16 Dis 2015

"Nak Heret Kami Ke Mahkamah, Silakan!" - Hanipa

Amanah tubuh pasukan peguam, sedia jumpa PAS di mahkamah

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berdepan dengan PAS yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Biro Undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata dalam satu kenyataan hari ini, satu pasukan peguam sudah ditubuhkan bagi mempertahankan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di mahkamah.


"Amanah menghormati hak sesiapa sahaja, termasuklah PAS, bagi menyaman Amanah atau mana-mana pemimpinnya.

"Namun kami ingin mengingatkan PAS, yang Amanah tidak pernah melayan PAS sebagai seteru politiknya," kata ahli Parlimen Sepang itu. Menurut Hanipa, Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

"Amanah berhak memfailkan saman balas sekiranya PAS masih mahu bertarung di mahkamah."


PAS Pulau Pinang semalam dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu susulan keengganan beliau menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan Isis.

Berita Harian melaporkan, setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan di peringkat pusat akan membabitkan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.

ULASAN GB

Tepat seperti kata Hanipa, bahawa Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

Bermacam-macam label dan tuduhan diberikan oleh para pemimpin PAS terhadap para pemimpin AMANAH.

Jadi jika PAS mahu mengheret Mat Sabu ke mahkamah dengan alasan Mat Sabu menuduh PAS diresapi oleh ISIS.

Sebelum ini PAS Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Dr.Mujahid di atas sebab yang sama. GB sudah ulas sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini.

Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid.

PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS.

Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu.

Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"?


Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal, bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya...

Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat...

Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan... tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral.

Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana mengkhianati rakyat.

Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas, pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub kepada Presidennya.

Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan yang disebut oleh Mujahid.

Ia sesuatu yang terang dan nyata... semenjak dari muktamar yang ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo di dalam muktamar PAS. Kemudian diikuti dengan beberapa siri keganasan dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS termasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut....

Semuanya itu adalah jalur ekstrem yang berlaku di dalam PAS. Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat, anjing dan sebagainya.

Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... yang bersalah tetap terhukum... tunggukan!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang baru tahu siapa yg buat tahi dalam pas dulu...ada jarum2 halus...mempengaruhi pimpinan pusat...pimpinan yg xcerdik mudah dipengaruhi...Aku bukanlah ahli pas mahupun amanah atau mana2 parti politik...tp aku menyatakan sokongan bukan atas sesuatu parti itu..tp individu dlm parti itu...sbg contoh individu spt DSAI.aku amat kagum dgnnya..ujian yg dilalui..pemikiran hebat beliau.dan aku yakin beliau dizalimi atas kes yg dicipta oleh musuhnya.juga individu yg bernama rafizi ramli..kepetahannya berdebat dan berhujah dgn baik.ideanya dlm parlimen..tp aku tidak menyatakan sokongan kpd partinya...pas dulu..aku melihat kepada sosok tubuh nik aziz tu sendiri...semua org tahu akhlaknya.tak perlu diceritakan...mat sabu yg sentiasa berada dlm paksi perjuangan.turun padang..berhujah.juga seperti khalid samad.lantang berhujah dlm parlimen..yg kebanyakannya golongan profesional yg telah keluar pas..tuan ibrahim tuan man juga aku lihat kecerdikannya juga dlm ucapannya dan penulisannya..subky latif juga.bagus penulisannya.tp sedikit sahaja golongan agamawan dlm pas boleh berhujah dgn baik..yg lebih teruk,cakap xserupa bikin..bagi aku ape pun dasar parti.kalau dipimpin individu yg xlayak.rosak parti tu..maka aku pilih jalan melihat daya intelektual dan kepimpinan individu itu...dr asri mufti perlis contoh terbaik seorg golongan agamawan harus berfikiran luas sepertinya..bukan org politik.tp ideanya tentang islam tidak jumud...tidak ramai tokoh pemikir dimalaysia ni dikalangan golongan agamawan..yg ramai,ust ceramah bab haram rokok dpn audien.balik rumah.sorok2 hisap rokok...perumpamaan...catakserukin..

Tanpa Nama berkata...



Selama ini peguam-peguam dalam Amanah lah mengambil kes Hj Hadi dan PAS. Strategik PAS dalam kepala peguam-peguam Amanah.

PAS jangan jadi bodoh. Mula-mula se orang, lama-lama jadi ber orang-orang.

Ada kemungkinan mahkamah memutuskan bukan PAS yang diresapi fahaman IS tapi hanya beberapa orang pemimpin sahaja yang di resapi fahaman IS.

Mula-mula beberapa orang, lama-lama jadi betatus-ratus orang dan kemudian beribu-ribu orang ...

Tanpa Nama berkata...



Terlupa yang PAS dah mesra dengan begitu baik dengan UMNO. Jadi Peguam Amanah perlu lawan dengan peguam-peguam dari UMNO .. (Peguam yang di lantik)


Tanpa Nama berkata...

Pas mungkin akan mendapat pertambahan sokongan pengundi yg terutamanya drpd pengundi umno yg dulu kerana pas skrg senada dgn umno yg anti dap...tambahan pula penyokong umno yg muak dgn umno skrg.akan mula berjinak dgn pas...hakikatnya dalam umno dan pas skrg tidak ramai cerdik pandai...oleh itu yg tinggal skrg ni la mempunyai pemikiran yg sama level...pas jgn terlalu defensif sgt.tampilkan golongan berwibawa dalam pas.bila cerita bab agama depan ahli,berdegar2...contohnya bab hudud...tapi bila dap persoalkan hudud.xbersetuju dengan alasan tertentu, xde seorg pun dari pas tampil utk berhujah secara berdepan mempertahankan hudud yg ingin diperjuangkan..yg tampil pun hanyalah tampil utk mengherdik dap atas ketidaksetujuan dap terhadap hukum islam itu.ntah2 dia sendiri lebih xtau bab hudud drpd dap.dap mungkin la ada alasan.mereka bukan islam...tp tidak boleh ke pas yg mmperjuangkan islam yg syumul yg berpaksikan kebenaran tampil berhujah kepada golongan itu...kamu org yg alim..memahami hudud yg dimaksudkan oleh alquran..hujah la atas maksud alquran itu..mereka tidak buka alquran.kalau buka pun belum tentu mereka faham..habis yg kamu golongan agamawan cerdik pandai belajar alquran hadis dan kitab2 agama ni,ada kah kamu yang xfaham???berhujah ini utk mempertemukan titik perbezaan kefahaman.cari dimana ketidakfahaman itu..hujahkannya..dap pn fhm.hudud bkn utk cina...tp partinya bukan perjuangkan utk kaum cina sahaja..tp perlembagaan negara..yg melibatkan keadilan dan hak semua kaum.kalau utk cina je, sudah tentu die tidak peduli tntg hudud yg utk org islam shj.jgn memusuhi sesuatu kaum.kaum bkn pilihannya..suatu hari nanti kita xtau, kemungkinan dia menemui cahaya islam melalui kefahaman yg sebenar2nya daripd allah.allah yg maha membuka pintu hati.wallahualam..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Mahkamah, walaupun kadang-kadang keputusannya masih boleh dipertikaikan, namun ianya adalah satu-satunya entiti untuk mendapatkan keadilan. Pas berhak mengheret Presiden Amanah ke mahkamah kerana mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). Barangkali inilah peluang terbaik Pas untuk menghumban Mat Sabu ke penjara atau setidak-tidaknya beliau didenda dengan ribuan ringgit. Mahkamah juga boleh memberi peluang kepada Pas untuk menguburkan pengaruh politik Mat Sabu. Sebenarnya Mat Sabu sudah mangli dengan perbicaraan. Beliau sinonim dengan jolokan "malam ceramah dan siang di mahkamah".

Mahkamah juga boleh digunakan sebagai premis yang boleh mendedahkan segalanya. Dengan perbicaraan itu nanti maka terdedahlah sama ada tuduhan Mat Sabu terhadap Pas itu benar atau fitnah semata-mata. Jika tuduhan itu dibuktikan sebagai fitnah, maka Mat Sabu akan menemani Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buluh. Namun begitu, jika mahkamah memutuskan segala tuduhan itu benar, maka reputasi Pas sebagai parti Islam akan merudum. Pas akan dilihat oleh pengundi sebagai parti militan dan radikal. Rakyat Malaysia memilih kesederhanaan dan bukan ekstrimis. Akibatnya nanti, selepas PRU 14, Pas tinggal nama dalam lipatan sejarah politik Malaysia. Dan, jika mahkamah dapat membuktikan Pas telah benar-benar diresapi pemikiran ISIS, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pastinya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pendaftaran dan mengharamkaan Pas.

Pimpinan Pas diminta berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan menyaman Mat Sabu
dalam isu ISIS ini. Mat Sabu sudah galak turun naik mahkamah dan sudah berpengalaman menghadiri perbicaraan. Barisan peguam Pas yang hebat-hebat suatu ketika dahulu sudah menyertai Amanah. Hanipa Maidin dan Asmuni Awi dua orang tokoh peguam yang biasa memenangkan Pas dalam banyak kes parti dahulu, kini sudah menjadi pucuk pimpinan tertinggi Amanah. Adapun panel peguam Pas yang tersisa kini tidaklah sehebat kedua-dua tokoh ini. Pas kini membujur lalu melintang patah.Saman jangan tak saman.

Unknown berkata...

Aku masih ingat mujahid menjawab persoalan haron din berkenaan haram hukumnya bila makan gaji dan elaun bila lompat parti. Kalau ketua lanjah penafian tgk carta yg mujahid bagi tu utk di katakan gaji dan elaun tu haram... amat memalukan.. mujahid ckp ahli pas kawasan di yg berdaftar 4 ribu lebih... sedangkan dia menang berganda2 dr jumlah ahli pas tu.. apa benda lah ketua lanjah penafian pas ni.. nak keluarkan kenyataan patut tgk maklumat dahulu.. nama awak tu ada DR.. sah2 ada PHD. Bg kenyataan mcm lulusan spm.

Tanpa Nama berkata...



Apa koman Hj Hadi nak turun naik mahkamah. Dulu ya, sekarang Hj Hadi dah setaraf Menteri Kabinet.

Tak dapat berdebat kat luar, dapat soal jawab dalam mahkamah pun bagus jugak.

Amanah sepatutnya bagi tempoh 7 hari kepada PAS untuk membuat keputusan.

Abdul Said berkata...

PAS kena mengambil khidmat peguam yang berkaliber. Jangan ambil yang kaki ponteng nanti kes tertangguh. Jangan ambil peguam yang suka buat u turn cakap berbolak-balik. Jangan juga ambil yang 'atas suka saya, nak hadir ke tak hadir ke'!! Semenjak kes cai mengcai dalam mesyuarat agung PAS (malas nak guna perkataan muktamar), pada mata umum PAS sibuk dengan kerja yang tidak kena mengena dengan pembelaan rakyat. Sibuk memfitnah, sibuk mengutuk, sibuk mengugut, dan sibuk tak tentu hala. Dibelakang mata umum balak terus tebang juga, projek tak buat rumah mangsa banjir berjalan juga, hutang kepada pekerja tidak dibayar dan entah apa lagi yang belum terlondeh!!

Tanpa Nama berkata...

jika anda ingat anda ada siku, maka orang lain juga ada siku.
jika anda ingat anda ada lutut, maka orang lain juga ada lutut.
bersiku lutut hanya dalam muay thai, dalam politik orang berhujah.
yang kekeringan hujah, terpaksa guna siku lutut.
yang tiada siku lutut, siapkan diri masuk mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

SO PAS ARE U RDYKAH NAK FIGHT DI MAHKAHMAH. I SAID BEFORE THIS IF U TAK NAK ORG LABEL MCM ISIS THEN DO WAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. DO U KNW SALAH PERBUATAN ISIS BETUL-BETUL I BLH KATAKAN SIAL IALAH DIAORG MUSNAH KUBUR TOKOH ULAMA TERKENAL BAHKAN KUBUR PARA SAHABAT RASULLULAH SAW. THEN WAT U DO PAS KACAU USTAZ DLM PARTI AMANAH IF NOT MUCH DIFFRENT DGN ISIS BUAT. SO LU FIKIRLAH SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Blog Omakkau dah jadi sarang kuat Macai Umno + Macai Pas kutuk Amanah. Komen Macai Pas pun dah macam haram - memaki dan mencarut. Ini semua hasil dari meNasihatkan Umno. Tahniah.

Tanpa Nama berkata...



Peguam yang buat kerja free tanpa bayaran atau jika di bayar pun dengan upah yang murah untuk pemimpin PAS cai adalah kerja sia-sia. Mereka bukan membela pemimpin yang berjuang untuk rakyat dan bukan juga untuk agama. Mereka hanya ahli politik biasa

Cuma sekarang mereka lebih berduit. Maklum lah dah dua tahun berkerjasama dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Amanah x blh menang kes mahkamah punya! Koz pas dah kamcing dgn umno,umno akan backing pas punya,engkau org tengok la nnti,blum nmpk lg pun pas tegur/nasihat umno/parti pmerintah dan xde nmpk pun lg umno/parti pmerintah dgr nasihat dr pas.PAS SEKARANG BERKERJASAMA ATAU MUNGKIN DAH BERSAMA DENGAN PEMBUAT DASAR DASAR PENTADBIRAN YANG MENZALIMI RAKYAT!!