2 Jan 2016

Nik Omar Sah Sertai AMANAH, Husam Bakal Menyusul?

Nik Omar Sah Sertai Amanah - Salahuddin

PETALING JAYA: Desas-desus yang mengatakan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar bakal menyertai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akhirnya terjawab.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.




"Ya, memang benar beliau sudah sertai Amanah. Itu seperti yang diumumkan, saya pun ada di situ waktu itu," katanya.

Salahuddin berkata pada majlis makan malam Amanah itu juga, Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Amanah Kelantan.




"Ya, begitulah (seperti yang diumumkan). Namun beliau tidak hadir malam tadi," katanya ringkas.

Ketika ditanya tarikh sebenar Nik Omar menyertai parti itu, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebaliknya, beliau berkata Nik Omar pernah menghadiri beberapa program anjuran Amanah sebelum ini.

"Itu saya tak pasti tapi beliau ada muncul dalam beberapa program Amanah sebelum ini," katanya.

Sebelum ini Nik Omar dikaitkan akan menyertai Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Turut hadir dalam majlis makan malam itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. -mstar


Saya hanya ikut jejak presiden, alasan Husam hadir majlis Amanah

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden.

"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.

"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.

"Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Kata Husam, kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang dulunya anggota PAS.

Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.

Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.


"Saya akan bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.

Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.

"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.

Baginya, rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk rasuah.

"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.

Husam dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi Malaysia.

Katanya, tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi isu besar seperti rasuah.

"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.

"Ketika para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz,"
kata Husam.

Husam juga memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas.
-TMI


ULASAN GB

Di saat AMANAH dituduh dengan pelbagau tuduhan dan fitnah, majlis makan malam AMANAH Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaaya malam tadi dihadiri oleh lebih 1,000 orang walaupun tanpa publisiti yang besar. TMI melaporkan:

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.

Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.


Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.

"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu,

Ia satu perkembangan positif untuk AMANAH, juga untuk Pakatan Harapan.

Mengenai penyertaan Nik Omar Nik Aziz ke dalam AMANAH, ia memberikan satu suntikan baharu untuk AMANAH khususnya AMANAH Kelantan.

Nik Abduh, tidak akan mampu lagi untuk mengutuk dan memfitnah AMANAH seperti yang dilakukan sebelum ini kerana kini abangnya sendiriu sudah menyertai AMANAH, malah menyertai saf kepimpinan AMANAH Kelantan. Malaysiakini melaporkan pula:

Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.

"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.


Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya.

Ia seperti kes Fawwas dan Faiz, kedua-dua anak Almarhum Ustadz Fadzil Noor, seorang PAS seorang lagi AMANAH.

Mengenai Husam, AMANAH sentiasa terbukan pintu untuknya walaupunh beliau mengumumkan masih menjadi ahli PAS.

Sebagai anak didik TGNA, dan juga sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, beliau amat bijak di dalam mengambil linkah dan membuat keputusan.

Apakah PAS Pusat akan mengambil keputusan memecatnya dari parti? Itu ditunggu-tunggu juga oleh Husam!

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB kau biar betul berita ni. GB baca tak posting JandaKecutTerlebihGersang@OmakKau dibawah tajuk "MOHON BAWA BERTENANG DAN JANGAN KETAWA KUAT SANGAT .... ISU KEMASUKAN NIK OMAR ANAK ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ SEBAGAI AHLI PAN SEBENARNYA SALAH LAPOR". Mana yg betul ni? Pengomen2 copy paste OK tengah berkompang membantai PAN dlm setiap posting OK lebih2 lagi berita terbaru OK ni.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dan semoga penyertaan beliau akan menghantar mesej yg amat jelas kpd semua ahli PAS yg masih lagi keliru dan terpinga pinga dgn scenario yg melanda Parti itu bahawa kerosakan yg berlaku dalam PAS bukan berskala kecil. Ini juga satu indikator yang kuat bahawa tidak lagi menghairankan jika PAS sendiri akan tumbang di Kelantan dan In Syaa Allah diganti oleh AMANAH. Alangkah anehnya keputusan yg diambil oleh PAS yakni mahu berbaik2 dgn UMNOBN yg tak pernah pun menunjukkan kebaikan mereka kpd PAS. Bumi dan rakyat Kelantan telah puluhan tahun tertekan dan dizalimi UMNO dan ratib mereka dari dulu adalah UMNO mesti ditumpaskan agar penganaktirian dari UMNO akan berakhir. Kalih2, pemimpin CAI PAS cuba pulak menyatakan yg disebaliknya. Politik bangang apa ini?

tanya sama itu hud hud berkata...

Husam ternyata bijak bila guna alasan utk menasihat..
Ternganga puak walaun.
Kah kah kah

Abdul Said berkata...

Iya tak iya juga. Hadi boleh pergi ke majlis parti keris bogel tak kan Husam tak boleh pergi ke majlis PH? Semoga Husam sempat juga menasihati parti-parti PH macam Hadi menasihati Najib!!!

Timnajib Jomfikir berkata...

Kepada para ilmuan, cerdik pandai diluar sana..dalam bidang apa saja..agama,kejuruteraan...

Inilah masa untuk kita bersatu hati dalam AMANAH. membina Malaysia baru.

InsyaAllah Allah swt akan membantu kita.

wan amero berkata...

Ternyata ramalan PAScai akan tinggal sejarah pada PRU14 nanti.Ambo harap sahabat ambo ahli PAScai dpt menerima dgn waras.Sesungguhnya akal fikiran yg waras membezakan manusia dgn makhluk lain.

omar daud berkata...

Salam:

Cayalah husam,tiada kutukan,maki-hamun!!!

"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.

"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.


go amanah go.

Tanpa Nama berkata...

Kalau perhatikan gambar-gambar peristiwa Harakahdaily, nampak Bapa Pengkhianat Si Hadi Awang begitu santai sekali.

Presiden...

abrarmujahideen berkata...

Biar diorang mati kutu..ter kemaluan sendiri

Tanpa Nama berkata...

DON WORRY, KERAJAAN KELANTAN HASIL TGNA WE WILL TAKE COVER FRM CORRUPTED PAS LDR. INI ADALAH FOR SURE CAUSE WE ALL ARE ANAK DIDIK TGNA WILL NT LET IT JATUH KE TANGAN CORRUPTED HAND.

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli .. helo.. sila masuk.. tuan puan sila biarkan wan rosli aka An Anonymous buat komen bodo dlm blog ni..

Husmad Ahmad berkata...

Inilah kita cari pemimpin husam musa tiada yg lain selain darinya.

Tanpa Nama berkata...

Eh eh Macamana boleh jadi.korup, itu cuma salah urus, kurang bijak..
Berani.nak rampas Kelantan.. kang kena siku dan lutut kang...

Tanpa Nama berkata...

Yang paling berkeras menolak kerjasama dengan UMNO ialah suami Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Sudah tentu Tuan Sabariah tidak dapat menahan dirinya apabila melihat Hj Hadi sedondon dengan Najib.

Sebelum ini, kenyataan Hj Hadi kerap di nafikan oleh beberapa pemimpin PAS, ini membuat penyertaan Nik Omar di tangguhkan sehingga hari ini atas menjaga hati bonda nya.

Kini Nik Omar sudah cukup alasan mendedahkan penyertaannya bersama AMANAH.

Jika tidak apakah sebab ada.yang bertanya bila tarikh Nik Omar menyertai AMANAH?

Yang jelas dalam senario ini ialah Nik Abduh adalah se orang anak dan adik yang tidak boleh diharapkan. Malah tidak keterlaluan di katakan Nik Abduh bukan sahaja berdolak-dalih dengan kita tetapi dia juga mungkin berdolak-dalih dengan bonda nya sendiri.

Atas alasan ini lah bonda Nik Omar berharap Nik Omar tidak terlalu kehadapan. Cukup lah memegang jawatan Pengerusi Panel Amanah Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Yang paling berkeras menolak kerjasama dengan UMNO ialah suami Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Sudah tentu Tuan Sabariah tidak dapat menahan dirinya apabila melihat Hj Hadi sedondon dengan Najib.

Sebelum ini, kenyataan Hj Hadi kerap di nafikan oleh beberapa pemimpin PAS, ini membuat penyertaan Nik Omar di tangguhkan sehingga hari ini atas menjaga hati bonda nya.

Kini Nik Omar sudah cukup alasan mendedahkan penyertaannya bersama AMANAH.

Jika tidak apakah sebab ada.yang bertanya bila tarikh Nik Omar menyertai AMANAH?

Yang jelas dalam senario ini ialah Nik Abduh adalah se orang anak dan adik yang tidak boleh diharapkan. Malah tidak keterlaluan di katakan Nik Abduh bukan sahaja berdolak-dalih dengan kita tetapi dia juga mungkin berdolak-dalih dengan bonda nya sendiri.

Atas alasan ini lah bonda Nik Omar berharap Nik Omar tidak terlalu kehadapan. Cukup lah memegang jawatan Pengerusi Panel Amanah Kelantan.

lelaki dicermin berkata...

Aku baca komen2 pascai kat group lain.. aku rasa dia org ni(pascai) buta suasana politik..boleh ckp biarkan nik omar masuk amanah.. bukan nik omar boleh bawa beribu2 org penyokong pas pun..aģaknya dlm hati pascai tu..apa itu pskologi politik pun tak faham..letih aku layan org2 mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

Aku doakan suatu masa nanti Husam Musa akan ambil alih peranan sebagai Presiden Amanah dan dibantu oleh hulubalang seperti Mat Sabu, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan yg sewaktu dengannya...
Aku akan undi Amanah pada PRU akan datang...