27 Nov 2015

PAS Kini Ada Ramai Remaja Usia Serendah 13 Tahun Jadi Ahlinya...

Pas lancar gerakan jadi ahli umur 13 tahun

KOTA BHARU - Pas melancarkan gerakan menjadi ahli di usia muda dengan membuka keahlian seawal 13 tahun dalam misi memantapkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ia menggambarkan betapa kuat dan mantapkan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.

“Sejak ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini, keahlian Pas sudah mencecah 1.6 juta, dan kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.


“Ia juga akan menggambarkan betapa hebatnya perjuangan Islam di negara ini,” katanya dalam ucapan aluan sempena pelancaran gerakan menjadi ahli di awal usia di sini, kelmarin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, gerakan menjadi ahli di usia muda dilancarkan buat pertama kalinya di negeri ini sempena Sambutan 60 Tahun Kerajaan Pas Kelantan di sini, malam tadi.

“Berdasarkan perlembagaan, lima syarat melayakkan seseorang menjadi ahli Pas, iaitu, Islam, warganegara, cukup umur mengikut hukum syarat (Pas menetapkan umur minimum menjadi ahli ialah 13 tahun) selain mengaku menerima serta taat kepada perlembagaan parti, peraturan, arahan dan keputusan parti dari masa ke semasa.

“Manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, majlis pelancaran yang disempurnakan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad turut menyaksikan kira- kira 1000 borang diagihkan sebagai permulaan.

“Ahli yang menyerahkan borang dalam tempoh seminggu bermula hari ini akan mendapatkan keahlian percuma manakala penyerahan (borang) selepas tarikh ditetapkan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5 dan RM3 untuk yuran tahunan,” katanya. -SH

ULASAN GB

Demikian terdesaknya PAS sehinggakan yang masih berumur 13 tahun pun, yang belum akil baligh didaftarkan sebagai ahli PAS.

Patutlah borang keahlian PAS tebal menebal diserahkan rupa-rupanya pendaftaran budak-budak yang masih dibangku sekolah pun ada. Alasannya: kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.

Nak tunjuk kuat rupa-rupanya sehingga sanggup mendaftarkan remaja seusia 13 tahun sebagai ahli. Supaya nampak ramai. Tapi ramai nak buat apa jika tak boleh mengundi?

Dan itu sebabnya mengapa kita juga hairan terdapat foto-foto di dalam majlis beberpa majlis baiah terdapat mereka yang muda belia mengangkat tangan di depan Presiden. Rupa-rupanya remaja-remaja belasan tahun yang belum mengerti apa itu politik didaftarkan sebagai ahli. Kena berbaiah pula.


Mungkin ini satu taktik baru PAS supaya dilihat ribuan telah menyertai PAS sedangkan mereka yang menyertainya rupa-rupanya yang belum akil baligh dan belum layak mengundi. .

p/s ada juga ahli-ahli PAS yang merungut... kenapa blog GB asyik hentam PAS ajer... senang jawabnya... PAS dari yang paling atas sampai ke bawah sentiasa meneyerang AMANAH. AMANAH pula belum ada media untuk menjawab semula semua cacian & fitnah mereka. Justeru itu GB dan blogger-blogger yang sedar perlu menggalas tanggungjawab itu... Harakahdaily misalnya, hari-hari hentam, fitnah dan kutuk AMANAH, secara tersurat atau tersirat.... itu tak apa?

49 ulasan:

Unknown berkata...

Selagi PAS masih cakap tidak serupa bikin..
Selagi itulah PAS akan di bantai..

Alahai Takiyuddin..tak malu ke nak heret budak2 yang masih bersekolah? Kalau mereka gagal, tidak lulus peperiksaan dan di buang sekolah dek kerana gila gi demostrasi..siapa nak jawab?

IbnAbdHalim berkata...

Pas patut cari semua ahli yg mengandung dan daftar janin mereka sbg ahli.

Tanpa Nama berkata...

Bagi peluang budak budak belajar dulu.

air gunung berkata...

Aku risau ditarbiiyyahkan utk anjingbabitololkhianatbaruasalakmunafiqkan lawan.
Bebudak senang dibasuh kepalahotaknya utk taksub....entahlah PAS oiiiii...lebih baik tubuh unit mcm pengakap...ni jadi ahli....kesiannnyeeer

Gedohom berkata...

apa yg budak2 ni bolih buat, nak beli 'topup' h/p pun mintak duit dari mak/bapak, kalau setakat nak tunjuk ramai ahli tu mungkin tercapai lah cita2 tuang presedeng.

Anonymous berkata...

Dari usia seawal 13 tahun, adilkah budak-budak ini dan wajarkah bagi mereka memahami dan menghayati salah satu syarat daripada perlembagaan Pas iaitu "selain mengaku menerima serta taat kepada perlembagaan parti, peraturan, arahan dan keputusan parti dari masa ke semasa". Kena baiah pulak lagi.. herm...

IrWrWs berkata...

Tak perlu irihati.. sapelah yg sanggup jadi ahli parti macai dap..

Tanpa Nama berkata...



Bila budak-budak umur 13 tahun berpacaran kata belum matang. Bila remaja umur 13 tahun nak berkahwin macam-macam tentangan. Sedangkan dunia politik lagi dahsyat dari dunia bersuami-isteri.

Ya lah kan Saidina Ali as pun masih budak bila masuk Islam...

Tanpa Nama berkata...

Memang patut dap menghentikan bantuan kpd SAR milik pas. Jgn salahkan dap tapi salahkan pas sendiri.

Unknown berkata...

Pas semakin melalut dan hilang arah

Unknown berkata...

SALAM

Bila terbaca artikel di atas teringatkan saya tentang keahlian umno saya yg di register oleh bapa saya semasa awal 80'an dulu.Masa tu sedang remaja,pengikut setia ketua pemuda umno Najib,kami di bawa berarak di padang TCPA kg baru KL.Tujuannya nak buat kacau ala 13 mei,setiap kami ada yg bawa parang ,pisau kontot,tujuannya nak mengamuk bunuh cina di Chow kit...hahaha..semasa ucapan Najib berdegar2 didepan darah muda,hujan renyai2..tak sampai sejam berucap beliau beredar.selesai ucapan kami pemuda2 menunggunya di luar sana untuk memulakan perarakkan di chow kit...Teringat semangat masa itu"Idup melayu".."mampus cina" lu 'baliklah pendatang"tunggu punya tunggu najib dan mat taib tak juga sampai.Kecewanya kami terus pulang kerumah masing-masing.selepas 2/3 minggu kami dengar najib di tangkap "berkalwat" di sebuah hotel ming court di port dickson bersama artis popular.Hahahahha ini macam punya orang pun ada.
keahlian saya dlm umno masih lagi ada.sampai kini.tiap2 tahun terima ucapan selamat harijadi. Bila PKN/PKR ditubuhkan umno sibuk buat puteri umno dan putra umno.sekarang apa dah jadi.puteri umno masih idup nyawa2 ikan ,sementara putera umno dah pun lesap.umno masih kata ahlinya ada >3juta orang.keluarga saya yg totok umno habis sudah menyeberang.
so moral of the story,kita tak menafikan Quantity,tetapi yg lebih penting adalah quality ahli-ahli itu sendiri.Kita kena belajar daripada DAP,ahli mereka tak ramai pun,kalau tak silap terbaru,ahlinya tak mencecah <400,000.Tapi mereka boleh control satu negeri dan menjuarai MP Parlimen.salah satu kekuatan DAP,ahli-ahli mereka boleh menegur pemimpin2 mereka,pemimpin2 mereka boleh mengkeritik ahli-ahli dalam usaha pembaikkan parti,kalau kita orang luar nampak macam bergaduh,macam kurang ajar..jadi kalau sape tak setuju ,gentlement keluar parti,bagi orng lain yg berkelayakan menerajuinya.Parti mereka masih hebat hingga sekarang.Mereka terlalu menitik-beratkan desiplin.Bila president pas join PR,DIADAKAN MEETING tahunan majlis president2 parti,kerap kali president PAS ponteng,telah biasa ahli-ahli DAP bertanyakan pada pemimpin mereka ,tak tegurka presidint pas kenapa selalu ponteng?,kenapa selalu melanggar perjanjian bertulis setelah dipersetujui? Itu yg pemimpin DAP tak tahan,dan highlightkan issue ini, tapi tuang presidet buat "PEKAKBADAK" jer.Sebab dalam PAS ,pemimpin adalah "MAKSUM".Di sinilah keretakkan PR,bermula,umno "TERHIDU"akan kelemahan PAS,maka terjadilah seperti hari ini.
Sekarang umno gunakan tektik yg sama utk RETAKKAN pemimpin2 PH.
insyallah yg penting sekarang ramai pemimpin2 amanah,PKR seprti rafizi,kamaruddin jaafar,terbaru saifuddin abdullah PEKA akan keadaan ini.Wan azizah,mat sabu dan lim kit siang faham diatas perkara2 ini.
sebagai ahli biasa,mengiratkan amanah/pkr/dap adalah agenda yg utama.Biarlah apa yg umno/pas nak kata.Manusia diciptakan allah terlalu banyak kekurangan,terutama keinginan dan fikiran masing2 yg berbeza.Jika ini dapat diatasi insyallah kesilapan PR dapat diatasi.

wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Parti anak2 semalaysia

Tanpa Nama berkata...

budak-budak umur 13 tahun ni manalah nak cekau duit yuran masuk RM5 dan yuran tahunan RM3? makan minum pun mak babak tanggung. Tujuanya semata-mata bila ada ceramah budak-budak ini akan digunakan bawa uncang atau kampit plastik untuk pungut derma dan bila ada majlis seperti mesyuarat-mesyuarat budak-budak ini akan disuruh cuci pingan mangkok....tu je lah yang mereka boleh buat pun.

Tanpa Nama berkata...

Kena buang skolah takpe...asalkan istiqomah sampai dapat kemenangan

Tanpa Nama berkata...

Bermain dengan api. Ketika usia yang belum cukup matang, harap mereka tidak didedahkan dengan fahaman yang keras dan melampau. Jika itu berlaku, kita akan berhadapan dengan satu lapisan generasi yang keras dan jumud dalam percaturan kehidupan. Apapun boleh berlaku, apa kata jika anak anak berkenaan sedar pada usia remaja yang mereka telah didakyahkan dengan fahaman yang keras dan melampau dan merasa tertipu. Maka mereka akan selamanya merasa benci dan meluat dengan politik kepartian berasaskan Islam. Harap juga itu tidak berlaku. Sesungguhnya Islam itu adil, santun melindungi menyelamat dan segala panduan terhadap tatacara kehidupan di muka bumi ini. Sebarkanlah Ia dengan kasih sayang dan berlembut. Tiada yang paling indah melainkan kemaafan dan kemuafakatan. Perbezaan hanyalah naluri masing masing, namun peganglah yang satu. Moga yang bertauhid pada yang Esa akan mampu menyatu.
Jika difikir sedalam laut paling dalam pun, namun gagal bernaung dalam hidayah petunjuk Ilahi amatlah sia sia penghidupan yang diberikan. NikmatNya melata, hiruplah sepuasnya tapi awas..jangan sampai terbabas.huhuhu
CU@There.

Tanpa Nama berkata...

Jika budak-budak berusia seawal 13 tahun menjadi ahli PAS, alangkah seronoknya Wan Rosli sebab dia akan dapat ramai kawan-kawan yang sewaktu dengannya.

Unknown berkata...

Dapat rasakan kaedah ini akan menjauhkan pas dr rakyat malaysia...rasanya kalau golongan pertengahan keatas.. sukar menerima kaedah ini. Mungkin pas akan menarik diri sebagai parti politik kot...akan jadi badan dakwah..

Hamba penasihat berkata...

saya cadangkan PAS menubuhkan atau menambahkan dua dewan lagi iaitu dewan ahli muda(yg tak boleh mengundi yg berumur dari 13 hingga 20 thn) dan dewan anak-anak kecil(yg berumur dari 7 hingga 12 thn).Insya Allah ahli pas akn bertambah hingga 3juta org dlm masa yg singkat.Syarat untuk menjadi ahli ini cukup mudah iaitu borang keahliannya hanya perlu diisi oleh ibubapa penjaga sahaja.Mulakan dengan anak2 ahli pas dahulu.Harap cadangan ini dibawa kepengetahuan tuan presiden dan menantu2nya kerana majlis presiden dan menantu adalah majlis tertinggi dalam pas sekarang.Jgn takut pada undang2 negara sebab umno tak akan kacau sebab pas umno dah satu company cuma belum register lagi.YG keduanya saya cadangkan yuran pendaftaran dan keahlian bagi dewan ini dimansuhkan dan mereka ini hanya perlu membayar yuran bila umur dah 21 tahun.Harap cadangan ini diterima dan dilaksanakan tanpa kelulusan muktamar sebab muktamar pas sekarang hanyalah sebagai majlis mesyuarat agong pusat sahaja yg mempunyai misi dan visi hanya satu saja iaitu KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH........

Abdul Said berkata...

Taat kepada Allah swt dan Rasulullah saw memang wajib dan terpuji. Namun untuk taat kepada parti, kirim salam. Kalau dapat presiden parti yang nyanyok, cakap bolak balik, suka mencaci, angkuh dan kaki ponteng baik tak payah. Parti pulak bertambah kecoh. Presiden cakap lain, timbalan cakap lain dan naib presiden cakap lain. Betul-betul macam kandang muhibah. Semua ternakan ada dan berbunyi ikut bahasa mereka!!

zaki berkata...

Apabila geng progresif tinggalkan pas maka tukang gantung bendera dan poster parti sudah hampir pupus jadi wajar ambil budak sekolah untuk gantikan tugas yang ditinggalkan . Nak harapkan tuang presideng tak boleh sebab dia tu ulama mana boleh buat kerja bodoh tu sidang parlinen pun selalu tuang walaupun sebagai ahli parlimen dia di bayar gaji untuk menghadiri sidang parlimen mohon laknat kepada sesiapa yang mengabaikan tugas yang diamanahkan

Tanpa Nama berkata...

Jaga2 dalam ruang komen ni ada seorang munafiq yang tulis.terkenal sungguh dia ni.dia mabuk pil kuda.dia tak nampak kebenaran ,kepala nya dah dirobotkan ,ikut aje apa presisn kata dan suruh buat ,tapi sebenarnya dia adalah ejen Umno untuk memecahkan Pas .dia ialah Wan Rosli nampak aje bodoh tetapi bangang ,

Tanpa Nama berkata...

Dah melalut parti PAS nih....

Tanpa Nama berkata...



Jika tujuan nya ialah untuk pungut derma, disuruh cuci pingan mangkok, tampal poster dan gantung bendera, itu dikira boleh di terima.

Tapi dengan perangai dan sikap Zuhdi, Din Ayam dan geng Gagak Hitam, dilihat lebih ke arah melastik petugas parti lain yang sedang menampal poster, menurunkan bendera dan menconteng banner.

Ini memang dah ikut cara Perkasa yang terkenal dengan menguna remaja ketika menganggu perhimpunan di mahkamah Tinggi semasa kes rayuan Anwar. Adakah remaja-remaja ini akan di beri kursus sekurang-kurangnya 2 minggu yang di kendali kan oleh Perkasa ?

Kalau tidak apa sebab Hj Hadi peluk Ibrahim Ali?

Tanpa Nama berkata...



Ada sebab Pemimpin Tertinggi PAS membuka keahlian se awal 13 tahun.

Penyakit sewel semakin teruk dikalangan pemuda PAS. Ada yang berdebat sorang-sorang dan ada yang menjerit-jerit depan rumah orang. Ada yang bertanya soalan yang tidak ada kaitan dengan perbahasan.

Ada kah langkah membuka keahlian kepada remaja berumur 13 tahun di maklumkan dan dibincangkan dengan PJ Negeri selain dari Perak dan Kelantan ?

Tanpa Nama berkata...



Apabila seseorang penyanyi itu membawa sesebuah lagu, sekiranya kita dapat feel (penghayatannya) bermakna penyanyi tersebut berjaya membawa lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Begitulah dengan komen Wan Rosli.

Unknown berkata...

Mungkin Takiyuddin boleh jadikan Wan Rosli ketua bagi budak2 ini..

Tanpa Nama berkata...

Sapa je yg nak iri hati??

Wan Rosli macai tegar MIC....kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

Nasihat untuk remaja-remaja tersebut.

Ambil pengajaran dari kes Memali. Pengorbanan mereka yang terkorban menjadi sia-sia belaka apabila Hj Hadi membawa PAS berkerja dengan UMNO.

Kesengsaraan penyokong PAS di Perak semasa rampasan kuasa di mana mereka di penjarakan tidak dihargai oleh pemimpin PAScai.

Jasa dan khidmat pemimpin yang meninggalkan PAS dan menubuh Amanah telah di tolak dengan menguna cara cai.

Nasihat supaya jangan berbaik dengan UMNO dan cara berpolitik TGNA tidak di ambil ikhtibar oleh Hj Hadi dan pemimpin UG dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...



Buat ahli-ahli PAS yang merungut.

Apa yang PAS buat banyak yang dah tidak betul nya.
Kenyataan-kenyataan pemimpin PAS tidak konsisten.
Presiden PAS telah hilang kewibawaan sebagai Ketua.
PAS main tarik-tali mengenai kerajaan Perpaduan dengan UMNO.
PAS semakin lemah dan kebelakang akibat perangai pemimpinnya.

Hentam ? Hentam ini kerja orang yang suka-suka cari pasal atau dah tidak ada kerja yang lebih berfaedah. Buat lah penilaian sendiri, baca Harakah dan baca blog GB. PAS bantah TPP tapi sokong GST sedangkan kedua-dua nya menyusahkan rakyat.

Unknown berkata...

Alahai wan rosli...kenapa kamu begitu bangang krn pertahan kentot busuk Hadi??Mengapa pas seperti anjing kurap yg kelaparan...?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya bukan umur 13 th..
Tetapi...
Sebaik shj masuk PASTI
terus daftar ahli PAS....
senang2 jadi PAS cai....
So... boleh lah anak cucu cicit ciat $$$$ ROSLI dan seumpamanya daftar masuk ahli PAS....
LAMA KELAMAAN JADI...
parti berpasukan bukan berUG dgn UMNO dan seterusnya transform kepada...
PAS parti tok' cha kg ketik buloh....

Tanpa Nama berkata...

kambing uta dan babi dlm bukit pun nk jadi ahli juga

mana borangnya...

tk lama ahli PAS ada dlm 2.6 billion... parti terkuat dlm dunia

budak2 tu akan diterap doktrin khawarij dan syiah.. ini amat bahaya.

mereka akan lebih taksub dgn hj hadi dan akan ikut apa saja perintah atas nama jihad.

tp takpe .... kita akan lihat hasilnya apa pas nk gunakan budak2 tu.

jika membawa keburukan maka akan menjadi isu nasional dan pas pasti akan dipersalahkan

Tanpa Nama berkata...

Sokong omakkau teruskan perjuangan Yg Amanah.Pas sudah lari dr hajat asal pas yg diAmanahkan.Skrg dganti dgn parti Amanah yg belum ada lagi paper/Lidah rasmi AMANAH..haraqah dh ganti utusan lidah pembelit dan fitnah... Harap Amanaah percepatkna penubuhan media Amanah.Ramai menungggu update2 amanah xkira la paper atau pun online...

Unknown berkata...

Wan rosli mengambil alih fungsi umnongok dgn hujah dap dap dap. Tiada hujah kukuh melainkan kaitkan dgn dap dap dap. Nak tanya wan rosli dap kah yg mengenakan gst pd rakyat ?

Benbrahem berkata...

Satu pandangsn dan analisis yang benar terhadap sistem perhambaan yang akan berlaku dalam jemaah.ini.nanti!

air gunung berkata...

Betullah tu S.ali,ibn abbas,ibn umar,ibn zubair,Sydt Aa'isyah r.anhm islam dr kecik.cuma diaorg x isi borang jer....x ada kad ahli yg dibenarkan perlembagaan utk masuk,keluar dan berhenti jd Islam.

Tanpa Nama berkata...

Bila baca part jumlah keahlian Pas 1.6 juta, saya lantas merujuk semula rekod pencapaian Pas pada PRU 13.

Jumlah undi yang diperolehi Pas pada PRU itu ialah 1,633,389. Bila dibandingkan dengan angka bilangan ahli Pas seperti yang didedahkan oleh Takiyudin, bermakna Pas tidak berjaya mendapat undi daripada pengundi bukan ahli. Hanya ahlinya sahaja yang mengundi Pas.

Pada PRU 12 pula, Pas mendapat 1,140,676 undi manbakala pada PRU 11 Pas dapat undi 1,051,480 dan pada PRU 10 Pas dapat undi 994,279

Pertambahan undi Pas nampak macam statik sejak PRU 10 - PRU 11 iaitu 57,201. Bertambah sebanyak 89,196 pada PRU 12 dan ada sedikit peningkatan sebanyak 492,713 pada PRU 13.

Sekarang mari kita lihat prestasi parti PKR pula bagi tempuh yang sama.
Pada PRU 10, PKR dapat 773,679 undi.
Pada PRU 11, PKR dapat 617,518 undi - merosot 15,616.
Pada PRU 12, PKR dapat 1,509,080 undi bertambah sebanyak 891,562.
Pada PRU 13, PKR dapat 2,254,328 undi meningkat sebanyak 745,248.

PKR seperti diketahui umum mempunyai ahli tidak sampai 1 juta tetapi mampu meraih sekali ganda undi daripada jmulah ahlinya bermakna orang yang tidak berparti dengan mudah mengundi parti itu.

Tidak seperti Pas, hanya ahlinya saja yang mengundi.

Kesimpulannya, jumlah ahli sesuatu parti tidak menjamin parti itu mendapat undi yang besar. Sebaliknya dasar parti, personaliti pemimpin parti, pendekatan parti serta penampilan dari segi akhlak pemimpin parti mampu menarik bukan sahaja ahli berdaftar malah pengundi bebas memilih dan mengundi parti tersebut.

Oleh itu kita boleh abaikan perhimpunan mega yang penuh dengan retorik untuk mempamirkan kononnya ceramah parti itu dihadhiri berjuta-juta penontan menggambarkan parti itu kuat pada masa PRU. Fakta menunjukkan itu semua karut.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kalau dilihat dari sudut pemikiran sahala, Pas dilihat bijak kerana menerima ahli-ahli baharunya seawal usia 13 tahun. Pas dilihat berusaha untuk meremajakan partinya. Pimpinan Pas dilihat mempunyai wawasan yang jauh. Pas bakal merekrut ahli-ahlinya yang masih hijau, sehijau benderanya. Remaja yang berusia 13 tahun belum matang lagi pemikiran, dan terlalu mudah untuk didoktrinkan dengan perjuangan parti. Usaha ini dilihat untuk melahirkan lebih ramai lagi ahli-ahli parti yang bersifat "walaqun". Langkah ini juga dilihat akan menghasilkan ahli-ahli yang dengan mudah ditanamkan kepercayaan bahawa pimpinan mereka adalah dari kalangan manusia "suci dan maksum". Bagaimana ahli-ahli al-Arqam taksub kepada Syeikhul Ashaari Muhammad, begitu jugalah ahli-ahli Pas akan akan menganggap presiden parti mereka sebagai "kasyab". Pas ganti Umno dalam isu penyelewengan, dan Pas ganti al-Arqam dalam ketaksuban kepada pemimpin mereka pasti akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat.

Jika dilihat dari sudut pandangan organisasi pula, Pas perlu menubuhkan Dewan Remaja Pas. Para remaja Pas ini boleh mengundi untuk menentukan barisan kepimpinan parti. Tidak hairanlah satu ketika nanti, salah seorang pimpinan tertinggi Pas adalah remaja. Harap-harap remaja yang menjadi pimpinan tertinggi Pas ini tidak terkandas dalam PT3 dan SPM! Lainlah kalau barisan Dewan Remaja Pas ini dari kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok, kerana sekolah-sekolah pondok tidak ada peperiksaan formal.

Umno dan Pas masing-masing sibuk menammbah ahli-ahli parti. Ahli-ahli Umno yang kononnya berjumlah 3.5 juta dan ahli-ahli Pas yang berjumlah 1.4 juta tidak semua menjadi pengundi. Syarat keahlian Umno ialah 18 tahun dan syarat keahlian Pas kini diturunkan kepada 13 tahun. Syarat kelayakan pengundi di Malaysia pula ialah berumur 21 tahun dan ke atas. Apa signifikannya mempunyai ahli yang ramai, tetapi sebilangan besarnya tidak menjadi pengundi. Lihatlah DAP, parti ini tidak ghairah mencari ahli, tetapi mereka berusaha gigih mencari penyokong-penyokong parti yang menjadi pengundi. Harap-harap AMANAH mempunyai ahli-ahli dan penyokong-penyokong yang ramai dan sekali gus menjadi pengundi.

Sejak mutahir ini banyak sindiran diberikan kepada parti ini. "Pas For All" sudah ditukar kepada "All for Pas" apabila Pas dikaitkan dengan kekemarukan mempertahan jawatan dan habuan politik di Selangor dan Pulau Pinang. "Pas ganti Umno" ternyata benar apabila nazir-nazir masjid yang menjadi pendokong Pas tidak membenarkan ustaz-ustaz bertauliah yang kini menyokong AMANAH memberikan kuliah-kuliah di masjid. Ketua-ketua kampung Pas kini sudah tidak membantu dan menyantuni anak-anak buahnya yang pro AMANAH. Apakah Pas kini sudah menjadi Parti Anak-anak Sekolah? Walaupun Pas kini dibukakan keahlian kepada remaja, diharapakan pimpinan Pas tidak bertindak seperti remaja yabng kurang matang dan masih hingusan.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli,

Tak ada siapa yang sakit hati, tiada yang cemburu. Cuma apakah logiknya menyeret budak umur 13 tahun ke kancah politik sedangkan mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Lagi pun tak boleh mengundi pun budak-budak tu. Lainlah kalau Pak-Pak Lebai nak rekrut budak-budak tu jadi calun bini muda bila dah cukup umur....dasar pak lebai gatai pliaq!

Mostachios berkata...

Kesian.. PAS sekarang dah jadi parti budak2... patutlah minda kebanyakan pemimpin2 tahap kebudak2an.. jom tarik semua kanak2 sekolah menengah jadi ahli, barulah nampak seronok pasal dapat ahli lebih 4 juta.. kalahkan bumno..wkwkwk...

Unknown berkata...

Ketua kanak kanak pas...

rizal berkata...

ini bkn irihati, tp gelihati... cerdik xblh diikut, bodoh xblh diajar....

Hamba Penasihat berkata...

Berkenan ahli pas di buka seawal 13 thn ni ada seperkara yg ditakuti ialah bilamana mereka ni dah meningkat usia lebih 21 tahun nanti pastinya minda mereka akan berubah dan mungkin ramai yg sudah tidak lagi menjadi ahli pas dan menyertai parti lain edangkan mereka dah berikrar akujanji.Apakah hukumnya?Sekarang yg keluar pas dituduh pengkhianat,jibon,munafik haraki dan macam2 hingga ada yg mengatakan kafir dan presiden kata kena dihapuskan....cuba pakat2 fikir..apakah nanti ramai pemuda malaysia nanti yg akan dihapuskan....?

Tanpa Nama berkata...

Alahai pas dah jadi mcm pertubuhan al arqam,guna budak budak utk kerja jual brg,ketua goyang kaki sambil kutip.hasil dan bersukaria.

Tanpa Nama berkata...

Daftar dgn uri2 baby tu sekali,cepatlah dapt ramai ahli.

Tanpa Nama berkata...

Kecik kecik lagi dah jadi sesat..sepatutnya biarlah budak2 tu belajar dulu termasuk pejaran agama islam sebenar dulu baru dia boleh bezakan yg mana betul dan yg mana sesat.

Tanpa Nama berkata...

Pas adalah parti paling korup di dunia..seluruh dun8a bila terbaca keahlian pas,ketawa berguling guling...kelakar dan bodohnya pemimpin pas keeana beri idea idea kartun

Tanpa Nama berkata...

ADUHAI BUDAK REMAJA PUN U NAK BELASAH. KALAU IKUT STYLE PAS KALAU BLH DARI KECIL MESTI DI BRAINWASH, DAH MCM ISIS DAH YG PAKSA BUDAK KECIL JADI TENTERA PEGANG AK47. BERINGAT SIKIT LU PUNYA TANGUNGJAWAB BUKAN SHJ DI AKHIRAT SHJ BAHKAN LU ADA TANGUNGJAWAB DI DUNIA NI. DO NOT FORGET OUR RUKUN ISLAM U PAS IS SAME LIKE US. RUKUN ISLAM 5 PERKARA SUDAH JELAS DAN BERSULUH 3 OUT 5 IS FOKUS ON ILMU AGAMA, 2 OF 5 IS MEMERLUKAN ILMU DUNIAWI BARU DPT LAKSANAKAN TANGUNGJAWAB KITA SEORG ISLAM. A REAL MUSLIM MESTI BALANCE ON BOTH ILMU AGAMA DAN DUNIAWI. FOR THOSE YG ADA ANAK REMAJA KUKUHKAN BOTH ILMU AGAMA DAN DUNIAWI KRN ZAMAN SKG PERLU MANTAP KEDUA-DUA ILMU, BARU DI MASA AKN DTG BLH SURVIVE. REMEMBER APA YG KITA HADAPI SKG WILL ALWAYS NOT BE THE SAME WITH OUR SON WILL FACING DI MASA AKN DTG. SO PLZ TEACH BOTH KNOWLEDGE AGAMA DAN DUNIAWI TO YOUR SON AND DAUGHTER. WALAHUALAM.