15 Nov 2015

Jamil Khir Perlu Jawab & Bukan Saman NOW

Enggan minta maaf, NOW gesa Jamil Khir terus terang

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir hari ini mempertahankan dakwaannya terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan tegas tidak mahu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu.



Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membuat pendedahan berhubung dakwaan salahguna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dalam lawatan luar negara Jamil dan rombongannya tahun lepas.

Oleh itu, beliau tidak akan sesekali menarik dakwaannya itu atau membuat permohonan maaf terhadap Jamil sebaliknya berkata, menteri berkenaan yang sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Bukan saya yang ambil duit. Kalau saya nak minta maaf, saya tidak tahu nak minta maaf sebab apa.

"Kerana itu saya minta Jamil perjelaskan, kenapa beliau menggunakan duit tersebut," katanya pada sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Akmal juga tegas mengatakan beliau tidak gentar dengan ugutan saman menteri terbabit kerana baginya Jamil mempunyai hak berbuat demikian.

"Seperti yang saya katakan, Jamil kena buat penjelasan. Kalau nak saman di mahkamah, itu hak dia.

"Namun saya ulangi semula, sebagai menteri, beliau mempunyai tanggungjawab menjelaskan perkara sebenar mengenai wang tersebut.

"Saya bukan suka-suka tuduh beliau. Namun, setiap bukti yang saya tampilkan semuanya menuju ke arah tersebut dan pencarum Yapeim berhak tahu ke mana duit mereka pergi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap Jamil yang menggesanya menarik balik dan membuat permohonan maaf terbuka kerana membuat dakwaan tersebut.

Akmal memberitahu satu sidang media pagi semalam, Yapeim didakwa menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya serta rombongannya di Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2014.


Beliau mendakwa, walaupun program tersebut bertujuan "pemantapan dan pemerkasaan" Kelab Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (Santun) Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah.

Katanya, rombongan menteri terbabit turut bermain golf dan mengunjungi pusat beli-belah 'upscale outlet' barangan berjenama yang terletak di Washington DC sebanyak 4 kali.

Bertindak balas, Jamil mengeluarkan satu kenyataan petang semalam menafikan dakwaan Akmal dan menggesa ketua cabang PKR Johor Baru itu memohon maaf dalam masa 24 jam atas tuduhan yang disifatkan menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang menteri.

Akmal berkata hari ini, menteri terbabit tidak menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang dikemukakannya dengan menjawab isu pokok adakah Jamil menggunakan wang tersebut membiayai lawatannya ke AS.

"Malah dalam kenyataan tersebut, Jamil mengesahkan sememangnya beliau pergi ke AS bagi tempoh 21 Mei, 2014 sehingga 29 Mei, 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku menteri di JPM," katanya.

Akmal berkata, tindakan Jamil yang tidak membuat penjelasan berhubung dakwaan tersebut menimbulkan beberapa persoalan.

"Apakah rasional penganjuran simposium perkahwinan dan kekeluargaan yang menelan kos melebihi setengah juta ringgit Malaysia dengan menggunakan wang Yapeim sedangkan hanya melibatkan 100 peserta?

"Mengikut kertas Yapeim (di bawah perkara cadangan 3.0), bayaran RM590,000 dituntut Pemangkin. Adakah benar Pemangkin bermaksud Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin?

"Dan mengapa Yapeim ini terlibat dengan penganjuran program Jamil ke AS, dan tidak menggunakan peruntukan daripada JPM?," katanya.

Malah dalam pendedahan terbarunya berhubung isu tersebut, Akmal berkata, melalui dokumen cadangan kelulusan program oleh Yapeim itu, didapati yang menteri terbabit sepatutnya hanya hadir pada majlis penutup.

Manakala, jumlah kos penganjuran program diluluskan Yapeim adalah RM590,000, lebih tinggi daripada anggaran awal beliau sebelum ini, iaitu RM410,978.56. – TMI

ULASAN GB

Bukti telah ada. Jadi Mohd Jamil sepatutnya memberikan penjelasan terhadap butiran seperti yang dilampirkan mengenai bayaran yang telah dilakukan oleh YAPEiM kepadanya, bukan menterbeliakkan matanya dan kemudian ugut untuk saman NOW.

Seorang menteri yang menjaga hal-ehwal agama tidak sepatutnya terlibat di dalam kes-kes sebegini. Tapi tidak menghairankan bagi menteri UMNO dan orang yang bernama Mohd Jamil Khir. Malah Mohd Jamil Khir juga yang satu ketika orang yang menghalang qazaf DSAI.

Kalau nak berjumpa di mahkamah oklah.Mudah-mudahan lebih banyak yang akan terdedah nanti.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dialog husam smlm ada sebut, ruu 355 sblmnya disetujui untuk dibawa oleh pihak pemerintah tapi mamat jamil ni la hantar wakil cucuk pas suruh hadi bawak sendiri.. licik betul

Tanpa Nama berkata...

WOW SAMPAI DUIT ANAK YATIM MAHU PAUKAH.? WE ALL TAKKAN BERI MUKA PD U. U BETTER JAWAP OR TERIMA PENAMPAR DARI RAKYAT M,SIA SBB U BERMAIN HARTA KEPUNYAAN ANAK YATIM. SINCE U BERMAIN -MAIN HARTA ANAK YATIM, WE PUN BERMAIN-MAIN DGN U DI MAHKAHMAH. SBB WE ALL TAK BLH TOLERATE HARTA ANAK YATIM DIPERGUNAKAN SO IS BETTER U PERJELASKAN ISU NI OR WE ALL CONTINUE BERMAIN-MAIN DGN U SAMPAI MSK KE MAHKAHMAH.

Tanpa Nama berkata...



Bagi pemimpin UMNO tidak salah kerana ada dokumen yang sah dan ada sebab yang munasabah sedangkan apa yang dibuat disana langsung tidak ada kaitan dengan Yapiem.

Dunia sudah terbalik. Anak Yatim pulak yang kena keluar belanja untuk orang kaya pergi 'makan angin'.

Orang macam ini yang dibuat kawan oleh PAS. Apa nasihat PAS kepada Jamil Khir ?

lelaki dicermin berkata...

Dulu masa bawa kes liwat anuar kat mahkamah syariah... kecuh duit peguam jakim gunakan duit zakat..ni kecuh duit yapeim pulak. Kalau dia pergi us tu guna duit yapeim utk persidangan tu.. masih boleh terima.. dah masuk shoping dan golf... agaknya ni bala dia buat kes anuar dulu...kat indonisia dulu ada kes lebih kurang begini.. cepat je menterinya letak jawatan...kita tunggu je

Tanpa Nama berkata...



Kalau mereka boleh curi ahli PAS, kita pun boleh curi ahli PKR. Hehehe.

Aku kaya ! Aku kaya ! Yes. Itu lah angan-angan PAScai ketika ini ..

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Kes duit zakat dulu, Pengarah JAWI sudah selesaikan tapi kes Yapeim ini siapa pula bakal selesaikan. Adakah fatwa-fatwa baru juga akan keluar bagi selamatkan Jamil Khir? Mungkinkah SPRM akan menjadi heo untuk selamatkan Jamil Khir seperti Peguam Negara selamatkan 1MDB? Mari sama-sama kita tunggu drama yang bakal muncul di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Nanti PAS jawab... jgn tuduh sebarangan. Bukti lom cukup. Mcm nasihat Hadi kes 2.6 billion hengget tu la

NAA ZAR berkata...

Tak risau, tak risau
Ana gumbira, gumbira......
Ker guaner TUANG PRESIDENG !!!!

Tanpa Nama berkata...

Mmg perangai syaitan.Mana ati perut manusia sanggup mkn harta anak yatim/org miskin.smoga allah membalas segera

Tanpa Nama berkata...

Woit. Duit banyak tu hanya celah gigi saja bagi geng2 penyamun negara ni. Hal2 macam tu lah kita katakan ketirisan dana. Setiap hari berlaku dalam pentadbiran umno bn. Dia mana ada ambil panduan agama. Kalau bos boleh buat, tak kan anak buah tak boleh. Nak takut undang2? Pigi dah. Semua orang kita jugak..

Wahai jamil mata melilau macam hantu raya. Bila kau nak letak jawatan? Kau tak akan letak punya. Bahkan orang2 baik pulak akan kena naya nanti.

Sebab tu kalau tuan2 perasan. Umno bn guna cukup2 spr kerana mereka tak boleh kalah. Kalau kalah akan terdedahlah segala macam kebusukkan parti anak didik omputih ini. Akan pecah habis tembelang mereka. Silap2 rakyat jadi histeria dan mengamuk macam orang gila. Tak sempat lari kot...

Tolong dedahkan lagi bukti2 penyelewengan umno bn. Biasanya hal2 duit ini ada juru tulisnya, ada rekodnya jelas tercatat dalam akaun. Cukup terang tertulis walau beli sebijik kereta sorong. Macam mana pulak hal 1mdb tak boleh keluarkan catatan perbelanjaan keluar masuk duitnya. Kita tanya ni sebab melibatkan duit kita. Kalau melibatkan duit judi genting atau harta keluarga dia, kita tak ada hak nak tanya.

tanya sama itu hud hud berkata...

Sunah nabi paling simple,simpan janggut pun menteri jaga agama tak bleh buat..
Pakai songkok tinggi,misai mcm dewa kuil,mmg kaki songlap la..

Abdul Said berkata...

Kesihanlah kepada rakyat biasa macam saya. Terlalu banyak ilmu ugama yang tidak diketahui dan dipelajari. Bergantung harap sangat kepada manusia lain yang berpendidikan ugama, berpangkat dan berjawatan dalam bidang ugama. Nampaknya harapkan pagar pagar makan padi. Baik orang ugama belah hulu mahu pun yang belah hilir. Sama sahaja. Pantang lepa. Pantang terpica. Bila tengok duit meleleh air lior. Mulut berbuih macam orang sawan mencipta hujah dan mempertahankan tingkah laku yang mencurigakan. Tiada siapa yang boleh dijadikan contoh dan tempat bergantung dalam hidup ini. Bergantung kepada Allah s.w.t dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sahaja. Semoga Allah "selesaikan" manusia-manusia yang khianat ini. Amin!!

Tanpa Nama berkata...



Kalau Menteri yang jaga agama dan kebajikan anak yatim pun macam ini... apalah nak di harapkan pada Menteri dan pemimpin UMNO yang lain.

Sah Menteri pergi ke luar negara untuk menghadiri persidangan tapi persidangan dengan penjaga anak yatim dan individu yang tubuh rumah anak yatim di sini langsung tidak pernah di aturkan satu persidangan demi kemajuan anak-anak yatim.

Tarik balik lah gelaran Datuk Seri yang diberi pada nya sebab dalam hal anak-anak yatim ini, Raja sebagai ketua agama pun kena ambil berat.

Jika tidak silap, pernah didedahkan pembinaan rumah mewah Jamil satu ketika dulu. Manakan tidak keadaan rumah kebajikan anak yatim begitu daif bila duit mereka digunakan untuk 'makan angin'

Di Pulau Pinang, tak malu pulak orang UMNO menuduh DAP tarik balik bantuan untuk sekolah agama dan kemudian di beri maklumat mengenai jumlah bantuan tersebut. Namun rupa-rupanya bantuan tersebut di tambah dari tahun ke tahun. Adakah LGE pergi ke luar negara untuk menghadiri persidangan tersebut ?

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah orang selalu kata "Dimana ada UMNO, disitu ada penyelewengan".

Jangan marah...he..he..he.

Tanpa Nama berkata...



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jgn Sesekali...Menjadi Pen CURI
Songlap Men CURI...Rasuah Bajingan
Di Kutuk di LAKNAT...Langgit Dan BUMI


Hidup Yg Indah...Hidup Mem BERI
Hidup Yg Keji...Hidup Men CURI
Hidup Men Curi...Mem BAKAR Diri
PANAS Menggelabah...Didalam HATI


Hidup Men CURI...Tak Dapat Nak Lari
NAFAS dan Hati Mu...Di Genggaman TUHAN
Alangkah INDAH nya...Hidup Mem-BERI
PUAS Gembira..."Terbang" KERIANGAN



Tanpa Nama berkata...



Yang boleh cover dan back-up Menteri ini ialah Ustad Kazim saja...

mustapa m said berkata...

Jika kes begini sampai ke tangan pihak AG, mereka akan kata tiada kesalahan jenayah berlaku. Segala perbelanjaan yg terlibat telah diluluskan mengikut prosedur yang betul.

Cuma dpd segi agama, maruah, integriti dan tanggungjawab, adakah Jamil Khir telah melakukan kesalahan? Terpulang kpd rakyat, khasnya Islam, membuat penilaian sewajarnya. PRU14 menunggu.

Tanpa Nama berkata...

berani sungguh ulamak akhirzaman bermain2 dgn duit anak yatim....

walhal dlm ceramah agama nk buat kenduri arwah pun kita takut termakan harta anak yatim

jika ini dibiarkn maka tunggulah bala Allah yg kena kpd srmua org. syukur masih ada org mcm akmal nasir yg 'menangguhkan bala,'

walaupun beliau bukan ulamak dn tidak memakai serban dn jubah

Tanpa Nama berkata...

tk lama hadi pun nk pakai songkok dn simpan misai saja mcm jamil

meleleh hadi tgk penasihat najib ni kaya raya sekelip mata. tu yg gian tawar jd penasihat tu

Tanpa Nama berkata...

sanggupkah kita guna rm3ribu lbh duit anak yatim hnya utk beli cenderamata?

yg akhirnya campak kt stor rumah saja

syaitan jenis apakah ini

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yapiem memang haramjadah..semua program hanya utk mereka mkn angin..kat malaysia bersepah anak yatim piatu miskin papa kedana kenapa tidak dibantu?kenapa nk sibuk dgn anak yatim belajar kat luar negara,mereka sudah tentu dpt bantuan kerajaan...sepatutnya yapiem tumpukan dlm negara dulu dan bukannya ambil peluang mkn angin free.dah la gaji masing2 tinggi hasil dari sedekah org ramai..tahu tak gaji tu jadi haram kalau tinggi melampau..apa kerja yg korang buat..sepatutnya urus hsrta sedekah tu dan bukannya mentedarah jadi bara api neraka.

Tanpa Nama berkata...

Komen aku...mntri kurang ajar..sbb bos dia bpak biadap...

Tanpa Nama berkata...

Tu belum th d anak skyt

Tanpa Nama berkata...

Boleh taip guna huruf kecil tak tuan? Sukar nak baca klu guna huruf besar semua nya.

Tanpa Nama berkata...

kalau betul fitnah elok saman ja tak usah main politik mencemar kerajaan akhirnya kerajaan mampus hancur lebur.

Tanpa Nama berkata...

Kalau jenis mata melilau ni bahaya org kata,tahi pun dia sapu!!!!