1 Feb 2016

"KP PAS Kelantan Seperti Budak Kecil Yang Masih Menyusu"

Usul pindaan Akta 355: Ketua Pemuda Pas Kelantan gagal faham isu, bidas Husam

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa membidas kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mendesak beliau meletakkan dua jawatannya sebagai Adun dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Menurut Husam, Pemuda Pas Kelantan gagal memahami isu berlaku berkaitan usul pindaan Akta 355 yang membabitkan dua pemimpin, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.


“Di bawah konsep akauntabiliti yang juga satu dari teras ‘Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.

“Sefaham saya, menerusi roadmap pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan bill persendirian 355 diputuskan.

“Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini.

“Bahkan, membawa usul secara pra matang telah melenyapkan atau merosakkan roadmap asal. Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan,” ujar Husam.

Jelasnya lagi tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya' dan agenda peribadi.

“Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.

“Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif, “ terangnya lagi.

Lantas Husan berkata, Ketua Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung.

“Anda gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamirkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asobiyyah kelompok.

“Saya hairan, jika Ketua Pemuda Pas berani, kenapa beliau tidak hadir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu,”
soal Husam lagi.

Dalam satu kenyataan dipetik Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.

Ahmad Fadhli berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.

"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya. -Malaysia Dateline





ULASAN GB

Husam Musa mengemukakan pandangannya sewaktu berforum. Beliau dijemput untuk bersama-sama membincangkan dan memberi pandangan di dalam forum bertajuk "Forum Agenda Rakyat Kelantan : Akta 355 & Hudud di Malaysia" bersama-sama dengan ahli-ahli penal yang lain.

Manakala Ketua Pemuda PAS Kelantan itu bersuara sendirian dan tidak hadir di dalam forum berkenaan. malah tiada lansung wakil dari kerajaan negeri Kelantan menghadirinya.

Menilai hujjah-hujjah Husam Musa, memang terdapat justifikasi unjtuk beliau menyarankan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.

Jadi tempelakan Husam kepada Ahmad Fadhli Shaari seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung amat wajar dan tepat.

14 ulasan:

air gunung berkata...

Kah kah kah kah kah..
Bebudak baru nak tumbuh gigi..
Dulu masa PAS tercunggapmcm nak mampos hanya tingga 2 batu nisan korang kat mana?topi keledar yg kat bwh tu pon masih bersarung hamcing lagi kot..msok n aktif PAS dgn permaidani merah...alih2 berlagak nak menari tepi kawah gunung berapi..
Caittt pegi daahh..
Bikin malu parti nama Islam sajer...
Cer tgok Pemuda PAS skrg..saper yg ade ketokohan untuk jd pemimpin masa hadapan...
Yg pasti memang ketinggalan keretapi memanjang...setakat berkhutbah syarah atas pentas tu kacang jer..psl jual air liur jer...org nak tgok gerak kerja laaaaaa....
Ini setakat sengeh2 mcm kerang busuk time bergambar bg bantuan...
Itu Mat maslan dah lama jd heronyer...
Kluk klek auokk aukkk kroihhhh2 barua2 munafiq blaaa bla jer laa yg ke dpn...kerja? Haram pon tadak

Timnajib Jomfikir berkata...

Nik Abduh pemalu orgnya, Nasrudin Tantawi siku dan lututnya, Zaharuddin dengan Ayamnya, khalil(anak TGHA) dengan omong kosongnya.

Tinggallah..pemimpin PAS yang tidak pandai bermain dengan angka2 besar, selok belok ekonomi dan perundangan.

Yang mereka pandai hanyalah..kafirkan dan jatuhkan hukuman.

Budak2 muda pemimpin PAS ni, betul kata Husam..minum susu tak lepas lagi..nak menyalak!

Abdul Said berkata...

Inilah masaalahnya bila menyokong membabi buta (marah encik babi kalau membabitkan beliau - harap maaf!). Tanpa usul periksa, tanpa membentangkan fakta-fakta, tiba-tiba menyerang Datuk Husam. Sepatutnya Ketua Pemuda Pas Kelantan buka jubah dan berdiri depan cermin, perhati betul-betul, ingat-ingat kamu tu layakke berhujah dengan Datuk Husam!! Sorry bro, you pick the wrong guy!! Wipe your running nose and pick someone your size!!

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya forum ini bukan bertujuan untuk meminta kedua-dua pemimpin PAS tersebut meletakkan jawatan tetapi untuk meneruskan usaha-usaha melaksanakan hudud yang telah gagal. Jika di ikutkan isu hudud ini sudah boleh dilupakan kerana masalah nya ialah perlembangaan tidak membenarkannya.

Tetapi ini tidak bermakna mereka berdua terlepas begitu sahaja. Mereka tidak melakukannya tanpa merujuk kepada parti. Ini satu kesilapan yang besar kerana hudud adalah salah-satu dari agenda parti PAS.

Jika Ketua Pemuda ingin pertahankan kedua-dua pemimpin tersebut, buktikanlah yang pembentangan hudud telah dirujuk kepada parti terlebih dahulu baru boleh desak Husam letak jawatan.

tanya sama itu hud hud berkata...

Bukan apa..mat fadhii ni nak bodek tuang presideng,nak tunjuk jaguh..
Sekali kena sound tekedu la..
Kahkahkah..
Mana ketua penerangan a.k.a mr.pay per view?
Takmau kuar statement ke?
Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Jomlah Husam masuk Amanah...seterusnya akan jadi pemimpin utama Amanah yg berganding baik dgn abg mat, salahudin ayub, khalid samad dan lain lain...
Moga impian ini akan jadi kenyataan suatu hari nanti...

Tanpa Nama berkata...

Dalam isu 1MDB, PAS tolong UMNO kan. Begitu juga isu TH kan.. kali ini kita tengok UMNO akan tolong PAS ke tak?

mustapa m said berkata...

Agaknya, Husam tunggu masa yg sesuai untuk naik kapal lain mengharungi samudera yg maha luas.

Husmad Ahmad berkata...

Mohon dato husam cepat cepat masuk Amanah kita jatuhkan walaunta dam sekutunya.

Tanpa Nama berkata...

Inilah penyakit yang telah menyerang budak-budak dalam pemuda PAS Kelantan.
Mereka ditindih perasan dan bermulut longkang. Pemikiran mereka seperti seekor katak dibawah baldi dan terasa hebat dalam jamban sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pemudanya dah buduh, maka yang lain pun turut banganglah.

Tanpa Nama berkata...

Bila UMNO dengan isu derma dan isu TH, pemimpin PAS mempertahankan UMNO. Kita tenguk isu hudud yang mengujudkan kerjasama PAS UMNO adakah UMNO akan mempertahankan PAS?

Tanpa Nama berkata...

Siapa KP Pas Kelantan nak suruh Husam letak jawatan ADUN Salor dan YDP Pas Kubang Kerian. Aku dok dlm DUN Salor khasnya dan Parlimen Kubang Kerian amat bangga dgn sikap Husam yang tak mahu menjadi pak turut membabi buta. Jangan ubah topic perbincangan. Kalu betul spt yg Husam ckp mereka berdua berjumpa dgn wakil kerajaan pusat kemudian buat keputusan tanpa merujuk kepada AJK Pas Pusat itu adalah satu tindakan adhoc yg bodoh. Masalah yg melibatkan kepentingan parti dan rakyat bukan boleh dibuat 2,3,4 orang secara adhoc. Kenapa susah sangat nak bentang dlm Jkuasa Pas Pusat? Pengundi Kubang Kerian tidak bodoh wahai pemimpin2 Pas yang sanggup menjadi pak turut.

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz cuba disingkir dengan alasan gagal menyatukan parti. Ketua Pemuda pulak guna alasan tidak membantu mengukuhkan parti.. orang lain pecah-belahkan parti,orang yang kena betulkan