30 Jan 2016

Rafizi Dedahkan TH Guna Aset Bank Islam Untuk Tampung Rizab

Aset Bank Islam diguna Tabung Haji untuk tampung rizab, dedah Rafizi

Alasan Tabung Haji (TH) kononnya mempunyai aset anak syarikat yang banyak untuk menampung rizab yang negatif sebenarnya adalah aset-aset Bank Islam berjumlah RM41.683 bilion yang digabungkan dalam kumpulan TH.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berharap kepimpinan TH berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan berselindung di sebalik terma-terma kewangan yang cuba menyembunyikan situasi sebenar.


“Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.

“Jangan gali lubang tutup lubang - bergantung kepada Bank Islam (yang jaga simpanan rakyat) untuk tampung rizab Tabung Haji yang negatif,” katanya.

Merumuskan butiran penyata kewangan TH yang telah diaudit, beliau berkata, aset-aset anak syarikat TH adalah tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera kerana berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan.

“Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful.

“Untuk memenuhi tanggung jawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen atau bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri,” jelasnya.

Rafizi turut mengulas reaksi Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebelum ini yang menafikan TH mengalami masalah kewangan bahkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengedarkan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Disember 2015.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Azeez Rahim bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi Tabung Haji bahawa kononnya walaupun rizab Tabung Haji adalah negatif, itu tidak menjejaskan kedudukan kewangannya kerana nilai keseluruhan aset anak-anak syarikatnya adalah lebih besar dan mampu menampung keperluan kewangan Tabung Haji.

“Kenyataan ini seolah-olah cuba mengelirukan rakyat terbanyak yang kurang arif dengan laporan kewangan,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, BNM melalui surat kepada Azeez yang kemudiannya viral di media sosial antara lain memaklumkan bahawa kedudukan paras rizab TH yang negatif.

Pada tarikh sama juga, surat daripada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memberi amaran bahawa status kewangan TH boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan memandangkan simpanan deposit di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Suasana pasaran ekonomi dan operasi yang lebih mencabar serta perkembangan saiz dan kompleksiti operasi LTH (Lembaga Tabung Haji) memerlukan Lembaga Pengarah memainkan peranan pengawasan yang lebih berkesan.

"Dalam hal ini, pengetahuan teknikal dan pengalaman dalam bidang kewangan adalah amat penting,” kandungan surat tiga halaman itu dipetik.

Bimbang dengan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH), Rafizi menyarankan Abdul Azeez mengadakan sesi taklimat terbuka kepada para pendeposit.

Menurut beliau, Abdul Azeez perlu bersedia untuk menjawab pelbagai kemusykilan rakyat sekiranya benar kedudukan kewangan TH kukuh seperti didakwa.

“Saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh dari simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. -malaysiadateline

Untuk laporan terperinci kenyataan YB Rafizi Ramli, sila rujuk: SINI

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Rafizi tidak perlu dedahkan yang dia akan hadir sekiranya Azeez beri taklimat kepada pendeposit. Duduk menyorok belakang orang kampung dan pakai pun macam orang kampun bersongkok lusuh dan bersamping kain pelikat. Kasi Azeez goreng betul-betul baru, Rafizi tunjukkan diri dia yang sebenarnya..

Penyimpan Bank Islam tidak perlu bimbang sebab Bank Islam juga mempunyai anak syarikat dan pemimpin PAS akan apa jua yang ada kaitan dengan Islam...

Tanpa Nama berkata...




Pakai dulu duit Bank Islam, nanti cukup tempoh cukup kutipan GST boleh bayar balik dan tutup akaun dengan catatan 'wang telah dikembalikan'.

Sistem bank pun dah tak menyakinkan. Sebelum ini Bank Rakyat yang beri pinajaman kepada taukeh karpet tanpa faedah dan perkhidmatan Pengurusinya tidak di sambung. Senyap begitu sahaja isu Bank Rakyat ini.

Bermula dari sistem kehakiman, kepolisian, maklumat samada percetakan atau tv, pilihanraya, keadilan dan terkini sistem kewangan.. sistem mati kalau kita tidak ikut undang-undang. sistem kepartian pun dah tempang!

Apa lagi yang tinggal untuk kita banggakan ?

Tanpa Nama berkata...

Di harap rafizi bongkarkan kegiatan anak syarikat th..samada untung atau rugi seperti trurich s/b yg melabur berjuta2 di indonesia.

Tanpa Nama berkata...

Tabung haji anak syarikatnya adlah bank Islam,bank islam pula anak syerikatnya bank muamalat, bank muamalat pula anak syarekatnye Tabung haji... Pi mai tang tu lah juga.. Nanti satu runtuh, semunya runtuh...

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana pemimpin boleh berbohong kepada rakyat dan di malaysia ini perbuatan pemimpin berbohong kepada rakyat BUKAN SATU KESALAHAN, semuanya berbohong untuk menutup kemungkaran masing-masing dan mengelirukan rakyat ....tetapi Allah SWT melihat dan mengetahui segala-galanya......!!!!!!!!!!

Anti Fitnah berkata...

Depa tak akan jawab sebab Boss depa pun tak pernah jawab "masalah" yang dia timbulkan. Jawapan itu dibedak-bedakkan oleh penjilat juboq yang tegaq.
Sesi soal-jawab ... munafikun mana mungkin mahu adakah sesi ini sebab ini akan menyerlahkan lagi "kecerdikan" depa ni.
Kita selalu salahkan Yahudi dan Nasrani serta orang bukan Islam atas alasan puak ini adalah musuh Islam. Gunting dalam lipatan yang paling kita khuatir sebab mukanya "nampak" Islam tapi kelakuannya macam Yahudi laknatullah. Makan dalam. Lepas ni hangpa tengok, depa akan cipta isu menyalahkan orang bukan Islam untuk alih pandangan orang Islam daripada isu ini.
Kepada Allah swt kita kembali.

Tanpa Nama berkata...

Sistem bank pun dah tak menyakinkan. Sebelum ini Bank Rakyat yang beri pinajaman kepada taukeh karpet tanpa faedah dan perkhidmatan Pengurusinya tidak di sambung. Senyap begitu sahaja isu Bank Rakyat ini.

Bermula dari sistem kehakiman, kepolisian, maklumat samada percetakan atau tv, pilihanraya, keadilan dan terkini sistem kewangan.. sistem mati kalau kita tidak ikut undang-undang. sistem kepartian pun dah tempang!

Apa lagi yang tinggal untuk kita banggakan ?

Tanpa Nama berkata...



Makin senget lagi lah bangunan TH. Selepas bangunan TH siap, ada lapuran dalam akhbar ketika itu mengatakan bangunan tersebut senget sedikit... masa itu bukan senang nak bina bangunan di celah-celah bangunan yang lain. Agaknya dah di tegakkan betul-betul lah selepas itu..

Bank Islam siaplah. Bukan pasal deposit keluarkan simpanan tetapi orang akan tahu pelaburan dan prestasi Bank. Kalau induk dah tak betul, apa lah nak di harapkan pada si anak?

Ingatkan Negara sahaja yang berhutang sebab pemimpinya melayu tetapi bank kepunyaan orang melayu pun berhutang. Skandal bank bumiputra bermula sejak Bank Bumiputra yang telah pun lenyap.. hish hish hishhhh.

Semua ini salah DAP lah.... Melayu tak salah. PAS lagi tak salah.

Qucincau berkata...

Seorang Melayu bernama Rafizi sedang usaha untuk selamatkan rizab Melayu demi anak cucu Melayu. Tapi ada Melayu-Melayu HAPRAK menghalang dan mengutuk Melayu bernama Rafizi dan alihkan isu begini ke arah DAP cina yang tidak kena mengena langsung. Melayu-Melayu ini lah perosak Bangsa dan Negara yang patut dihalau dari Bumi Malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum PRU 13 ajak berubah tak mahu. Sekarang terimalah akibatnya. Inilah akbatnya kalau salah memilih pemimpin. UNDILAGI CALON UMNO BN DULU, KINI DAN SELAMANYA.

mustapa m said berkata...

Tak sudah-sudah telinga Melayu dilantak dengan kata-kata "Dap anti Melayu dan Islam, dan Dap nak jatuhkan Melayu, Raja-Raja dan keistimewaan Melayu".

Hari-hari org Melayu ditakut-takutkan kononnya Dap dan parti-parti Pembangkang adalah pengkhianat kpd Kerajaan dan negara.

Jangan kambing hitamkan kaum lain selepas kaum kita sendiri yang timbulkan pelbagai masalah politik,ekonomi dan sosial di negara ini.

Bangunlah Melayu. Betulkan bangsa kita dahulu sebelum kita asyik nak melaung menyalahkan kaum lain. Janganlah kita berterusan marah dan cemburu yang tak tentu pasal kpd kaum lain. Mereka terus maju ke depan tetapi kita..., where are we?

benartetapbenar berkata...

Tuan Punaisihat di mana ya...? Harap tuang presideng yg galak nak jadi punaisihat dpt beri nasihat bgaimana cara mau kasi TH untung... kita yaking dgn pengalamang parti tuang mnguruskang mangsa banjir di kelate... very yeeekselent!

Abdul Said berkata...

Inilah sebabnya sebagai manusia kita disuruh menuntut ilmu apatah lagi orang Islam bila kita ada ilmu maka kita boleh berfikir dengan baik kerana kita akan ada fakta. Kita akan dapat membezakan yang mana diredhai Allah dan yang mana dimurkai oleh Allah s.w.t. Dengan ilmu kita akan tahu yang mana syaitan betopengkan manusia dan kita akan tahu yang mana orang beriman dan orang bertaqwa. Namun orang-orang Melayu yang berugama Islam majoritinya adalah naif, bodoh dan bebal. Senang-senang saja ditipu oleh orang lain termasuk ditipu oleh jurujual gores dan menang dan juga oleh tokey MLM!!. Sekarang pula zaman ditipu oleh orang bertopengkan ugama. Kini sedang ditipu oleh orang berlagak waraq, alim dan Islamik. Kini penyakit yang menimpa orang Melayu sedang terlalu parah. Badan-badan bengkak berkudis-kudis penuh nanah seluruh anggota. Mata dah kabur, telinga pekak. Buasir sudah tersembul. Kaki dan tangan sudah bengkak. Mulut meracau tidak tentu hala. Darah dan nanah keluar dari mulut dengan bau yang busuk sekali. Hendak dikatakan badan Melayu telah jadi bangkai, belum lagi kerana nafas masih ada satu-satu. Maka diciptalah pelbagai tuduhan kepada orang lain yang kononnya telah menggunakan sihir kepadanya. Salah sendiri tidak diakui. Sudah nak mampos pun menyalahkan orang lain. Itu lah sifat orang Melayu. Bangsa yang kuat khianat, kuat menipu, suka hasad dengki walaupun pelajaran tinggi, malas bekerja tetapi tahu sangat bagaimana hendak membelanjakan wang yang diamanahkan kepadanya dan wang itu pula bukan wang mak bapak dia. Melayu adalah satu-satunya bangsa tidak memerlu bangsa lain untuk menghancurkan dirinya. Melayu adalah satu bangsa 'self-destruct'. Bagi kuasa dan duit, maka bangsa itu akan musnah dengan sendirinya. Walaupun kononnya berugama Islam tetapi tidak mempunyai roh Islam. Walaupun mengaku Islam dan kononnya menjadi ahli kumpulan assunah wal jamaah beraliran mazhab Assyafie pula tetapi tindak tanduk dan perangai lebih kurang bermazhab Hoxha. Amalan-amalan baik yang disuruh oleh Rasulillah tidak diikuti. Semasa perang dunia yang kedua dan zaman dharurat, orang Melayu memerlukan tentera-tentera orang kafir untuk selamatkan diri. Maka berkumpulah tentera British, Fiji, Australia, New Zealand melawan musuh. Bila sudah bebas maka bangsa Melayu lupa diri, lupa asal usul, lupa akan bala Allah s.w.t. dan sekarang orang Melayu sedang hebat melanggar suruhan Allah s.w.t. iaitu sifat amanah terhadap tanggungjawab dan tidak khianat. Sekarang amalan khianat sedang menjadi-jadidalam segenap lapisan masyarakat orang Melayu. Amalan ini pula disokong oleh bukan saja orang fasik dan munafik bahkan mendapat lampu hijau dari segala macam pak lebai, ostad-ostad dan pelakun yang menyamar sebagai alim ulamak. Tunggulah bangsa Melayu ooi. Kamu akan digantikan oleh orang dan bangsa lain kerana tanah ini milik Allah dan bukan kepunyaan Melayu!! Dan kita beramai-ramai sedang menuju ke destinasi itu.

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya orang politik sunni dah pu jadi shiah sbb dah pandai ber 'taqiyyah'.. yakni di bolehkan berbohong kpd umum utk pelihara sekongkol dgn Syaitan...
Wallahua'laam.

Tanpa Nama berkata...

Melayu akan merempat lbh terok dr red indian.hihihi kta tggu dan lihat.

Chemat Hashim berkata...

Patut pemuda pas yg menjuarai isu ni..sbb ada kaitan rapat dgn agama..mana suara2 yg so call ulamak..ustaz..semua perkara nk harapkan rafizi..mampus