AMANAH sedia ganti PAS di Kelantan, kata Mat Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam semalam.
Mat Sabu berkata pada masa ini, AMANAH akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.
"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. - Bernama
ULASAN GB
Sungguh menghairankan sekaligus melucukan apabila kita membaca kenyataan KP PAS Kelantan.
Dia nak menyalahkan AMANAH jika PAS tewas di Kelantan kononnya penyertaaan AMANAH di dalam pilihanrayadi Kelantan akan memberi kemenangan kepada BN.
Sedarkah beliau bahawa sekarang ini rakyat khususnya yang tinggal di Kelantan telah jelak dan jelek dengan sikap pemimpin PAS Kelantan yang angkuh, sombong dan hidup dengan penuh keduniaan setelah ketiagaan TGNA? Mereka yang menyertai AMANAH di Kelantan kini mencecah hampir 12,000 orang walaupun AMANAH baru dilancarkan hanya 2 bulan yang lalu, sekaligus menjadi negeri yang paling ramai menyertai AMANAH?
Beliau juga menyatakan "tujuan sebenar AMANAH ditubuhkan iaitu untuk menentang PAS sekalipun implikasinya memberikan kemenangan kepada UMNO / Barisan Nasional". Tiada siapa yang berkata begitu kecuali PAS sendiri yang merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran AMANAH. Tujuan AMANAH bukan untuk menentang PAS, tetapi bertahaluf dengan parti-parti rakan komponen Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS! Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu, iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN. PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS mahu bersendirian. Silakan, tetapi jangan menuding orang lainjika tewas di dalam PRU
Fadhli juga seperti mendedahkan pekung sendiri apabila menyatakan "Adakah Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga ia wajib ditentang juga oleh parti yang mendakwa berteraskan Islam? Jika didakwa ada penyelewengan, adakah ia dibuktikan oleh saluran undang-undang yang sah?"
Kita jawab "YA" Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam dan wajib ditentang habis-habisan. Sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM mengenai kes pembalakan di Kelantan. Malah penderitaan guru-guru YIK yang wang caruman mereka dirompak oleh kerajaan Kelantan sekarang di dalam perhatian pihak berkuasa. "Membangun Bersama Islam"kah jika wang gaji yang dipotong dari kakitangan YIK tetapi tidak dimasukkan ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)?
KWSP sepatutnya sudah boleh mengheret kerajaan Kelantan ke mahkamah kerana kegagalan caruman KWSP. Ia adalah staturi dan majikan boleh dipenjarakan mengikut undang-undang sedia ada.
Ingat jika Kelantan tewas di dalam pilihanraya akan datang, ia bukan salah orang lain, jauh sekali AMANAH. Ia salah kamu sendiri!
"Wahai Manusia, bencana apa saja yang menimpa diri kalian, maka bencana itu adalah hasil kerja tangan-tangan kalian. Namun demikian amat banyak kesalahan-kesalahan kalian yang dimaafkan oleh Allah." (As-Syura': 30)
Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam semalam.
Mat Sabu berkata pada masa ini, AMANAH akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.
"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. - Bernama
Pemuda PAS Kelantan sedia hadapi PAN
1. Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad bin Sabu bahawa parti tersebut bersedia untuk menggantikan PAS mentadbir kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihan raya umum yang akan datang hanyalah menyerlahkan tujuan sebenar parti itu ditubuhkan. Ia hakikatnya bukanlah satu kenyataan yang mengejutkan bahkan sudah dijangka sekian lama sekalipun selama ini beberapa pemimpin parti tersebut menegaskan bahawa penubuhan parti baru itu bukannya untuk menentang PAS.
2. Saya mengalu-alukan kenyataan Mohamad bin Sabu atas semangat dan amalan demokrasi. PAN berhak untuk memilih mana-mana kerusi di Kelantan untuk bertanding bahkan Mohamad bin Sabu sendiri tidak dihalang untuk bertanding di negeri ini sebagaimana yang pernah ditandinginya semasa berada di dalam PAS. Dengan pengumuman terbaru ini, PAN secara rasminya telah mengambil alih tugas UMNO untuk menentang PAS di negeri ini.
3. Namun suka untuk dinyatakan bahawa Pemuda PAS Kelantan bersedia untuk menggerakkan kempen dan gerak kerja secara serius bagi memastikan lawan PAS di Kelantan sama ada bernama UMNO atau PAN akan tewas di dalam pilihanraya. Sekalipun mungkin ancaman dari pihak PAS ini tidak dilihat serius, namun saya ingin mengingatkan bahawa di dalam politik, tidak ada lawan yang kecil. Semua lawan adalah besar dan wajib dipandang serius.
4. Hakikatnya, kenyataan Presiden PAN itu mengesahkan bahawa itulah tujuan sebenar PAN ditubuhkan iaitu untuk menentang PAS sekalipun implikasinya memberikan kemenangan kepada UMNO / Barisan Nasional. Adakah Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga ia wajib ditentang juga oleh parti yang mendakwa berteraskan Islam? Jika didakwa ada penyelewengan, adakah ia dibuktikan oleh saluran undang-undang yang sah? Barang diingat bahawa logiknya kerajaan UMNO/Barisan Nasional pastinya tidak akan membiarkan sebesar kuman pelanggaran undang-undang sekiranya dilakukan oleh PAS di Kelantan.
5. Ketika UMNO sedang melancarkan kempen 'Kelantan Milik BN PRU14', PAN hadir pula sebagai lawan PAS. Saya rakamkan tahniah kepada DAP di Pulau Pinang yang dilihat sangat sempurna di mata PAN sehingga tiada niat dan sebarang kenyataan untuk PAN turut bertanding kerusi DAP atau sekurang-kurangnya bertanding di Pulau Pinang. Tahniah juga kepada UMNO Kelantan kerana mendapat bantuan untuk menentang PAS dari sumber yang barangkali tidak diduga ini.
6. Dengan kenyataan Mohamad bin Sabu ini, jelaslah kepada rakyat Kelantan siapakah yang akan memberikan keuntungan politik kepada UMNO. Ia memudahkan untuk rakyat membuat keputusan awal bermula sekarang berhubung undi di dalam pilihan raya umum nanti.
7. Di antara PAN dan PAS, rakyat tentunya dapat menilai dengan adil, siapakah yang akan lebih tegas mempertahankan prinsip Islam di dalam pentadbiran.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
ULASAN GB
Sungguh menghairankan sekaligus melucukan apabila kita membaca kenyataan KP PAS Kelantan.
Dia nak menyalahkan AMANAH jika PAS tewas di Kelantan kononnya penyertaaan AMANAH di dalam pilihanrayadi Kelantan akan memberi kemenangan kepada BN.
Sedarkah beliau bahawa sekarang ini rakyat khususnya yang tinggal di Kelantan telah jelak dan jelek dengan sikap pemimpin PAS Kelantan yang angkuh, sombong dan hidup dengan penuh keduniaan setelah ketiagaan TGNA? Mereka yang menyertai AMANAH di Kelantan kini mencecah hampir 12,000 orang walaupun AMANAH baru dilancarkan hanya 2 bulan yang lalu, sekaligus menjadi negeri yang paling ramai menyertai AMANAH?
Beliau juga menyatakan "tujuan sebenar AMANAH ditubuhkan iaitu untuk menentang PAS sekalipun implikasinya memberikan kemenangan kepada UMNO / Barisan Nasional". Tiada siapa yang berkata begitu kecuali PAS sendiri yang merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran AMANAH. Tujuan AMANAH bukan untuk menentang PAS, tetapi bertahaluf dengan parti-parti rakan komponen Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS! Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu, iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN. PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS mahu bersendirian. Silakan, tetapi jangan menuding orang lainjika tewas di dalam PRU
Fadhli juga seperti mendedahkan pekung sendiri apabila menyatakan "Adakah Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga ia wajib ditentang juga oleh parti yang mendakwa berteraskan Islam? Jika didakwa ada penyelewengan, adakah ia dibuktikan oleh saluran undang-undang yang sah?"
Kita jawab "YA" Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam dan wajib ditentang habis-habisan. Sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM mengenai kes pembalakan di Kelantan. Malah penderitaan guru-guru YIK yang wang caruman mereka dirompak oleh kerajaan Kelantan sekarang di dalam perhatian pihak berkuasa. "Membangun Bersama Islam"kah jika wang gaji yang dipotong dari kakitangan YIK tetapi tidak dimasukkan ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)?
KWSP sepatutnya sudah boleh mengheret kerajaan Kelantan ke mahkamah kerana kegagalan caruman KWSP. Ia adalah staturi dan majikan boleh dipenjarakan mengikut undang-undang sedia ada.
Ingat jika Kelantan tewas di dalam pilihanraya akan datang, ia bukan salah orang lain, jauh sekali AMANAH. Ia salah kamu sendiri!
24 ulasan:
Salam:
Statement ketua pemuda yg LUCU,Hadi dah DECLARED jadi Penasihat pada UMNO/BN (MUSUH).Statement Hadi terang-terang dibuat di media perdana.Bukankah PAS yg berkawan dgn UMNO?Takkan PH pula nak tolong BN kalahkan PAS.Saya rasa KP PAS ni kurang exposure dgn dunia luar pantai timur.Tak tahu ka dia menantu Hadi dekat selangor jadi boss perangsang Selangor.Berbeza dgn TGNA,dimana TGNA sendiri membatalkan perlantikkan menentu almarhum sebagai CEO dulu.Mungkin dia tak baca statemnt Zuhdi,mungkin dia tak perasan perlantikkan Nasarudin proxy umno,mungkin dia tak dengar ceramah penerangan Hasan Ali,Tak tahukah dia presidentnya jumpa big-big bos pemimpin umno tanpa pengetahuan parti kawan atau dia buat TAK-TAU.
Apa Hadi nasihatkan tentang Balak Kelantan?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang YIK?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang perlantikkan menantunya?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang sistem CAI?
Apa yg Hadi nasihatkan tengtang boo-mengeboo?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang Ponteng-memonteng?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang amanatnya 1981nya?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang GST?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang Najib 2.6B?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang isteri najib?
Apa yg Hadi sumbangkan rakyat di bawah jagaan Parlimennya?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang setia-kawan?
dan banyak lagi.....
CONFIUS..Hadi confiuskan semua orang,TITM Confius,Naib-naib President lagi confius,pemimpin-pemimpin bawahan Mega confius,Dewan ulama terputus wire Fius.
sekian.wassalam.
Hj hadi dah tak relevan dalam PAS..kerjanya hanya merosakkan pakatan dan parti sendiri..dasar ulamak ego dan sombong..
Kerana mulut hadi di banggol peradong terengganu
Maka : ada institusi perkahwinan bercerai berai. Adik beradik berpecah belah. Jiran tetangga tak btegur sapa. Pulau memulau kenduri kendari. Solat jemaah dua imam. Semuanya krn taksub dan tak boleh tegur hj hadicai
Dari dulu lagi saya dah kata Hadi lah yg menjadi beban kpd PASb
Walaun dlm PAS memg tak terdedah kpd realiti dunia luo. Begitu juga KP negeri2 lain. Ostad, katakan! Tara mana sangat keperihatinan mereka tntg kehidupan dunia walaupun dunia tu jbaysn ke akhirat
Pas dan Amanah mempunyai matlamat Keislaman yang sama, tetapi kedua-dua parti ini mempunyai pendekatan yang berbeza. Pas adalah parti eksklusif yang barisan kepimpinannya mesti ulama dan individu-individu pendokong mutlak kepimpinan ulama. Politik mempunyai disiplin ilmu tersendiri yang sangat-sangat berbeza dengan disiplin ilmu agama. Ini bermakna tidak semestinya semua tokoh agama memahami sepak-terajang dan asam garam politik. Politik adalah cabang sains yang memerlukan penyelidikan dan pemerhatian. Politik memerlukan strategi untuk meraih kemenangan.
Pas sudah kehilangan pemimpin yang mampu menguasai ilmu dan teori sains politik. Kehilangan pakar-pakar strategi Pas ini berpunca daripada kejayaan langkah Pas menyahkan golongan profesional melalui Muktamar 2015. Kehebatan Pas sekarang hanya terletak di tangan penceramah-penceramah agamanya yang telah ditauliahkan autoriti "takfiri". Golongan-golongan profesional yang mengasai disiplin ilmu politik ini berjaya disingkirkan oleh Pas telah berjaya menubuhkan Parti Amanah Negara. Bertitik-tolak dari senerio ini, tidak memeranjatkan pada PRU 14, Amanah boleh merampas Kelantan dari tangan Pas, lantaran politik itu memerlukan strategi untuk menang. Manakala Pas pula mempunyai presiden yang kini sudah menjadi liabiliti kepada parti. Pas bakal menjadi parti hari ini dalam sejarah.
Akù pun sebenarnya tak faham dgn pimpinan pusat... kalau dia org faham situasi skg ni... tuang presiden dah tunggang langgang parti pas.(maksud aku tim presiden atau naib2 presiden atau ajak pusat) sekurang2 senyap.. kaji balik kesah2 yang menjadi bualan di media2 tu... contoh kes mb selangor dulu.. begitu juga kes potongan gaji sek yik tu... kes2 balak kat ktan tu.. tgk mana negeri ahli2 pas pindah ke PAN.. ini pantang keluar je ayat dr mulut pimpinan pas pusat mesti seolah2 menyokong tuan presiden. Takde iktiar nak baiki parti pas yg tunggang langgang ini..contoh najib.. klu ada ketua bhg menyokong najib.. ada lah habuan yang baik utk ketua bhg tu dpt.. tp tuang presiden apa yg di boleh bg pada pimpinan2 bawah dia.. takkan tahsub sbb naib presiden ulamak dunia. Seolah2 apa yg pimpinan pas ucapkan utk sama2 membawa rebah parti pas... dulu aku ada tabik juga TITM dan ustaz idris... skg hampeh.. seolah2 takde usaha nak baiki parti pas.. yg dia org sebok.. baiki tuan presiden.. ini pendapat peribadi aku lah... tanpa anuar ibrahim aku rasa tuang presiden tu tak dpt jadi naib ulamak dunia..sbb keakrapan anuar dgn yusof qardawi yg tuan presiden ni dpt jawatan tu... bg aku itu pun tak sedar diri... anuar dtg tgganu sebagai tetamu.. hanya dpt bahasa2 kasar dr naib ulamak dunia tu je. Tanggung je parti passsss.
Macam mana KWSP boleh berdiam diri bertahun-tahun dalam kes guru-guru YIK?? Ada tangan ajaib yang menolong ke. Hairan-hairan. Inilah dunia. Syarikat anak saya selalu sahaja mendapat warkah kasih sayang dan panggil asmara dari KWSP bila terlambat menghantar penyata atau membuat caruman!!
Hadi Awang sudah tidak layak untuk menjadi Ketua.
Ya atau Tidak pun, Hadi Awang tidak berani cakap.
Saya cadangkan, dalam politik beliau berhenti,berehat dan gunakanlah ilmu yang Allah kurnaikan kepada beliau mengajar fulltime di Pondok beliau.
Mengikut ramal Ahli Nujum Pak Belalang.
Bukan Ahli "Nujum Pa' Blalang" P.Ramlee.
* Kelantan BN/Umno ambil balik. Pas gigit jari.
* Hadi Awang tewas Parlimen (AP) & Dewan Undangan (ADUN).
* Nasaruddin Tantawi (siku & lutut) tewas AP.
* Pas tidak ada satu kerusi pun di Selangor & P. Pinang.
* Banyak kerusi Pas dirampas oleh Parti Amanah Negara.
Itulah antara ramalan tercatat dalam mangkuk sirih jampi.
Dan tidak semestinya tepat, segalanya Allah yang tentukan.
Tak payah gebang pasal islam lah..duit guru2 YIK pun kau balun..dasar perangai umno..
Says dulu undi PEMBANGKANG PAS....
SEKARANG. ... UNDI PEMBANGKANG JUGA S.DA PHR KE.... PAN KE... PJR KE... ASALKAN PEMBANGKANG YG BUKAN PASug...
KAW. PARLIMEN. ... TUMPAT
NEGERI .... KELANTAN.
Pemuda PAS, gerak kerja bukan bermula apabila menjelang pilihanraya tetapi bermula sekarang dengan membantu mempercepatkan projek kediaman untuk mangsa banjir, menyiasat penebangan balak yang melampau, mengkaji dan merancang membentangkan hudud dengan lebih teratur dan mendesak Hj Hadi menjawab samada apa yang di perkatakan Husam mengenai gabungan PAS-UMNO betul atau tidak. Kalau betul jawab, Kalau tak betul pun jawab.
Awal-awal lagi dah salahkan PAN.
Jika tujuan PAN ditubuhkan untuk menentang PAS, PAN tidak akan mempelawa PAS berunding dan membuat satu perjanjian resmi !
Ketua Pemuda pun dah pandai memutar-belit tanpa menyentuh sikit pun mengenai kenyataan-kenyataan Husam yang mendedahkan kepincangan balak di Kelantan. Peliknya PAS Kelantan tidak pulak saman Husam.
Betullah Dr.. sebab tu kami tentang habis2an puak2 yg perasan profesional demi mssa depan pas yg lebih gemilang..
UMNO dah buat kempen ''Kelantan Milik BN PRU14', PAS buat apa ? Senyap ...
Tapi bila Mat Sabu baru kata kalau sambutan dan sokongan begitu hebat, kita akan bincang.. Bincang pun belum berkempen macam UMNO.
Apa Pemudah PAS buat untuk membalas kempen UMNO? Hudud?
Nak Pemuda PAS jawab, apa persamaan PAS Kelantan dengan PAS semasa TGNA ?
PAN nk ganti pas klantan sbb pas bukan matlamat menang pru.
dpd umnu menang percuma dihadiahkn pas diklntn lebih baik PAN selamatkn klntn.
klu pas masuk pru bermkna pas membohong lg sbb ckp bkn nk menang pru.
hak pengundi pntai timur yg nkkn ph perlu disambut dgn kehadiran ph khasnya PAN
pas putar belit tkde pendirian jelas... PH tolak pas dn umnu pun tolak pas.
tkde sapa minat dgn perjuangan yg tk jelas. berjuang melayu pun tidak... islam pun tidak...hudud jauh sekali... kebajikan rakyat lg lah kosong.
pas hanya islam pada text perlembagaan saja ... nothing more than tht
Wahai Pemuda PAS, bukan kah Presiden kamu kata kalau tak suka dengan PAS pergi lah buat mesjid lain ?
Jika ikut kan sebelum dan semasa pemilihan cai lagi telah terjadi nya pertentangan. Mengapa semasa berlaku tentangan di dalam PAS, Pemuda senyap? Sebab PAS ada kuasa dan mengawal semua perjalanan parti kan?
Tapi sekarang bila lawan secara terbuka, PAS menjadi gentar dengan gerun dengan Amanah lalu tuduh lah pulak Amanah sengaja nak tentang PAS dan beri kemenangan kepada BN.
BN membalas budi PAS kerana menyokong Najib dan bajet Najib sebab itu lah BN tidak mengambil tindakan Undang-Undang walaupun kesalahan dan penyelewengan PAS ternyata dengan jelas. Ini bukan satu kerja baru untuk UMNO kerana ramai permimpin UMNO yang terlibat dengan penyelewangan tidak dikenakan sebarang tindakan.
Apa bodoh ke sangat Pemuda PAS sekarang ini ?
InshaAllah, tunggu nanti rakyat Kelantan pula akan singkirkan parti kamu. Hukum keadilan akan tetap berjalan.
Mana ada pemuda pas sekarang nih? Yang elok2 dah terang2 atau diam2 masuk Amanah dah. Yang tinggal hanya budak2 kebulur nak join geng tua2 mengebas duit saja. Ambik duit rakyat lalu bagi makan anak bini dengan cara muslihat yakni kenaikkan elaun wakil rakyat le konon.
Pemuda pas memang dah tak ada. Perjuangan mereka sekarang tak macam perjuangan pemuda pas macam dulu2. Kami jadi derita di dunia ini sampai sekarang kerana dikerjakan umno bn cukup2 gara2 jadi pemuda pas 35 tahun dahulu!
Masih in denial Wang Rosli ni....kesiannn
JOM KITA SELAMATKAN KERAJAAN TOK GURU KESAYANGAN TGNA DARI TANGAN PARTI PAS YG TELAHPUN ROSAK. THIS OUR TIME TO SHW OUR LOVE DENGAN TGNA DENGAN CARA SELAMAT KERAJAAN KELANTAN DARI TANGAN PAS. I KNW JASA KITA TAK DPT NAK TANDINGI JASA ALLAHYARHAM TGNA BUT AT LEAST WE CAN CONTRIBUTE SOMETHING AND SELAMATKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. TGNA HAVE TEACH US A LOT A THING SEMASA WE GOLONGAN PROFESIONAL MASIH LAGI BUTA AGAMA. IS TIME FOR US TO SAVE THE KELANTAN GOVERNMENT FRM CORRUPTED HAND, SEBAGAI MEMBALAS JASA TGNA DAN SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH TO HIM. LET DO IT TOGETHER.
Lagi ramai orang seperti wan rosli dalam pas lagi bagus. Cepatlah terlingkup.
Catat Ulasan