21 Dis 2015

Bagi PAS, Perkasa Pun Perkasalah....

Ibrahim Ali ramal perbezaan ideologi penghalang kerjasama Umno-PAS

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali meramalkan kerjasama politik di antara Umno dan PAS mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.

Ibrahim berkata, ini kerana Umno merupakan sebuah parti nasionalis manakala PAS adalah parti Islam.

"Kalau Umno dan PAS bersatu lebih baik, tetapi saya tidak fikir wujud kerjasama politik antara Umno dan PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Umno nasionalis, PAS parti Islam. PAS tidak mudah untuk pimpinannya membawa kepada kerjasama. Realitinya ada halangan," katanya yang pernah bertanding di atas tiket PAS pada 2008.


Awal minggu ini Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas dengan baju Melayu sedondon pada sebuah program di Kuala Lumpur.

Pada majlis sama, menggunakan ayat al-Quran Najib sekali lagi menawarkan kerjasama dengan PAS.

Ibrahim bagaimanapun berharap kerjasama antara 2 parti itu akan tetap berlaku di luar lingkungan politik.

"Saya harap PAS dan Umno bekerjasama di luar isu politik," katanya pada sidang media selepas perasmian mesyuarat agung Perkasa di Pusat Islam di Kuala Lumpur hari ini.

Wakil PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mustafa Ali turut kelihatan bersama-sama perwakilan Perkasa dalam perasmian yang dilakukan Tan Sri Sanusi Junid.

"Walaupun wakil PAS hadir, Perkasa sekarang ini sejak dulu tidak memihak mana-mana parti politik.

"Kita nak tengok PAS mampu jadi parti progresif, menjadi harapan rakyat, Bumiputera, Melayu, Islam boleh menjamin kelangsungan survival negara," kata Ibrahim.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, berbeza seperti ahli Umno, halangan daripada ahli-ahli PAS juga tidak memungkinkan kerjasama politik kedua-dua parti itu akan berjaya.

"Sukar untuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan kerjasama politik, berbeza seperti Umno, ahli-ahli mereka menurut kata presiden," katanya. –TMI


PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung PAS itu berkata ini kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.

"Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," kata Takiyuddin.

Beliau berkata kepada pemberita pada mesyuarat agung tahunan PERKASA ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.

Proses penjelasan
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambah Takiyuddin lagi, prinsip perjuangan PAS adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.

"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."

Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan PERKASA, hari ini. -mk



ULASAN GB

Selepas Presiden PAS berpeluk dengan Ibrahim Ali beberapa minggu lalu, kini buat pertama kali dalam sejarah, wakil PAS, Takiyuddin Hassan dan Mustafa Ali hadir ke Persidangan PERKASA.

Begitu ketara, PAS kini kembali ke era Datuk Mohd Asri, yang pada ketika itu ideologi PAS ialah "Islamic nasionalisme" sebelum Datuk Asri dijatuhkan di dalam Muktamar Thanawi PAS 1982 untuk menaikkan "kepimpinan ulamak" ketika itu.

Kini apabila PAS telah keluar dari pakatan pembangkang dan tinggal bersendirian, seolah-olah ia seperti di dalam keadaan begitu terdesak sehingga terpaksa "menggapai apa saja saja walaupun najis" untuk menyelamatkan diri dari kelemasan.

Bekerjasama dengan UMNO, kini dengan PERKASA - untuk mendapatkan sedikit sokongan dari kaum Melayu walaupun sebelum ini PAS menghentam dengan teruk PERKASA. Malah PAS dahulu kecewa apabila Ibrahim Ali membuat "uturn" membawa lari kerusi parlimen Pasir Mas yang dimenanginya di atas tiket PAS untuk menjadi wakil bebas yang mesra-UMNO.

Kenyataan Takiyuddin, Setiuasaha Agung PAS, bahawa PAS sedia memaafkan segala kesalahan UMNO begitu ketara bahawa PAS benar-benar ingin menjalinkan kerjasamanya dengan UMNO.

Sekalipun PAS telah ditipu dan dizalimi, sudah tidak lagi menjadi perkara penting untuk PAS. UMNO bukan musuh utamanya lagi. Peluru kini dihalakan kepada Pakatan Harapan, kepada DAP dan Amanah. Anehnya PAS masih duduk di barisan pembangkang.

Sepatutnya PAS perlu mengisytiharkan dirinya parti bebas yang mesra-UMNO.

Jadi seperti kera sumbang... dan di dalam keadaan terdesak itu juga, bagi PAS, dafripada menjadi kera sumbang, Perkasa pun Perkasalah.... asal ada kawan...




18 ulasan:

mansor berkata...

pimpinan PAS dalam rangka` membetulkan` salahfaham ahlinya tentang UMNO...pendapat yg rajih dikalangan ulama PAS kini adalah bahawa UMNO tidak sesat...dokongan UMNO kepada perlembagaan penjajah yg Hadi katakan kafir dan sesat dulu adalah satu khilaf. Tak ccaye ruju` kitab2 muktabar...kikikikikikikik...malunya PAS..setelah ketiadaan TGNA......................

Tanpa Nama berkata...

kabilah pinky dah bersatu dengan kabilah perkasa makin mantap..bai2 pkr

hangjebat berkata...

siapakah antara ahli PAS yang setuju PAS bersama UMNo?.
Kebanyakan penyokong PAS di Kelantan tidak bersetuju dan menolak usaha pimpinan PAS pusat mengadakan usaha untuk berkerja sama (kahwin mutaah) dengan UMNo. Walaupun pimpinan PAS Kelantan turun keperingkat akar umbi untuk menafikannya, namun hangat bara percintaan PAS dengan UMNO dapat dihidu oleh ahli dan penyokong PAS.
Ahli-ahli PAS mula bangun dan menunjukkan sikap tidak senang terhadap pimpinan PAS Kelantan yang menunjukkan sokongan kepada cita-cita pimpinan PAS pusat untuk bermutaah dengan UMNo.
Walaupun mereka tidak membuat kritikan secara terbuka kepada pimpinan, namun asas kekuatan PAS diperingkat akar umbi semakin layu, seperti rumput disiram racun.
Kenyataan sombong setiausaha Agong PAS / ahli Parlimen Kota Bharu (bukan anak Kelantan) pada hari ini, bahawa PAS sedia memaafkan dosa-dosa lampau UMNO telah mengguris hati dan jantung ahli-ahli PAS.
Tanpa menghiraukan perasaan ahli dan penyokong PAS peringkat pariah dan akar umbi. Pimpinan PAS melalui setiausaha Agongnya, seolah-olah telah dilamun berahi dan syahwat yang tidak terkawal untuk berkahwin dengan UMNo. Mereka seolah-olah mahu pastikan mereka dapat tidur sekatil dengan UMNo, walaupun terpaksa melalui "kahwin mutaah".
Mulut tidak bertapis setiausaha agong PAS bemungkinan besar menyebabkan pimpinan PAS Kelantan akan dilanda krisis kepercayaan dan kritikan celupar dari ahli dan penyokong PAS. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh meruntuhkan kehormatan pimpinan PAS Kelantan dikalangan ahli PAS sendiri.
Jika pimpinan PAS tidak yakin kepada realiti ini, mereka boleh merisik pandangan ahli dan penyokong PAS dimana-mana sahaja. Mereka boleh berada ditempat perbincangan politik rakyat Kelantan bergema, sama ada dikedai kopi atau disurau.
Mereka boleh melihat bagaimana ahli dan penyokong PAS sendiri, tanpa malu dan segan membuat serangan pribadi dan mengecam pimpinan PAS Kelantan.
Modal wala' dan mempercayai keputusan pimpinan yang selama ini subur dalam sanubari hati ahli PAS telah terhakis. Pimpinan PAS kelantan sekarang tidak boleh lagi menyamakan diri mereka seperti TGNA. Penyokong dan ahli PAS telah didik oleh TGNA bahawa "ulamak yang istiqamah dengan perjuangan" sahaja yang layak menerima wala' dan sokongan redha dari mereka.
Sebenarnya permainan yang digerakkan oleh pimpinan PAS Kelantan adalah suatu yang amat merbahaya kepada masa depan PAS di Kelantan. Bahkan kalau tersalah sepakan, mereka akan dikelaskan sebagai pengkhianat kepada perjuangan PAS.
Adakah kemungkinan kacau bilau yang berlaku hari ini, disebabkan hukuman dan qada atas dosa pimpinan PAS Kelantan. Dimana mereka bertindak menyokong pembuangan ahli-ahli PAS secara tidak betul pada muktamar Jun lepas.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Unknown berkata...

PAS sudah jadi parti caca marba, halal ka haram ka..semua depa sapu..janji, jangan dengan DAP dan AMANAH.

Pasal apa? Pasal, DAP dan AMANAH ada prinsip perjuangan.

manakala PAS, prinsipnya suka kluk klek, u-uturn, flip flop. Banyak cakap shj, tarak serupa bikin.
samalah dengan UMNO, Perkasa.itu pasal, PAS boleh join UMNO dan Perkasa.parti pelampau kaum bani melayu.

Saiful berkata...

PAS sudah silap..nak sapu semua.. Umno..pekasa..mic..mca...ph jgn dok kisah...yg pkr buat satu statement boom..kami akan terus sama pas.. kita tgk bn nak tak..dekat2 pru kecingkan pas..tak payah kwn..pkr join PH sj..masa tu sapa pun tak mau pas..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah. Baguslah parti melayu ni bersatu. melayu bukan ramai mana pun dalam malaysia. 51% lebih saja - sumber 2015 kuliah ust samsuri ahmad.
lantik haji hadi sebagai pengerusi tabung haji pun ok juga.

Unknown berkata...

Salam:PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno:

Malah anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu. //

Statement-statement di atas AMAT MENGELIRUKAN semua orang terutama ahli-ahli sendiri.

Najib menunggu statement-statement begini.Dosa-dosa yg dilakukan oleh UMNO/NAJIB adalah PAST,PRESENT dan FUTURE.

Okay,kita faham dosa-dosa lalu AHKLAK Islam besedia MEMAAFKAN..dgn ALLAH yg maha pemurah lagi mengasihani akan mengampunkan.Dengan BERSYARAT KENA BERTAUBAT NASHUHA.Dan berusaha bersungguh-sungguh tidak akan melakukannya.Dgn NIAT IKHLAS.TAPI dosa-dosa dgn manusia terutamanya fitnah,menzalimi orang lain tidak akan diterima KECUALI mendapat kemaafan dari orang yg di Iniayai.

Bagaimana dosa-dosa KINI...Memenjarakan anwar,menzalimi rakyat,berboros mengunakan duit rakyat,membenarkan budaya-budaya hindunisma,Menipu rakyat dgn 1MDB,MENYALAH GUNA DUIT 2.6 BILLION.tIAP-TIAP HARI MENIPU RAKYAT.

bAGAIMANA dosa-dosa akan datang, niat umno mencuba nak adakan undang lagi zalim seprti "MKN", nak mengubah persempadanan secara "menipu"......

JELAS LAGI NYATA segala statement-statement adalah untuk MENGHALALKAN pergabungan antara PAS/UMNO itu sahaja.

ISLAM TAK MENGAJAR PENGANUTNYA UNTUK BERDAKWAH KENA BERSEKONGKOL DGN orang2 yg nak didakwahkanya.Apatah lagi yg didakwah adalh orng2 yg zalim.
Contoh2 dlm al-quran yg JELAS..3 orng rasul allah.Nabi Ibrahim di zamannya tidak berdakwah pada Namrud,dgn cara bersekongkol dgn namrud sebagai "penasihat" nak menyatakan "kebesaran allah" dan sembahlah allah.Nabi musa pun begitu juga pada fiaun,walaupun semasa kecilnya dijaga oleh firaun,nabi musa tidak bersekongkol dgn firaun sebaga "penasihat"..dan juga nabi muhammad s.a.w tidak bersekongkol dgn pembesar-pembesar quraish.
Mereka-mereka semuanya mengalami "KEPAYAHAN" yg amat dasyat semsa "BERDAKWAH" menyatakan yg "HAK",itu sebab "NUSRAH" Allah datang.
Yg COMMON pda semua 124k nabi2 "berdakwah" TIDAK PERNAH mengambil "FAEDAH' daripada orng2 yg mereka dakwah.sahabat2 dan orang beriman mengikuti jejak-langkah mereka.
Apabila mereka tIDak mengambil "FAEDAH" daripada orang yg didakwahi,MEREKA BERDAKWAH dgn ihklas mereka dapat menyatakan yg "HAK" KEADILAN,pada semua orang.TETAPI BILA KITA BERSEKONGKOL DAN MENJADI PENASIHAT MENDAPAT "FAEDAH" DARI MEREKA,Maka akan "TERJADI" NASIHAT yg "BERPILIH-PILIH".

Bila ulama2 politik tak ikut cara yg allah suruh,pandai-pandai ikut fikiran sendiri, BEGINILAH jadinya.Bila sipenzalim melakukan keZALIMan di depan mata
mereka tak berani menyatakan yg "HAK" sebab sudah "TERMAKAN BUDI" si penzalim itu.dI CARI AYAT-AYAT LAIN yg sesuai untuk menbenarkan perbuatan mereka.

wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Kami rakyat jelata nak ulang seruan lagi sekali. Tolonglah percepatkan gabungan pas umno secara resmi. Kami rakyat nak berkompang sakan ni.

Atas nasihat tok mupti Mesir yang membela As Sisi , kemungkinan hadi akan berfatwa begini:

- Umno bn telah dimaafkan. Telah terhapus segala dosa. Jangan dok mengata apa2 lagi.

- Najid dah bertobat. Dia telah suci dari semua tuduhan. Jo low boleh balik dan yamseng habis2an.

- Haram hukumnya melawan bn. Wajib patuh. Silap2 kena bunuh.

- Haram memilih DAP dan gabungannya. Jahatnya mereka ni hingga tidak terampun dosa. Masuk neraka.

- Wajib patuh kepada undang2 baru keselamatan negara. Tak boleh nak kata dan tulis apa dah hal yang negatif tentang umno bn. Bn elok semuanya.

- Saya (hadi) bersumpah akan membela umno dengan darah dan nyawa. Jangan main2 ye. Yang dah baiah, wajib ikut dan patuh. Kau nak masuk neraka ke?


Tanpa Nama berkata...

Ko ingat lobai2 walaun peduli semua tu

Tanpa Nama berkata...





Istilah Kaum...Istilah BANGSA
Bukan Menjadi...Tema UTAMA
QURAN Menyebut Nya...Sekali @ Dua
Agar Mengenal...Mencari PUNCA
Puncak-KBNARAN...AMANAH Yg"ESA
Antara HAQ & Batil...Mnjd GRAND-Design"NYA
Antara HAQ & Batil...Matlamat Mukjizat"NYA
Yg LURUS dan KUDUS...Terang Ber CAHAYA
Se Agung7-AMANAH"NYA...Bertakhta Di DADA
Menyuloh Yg "Keliru"...FITNAH & Nista
Songlap Men CURI..."Rahsia"pun Terbuka
"HARTA"Lah Punca nya...IBLIS Menggoda
Dengan "HARTA"..."Kuasa" pun Meng GILA!
Kuasa Mem-FITNAH...Menyamun Segala2 Nya!!





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Hayatilah TEMA...Didalam AL-Quran
Kaseh Mem-BERI...Indah Tauladan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Di Kongsi Mem-BERI...Tak Mintak Ganjaran
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Ber Kaseh Mem-BERI...Tak Mintak Di-NOBATkan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Mem-BERI Keinsafan...Menyuloh Kegelapan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Mem-BERI "Menyentuh"...Nurrani Keindahan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Semoga "Meleburkan"..."MAZMUMAH" Bajingan










Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Lihat lah NAFAS Mu..."Percuma" Di BERI
Lihat lah MATA Mu..."Percuma" Di BERI
LANGIT dan Bumi pun..."Percuma" Mem-BERI
Nabi dan Wali pun Turut...Kaseh Mem-BERI
Mengapa Ada yg Tergamak...FITNAH Men CURI?
Mengapa Tergamak...Ber ONAR yg Keji??
Mengaku Pula Islam dan "Olarmak"...Yg Mewarisi Nabi???
Bukankah Tunggang TERBALIK itu...MURTAD Yg KEJI!????
Bukankah Ber Tuhankan Nafsu-HARTA itu...SYIRIK yg Tersembunyi!?????





Sahabat AMANAH...Sahabat Budiman
Sifat Mem-BERI...Kecintaan-Nya-TUHAN
Mem-BERI Idea...Nasehat Keindahan
Mem-BERI Jalan...CAHAYA Penyelesaian
Kaseh Mem-BERI...Ibarat LAUTAN
LUAS Nya Tak Ber Tepi...NIKMAT Nya Di Gandakan
Oh! INDAH Nya Syurgawi...Yg Maha7 Meng Asyikkan
Mem-BERI dan Mem-BERI lah...Moga Kita Di Temukan




Tanpa Nama berkata...





Istilah Kaum...Istilah BANGSA
Bukan Menjadi...Tema UTAMA
QURAN Menyebut Nya...Sekali @ Dua
Agar Mengenal...Mencari PUNCA
Puncak-KBNARAN...AMANAH Yg"ESA
Antara HAQ & Batil...Mnjd GRAND-Design"NYA
Antara HAQ & Batil...Matlamat Mukjizat"NYA
Yg LURUS dan KUDUS...Terang Ber CAHAYA
Se Agung7-AMANAH"NYA...Bertakhta Di DADA
Menyuloh Yg "Keliru"...FITNAH & Nista
Songlap Men CURI..."Rahsia"pun Terbuka
"HARTA"Lah Punca nya...IBLIS Menggoda
Dengan "HARTA"..."Kuasa" pun Meng GILA!
Kuasa Mem-FITNAH...Menyamun Segala2 Nya!!





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Hayatilah TEMA...Didalam AL-Quran
Kaseh Mem-BERI...Indah Tauladan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Di Kongsi Mem-BERI...Tak Mintak Ganjaran
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Ber Kaseh Mem-BERI...Tak Mintak Di-NOBATkan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Mem-BERI Keinsafan...Menyuloh Kegelapan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Mem-BERI "Menyentuh"...Nurrani Keindahan
IDEA Nasehat...Mukjizat TUHAN
Semoga "Meleburkan"..."MAZMUMAH" Bajingan










Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Lihat lah NAFAS Mu..."Percuma" Di BERI
Lihat lah MATA Mu..."Percuma" Di BERI
LANGIT dan Bumi pun..."Percuma" Mem-BERI
Nabi dan Wali pun Turut...Kaseh Mem-BERI
Mengapa Ada yg Tergamak...FITNAH Men CURI?
Mengapa Tergamak...Ber ONAR yg Keji??
Mengaku Pula Islam dan "Olarmak"...Yg Mewarisi Nabi???
Bukankah Tunggang TERBALIK itu...MURTAD Yg KEJI!????
Bukankah Ber Tuhankan Nafsu-HARTA itu...SYIRIK yg Tersembunyi!?????





Sahabat AMANAH...Sahabat Budiman
Sifat Mem-BERI...Kecintaan-Nya-TUHAN
Mem-BERI Idea...Nasehat Keindahan
Mem-BERI Jalan...CAHAYA Penyelesaian
Kaseh Mem-BERI...Ibarat LAUTAN
LUAS Nya Tak Ber Tepi...NIKMAT Nya Di Gandakan
Oh! INDAH Nya Syurgawi...Yg Maha7 Meng Asyikkan
Mem-BERI dan Mem-BERI lah...Moga Kita Di Temukan




Tanpa Nama berkata...

Tok Him dah mula nak baik semula dengan PAS sebab pemimpin PAS yang ada sekarang semua celaru selepas kamtian almarhum TGNA kita tunggu dan lihat PRU nanti siapa yang akan kena kencing petai.

Unknown berkata...

Persamaan prinsip...1 bapa Assaybiyah 1 lagi beraliran IS...Mungkin benar ada persamaan prinsip bilamana kezaliman terhadap rakyat terus berlaku atas nama agama dan kaum...kefahaman tersesat abad ini....Mungkin tiada siapa dapat menafikan hak PAS bermurah semula bersama duda lamanya penyamun tersohor di negara ku tercinta Malaysia...Atas nama prinsip si jalang Wal penyamun di maafkan konon nya si solihin untuk bersama semula di ijab kabul kan walau pun Mutaah tidak boleh lagi tidak sah di daftarkan di negara sunnah ini..namun para Alumni Nusantara al Azhar berpendapat hukum boleh berubah lagi berubah rubah lalu mereka mengharuskan nya si Mutaah ..Kata si jalang lalu si solihinin atas kebaikan bilamana kezaliman antara mereka berleluasa...Maka rakyat di perbodohkan atas anggapan bahawa rakyat adalah sebodoh itu...walhal si lebai gurunya syaitan ayat nya ayat syaitan lalu berkata ia kepada umum akan Quran dan Hadith lalu menyesatkan akan sekalian ummah yang masih lemah pegangan dan ilmu agamanya...tetap tidak ia luar tabii bIla mana Quran menyatakan dengan jelas lelaki yang baik untuk wanita yang baik...Dan sebaliknya...Maka telah berleluasa lah kefahaman agama di sesatkan yang selain darinya.

Anti Fitnah berkata...

pas ... Pas ... PAS ... Pas ... pas ...
Dari huruf kecil jadi huruf BESAR dan pulang ke asal.

Tanpa Nama berkata...

Kerjasama PAS dan AMNO adalah kehendak pucuk pimpinan PAS UG, Amanat HADI hanyalah satu penipuan terhadap akhl PAS termasuk aku. Aku seorang ahli Pas tegar terpaksa dan dipaksa ikut kehendak pimpinan PAS terkini, kalau PAS ingin masuk dalan tong taik AMNO untuk membantu membersihkan pengelewengan NAJIS, aku tidak sanggup dipergunakan atau di peralatkan.

Tanpa Nama berkata...

PAScai akhirnya jd fitnah utk Islam akhir zaman..

Tanpa Nama berkata...

pemimpin pas tu pergi ke AGM Perkasa.

bukan perkasa yg datang ke majlis PAS.

itu bukti bahawa pas lah yg merengek simpati
dpd perkasa.

kalu puak setara perkasa yg pemimpinnya berahim
itulah pas dtg merafak sembah, terbutki pas begitu
lemah dan celaru.


klu dlm politik malaysia ini, perkasa dan berahim
hanyalah badut politik yg memeriahkan suasana
semata2.

tp pas begitu seriuos utk merafah sembah perkasa.

eloklah perkasa bertanding jadi presiden pas pula.

Abdul Said berkata...

Presiden PAS ibarat orang yang sedang hanyut dan tenggelam timbul dalam sungai. Orang nak lemas akan bergayut atau mengapai kepada apa sahaja yang lalu termasuk kepala taik!!