masyarakat mesti diutamakan supaya 'good governance' menjadi tujuan utama dan 'maqasid syariah' pula perlu diperjelaskan kepada masyarakat supaya Islam sebagai rahmat untuk semua dapat dijelmakan pada tahun 2016.

"Tahun 2016 menjelang tiba kerajaan dan rakyatnya berada dalam keadaan yang tidak menentu berikutan masalah tekanan ekonomi dan inflasi.

"Rasuah pula masih lagi berleluasa. Ketirian dan penyalahgunaan kuasa dan undang-undang masih lagi digunakan ke atas rakyat.

"Akta Hasutan digunakan secara bermaharajalela ke atas pembangkang dan NGO yang tidak sebulu dengan pemerintah.

"Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula bakal diperkenalkan untuk membolehkan Perdan Menteri bertindak mengisytiharkan darurat di mana kawasan negeri dan negara," ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.


2016 TAHUN MERAKYATKAN AMANAH

Tahun 2016 ini merupakan tahun untuk merakyatkan Parti Amanah Negara (AMANAH). Di dalam satu kenyataan media khas yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH sedmpena Tahun Baru 2016, Tn Hj. Salahuddin Ayub, beliau menyeru setiap kepimpinan di semua peringkat supaya menjadikan tahun baru 2016 sebagai 'Tahun Merakyatkan AMANAH'.

Menurut kenyataan tersebut, di saat dan ketika ada beberapa parti politik di negara ini cenderung untuk kembali kepada era politik perkauman, AMANAH perlu pantas untuk menampilkan pendekatan politik yang lebih segar dan menyakinkan.

"Penampilan AMANAH dengan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif dan peduli, perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupan rakyat di negara ini," tambah kenyataan itu lagi.

AMANAH juga sedang merancang secara teliti agar setiap keluarga di negara ini mempunyai ahli AMANAH.

AMANAH juga konsisten untuk menjadikan perjuangan pembelaan isu-isu rakyat dan menentang salah laku serta kezaliman BN sebagai suatu keutamaan.

Dan adalah terlalu penting bagi AMANAH sepanjang tahun 2016 untuk menjenamakan dirinya dalam ingatan dan sanubari rakyat melalui seluruh ruang dan kesempatan yang terbentang luas di persada politik negara ini, tambahnya..

Di dalam perkembangan yang sama, Pengerusi AMANAH Melaka, Tn Hj Adly Zahary turut mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh warga Melaka terutama ahli-ahli AMANAH.

Beliau berkata semuga tahun baru 2016 akan membuka lembaran baharu dengan harapan baharu kepada seluruh rakyat negara ini.




18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat Tahun Baru untuk semua pemimpin Amanah. Terus maju jangan mundur! Kami menyokong anda!

Timnajib Jomfikir berkata...

1437 Hijrah, 2016 Masehi InsyaAllah tahun kebangkitan Parti AMANAH.

Selamat bertugas untuk pemimpin-pemimpin AMANAH. Tegakkan kehidupan rakyat dan negara terlebih dahulu.

InsyaAllah hukum Allah pasti boleh kuatkuasakan apabila UMNO/PAS/BN ditumbangkan.

Ahmad Fuaad Ahmad Sabki berkata...

Selamat tahun baru 2016. Kuatkan tekad dan harapan.insyAllah dengan keikhlasan dan kesungguhan AMANAH dapat mengamit kerahmatan kpd rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Go AMANAH Go

Tanpa Nama berkata...

Selamat datang Amanah...selamat tinggal Pas..

Anti Fitnah berkata...

Maju Amanah Terus Maju
Biar kita menjadi manusia yang berAmanah bukan sahaja pada manusia tapi juga pada Allah swt serta Nabi Muhammad saw.
Marilah kita berjuang secara berhemah dan bukan seperti ustaz-ustaz PAS yang memaki hamun dan suka mengeluarkan fakta yang palsu dalam mengkafirkan sesama Islam.
Bayangkan ustaz-ustaz PAS, masih tak dapat membezakan antara Amanah dan PAN? Tak pernah orang sebut PAN kecuali ustaz-ustaz PAS. Orang dok sebut Amanah tapi depa dok sebut PAN. Entah depa tu minat pada PANtat kot. Maafkan saya kalu tersasul. Maklumlah orang tua-tua.
Kepada Allah swt kita kembali.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin hebat..tp syg, mentaliti rakyat malaysia kebanyakkannya masih terkebelakang...hidup susah pun masih parti pemerinth tu yg disokongnya...kebanyakannya golongan wanita yg masih belum mempunyai kematangan politik..tidak sukakan politik.sedangkan merungut hidup susah..tp xtau bahawa itu berkaitan faktor politik..cepat2 la tukar pemerintah..malaysia ni semakin tenat, menerima bala kesan drpd kita semua..Next election, bagi berkubur umno..biarla najib menjadi pm terakhir bg umno dan berakhirnya teori RAHMAN. Si Z tu jgn nak beria sgtlah skrg..xde senarai..silap2 bungkus sblm pru..ditendang digantI dgn si H...

Tanpa Nama berkata...

HARAPAN RAKYAT KINI DIBAHU PAKATAN HARAPAN. HANYA PH YANG DAPAT MERASA DENYUT KEPERITAN HIDUP RAKYAT GARA2 SARA HIDUP YANG MELAMBUNG. BIARKAN PAS DIBUAI MIMPI INDAH BERSAMA UMNO.
PENGUNDI MUDA YG CERDIK PASTI BERSAMA PH.

Tanpa Nama berkata...

Pernah dalam beberapa ceramah tertentu oleh Pak Lebai-Pak Lebai dalam PAS sebelum ini mempersoalkan kedudukan Raja-Raja dan peranan Raja-Raja dengan memperkatakan tentang perkataan yang di gunakan seperti ampun tuanku, patik dan sembah duli ... sehingga ada yang di panggil oleh Pejabat Agama Negeri kerana di katakan menghina Sultan Negeri.

Amanah perlu memikat hati Kerabat Di Raja yang sejak kebelakangan ini sudah ada suara-suara Raja yang prihatin dengan kesusahan Rakyat dan mengambil berat masa hadapan negara.

"AMANAH dengan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif dan peduli, perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupan rakyat di negara ini."

Jika di fikirkan semula, cara PAS yang kekampungan memang sama sekali tidak sesuai dengan citarasa dan cara Raja-Raja. Raja-Raja di lekehkan se olah-olah tidak memperdulikan Islam malah langsung tidak ada ciri-ciri Islam nya.

Tetapi apabila PAS mula berwajah hodoh dan beberapa tindakan yang tidak Islamik, bukan sahaja orang kata baik lagi UMNO dari PAS tetapi lebih mulia lagi Raja-Raja Melayu dari pemimpin PAS. Jika pemimpin PAS dapat apa yang Raja miliki, kejahatan pemimpin PAS lagi teruk dari Raja-Raja yang pernah di sindir dahuku.

AMANAH, sekiranya tidak melanggar mana-mana peraturan, buat kenyataan yang menyokong apa-apa perkara yang di lakukan atau yang di titah oleh Sultan mengenai rakyat sebagai contoh Sultan Perak ada menyebut 'hanya amanah yang dapat menyelamatkan rakyat' lebih kurang begitulah.'

Maju AMANAH Maju.

Widi Suningsih berkata...

semoga tahun ini semakin maju,, semoga seukse,,



Obat Herbal Untuk Maag Kronis Ampuh

Tanpa Nama berkata...

go amanah go....

Tanpa Nama berkata...

Amanah terus maju. Mudah2an tahun 2016 adalah tahun kejayaan bagi parti Amanah serta rakyat yang peduli dan celik politik semasa. Rakyat terbanyak teruk menderita, pemimpin amno bn pas masih dok bicara pasal PERKAUMAN.din kubur panjang kedah.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan langkah,teruskan perjuangan.Moga tahun-tahun mendatang Amanah menjadi teras dan wadah yang progresif,inklusif dan peduli untuk Islam, untuk rakyat. Insya Allah.

Al-Ahmad Othman berkata...

As salam semua dan selamat tahun Baru 2016.Buat tuan GB semoga panjang umur & dimurahkan rezeki,moga tuan diberi kekuatan,kesihatan yg baik ditahun baru ini disamping dapat meneruskan Penulisan tuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat malaysia khususnya Pendokong AMANAH,selagi tuan berpegang kepada penulisan yg berlandaskan Islam inshaallah,allah akan bersama tuan.Buat kepimpinan AMANAH teruskan usaha murni kalian untuk mendekati rakyat bawahan.Jangan ditiru perangai segelintir mereka yg mengaku Parti Islam tapi akhlak langsung tidak mencerminkan nilai dan sikap sebagai org Islam. Yg mengaku ulamak/ustaz terus-terusan menghina,mengeji,mencaci mereka yg tidak sealiran,seolah-olah zikir harian yg wajib disebut.Masalah rakyat langsung ditolak ketepi asalkan tembolok sendiri dapat diisi.Rakyat di cari bila kantong ingin dipenuhi.Inikah perangai mereka yang mengaku pewaris Nabi? Hanya Allah taala jualah yg lebih mengetahui.Teruskan berjuang Pemimpin AMANAH semoga usaha kalian dirahmati ilahi.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan.Semoga Amanah terus maju dan menjadi parti pilihan rakyat ...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Amanah. Sepakat dan muafakat bersama PKR dan DAP dalam perjuangan. 2016 akan menjadi sinar baru dalam PH. Lawan Tetap Lawan.

Tanpa Nama berkata...

Melihat laku Hj Hadi dan pendirian pemimpin PAS dalam hal
bersama UMNO saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan dan permudahkan penubuhan AMANAH

Jika tidak mati lah perjuangan PAS yang dibawa oleh Ustaz Fadzil Noor dan TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Maaf saya nk tambah sikit"hanya amanah yang dapat menyelamatkan rakyat dgn izin Allah"-utk elak syirik tanpa kita disedari. terima kasih..