28 Jan 2016

Apandi & Najib Tidak Boleh Terus Perbodohkan Rakyat, Hukum Tetap Berjalan....

Mahathir: Bagaimana wang 'beku' boleh dipulangkan?

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.

“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.

Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura yang merupakan sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.


Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada AS$681 yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Pada 22 Julai tahun lalu, Reuters melaporkan bahawa pihak polis Singapura telah membekukan dua akaun bank susulan siasatan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.

Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

"Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.

"Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.

"Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan," katanya lagi.

Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.

"Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.

"Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas," kata Mahathir lagi. -mk


Najib terlepas pendakwaan tapi tidak selamat secara politik, kata penganalisis

Undang-undang mungkin berpihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion tetapi beliau tidak menang dalam mahkamah awam, kata penganalisis politik, susulan skandal itu tercemar dengan tanda wujudnya campur tangan politik.

Penganalisis berpendapat, pengumuman peguam negara berhubung pembebasan Najib daripada salah laku jenayah ketika menerima wang ke dalam akaun bank peribadinya dan lebih RM4 bilion pinjaman kepada syarikat milik Kementerian Kesihatan, SRC International Sdn Bhd tidak akan membantu perdana menteri mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

Lebih pula, penjelasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam, Najib memulangkan wang yang diberikan kepadanya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU) pada Mei 2013, tidak termasuk AS$61 juta yang tidak dikira, kata penganalisis Dr Lim Teck Ghee.

Kemerosotan kepercayaan juga akan berterusan hingga PRU14 akan datang yang dijangka pada 2018 tetapi apabila tiba masanya nanti, ia juga mungkin tidak menjadi isu lagi kerana pengundi Malaysia cepat lupa, katanya.

Tidak percaya dan campur tangan

Salah satu masalah besar membabitkan 2 skandal itu, terutama derma RM2.6 bilion, ialah bagaimana ia “tidak boleh dipercayai” sejak awal, kata pakar politik Prof James Chin dari Tasmania University Australia.

Rasa tidak percaya bermula daripada cara pentadbiran Najib memberi respons terhadap tuduhan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

“Majoriti rakyat tidak percaya bagaimana seseorang boleh beri dia RM2.6 bilion. (Jika ia benar-benar RM2.6 bilion) kita masih ragu-ragu, siapa yang sempurna akalnya akan derma RM2.6 bilion?” kata Chin kepada The Malaysian Insider.

Penjelasan mengenai perkara itu, secara berdolak-dalik memandangkan Najib enggan memberikan penjelasan secara terbuka di Parlimen, juga menambah lagi rasa tidak percaya rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada 3 Ogos, wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah.

Tetapi pengakuan itu hanya dibuat selepas hampir sebulan The Wall Street Journal (WSJ) mula-mula melaporkannya pada 2 Julai tahun lalu mengenai aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Laporan WSJ berdasarkan kepada dokumen dibocorkan penyisasat Malaysia yang menyiasat syarikat pelaburan diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dan hanya semalam – 6 bulan selepas itu – Apandi mengenal pasti pendermanya sebagai “keluarga Diraja Arab Saudi” dan berkata Najib memulangkan semula AS$620 juta daripada AS$681 juta yang diberikan, pada Ogos 2013.

Ini membangkitkan persoalan di mana AS$61 juta itu hilang.

“Sukar untuk menerimanya atau penjelasan lain. Keseluruhan cerita tidak masuk akal; perinciannya juga tidak cukup,” kata Lim.

Jika rakyat percaya pun penjelasan Apandi, masih timbul persoalan sama ada rakyat Malaysia akan suka atau tidak dengan pembabitan kuasa asing dalam politik negara, kata Lim.

Masalah utama lain ialah kredibiliti siasatan itu sendiri.

Pasukan petugas khas peringkat tinggi yang menyiasat skandal itu dibubarkan, bekas peguam negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dipandang tinggi disekat ketika siasatan mereka sedang rancak dijalankan.

Lebih teruk lagi, pegawai SPRM dipindahkan dan disiasat polis atas alasan membocorkan maklumat.

Perpindahan itu kemudiannya ditarik balik selepas menerima tekanan masyarakat umum.

“Kami ada banyak soalan tidak berjawab selain cubaan mematahkan siasatan, bukannya pendedahan penuh dari awal.

“Masyarakat akan melihat keputusan peguam negara sebagai satu lagi usaha menutup kesalahan,” kata Lim.

Adakah pengundi akan ingat?

Malam tadi, beberapa jam selepas pengumuman Apandi, Najib menggelarkan keseluruhan kisah itu sebagai “gangguan yang tidak perlu” dan menggesa rakyat Malaysia meneruskan kehidupan.

Ini membawa kepada soalan paling penting – sama ada penurunan kepercayaan itu akan akhirnya menenggelamkan beliau dan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Chin berkata, beliau tidak percaya pengurangan kepercayaan akan mendatangkan akibat secara politik atau ia akan menjejaskan sokongan kepada gabungan pemerintah pada PRU akan datang.

“Jika Najib boleh ketepikan semua tuduhan undang-undang dan menutup 1MDB, semua skandal ini tidak akan jadi isu lagi menjelang 2018,” kata Chin.

Lim bersetuju masyarakat awam cepat lupa tetapi berhujah sokongan di kalangan pengundi bandar akan tetap hilang.

Wan Saiful Wan Jan dari Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) berpendapat masyarakat mudah lupa masih boleh dipertikaikan kerana isu itu bukan mudah dibuang.

Ini kerana jika Najib mengakui memperoleh sumbangan RM2.6 bilion pada 2013, persoalan pada 2018 ialah berapa banyak pula beliau terima pada PRU14, kata Wan Saiful.

“Keputusan peguam negara ini bukan situasi yang memenangkan Najib. Kes itu mungkin sudah ditutup, tetapi bagi masyarakat, ia belum lagi. -TMI


ULASAN GB

Peguam Negara nampaknya "menyalahgunakan kuasany" untuk melepaskan dan mebersihkan Najib. Tiba-tiba beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Tabung Haji. Semua melihat ia sebagai imbuhan kepadanya kerana membantu Najib.

Apandi, Najkib atau siapa saja - anda boleh melakjukan sesuka hati anda. Tapi jangan lupa, ada hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan.

Najib dan Apandi boleh bersubahat untuk menipu rakyat tetapi Allah itu Maha Tahu dan Maha Melihat. Tak ingatkah apa yang menimpa menteri yang bernama Jamaluddin Jarjis? >Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan melalui peristiwa betapa Allah juga Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga ingin mendengar kot-kot ada penafian dari Najib mengenainya atau jika ada pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya itu.

Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya.
- BERNAMA 1/11/2010


Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya.





Ini bukan fitnah! Kita sekadar mengingatkan kepada mereka yang lupa. Jangan sampai nanti kamu-kamu menuduh rakyat tidak pernah menegurmu dan menuduh Allah tidak pernah menurunkan peringatanNya.


Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah mrk fikir rakyat malaysia terlalu bodoh utk menerima penjelasan sebegitu rupa..mmg ada bbrp totok umno yg bodoh spt wan rosli tp xramai.bbrp kerat shj tp pengumuman apandi ali seolah-olah rakyat malaysia ni semua sama pemikiran mcm wan rosli...Wan Rosli pun dah lama senyap mungkin dh mula sedar kot..bagusla kalo sedar walaupun lambat....Sama2 lah kita menanggung bala bencana akan dtg akibat undian kita sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Surga atasnya'.

[HR. Muslim No.203].

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Boleh!!!

Tanpa Nama berkata...

Wan rosli lari kat blog agen perubahan lak..dia dok komen kat situ je.kat sini kena bedal..huhu

Unknown berkata...

Setuju dengan ulasan GB,Hukum Kebenaran akan berjalan dan sampai masanya Allah akan menunjukkan kebenaran kepada mereka yg telah dibutakan pintu hatinya,masa dan ketikanya akan sampai,biarkan mereka terus rakus untuk terus hidup menongkat langit,menjahanamkan Negara Malaysia,tapi mereka harus ingat,kita semua akan MATI!! Hanya kain kapan putih/ amalan baik yg akn dibawa dlm lubang Kubur,cuma kita terkilan, dengan sikap mereka yg di gelar Ulamak,mana suara mereka?kemana pergi 14 orang mufti?Mudah sangat kamu dibisukan dengan wang/pangkat&harta,diam,kelu tak terkata,semata-mata ingin dapat habuan sementara."Mereka merancang Tapi Allah juga merancang,perancangan Allah jualah yg lebih baik",sekarang kamu berkuasa buatla apa sahaja yg kamu mahu hatta sampai ingin menjual negara pun takda salahnya.Tapi sampai bila?100 tahun,1000 tahun?Adakah kamu takkan MATI?Kamu tak mengambil iktibar atas Kematian Pemimpin yg dulunya di Dunia dianggap agung tapi mati dalam keadaan HINA.Bertaubatlat kamu sebelum terlambat,sebab Ajal/Maut tak mengenal Usia dan Pangkat.

Unknown berkata...

Salam:


Najib siapa yg tak kenalnya,menurut cerita "inner circle" tun razak, bila ditanya berkemungkinan najib jadi PM Malaysia suatu masa kelak,Tun razak gelak-sakan sambil bergurau,Najib ni kalau tiang letrik dipakaikan skirt itupun nak dibalunya,guruan senda ini dimaksudkan Malaysia akan punah ranah dibuatnya bila Kaki-betina Najib PM, akhirnya di jerat oleh Rosmah,untuk meninggalkan isteri pertama najib (sauadara tunku ahmad ridhaudin/kerabat di raja kelantan).Rosmah akhirnya mengawini najib,setelah rosmah meninggalkan kedua-dua husbandnya.Rosmah memang pintar otaknya bekas pelajar asrama penuh tunku kurshiah.Pernah berkerja Marketing manager di IMP.SYARIKAT PERUMAHAN.Peringkat permulaan rosmah cuba tackle Rahim thambi cik,tapi rahim tambi chik hiraki dlm umno tak berapa tinggi,rosmah ubah haluan tackle Najib...sejak najib jadi MB pahang dulu.Najib bernasib baik tangkap basahnya dgn ziana zain dilepaskan oleh isa samad di ming court hotel dulu.

Ada 2 issue negara yg BESAR sejak Najib/rosmah BERMAHARAJALELA.


ISSUE Altantuya, saorang gundik najib dibunuh dgn kejamnya........oleh polis bodyguard najib/rosmah.......modus operandi kes ini ialah "BUYING TIME".Dan salah guna kuasa.Sampai orang-ramai LUPA....LAST-LAST Semua orang TERLEPAS.."PEMBERI ARAHAN"terlepas,RAZAK BAGINDA terlepas........Sehingga orng yg CONFIRM MEMBUNUHpun TERLEPAS.BUYING TIME.....BUYING TIME.....AKHIRNYA RAMAI ORANG LUPA.

Issue ka-dua....1MDB/DERMA........MODUS OPERENDI PUN SAMA "buying time"
gunakan kuasa tukar AG,TUKAR SPRM,TUKAR SB............LAST-LAST RESULT ANTICLIMAKS...SEMUA ORNG TAHU...MENIPU LAGI..buying time...buying time...akhirnya orang-ramai lupa..

Inilah akibatnya bila kedua-dua pasangan pemimpin negara yg tak-layak memimpin negara...Hasil dari UMNO YG sudah rosak...Selagi kita tak tumbangkan umno/bn.......sampai bila-bila hinggga kiamat..rakyat malaysia akan tertipu selamanya.entahlah ada orang yg baik hati memberi oxygen kepada kedua pasangan "bonie & Clyde" ini.Malaysia adalah negara yg mempunyai "TOLERENSI" rakyatnya yg terlalu tinggi.DI Jakarta sahaja jika kerajaanya nak umumkan harga minyak naik...maka hampir satu juta rakyatnya berdemo..begitu juga di filipina,thai..bila ada rasuah dan kenaikkkan barang rakyatnya berani..apa jadi dgn "Marcos" Dan kedua-dua PM Thai..yg didakwa dgn rasuah..diMalaysia tol naik berkali-kali!!harga barang/minya naik menjadi-jadi!!...orang dibunuh dimemali.dibunuh dgn C4..DITUDUH LIWAT..Berkali-kali..dibangunan yg tak siap pun ada..orang tua yg tak ada air-mani pun dikata ada air mani...Kapal-terbang hilang menteri boleh relek2 lagi kalau di jepun dah letak jawatan.....kalau nak diceritakan terlalu-panjang....

HANYA DI MALAYSIA SAHAJA YG ADA salah-satu ,8 WONDERS OF THE WORLD....Iaitu UMNO..yg belom tewas-tewas.p.ramleepun dah ceritakan dulu-dulu "Alif""min""nun" "wau""SARKUS"

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Yang kita tunggu bagaiman pula reaksi ulamk Pas yang selami ini emepertahankan najis.Apakah mereka lupa pada allah ayng memberi peringatan agar tidak bersma dengan peminpin Zalim.kita tunggu dan lihat ,kebenaran allh tetap berjlaan lambat dan cepat aje.

Tanpa Nama berkata...



Nak kata rakyat lupa semata-mata tak jugak. Sebab dalam lupa, ramia yang tak kisah ada juga. Samada lupa atau tak kisah, kedua-dua nya kerana di sebabkan ada pemimpin di kalangan pembangkang yang jadi pengkhianat dan pembelot. Setiap kali sebelum pru atau selepas pru mesti ada wakil rakyat yang melompat.

Mereka tidak bijak menghukum apabila seorang dua pembangkang yang berpaling tadah, mereka mengatakan pembangkang pun sama, Tetapi apabila hampir kesemua dalam kompenan yang memerintah berpaling tadah seperti makan rasuah dan menjadikan ahli keluarga kaya, mereka tidak menganggap perbuatan tersebut sebagai berpaling tadah. Berpaling tadah ialah apabila wakil rakyat melompat !

Di beri lah Najib lagi yang seterusnya jadi PM, setelah tiga tahun kebelakangan ini dengan bermacam-macam tindakan yang merugikan negara, bermakna kita akan menempah hidup yang lagi susah dan sukar.

Mulakan lah belajar bersikap redha untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang tersebut dalam meneruskan melawan kebatilan.

Tanpa Nama berkata...



Najib bukan tidak tahu alasan dia telah kembalikan wang tersebut tidak masuk akal.

Tapi Ini lah Najib atau Adakah Ini lah Rakyat Malaysia.

Pintu kebenaran untuk rakyat telah terkunci. Pintu SPRM, Bukit Aman, Badan Kehakiman dan Parlimen telah dikunci untuk rakyat. Semua pintu hanya terbuka untuk pemimpin dan mereka hanya menentukan kedudukan dan masa hadapan pemimpin bukan kedudukan dan masa hadapan rakyat.

Kemanakah dan bagaimana kah Malaysia 5 tahun akan datang ?

Tanpa Nama berkata...

bukan apa bro seribu satu citer ajaib pun umno tetap kukoh...kerana melayu spesis bodo ...bila sebut dap cina memerintah ...sokong umno pun takpe asalakn cina dap tak perintah malaysia asekian wasalam

Tanpa Nama berkata...


Pada orang yang seperti Najib di timpa kemalangan dan dijangkiti penyakit cacar adalah perkara lumrah. Ia nya berlaku kepada semua orang.

Apalagi kemalangan tersebut berlaku di kawasan yang tinggi kadar kemalangan nya. Najib dan orang yang seumpamanya menanggap dirinya sama taraf dengan orang biasa yang berkereta biasa. Yang di servis dan dijaga tidak ikut jadual yang telah di tetapkan. Yang brek sepatutnya di tukar tapi masih di pakai. Punya banyak kereta yang sama dengan kereta Najib mengunakan jalan tersebut tetapi tidak terbalik. Bahkan ada kereta yang lebih lama dari kereta Najib mengunakan jalan tersebut tetapi selamat. Najib tidak mengambil-kira hukum kebenaran dan keadilan.

Begitu juga cacar. Berapa pemimpin yang hadir sidang Asean, mengapa Najib sahaja yang terkena cacar? Peringatan, walaupun kau PM tapi badan kau lemah tidak dapat menangkis virus yang menyebabkan penyakit. Kau akan di adili sama seperti manusia lain tetapi kerana kau telah diberi amanah maka kau akan di adili terlebih dahulu sebelum orang yang di bawah engkau.

Alangkah baiknya sekiranya Hj Hadi memberi nasihat sebagai peringatan semasa ziarah Najib. Pesan lah, yang menimpa kita adalah di luar kemampuan kita untuk mengelaknya dan sebagai manusia lemah akan ada sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada kita. Siapa kah kita ?

Tanpa Nama berkata...

Malaysia mmg dh tak dapat diselamatkan..kes yg dh terang2 salah pun xmampu utk dipersalahkan..nk tggu pilihanraya..?nk tukar kerajaan..?mungkin dlm mimpi je la..fikir2 kan..

Tanpa Nama berkata...

Menanti komen Dr pimpinan pas keputusan ag..pimpinan pas kata najib x bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah..keputusan mahkamah membuktikan najib x bersalah..so ahli pas yg wala' x boleh komen ape2 lagi isu najib Dan 1mdb..para pemimpin tertinggi pas seharusnya befikir sebelum mengeluarkan statement yg mengatakan najib x bersalah selagi x dibuktikan bersalah..selari dengan sistem kehakiman Dan perundangan Malaysia yg paling bengong di dunia..sekian