10 Jan 2016

Dia Terlupa Menasihatkan Dirinya....

PAS tidak bergabung dengan Pakatan Harapan

PAS kekal dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, meskipun sedar bakal berdepan cabaran getir pada PRU14.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, pendirian PAS tetap kukuh dan yakin dengan kemampuan parti untuk menang kerusi yang ditandingi pada PRU14 tanpa bantuan daripada Pakatan Harapan.

“Kita tidak dengan Pakatan Harapan. Pendirian PAS tetap begitu (tiada gabungan). Insya-ALLAH, kita yakin dengan kemampuan kita. Pandangan dia sebagai orang luar, terpulanglah,” katanya kepada Sinar Harian online.


Beliau berkata demikian mengulas pandangan Nik Omar, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpandangan, PAS tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung dengan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14.

Menurut Nik Omar, PAS perlu bergabung kerana sejarah membuktikan PAS tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian menghadapi PRU. -MD


'PAS penasihat semua termasuk DAP dan wartawan'

Tidak timbul soal PAS mahu jadi penasihat Umno atau bertanding kerusi Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya, menurut Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad sudah menjadi kebiasaan untuk kepimpinan parti itu memberi nasihat kepada semua pihak kerana ia merupakan amalan parti Islam itu.

"Bukan penasihat. PAS biasa nasihatkan orang, kita (PAS) nasihatkan Umno, DAP dan orang ramai sebab kita inikan parti Islam.

"Dekat wartawan pun kita nasihat juga," kata Idris sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu dilapor sebagai berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri BN itu.

Malah, Hadi turut dilaporkan berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno.
-mk


ULASAN GB

Hmmm .... biarlah dia. Dia nak bersendirian. Kenagkuhannya akan memakan diri sendiri.

Bab kedua tuh, PAS tergiur nak jadi "tuan penasihat". Tak payah sertai pilihanraya kalau sekadar nak jadi penasihat. Seperkara lagi, yang PAS terlupa di sebalik ungkapan nak menjadi penasihat kepada semua ialah PAS terlupa untuk "menasihat" dirinya sendiri.

Dah sama perangai macam Najib, suruh rakyat berhemah, tetapi dia sendiri pemboros paling ulong...

17 ulasan:

Sam Sung berkata...

Lebai2 yg byk ilmu mmg cmtu..cpt lupa diri..merasa diri tu serba tau..sedang kn mereka bkn ahli dlm sesuatu bidang..

Tanpa Nama berkata...



Dari sejak umum sebagai penasihat UMNO dan sampai hari ini, sebutkan apa nasihat yang PAS berikan baik pada Najib, UMNO atau pasa wartawan.

PAS lah yang banyak kali di nasihatkan oleh pemerhati politik dan di dalam blog.

Apa Nasihat PAS mengenai tindakan Najib semak semula bajet yang di sokong oleh PAS?

Tanpa Nama berkata...

tukag jadiparti dakwah dan join tabligg---namun ahli tahu kini siapa pas

tangan tangan tak sabar memangkah hangpa ke laut bye bye parti kayu---lebih baik hangpa buka kedai nasi kandag

Tanpa Nama berkata...

Jadi penasihat parti 2.6% cukup las PAS... Tapi boleh ke parti tu terima nasihat dari parti yang tak sihat?

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan Peminpin ulamak Pas ni berkata dan dia lupa apa ayng telah dia cakap.Berpusing2 .tak tahu mencari jalan keluar.kejap2 U Turn. atau terus mnegelilingi bulatan tak jumpa jalan kleuar.kalau sudah ingin kadi penasihat perlulah nasihat semua orang .bukan Umno sahaja.ini tidak pada bekae seperjuanagn menjadikan sebagai musuh utama.dengan Umno sebagai sabahat sejati .bukan tak bilih tetapi perli bijak hinggakan menjadikan Pas sebagi pemacu kepada semua parti .samaada Aamanah ,PKR DAP dan Umno .biar Pas sebagi ketua.ini tidak bodh je ayng ada dalam otak peminpin ulamak Pas.

Tanpa Nama berkata...



PAS rasa macam orang yang maksum tanpa apa-apa kesalahan yang telah PAS lakukan. Sampai wartawan sekali PAS nak nasihatkan. Nasihat bagaimana yang PAS nak berikan pada wartawan?

Jangan menipu? Jangan putar belitkan cerita? Jujur Amanah dalam menjalankan tanggung-jawab? Semua ini tidak ada pada pemimpin PAS, sebalik nya PAS menepuk air di dulang dan yang meludah ke langit pun pemimpin PAS. Harakah pun nak lingkup ...

Jangan beri nasihat, beri pendapat pun tak ada.. yang PAS selalu buat ialah menghukum sebab itu PAS tidak nampak kesalahan nya yang bertimbun-timbun.

Tanpa Nama berkata...


Bagaimana cerita saman anak presiden?

Ingat jangan pakai nasihat PAS. Jika tidak, mereka senang-senang menuduh dan melakukannya tanpa rasa berdosa.

Tu penulis tua Subky, beriya- iya sokong PAS berkerjasama dengan UMNO, dia yang sepatutnya di nasihatkan. Bila lawan UMNO, idea dia menulis bagus. Tapi bila berat pada UMNO dan Hj Hadi macam hilang apa yang Tuhan bagi pada dia.

PAS tak ta'awun dengan Pakatan Harapan, Pakatan Harapan pun TAK AWAN (kawan) dengan PAS.

ustazCakarRimau berkata...

Deris dengan tuan brahim mempunyai peluang untuk memulih kembali PAS sebelum PRU14. Namun kita tidak tahu tahap kemampuan yang beliau miliki.
Deris dan tuan brahim mesti menyatu padu semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan melonjak semangat mereka dengan suatu tindakan yang berani.
Ahli-ahli dan penyokong PAS boleh bersatu semula bagi menghadapi PRU14 dengan menukar kepimpinan PAS yang ada sekarang.
Presiden parti dan mursyid am diberi pencen adalah permulaan paling tepat kepada pemulihan semula PAS.
Deris dan tuan brahim sudah dapat mengesan bahawa ahli-ahli penyokong PAS tidak mempunyai keyakinan kepada parti disebabkan barisan kepimpinan yang ada kelihatan lemah dan bersengkokol kepada musuh.
PAS tidak boleh terus berjuang bila ahli-ahli dan penyokongnya merasa ragu-ragu dengan barisan kepimpinan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

utk pimpinan...dari atas sampai bawah tak habis dgn ego...hat kot kampong ego mengalahkan umno...woeii parpu...ada bran ka buat mcm TGNA...hidop first class nampak d mata org bawah...selagi ust tiap tiap bulan dok cucok atm dgn nk p bayaq loan keta dgn rumah jgn dok judge org la....semua sama aja nk cari makan...janji kita tak hipokrit dgn Allah dan manusia..

Abdul Said berkata...

Nampaknya terlalu ramai kepala yang masuk air. Saya juga memang tak sabar nak tunggu PRU akan datang. Cakap bolak balik. Orang lain sahaja yaang terbuat salah. Orang lain sahaja yang jebon. Kita lihatlah nanti apa kesudahannya. Yang sudah pasti undi PAS bererti mengundi UMNO!!

Dol berkata...

BUKAN PENASIHAT TAPI NASIHAT MENASIHATI

dlm islam bukan perkataan penasihat semata2 tp NASIHAT MENASIHATI

bermakna sebelum nak jadi penasihat, sediakan diri utk menjadi org yg sentiasa boleh menerima nasihat.

kenyataan PAS hanya nk jadi penasihat kepada semua pihak. berselindung disitu sifat merasa lebih hebat dpd org lain, lebih betul dpd org lain.

sudahkah PAS bersikap sedia menerima nasihat? bermula dr presiden dulu, sudah adakah sikap ini?

rekod menunjukkan akhir2 ini PAS sgt ego dan bongkak.. tidak suka mendengar nasihat org lain kerana mereka diselubungi label parti islam yg melihat org lain tidak berapa islam.


SUDAHKAH GOLONGAN PROGRESIF DINASIHATI?

semasa golongan progresif di label pelbagai yg keji2, ia berlaku lebih setahun sebelum mereka disinggir secara terancang.. adakah sudah dilakukan usaha menasihati mereka?

yg dituduh anwarinas, liberal, sekular, munafik haraki, jebon dll.. adakah mereka sudah dinasihati sebelum berjalannya konspirasi cai.

jika pun mereka pengkhianat, adakah mereka sudah dibicarakan dan diberi peluang membela diri dan dinasihati supaya tidak khianat?

kepada golongan yg suka melabel dlm PAS yg memecah belahkan PAS, adakah mereka sudah ditegur supaya lebih berakhlak islamiah?

kepada yg berfikrah khawarij suka menghukum sesama rakan perjuangan, sudahkah mereka dinasihati?

kepada DAP yg dianggap menolak hudud, sudahkan mereka diberi penjelasan dan dinasihati sebagaimana yg dilakukan TGNA kepada Karpal Singh?

sudahkah PAS pusat menasihati PAS Kelantan mengenai isu pencurian balak?

haraam semua nya tak dibuat pun.....


SIMBOLIK DISEBALIK SEDONDON MERAH JAMBU

ketika hadi ingin bekerjasama dgn umnu dgn menawar diri utk jadi penasihat, maka berpakaian sedondonlah mereka sebagai simbolik kerjasama.

jika diamati pakaian warna merah jambu adalah mendekati warna umnu.. (mirip warna puteri umnu)

bila hadi pakai warna, ia simbolik yg hadi sudah lebih mengikut umnu.

sepatutnya diguna sedondon hijau muda. bila najib pakai hijau muda misalnya.. ia simbolik najib sedia tunduk dgn nasihat hadi dan PAS.

siapa yg masuk siapa? merah jambu sedondon lebih kpd simbolik hadi dan PAS yg akan tunduk kpd najib dn umnu.


UTK MENASIHATI, TIDAK PERLU JAWATAN PENASIHAT

kerja menasihat tidak memerlukan jawatan. kerana jawatan akan menyebabkan penasihat menjadi lebih kpd pengampu kpdyg dinasihati kerana mereka dibayar imbuhan oleh yg dinasihati.

berada dlm saf pembangkang lebih terbuka dan adil utk jadi penasihat. menjadi pembangkang tidak akan terikat dgn apa2 kepentingan utk menasihati pihak lawan.

menjadi pembangkang akan memberi peluang melaksanakan satu lagi kaedah dlm islam, iaitu membantu org zalim dgn cara menasihati mereka berhenti buat zalim atau bantu mereka dgn menjatuhkan mereka supaya kezaliman terhenti.

PAS sudah mengurangkan malah bakal terlepas peluang yg kedua itu apabila PAS bakal tewas PRU nanti insyaallah. sikap ini menguntungkan atau merugikan Islam dan rakyat?


PAS LEBIH AFDHAL MUHASABAH DIRI DARIPADA MENASIHATI ORG LAIN

PAS patut laksana program muhasabah diri dlm keadaan sekarang ini kerana gejala akhlak buruk sedang berleluasa dlm PAS. perpecahan dlm PAS walau apa alasan lunak menggunakan nama islam.. adalah tetap suatu tanda lemah dan buruknya PAS sekarang.


RAKYAT ADALAH 'PENASIHAT' SEBENAR

Akhirnya kita rakyat dan parti yg memperjuangkan rakyat terpaksa terus berusaha dan berjuang utk 'menasihati' kedua2 parti rosak yg ada didepan mata kita sekarang iaitu pasug dan umnu.

kitalah rakyat yg akan 'menasihati' mereka dgn menjatuhkan kedua2 golongan tersebut dlm PRU nanti.

dan kita tidak perlukan apa2 jawatan utk 'menasihati' mereka itu.

usaha, titik peluh, buah fikiran dan doa kitalah yg akan 'menasihati' mereka dgn izin Allah.. amiinn

Allahuakbar




Tanpa Nama berkata...

Tuang Presideng dah cakap Pas nak jadi penasihat kepada UMNO....jadi kat peringkat negeri, kawasan dan cawangan kenalah buka pejabat khidmat nasihat untuk ahli-ahli UMNO.

Timnajib Jomfikir berkata...

Pemimpin PAS yang tidak pernah diuji dengan air asid FRU, sepak terajang Polis, di lokap,di penjara, ISA. Begitu ...Angkuh, sombong, perasaan sudah cukup kuat.

Eloklah pemimpin PAS pusat/negeri, duduk ajelah dalam bilik berhawa dingin, masjid2 sahaja. Besarkan teloq dan perut.

Nanti bila ada isu..buat2lah meyampuk..berlakon ambil kisah..tunjuk muka..pada rakyat.

Kalau berkawan dengan UMNO, tak perlu sakit-sakit badan kena belasah dengan polis kan wahai pemimpin PAS? Elok jadi penasihat aje..dapat cuti2 Malaysia. rilex and enjoy!!







Tanpa Nama berkata...

PAS ni patut la dulu org kata peralatkan agama islam untuk kepentingan sendiri, dr tindak tanduk dan kata2 mereka nampak seolah mereka yg seringkali mencanang pejuang islam ni tidak ikhlas utk memperjuangkan syariat islam, entah apa yg pemimpin2 PAS fikirkan sehingga merasa cukup dgn hanya jadi penasihat, mereka tidak kisah kalah dlm pru kerana matlamat mereka bukan nk menang, entah buku politik mana yang mereka belajar malah mendabik dada pula konon mereka boleh menang walau sendiri tanpa gabungan walhal realitinya berjayakah mereka tanpa perlu berusaha sesuatu yg tidak diamalkan dlm ajaran islam tanpa perlu berusaha tp nak menang....

mansor berkata...

nasihat ambo kpd PAS ialah tutup parti la....ke gwane TGHH...jom kite gi jjale...

Tanpa Nama berkata...

Mahu tidak mahu, Pas sudah terperangkap dengan ideologi sekumpulan pimpinannya yang mempunyai agenda peribadi.
Alhamdulillah, dengan lahirnya Amanah bukti-bukti tangan jahat dalam Pas sudah kelihatan. Mereka merancang tetapi mereka lupa bahawa Allah Maha Perancang.
Akibatnya Pas sedang menuai hasil daripada sikap keji fitnah, umpat, caci maki dan melabel serta takfiri yang diperlihatkan oleh kumpulan proulamak.
Sikap sedemikian amat-amat merosakkan imej Islam yang dibawa ikut sedap tafsir mereka. Maka apabila mahu berbaik dengan Umno maka dikemukakan hujah, nas dan dalil untuk menghalalkannya. Dijelmakan dalam hubungan sebagai 'penasihat'. Sebaliknya dalam menghadapi kumpulan yang tidak sealiran, Amanah, Dap dan yang tidak bersetuju dengan mereka, maka dihalakan ancaman pengkhianat dan tidak boleh berbaik serta putus hubungan. Akhlah Islam apakah ini yang mahu ditonjolkan?
Semoga Pas sedar daripada kecelaruan dan kembali ke pangkal asal perjuangan.
Atau teruskan dengan impian menasihati Umno dan kembali menjadi parti yang terpinggir. Pas akan lemas disebalik bayangan kezaliman rakan baru...

Tanpa Nama berkata...

Penasihat? Pemaki hamun!