11 Jan 2016

Dia Baru Nak Akui.... Akan Kalah Di 8 Kerusi Negeri

PAS Selangor akui 8 kerusi terancam PRU14

PAS Selangor mengakui 8 kerusi mereka di negeri itu terancam kerana terpaksa berdepan dengan Umno dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lapor Sinar Harian Online.

Menurut portal itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad bagaimanapun menegaskan jentera pilihan raya parti Islam itu perlu terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan 5 lagi kerusi baharu di negeri terkaya itu.


"Kita baru kesan 2 dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.

"Kita juga pertimbangkan 5 kerusi baharu sebab kajian yang dibuat, PAS boleh menang," kata Iskandar yang juga naib presiden PAS dalam ucapan sempena Ijtima' Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini, lapor Sinar Harian.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tahun lalu dilaporkan berkata, parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.

Menurut Pua, kerusi-kerusi DUN PAS yang bakal ditandingi DAP ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Pengumuman Pua itu dilakukan beberapa bulan selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan parti Islam itu akan meletakkan calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi DAP.

DAP, PAS dan PKR sebelum ini bersama-sama dalam Pakatan Rakyat sebelum gabungan itu terkubur tahun lalu.

ULASAN GB

PAS baru tersedar agaknya. Sebelum ini lagi kami dah katakan bahawa PAS bakal kalah dan bakal lenyap di Selangor. Ulasan GB sebelum ini:

PAS nak pertahankan 8 kerusi yang dimenanginya pada PRU yang lalu adalah langkah yang dialu-alukan tetapi PAS tidak berhak untuk menghalang mana-mana parti lain untuk bertanding di kelapan-lapan kerusi berkenaan.

Seperti yang GB utarakan sebelum ini, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

GB juga sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan nk menang pilihanraya,tapi nak redha allah katanya

Tanpa Nama berkata...

13 kerusi ya...saja nak perbetul

Tanpa Nama berkata...

pinjam ungkapan tuan presideng kalah tak ada hal. yang penting redha Allah. kan gitu

Sam Sung berkata...

Ehhh..mana ade boleh kalah..PAS boleh menang sume kerusi kan..PAS dh kuat..ulamak2 sume pandai tadbir negara..org lain sume jahil n byk dosa..kahkahkahakkah

omar daud berkata...

Salam:

Kesihan Iskandar, di DUN Cempaka dulu dia menempek popularity Rafizi di Parlimen Pandan.38% majority cina yg dia menang adalah sebab pakatan rakyat.Kawasan itu masa PAS sendirian tak pernah menang,asyik-asyik Ismail Kijo (umno/bn) yg menang.

PAS, akan balik ka parti asalnya,Mana nak cari undi iskandar???,Undi PAS terbahagi 2,undi umno umnopunya,undi cina sorry nak bagi kat PAS,Undi cina /india BN akan lari ka PH....

ataupun PAS buat tektik lamanya,pindahkan pengundi2 totok PAS kat terengganu bawa ka Cempaka????

Orang atas pagar macamana nak undi PAS?????
parti carca-merba????

President kata boleh bekerjasama dgn umno???
Mustaffa ali kata,hanya tolong-menolong dgn umno??
TITM/Iskandar kata tak nak bekejasama dgn umno/BN??
Dan yg terbaharu ustaZ idris kata PAS ,Menjadi penasihat pada semua PULAK???Pembangkang pun BOLEH???Pada Umno/BN pun BOLEH????
Zuhdi lagi "ADVANCE" Najib/umno sudah tiada dosa lagi,sekarang ni zuhdi sedang mencari dosa DAP,kerjasama dgn israel????APCO yg menasihati umno tu datangnya dari mana aikkk???dari "KOKDiang" kot.


sEMUA ORANG "confused",orang ramai confused,ahli2 biasa lagi confused.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Kepada jentera Pilihanraya PAS berkerjalah kamu untuk orang yang menyusahkan kamu. Kamu berkerja bersungguh menbantu kemudian org yg kamu bantu akan bantu pula org lain yang telah menyusahkan rakyat Malaysia keseluruhannya. Kepada jentera pilihan raya PAS ambil ikhtibar peristiwa yg berlaku pada suami cik gu Mala di Johor. Itu satu cth kecil saja jika dibandingkan kesengsaraan (tak larat nak catat disini) yg dihadapi oleh ramai lagi ahli, penyokong dan jentera PAS lain. Bodohlah kerja bermati2an sdgkan pihak atasan bantu musuh kita. Nak Tanya cik gu Mala skrg masih dalam PAS atau dan hijrah. Kalau masih dlm PAS gak, aku tak dapat nak bayangkan ........ .

Abdul Said berkata...

Saja nak cakap. Kalau ADuN Pas sekarang di Lembah Jaya kalah tidak mengapa. Beliau dari dulu orang berniaga. Peniaga yang beretika. Bukan hidup jual air liur. Kalau ia masuk geng oren tentu boleh menang. Yang kesiannya ahli-ahli PAS yang bergayut kat ADUN Lembah Jaya. Kena cari makan sendiri le.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerusi yang di tandingi DAP, itu kawasan majoriti cina lah. Jadi calun lawan yang satu lagi tentu-tentu bukan UMNO tetapi MCA.

PSJ Selangor pulak nak berselindung konon-konon UMNO bukan kawan sedondon.

Dalam pertandingan kehilangan kerusi memang ada tetapi 8 kerusi yang PAS akan terlepas ia lah kerusi yang mudah menang jika PAS tidak memutuskan hubungan dengan DAP.

Sekarang PAS terpaksa berkerja keras semula untuk 5 kerusi baru yang peluang menang amat sukar jika tanpa bantuan UMNO.

Apa pun PAS telah gagal berdakwah iaitu teladan melalui kepimpinan di 8 kerusi tersebut.

anvcient mariner berkata...

Penyokong PAS jom.tukar kepada AMANAH, sekarang ni mengundi PAS samalah seperti mengundi untuk UMNO.. pecayalah. Memilih AMANAH tidak semestinya mengundi DAP... Jom tukar semua.

Tanpa Nama berkata...

baru sedag--kah kah selaama ini rasa kuat pirah

Tanpa Nama berkata...

Nkorang tak mau tengokkk din ayam ganti mat maslan ke? Jangan lah gitu......din ayam pakar air con tau......air com pak mentua dia!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mana nk dpt redha Allah swt jika asyik maki hamun org lain...???

Tanpa Nama berkata...

Cuihhhhh....kot ya pun janganlah tunjukkan gila kuasa...Nak pertahan hak sendiri pertahankanlah, jangan larang orang bersaing dalam demokrasi...

Gila apakah yang melanda Pas sekarang...Mana reda Allah yang dicari kalau dok congak nak sapu semua...

Ayuh pegang prinsip ini:

"Undi aku bukan lagi untuk Pas dan jauh sekali untuk Umno/BN"

Maka PH perlu memastikan calon-calonnya diletakkan di semua tempat.

Tanpa Nama berkata...

semua kerusi2 yg pas yakin,umno akan bagi bye.....sebab umno dan pas bersaudara demi melayu

Tanpa Nama berkata...

Haha.. nak nangis pun ada.. rasanya 2017.. PAS akan buat UTURN..

Bukan susah PAS nak buat uturn.. bertaubat ja.. nangis sikik. Peluk2 sikik.. maka lembik abih la melayu .

Senang ja nak bodohkan melayu..

Tanpa Nama berkata...

Senario yang mungkin berlaku lepas pru akan datang adalah pas membentuk kerajaan dengan umngok di beberapa negeri dan mungkin pusat. Kalau ini cita-cita pas, mahu tak mahu pas terpaksa merebut kerusi pkr sebab sukar pas merampas kerusi dap. Ini meletakkan pkr dalam mode berhati-hati dengan pas sehingga pru akan datang. Lebih kurang dua tahun, harap Amanah dapat pecah dominasi undi melayu kepada pas dan umngok sebelum pru akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat aku, jika PAS kalah dalam kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam PRU14 nanti tidak bermakna parti yang mewakili pakatan yang dipanggil Pakatan Harapan akan menang. Walaupun PAS tak menang, penyokong-penyokong totok PAS tetap tidak akan mengundi parti yang mewakili PH samada DAP, PKR atau Amanah. Dengan itu kemungkinan besar BN yang akan menang. Fikir sendirilah pihak mana yang akan rugi nanti. PAS mungkin rugi kerusi di Selangor tapi di Kelantan, Terengganu, Kedah mungkin kerusi akan bertambah. Aku adalah salah seorang pengundi PAS tegar di DUN Ladang dan Parlimen Kuala Terengganu, Insya Allah pada PRU14 nanti, tiada lagi YB Raja Baharin di DUN Ladang. Jangan salahkan PAS jika keadaan sebegini berlaku sebab kawasan tersebut telah diserahkan kepada PAS pada PRU yang lalu.

KYS berkata...

Salam Tuan Anon 11/1/2016, 8.44 pg,

Menang kalah kita belum tahu lagi. Mungkin betul apa yg tuan kata, mungkin tidak.

Walau siapa pun yg menang kalah, kita hendaklah melihat dulu siapa yg kita sokong.

Apa salah Tuan Raja Baharin? Lihat betul-betul. Adakah dia tidak menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen? Adakah dia sudah menukar arah berbaik dengan UMNO yang kita tahu jadi pak sanggup Amerika yg membunuh banyak saudara kita di Palestin, Syria. Adakah dia sudah tidak Islam ?

Jangan tersalah sokong Tuan. Fikir masak-masak, jangan ikutkan ego.

Marilah bersama kami. Malaysia makin hancur. Apa lagi yang tinggal untuk anak-cucu kita. Janganlah sokong UMNO atau sokong orang yang menyokong UMNO.

Salam ukhuwah.

Tanpa Nama berkata...


PAS akan terus tertekan. Keadaan yang di 'cipta' akan membuat PAS serba tak kena. Presiden PAS pun dah mula lari dari temu-bual dengan wartawan.

Hanya dalam satu temu-bual dengan media dengan Presiden mengenai pendapat dokumen Pakatan Harapan. Yang Presiden dok ulang PAS dulu pernah .. 60 tahun PAS masih kuat.. Presiden mengenepikan apa yang rakyat harapkan dan masalah 60 tahun lalu dengan masalah sekarang.

Jika itu sahaja jawapan yang Presiden boleh berikan sebagai ukuran, Presiden sepatutnya menjadikan pengalaman PAS di tipu UMNO pun sama macam sekarang. Jika keadaan PAS kuat macam dulu-dulu, PAS pun di tipu UMNO pun macam dulu.

Hj Hadi tidak sesuai menjadi Presiden di zaman ini kerana asyik retro dengan lagu 'dulu-dulu',

Pakatan Harapan telah memperbaiki kerjasama menjadi lebih baik dari dulu dan beberapa keputusan yang akan di buat bersama-sama akan terus menyegarkan Pakatan Harapan dari masa ke semasa.


Tanpa Nama berkata...

amat munafik jika pas berbibcara mengenai kerusi parlimen dan pilihanraya.

pas sudah lari dr asas perjuangan utk tidak menang kepada berkira2 mengenai kerusi dl pilihanraya

kenyataan pas bukan nk menang PRU bukan fitnah.. ia dpd mulut pemimpin pas sendiri

dn kini berkira2 mengenai kerusi PRU pun bukan fitnah..ia dr mulut pemimpin pas sendiri.

apa lagi kalau bukan kekeliruan. apa lagi klu bukan putar belit. apa lagi kalau bukan sifat munafik. apa lagi hujah suci yg nk pas beritahu rakyat.

sekarang ckp betul2 la wahai haji2 serban kontot.. lu mahu menang PRU atau tak mahu... lu bikin gua kelilu la haji. apa punya haji la ini mcm.


Tanpa Nama berkata...

Anon 8 44 PG

Tolong berfikir atas kedudukan Islam kita. Sebab Ilmu kita dan Iman kita mungkin di lihat tak sehebat pak lebai PAS.

Adakah Tuan memilih parti tapi mengapa pula tuan kaitkan dengan Raja Bahrin. Dalam politik Terengganu, yang nama sering di sebut ialah Hj Hadi dan Raja Bahrin tidak seperti PAS Selangor beberapa nama di kenali ramai. Raja Bahrin mesti di haluskan kerana jika Kelantan ada Husam, Terengganu ada Raja Bahrin.

Saya minta tuan tingkatkan pemikiran tuan demi masa hadapan Islam dan anak-anak kita.

'Jangan salahkan PAS jika keadaan sebegini berlaku sebab kawasan tersebut telah diserahkan kepada PAS pada PRU yang lalu.'

Salah PAS sebab parti rasuah dan parti fitnah menang kerana penyokong PAS tidak memberi undi kepada PH bererti mereka memberi kemenangan pada UMNO. Undi kita menentukan kita akan ke syurga atau tidak? Jangan ambil mudah tanggung-jawab ini...

Siapa yang menyerah kawasan tersebut kepada PAS? Dalam PRU 14, kerusi tersebut menjadi rebutan. Bodoh lah PAS jika mengatakan kerusi tersebut telah diserahkan pada PAS sedang PRU 14 PAS bersendirian.

Bagaimana pun saya ucapkan taniah kerana tuan ada niat (kerana tuan bermula dengan Pada pendapat aku) untuk melihat sejauh mana kedudukan pendirian tuan dalam memberi sokongan pada mana-mana individu sebagai pemimpin. Dalam Islam, pemimpin ialah orang yang kita jadikan ikutan. Jika salah pemimpin tersebut kita pun sama-sama salah.

Akhir sekali, jangan kita hanya menumpukan atau mengambil berat hanya pada kawasan kitasahaja. Kita kena melihat kawasan-kawasan lain kerana kawasan-kawasan ini akan membentuk negeri dan negeri akan membentuk negara.

Salam ukhuwah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamm Tuan Anon 11/1/2016, 8.44 pg.

Apa yang tuan komen itu mungkin betul di sesetengah kawasan. PAS hanya berharap kepada penyokong yang taksud sahaja untuk mengundi mereka. Tapi kami di Selangor bahkan di Perak, Penang dan kebanyakan negeri lebih maju di pantai barat semenajung, pola ini jauh berbeza. Kami memerlukan parti atau gabungan parti2 yang mampu untuk menjatuhkan BN dan mentadbir negara dengan baik.

Sejauhmana PAS mampu mentadbir negara secara bersendirian? Dengan kemenangan sekitar 20-40 kerusi parlimen setiap kali pilihanraya, adakah PAS mampu menumbangkan BN? Oleh yang demikian, Rakyat yang bijak tidak akan memilih PAS. Rakyat akan memilih Pakatan HArapan yang terdiri dari 3 parti utama yang mampun menggantikan BN. jadi saya tidak hairan pertembungan BN, PH dan PAS. Rakyat yang bijak mampu menilai bukan mengundi semberono.

mustapa m said berkata...

Betul, PAS bukan nak kuasa politik. PAS nak tegakkan Islam saja, justeru ingin jadi penasihat kpd umno/bn agar berjaya mentadbir negara seperti kejayaan mereka mentadbir Terengganu dan Kedah sepenggal saja dulu.