17 Dis 2015

Rasulullah Sudah Lama Tolak Perkauman

Politik baru tanpa perkauman Oleh A Shukur Harun

Tentu masih ramai yang sangat terkesan akan ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika, Marthin Luther King Jr, yang berbunyi:

“Saya ada 4 anak yang sedang membesar. Saya mahu melihat anak saya itu nanti dinilai bukan berdasarkan warna kulit dan keturunannya, tetapi dinilai atas kebolehaannya.”



Ini sebuah pesan yang sangat universal sifatnya. Iaitu menentang perkauman di mana saja, dalam apa juga keadaan.

Tetapi jangan lupa Islam terlebih dulu menentang fahaman perkauman (assobiyah), apabila Nabi Muhamad secara tegas menyatakan, “bukan daripada umatku, mereka yang menyeru kepada fahaman perkauman.”

Hadis ini sering diucapkan suatu masa dulu.

Tetapi, kini hadis ini seperti sayup-sayup didengar, ataupun jarang didengar, ketika isu perkauman kelihatannya membara kembali, semarak, malah menakutkan.

Lebih-lebih lagi, di kalangan orang politik, jeritan perkauman ini semakin lantang, dituruti dengan pelbagai aksi perkauman yang sangat menakutkan.

Seolah kita kembali semula ke zaman lampau, di mana isu perkauman menjadi isu dominan, terutama dalam kempen pilihan raya.

Sungguh aneh, kini isu dan aksi perkauman ini terus menyala ketika kita sedang berada di era paling moden dalam semua bidang teknologi, terutamanya teknologi maklumat yang menghantar maklumat sepantas kilat.

Di sinilah saya kira, Parti Amanah Negara (Amanah), parti politik bernuansa Islam yang baru berumur lebih kurang 3 bulan itu berdepan dengan tugas dan peranan untuk mengajak masyarakat pelbagai kaum menghindari perkauman dalam apa juga bentuk.

Tugas Amanah ini tentunya mengingatkan kembali mayarakat akan pesan Nabi Muhamamd tadi, “Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan perkauman.”

Kini, kelihatannya kelahiran Amanah sebagai rahmat yang tersembunyi.

Demikianlah Allah mengatur segalanya di bawah ketentuan-Nya.

Amanah lahir ketika kecamuk perkauman sedang menguasai suasana dan sangat mengeritkan. Menyebabkan parti politik perkauman hilang daya kekuatan tanpa menjeritkan perkauman.

Inilah suasana yang kelihatannya mahu kembali semula kepada politik kuno yang berpaksikan kaum, suka sakat dan handai taulan.

Politik kuno ini sangat bertentangan dengan masyarakat moden dan majmuk Malaysia, yang sepatutnya melepasi tembok perkauman ini.

Maka Amanah berperanan memadamkan api perkauman itu, mengembalikan semula peranan Islam yang menjadi “rahmat seluruh alam”, menjadi penyelesai masalah manusia.

Tentunya masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan agama sedang menyaksikan penuh perhatian kehadiran Amanah di persada politik nasional.

Mereka menaruh harapan inilah parti masa depan rakyat Malaysia, yang berjuang merentasi kaum dan agama.

Dengan keupayaan para tokoh pimpinannya – gabungan para agamawan, pemikir, professional, teknokrat, golongan veteran politik, aktivis muda dan terpelajar, disokong masyarakat madani - saya kira, Amanah, sedang bergerak gagah.

Walking tall, untuk memenuhi tanggungjawabnya yang sangat penting.

Tugasnya ialah untuk membina masyarakat adil, mengembalikan semula nilai dan harga diri rakyat, memulangkan kembali kemakmuran negara ini kepada rakyat, memberikan hak dan kebebasan – berasaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan mengembalikan semula keharmonian kaum.

Lebih daripada segalanya, mengeluarkan rakyat daripada kehidupan yang sangat menyeksa, disebabkan harga barangan yang sangat mahal, yang tidak mampu ditanggung rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Amanah akan terus hadir di gelanggang politik, mengambil peranan penting dengan merentasi kaum dan agama.

Kehadirannya ini sudah mendapat sambutan rakyat hari demi hari.

Golongan Muslim dan non-Muslim, kelihatannya ikut serta hadir dan memberikan sokongan setiap program Amanah seluruh negara, mencerminkan parti baru ini mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Sebab itu kalangan penganalisis politik dan kemasyarakatan melihat ini isyarat yang Amanah sebagai alternatif kepada parti perkauman yang berselerak di negara ini dengan segmen mereka yang pelbagai.

Pada akhirnya, kata seorang pengamat politik, Ir Ab Rashid Markom, rakyatlah yang akan menentukan parti politik mana yang akan mereka pilih, bukan berdasarkan pengalaman, usia dan ramai mana jumlah pendukung sesebuah parti itu.

Sekarang ini, kata seorang pegawai eksekutif syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur, Robert Lam, rakyat akan memilih parti yang tidak perkauman, yang mampu membuat perubahan.

Beliau berkata, rakyat sudah jemu dengan isu perkauman, dan beliau berharap Amanah, akan mengemukakan gagasan politik baru, bukan politik kuno yang meniiti atas perkauman.

Seorang lagi, pemerhati politik, Dr Azman Othman dari Ampang berkata, dengan pengalaman luas dalam politik masa lalu, para tokoh yang memimpin Amanah sekarang tentunya memahami kehendak majoriti rakyat sekarang.

“Mereka tidak akan memilih parti perkauman, kalau sekadar retorik hendak membela rakyat, tetapi pada akhirnya, tembolok mereka saja yang kenyang.’

Para pemerhati politik ini berpendapat, dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, majoriti pengundi terutama pengundi bandar, golongan muda dan terpelajar akan menolak parti yang memainkan isu perkauman.

Kata Azman, “diharapkan Amanah tidak lagi mengulangi kesilapan parti politik sedia ada yang amat sukar untuk membebaskan diri daripada kemelut perkauman.”

ULASAN GB

Islam telah lama mengkuburkan fahaman perkauman. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, api perkauman jahiliyah ditiupkan semula untuk mendapatkan sokongan politik oleh parti-parti politik assaniyah.

Dimaki, dihentam malah dicarutkannya mereka yang bukan Islam semata-mata yang bukan Islam itu tidak bersetuju dengan hudud. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Malah Rasulullah saw pernah dibaling najis oleh orang kafir tetapi Rasulullah tidak pernah marah dan tidak pernah berdendam.

Dan kita hairan yang turut menyertai memaki hamun golongan bukan Islam itu terdiri dari kaum ulama - yang mengaku mereka sebagai "pewaris nabi" - konon dengan alasan itulah yang dinyatakan oleh Al-Quran. Sedangkan kriteria ulama sebagai pewaris Nabi itu tidak diindahkan dan personaliti dan akhlak Nabi Mohd saw tidak dijadikan ikutan selain dari "pakaian" zahirnya.

Kita telah acapkali memperingatkan tentang hadith Nabi saw:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yang berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’,

lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’

Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Allah PASTI akan menghukum mereka yang melampaui batas sekalipun mengakui beragama Islam.



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assabiyah bukan sekadar perkauman, tetapi assabiyah adalah usaha bersama sesebuah kumpulan mempertahankan kezaliman yang mereka lakukan.

Abdul Said berkata...

Terngiang-ngiang suara lagi ditelinga-telinga ini akan suara lantang Hadi menyebut assobiyah dan toghut. Menjerit-jeritkan perkataan-perkataan itu dimerata tempat di Selangor dan di Kuala Lumpur. Maka pendengar-pendengar pun menyahut dengan kalimah-kalimah 'Allahu Akbar'. Itu adalah kenangan lalu. Kini yang menjerit assobiyah dan toghut berpeluk mesra dengan kaum yang marah bila ada kumpulan yang menjerit kalimah keramat 'Allahu Akbar'. Kalimah assobiyah dan toghut kini diganti dengan jebon, barua dan perkataan-perkataan lain yang tidak sepatutnya datang dari orang yang ada ilmu syariat. Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar kepada kita bahawa yang perlu ditaati dan disanjung selepas Allah swt dan Rasulillah saw ialah ibubapa. Kita taat kepada ulamak kalau ulamak itu penyampai suruhan nabi s.a.w. Tiada apa yang pelik dan rahsianya ajaran Islam. Semuanya boleh dirujuk dengan Alquran, Hadith dan dirujuk kepada ulamak. Dalam zaman teknologi moden ini ada beratus-ratus kalau tidak beribu-ribu ulamak boleh dihubungi untuk penjelasan sesuatu isu. Disitulah akan teserlah yang mana yang hak dan mana yang batil. Disitulah kita jumpa mana ulamak cari makan dan mana ulamak yang mencari keredhaan Allah s.w.t. Tidak ada apa yang hendak dihairankan. Ingatlah. Abdullah bin Ubay berada dalam jemaah Rasulillah. Solat dibelakang Rasulillah, berjubah dan mungkin juga berjanggut. Namun ia adalah seorang munafik. Jadi tidak hairan bila ada pada zaman ini orang-orang seperti itu. Semoga Allah s.w.t. mengampunkan kita semua. Amin

Unknown berkata...

AMANAH, terus maju ke hadapan..
beri contoh dan ajari ajaran Islam yang sederhana dan adil buat non muslim dan muslim itu sendiri.

Mudah didekati dan sentiasa hidup dalam keadaan tidak mementingkan kemewahan duniawi semasa berkuasa kelak.

Unknown berkata...

Salam


Nabi s.a.w: Tidak mengajar umatnya berbohong:

Kita perhatikan respond ulamak2 PAS.

Bila ahli perasan PAS ada dibelakang takbir dgn umno:jawapan pemimpin PAS:tIDAK-TIDAK...Itu fitnah:

Bila ahli dapat buktikan dgn video: Maybe..boleh jadi.

Bila najib menjemput pas bekerjasama:Kami akan bekerjasama jika/if......umno kena mengamalkan islam..

Tapai dato' pa kata:Pas dah bekerjasama umno sejak 2 tahun yg lalu....????

HAHAHAHHAH....JAWAPANNYA HARI ini bila najib jumpa Hadi semasa perjumpaan majlis...nAJIB RESMIKAN///Nasha pun ada...

The moral of the story,saorang ulamak sanggup "BERBOHONG" kerana nak menhalalkannya...kenapa siang-siang tak cakap???????

wallah'ulam.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Konsep negara berbilang kaum memerlukan parti politik yang memperjuangkann semua kaum. Kesetabilan politik memerlukan kesederhanaan. Rakyat Malaysia sudah semakin matang dan memahami politik perkauman akan membawa kepada kehancuran negara. Parti politik chauvanist yang berjuang untuk sesuatu kaum lama-kelamaan akan ditolak oleh rakyat. Pas yang sekian lama menolak politik assobiyah (perkauman) menampakkan sudah mula terikut-ikut dan terginja-ginja dengan rentak perjuangan Umno. Siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa tunjang perjuangan Umno adalah "Melayu". Presiden Pas, Hadi Awang telah membuat kenyataan bahawa Pas kini berjuang atas dasar perpaduan Melayu. Jadi perjuangan Umno dan Pas sudah seiring dan sejalan, dan faktor inilah yang memungkinkan mereka akan bekerja sama untuk memajukan Melayu. Kedua-dua parti yang sekian lama berseteru tidak mustahil akan bekerja sama, yang kononnya demi orang Melayu. Kerjasama ini akan berlarutan sehingga PRU 14.

Kebanyakan parti-parti komponen dalam BN adalah parti perkauman. Sebagai contoh, perjuangan Umno adalah untuk Melayu, MIC untuk India dan MCA untuk Cina, dan juga parti-parti pribumi Sabah dan Sarawak adalah untuk kaum-kaum mereka sahaja. Gerakan yang dilihat parti pelbagai kaum, namun keahlian dan barisan kepimpinan mereka dimonopoli oleh kaum Cina. Jadi secara umum, bolehlah simpulkan bahawa BN adalah gabungan parti-parti perkauman, assobiyah dan chauvanist.

Tidak seperti BN, Pakatan Harapan (PH) dianggotai oleh parti-parti komponen yang membuka ruang keahliannya kepada kepelbagaian kaum. DAP, walaupun didominasi oleh orang-orang Cina, namun keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Terdapat ramai orang India dan Melayu yang menjadi ahli dan pemimpin DAP. Tidak perlu disangkal, PKR ternyata parti pelbagai kaum. Parti Amanah Negara (Amanah) walaupun dasarnya Islam, namun ianya adalah parti inklusif yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang boleh menerima konsep politik dan keadilan Islam. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa PH adalah parti multi-racial yang tidak chauvanist, perkauman dan assobiyah.

Pada hakikatnya rakyat Malaysia sudah menolak parti politik yang berjuang menggunakan perkauman sebagai tagan perjuangan. Perjuangan yang hanya untuk sesuatu kaum tidak akan banyak menguntungkan bahkan akan menyempitkan situasi muhibah dan toleransi kehidupan. Perjuangan yang berpaksikan kepada perjuangan perkauman akan membawa kepada permusuhan dan konflik perkauman. Kita percaya parti-parti perkauman akan tutup usia mereka selewat-lewat pada PRU 14. Pakatan Harapan (PH) mempunyai masa hadapan yang cerah. Hanya beberapa langkah dan detik sahaja lagi perjalanan PH menemui destinasinya, Putrajaya. Gejala-gejala kemungkaran politik seperti korupsi, nepotism dan kronism dalam pentadbiran kerajaan kini hanya boleh dikekang melalui perubahan kerajaan. Kerajaan hanya boleh ditukar melalui proses pilihan raya.

Tanpa Nama berkata...



Sapekah Yg Ingin...Mem Bunuh Nabi?
Kalau Bukan...KAUM Nya Sendiri
Sapekah Yg Membunuh...Sahabat "MEMALI"??
Bobrok dan Rakus...KAUM Nya Sendiri!?
Retorika KAUM...Bejatnya EMOSI
EMOSI yg Sesat...Membuta kan Hati


Manusia Mem BUNUH...Kerana Harta
BUAS dan Ganas...Kerana Kuasa
Onar & FITNAH...Di Reka Berleluasa
Noda & DOSA..."Santapan" Minda!
Minda Yg Bobrok...Mnjd Tunggangan Nya
KAUM & Bangsa...Dijadikan "TEMA"
Menghasut MENGELIRU...Semahu-Mahu Nya
Akibat RASUAH...FITNAH pun Dijaja
Ter GAMAK Terdesak...Melakukan Apa Saja
Itulah TALIAN Hayat...Akhir Mereka
"Agama" Di LELONG...Si Lebai Durjana
Yg SYIRIK Bejat...Ber Tuhankan Harta
Yg MURTAD Kesumat...Ber Tuhankan Kuasa
Apabila ""AMANAH""...Lopong Di Dada
Tunggang TERBALIK...Hancurlah Binasa!!








Sahabat AMANAH...Sahabat Sejati
SAKSI Kan lah "Asal"...Kita Semua
SAKSi Kan lah Adam...Datang Ke Bumi
SAKSI Kan lah "Punca"...Zuriat Manusia
Ber "PUNCA" kan Adam...Dunia Di Penuhi
Dari Zuriat Yg "SATU"...Zuriat yg Sama
Se "Bangsa-Adam"...Itulah "BANGSA" Kita
Sbnar7-BANGSA...Hakikat Nya yg HAKIKI
Smutlak7-KBNARAN...Yg Wajib Di Hayati
JALAN yg LURUS...Yg Terang Abadi
Jawapan yg MUDAH...Tuntas Di Cari
Mnjd Dakapan-AMANAH...Nabi dan Wali



Sahabat AMANAH...Budiman Sejati
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Abadi
Se Luas Pem-BERIan...Langit & Bumi
Di Buka kan "HIJAB"...Makna & ERTI
Melihat "Punca"...Umbi dan Paksi
Bertemu Jawapan...UNIVERSAL Azali
LURUS dan Lapang...Senang Sekali
Terang BENDERANG...Indah Ber Seri
Cinta yg "SATU"...Segar Me Wangi
Mnjd DAMBAAN...Di Langit dan Bumi
TASBIH dan Tahmid-NYA..."Menyanyi" Mengiringi












cikmatgelap berkata...

pas akan bernikah semula dgn umno setelah pas di ceraikan dgn talak satu pada thn 1977,kini org pas tentu akan bergumbira sebab org2 pas dah boleh dapat projek dar umno,tak kisah walau pun bukan projek mewah,klu dapat projek angkut taik pun dapat lebih dari bersyukur,klu dulu di tindas,di boikot,di tolak tepi tapi kini dah tak susah lagi.......duit akan mel;impah ruah....tak kisah le walau pun duit yg ada unsur syubhat atau haram...takl lagi semua tu,yg penting bolehhidup mewah

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak mahu ada unsur perkauman di dalam negara, mulakan dari peringkat sekolah, iaitu hanya ada satu sekolah kebangsaan sahaja tetapi ada subject bahasa yang pelbagai.

Tanpa Nama berkata...



Mula-mula tolak Ulama Yusof Qardhawi.

Sekarang tolak ..... Astagfirrullah.

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yang berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’,

lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’

Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula tolak Ulama Yusof Qardhawi.

Sekarang tolak ..... Astagfirrullah.

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yang berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’,

lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’

Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).


Sebelum PAS tolak ..... Rasulullah dah tolak mereka.

Tanpa Nama berkata...



Hukum (hudud) pun boleh berdolak-dalih.
Boleh bentang, boleh lulus dan boleh tak jadi..

Apa sangat Assobiyah !

Melayu hilang kuasa, bencana pada Islam !

Islam bersandar pada amanah dan keadilan. Dua perkara ini sahaja sudah mengatasi Assobiyah yang menjadi keutamaan pada parti UMNO.

Apabila pemimpin Amanah meninggalkan parti, PAS guna ayat-ayat dan kisah-kisah yang memetik betapa tindakan mereka yang selayak nya di hapus dan di pancung. Tetapi tindakan mereka meninggalkan parti tak pulak sampai Rasulallah tidak mengaku umat !

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu dah lama dah Rasulullah tolak PAS atau lebih tepat Rasulullah tolak PAS semasa Hj Hadi jadi presiden.

Tapi demi Hadi, pemimpin PAS yang lain tutup mulut sebab taat kepada Hadi.





Tanpa Nama berkata...

THAT WHAT I SAID RACE IS NOTHING RELIGION IS SKMETHING. THAT WHAT SAID I DON MAIN PM KITA CHINESE MAHUPUN INDIA AS LONG AGAMA DIA ISLAM, DIA ADALAH SAUDARA KITA. SO, IF SOMEONE SAID TAKUT CHINESE YG MEMERINTAH M,SIA? THEN COUNTER THEM, MANA YG PENTING ISLAM 1ST ATAU RACE 1ST?MANA YG PATUT U TAKUT ALLAH MERUPAKAN SELURUH KING SELURUH CAKERAWALA ATAU CHINESE YG WILL BE PM IN M,SIA ONLY YG DI PETA DUNIA TAK BLH NAMPAK PUN MELAINKAN U PAKAI MICROSKOP. WALLAHUALAM LU FIKIRLAH SENDIRI.