14 Nov 2015

[VIDEO & GAMBAR] Husam Di Dialog "Demo Tanya Ambo Jawab"

Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.


Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.


Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"

"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu


Husam gesa bayar tunggakan guru YIK RM14.6 juta sebelum naik gaji Adun

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa menggesa kerajaan negeri Kelantan melangsaikan tunggakan caruman gaji guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebelum menaikkan gaji ahli dewan undangan negeri (Adun).

Susulan kerajaan negeri awal bulan ini mengaku tidak membuat potongan gaji untuk caruman yang membabitkan sejumlah RM14.6 juta itu, Husam berkata, sebagai parti Islam, kerajaan PAS Kelantan tentunya faham akan keutamaan dalam mentadbir negeri.

"Bulan Mac (2016) nanti naiklah. Naik gaji sekarang ini hancur perasaan rakyat.

"Dulu kita kata parti kita lebih baik daripada Umno tetapi dalam Harakahdaily ada pula kata wakil rakyat kita akan 'sesak' (kurang duit) kalau tak naik gaji. Sesak setakat manalah sangat?," kata Husam malam tadi.

Menurut Husam, beliau bukanlah menolak kenaikan gaji wakil rakyat Kelantan yang merupakan rakan-rakannya juga.

Namun katanya, keutamaan dalam Islam yang sering ditekankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkehendaki tunggakan itu dilunaskan terlebih dahulu.

"Saya bukan tak mahu gaji anak beranak (rakan-rakan) saya naik, tetapi kita ada keutamaan kita.

"Tuan Guru (Abdul Hadi) dalam ucapan dia kata ada 'aulawiyat' (keutamaan) dalam Islam, bukan?" katanya pada sesi "Demo Tanya, Ambe Jawab" di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Baru.

Tunggakan caruman guru-guru YIK sejak 2001 itu antara lain sepatutnya dimasukkan ke dalam Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud dalam kenyataan di Harakahdaily sebelum ini berkata, kenaikan gaji Adun itu perlu diberikan keutamaan paling tinggi menurut hukum Islam.

Menurutnya, masalah tunggakan RM14 juta itu sudah berlarutan selama lebih 10 tahun dan kerajaan negeri sudah pun melangsaikan sebanyak RM2 juta daripada bayaran itu.
-TMI






24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan Husam betul. Jgn keluar Pas kecuali dipecat.

Biarkan ulamak2 pembohong dlm Pas terutama Hadi tak senang duduk mcm cacing kepanasan.

Tanpa Nama berkata...

Mahfodz ni ada ilmu tp tak pandai nk guna di tempat dan ketika mana. Dia ingat senang nak perhambat ahli supaya kluo. Setuju dgn kata2 Husam, apa hak dia?

Bila kita kata ada puok agama bengong berpolitik, mereka dan walaun naik marah. Sama lah mcm mr presideng, sama2 jenis bengong berpolitik.
Mereka yg bertaraf ulamak ni rasa tak boleh dikritik kerana ilmu agama tinggi dan kata2 mereka tu suci dan mesti ditaati.

Tanpa Nama berkata...

Apabila saya melihat Ust Baihaqi ada sama, saya faham bahwa Husam bukan calang orang. Penyokong nya ramai, pengaruhnya dalam kerajaan negeri pon besar. InsyaAllah, saya yakin ramai YB di Kelantan menyokong Husam. Cuma beberapa yang berkonspirasi je yang memegang tampuk kuasa dan takut dengan bayang bayang, akibat terpalit dengan dosa.

Timnajib Jomfikir berkata...

Demo sapa, kawe sapa? Kan dah kena sebutir Mahfodz!

Dewan Ulama, jadi cuba jadi samseng!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullah.masih ada seorang peminpin yang bijak dan berani menegak kebenaran walaupun nyawa terancam.bukan takut membabi bisu.walaupun belaiu bukan jenis ulamak.ada juga serang peminpin yang telah menambil pendidikan dari Tok Guru kesayangan nya dan kesayangan kita semua iaiatu TGNA,walaupan anak tok guru tak mengambilnya .dan kiata jangan heran sebab dalam quran ada menyatakan tentang anak Nabi noh sendiri.Selam ini kita dan ahli lain di (brain wash)minda kita agar jangna menghina presideng sebab dia ulamak ,tetapi selepas mendapat penjelasan nyata dari Husam ,kita bolih nilaikan sendiri ,begini kaha sikap ,tindaktanduk Hj Hadi sebagai ulamak dunia?,kalau bahasa percakapan semua oarng dengan dan lihat .kasar.biadab,tak sopan ,tak layak di ucap oleh seorang muslin ulamk lagi.kalau kita hina orang tak lama pun penghinaan menerjah muka kita.terima lah.

omar daud berkata...

Salam:TQ GB, dapat pencerahan yg CLEAR.


Alhamdulillah,sebagai orang luar,kesihan pada ahli-ahli PAS yg masih bersama pimpinan yg ada,menghabiskan tenaga,keewangan dan masa yg sia-sia.Perkara yg paling simple PAS tak boleh settle,yg terlalu BASIC,bagaimana nak menguruskan negara yg berperlembagaan islam sebenarnya.

Sebenarnya,kalau PAS betul2 nak buat negara islam,inilah masanya untuk muhasabah diri,dan memperbaiki dan menjadi lebih kuat.Tapi malang mengambil sikap seprti umno.

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...



Insya-allah, Husam kalau bertanding atas tiket bebas lawan dengan Ahmad Yacob dan Amar, Husam menang dengan majoriti besar sebab kali ini orang Kelantan mahukan Husam sebagai MB Kelantan.

Kelantan akan maju bersama Husam !!

Tanpa Nama berkata...



Ada kemungkinan Husam akhirnya akan keluar juga tetapi apabila ada Ulamak dari Dewan Ulama yang halau Husam keluar menyebabkan Husam terus kekal bersama PAS. Yang Husam tegur ialah kepimpinan tapi yang marah Dewan Ulama !!

Pemimpin Tertinggi PAS macam jenis cekudi (berfikiran cetek) yang tidak tahu mana satu teguran dan mana satu pendedahan.

Isu guna duit YAPEIM adalah pendedahan bukan teguran. Begitu juga jika Mat Sabu yang bangkitkan hal-hal yang salah mengenai PAS ianya adalah pendedahan. Husam masih ahli PAS dan adalah di antara pemimpin PAS yang bertanggung-jawab pada parti, jadi apa yang Husam kata maka Pemimpin parti perlu menerimanya sebagai teguran. Jangan jadi macam peminat politik atau pihak lain seperti blogger atau pengomen dalam blog atau sebagai orang yang datang dengar ceramah kerana mereka semua beranggap Husam berani kerana buat pendedahan.

Jadi lah pemimpin kepada ahli parti dan bukannya jadi ahli menghalau dan ahli putar belit !!

Unknown berkata...

Maaf jika aku ada FAKTA bukan AUTA utk mengatakan bhw HADI ULAMA bersifat MUNAFIK.

Abdul Said berkata...

Penjelasan yang terbaik. Tiada berselindung. Nampak siapa bingai, bangang dan bengap. Malangnya orang seperti Husam ini jarang dihargai dalam mana kumpulan kerana dalam menegak kebenaran ia telah dan akan memijak beberapa jari kaki orang lain. Sebagai manusia yang tidak mengutamakan duit (pemerhatian saya), serta menegak kebenaran,Husam akan terus begini walau siapa pun ketuanya!!! Subhaallah.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik dari dato huse
Great leader...

Tanpa Nama berkata...

Ada ilmu solat puasa haid nifas je.Ilmu ekonomi politik yilek...husam punya fakta lebih jelas dan tepat, ulamak2 punya fakta hanya mcm cerita2 org zaman dulu2. Support husam

Tanpa Nama berkata...

Bagus2 husam...Yang salah tetap salah,jangan takut utk menegakn kebenaran.Pertolongan Allah amatlah dekat.Kami rakyat biasa mmg nak tahu kemungkaran2 yg dilakukan oleh pas supaya rakyat tahu perkara yg sebenar.Selama ni berpuluh tahun khususnya pengundi2 pas dihidangkan perkara2 baik shj ttg pas.Yg buruk2 semua disorokn.Xblh mcmtu, rakyat kena tau,rakyat yg undi mrk.Skrg ni masih ramai baru nampak perangai akhlak pemimpin2 ulamak pas.teruskan perjuangan mu husang... RAKYAT BERSAMAMU

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar. Sekiranya hujah oleh YBhg Datuk Husam itu salah fakta, pihak tertentu mesti jawab. Walau bagaimanapun jangan jawab seperti tak jawab, sebaliknya mengatakan Datuk ni tak reti baso, tak setia, dll. Pokoknya, SEBAB apa ada fitnah ke atas dirinya, KENAPA ada penyelewangan, KENAPA ada grand design nak tolak dia ketepi, dan banyak lagi.

Jangan ingat pengundi2 ni bodoh dan kalau ada yg totok tapi tak boleh menilai, saya nak tanya - Apa beza anda dengan Jahiliah Quraish? apabila hujah Rasullulah tidak dapat ditolak, maka mereka bermu'afakat nak bunuh baginda.

Tanpa Nama berkata...

Geng Ulama dah runsing, selagi ada Husam selama itu kepincangan PAS tidak dapat ditutup dari ahli.

lelaki dicermin berkata...

Aku dpt rasa .. MSU , dewan ulamak dan pimpinan tertinggi pas serba salah sekarang... di halau.. husam tak nak keluar... nak di pecat.. aku rasa separuh adun akan ikut husam.. sepatutnya apa yang husam buka pekung pimpinan pas yg mula2 dulu jgn di jawab.. boleh di agak strategi husam... kau jawab.. lagi besar pekung yg akan aku buka. Skg semua dlm pas dah mati akal startegi husam.. kalau kita baca dlm kenyataan husam berkenaan KALAU SAYA PEGAWAI AKBAR MB..apa yg di tulis dlm kenyataan perangkap dan startegi husam utk kes2 kerajaan negeri kelantan... memang tunggang langgang lah kerajaan Kelantan di kejekan husam...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya ramai pun dah sedar hadi tu pemimpin munafik mcm abdullah bin saba' pemutar belit syiah hingga ramai dah terkeluar islam angkara ajaran2nya.

Tanpa Nama berkata...

isi Buku Prof. Dr. Quraish Shihab :

Abdullah bin Saba’ Tidak Ada Kaitannya Dengan Syiah

QS: ”Ia adalah tokoh FIKTIF yang diciptakan para anti-Syiah. Ia (Abdullah bin Saba’) adalah sosok yang tidak pernah wujud dalam kenyataan. Thaha Husain – ilmuwan kenamaan Mesir – adalah salah seorang yang menegaskan ketiadaan Ibnu Saba’ itu dan bahwa ia adalah hasil rekayasa musuh-musuh Syiah.” (hal. 65)

kebencian Saif bin Umar Tamimi, yang hidup pada abad kedua setelah Rasulullah wafat, dan kebencian para pengikutnya kepada Syi’ah, mendorong mereka menyebarkan propaganda seperti itu. Dalam kisah Abdullah ibn Saba’ , yang dikatakan berasal dari San’a Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Ibn Saba’ dan golongan Sabai’yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-cerita khayalan lain dalam bukunya.

Adapun dari sunni yang menegaskan bahwa Ibnu Saba’ adalah fiktif dan dongeng, banyak sejarahwan Sunni juga menolak keberadaan Abdullah bin Saba dan/atau cerita-cerita bohongnya. Di antara mereka adalah Dr. Thaha Husain dalam bukunya Fitnah al-Kubra dan Ali wa Banuhu, Dr. Hamid Hafna Daud dalam kitabnya Nadzharat fi al-Kitab al-Khalidah, Muhammad Imarah dalam kitab Tiyarat al-Fikr al-Islami,Hasan Farhan al-Maliki dalam Nahu Inqadzu al-Tarikh al-Islami, Abdul Aziz al-Halabidlm kitabnya Abdullah bin Saba’, Ahmad Abbas Shalih dalam kitabnya al-Yamin wa al-Yasar fil Islami.

Dr. Taha Husain, salah seorang tokoh Sunni yang terkenal secara langsung mengatakan musuh-musuh Syiah yang mencipta ‘Abdullah bin Saba untuk mempertikaikan kebudayaan Syiah: Mereka ingin memerangi Syiah dengan memasukkan elemen Yahudi ke dalam usul mazhab ini. – al-Fitnatul Kubra – karyaDr. Taha Husain, jilid 2 halaman 98.

Tanpa Nama berkata...

Apabila syiah mengkafirkan isteri2 dan sahabat2 penting nabi, maka kami ahli sunnah menolak kamu sekeras2nya. Tiap2 nabi yang Allah turunkan sentiasa ada teman dan rakan rapat yang berjuang sehidup semati. Tapi puak2 syiah menghina sahabat padahal mereka juga mertua atau menantu baginda. Kau hina mereka dengan cara yang amat keji. Pembunuh syaidina omar ra dipuja2 sampai sekarang. Dibangunkan makam gah bercahaya.

Wahai syiah warisan parsi penyembah api. Wujud atau tidak abdullah bin sabak, kami tak peduli. Amalan wajib berbohong dan menikah mutaah kau tu sudah cukup membuktikan kau memang sesat. Amalan membunuh secara keji kanak2 dan orang tua di syria itu bukti jelas kau bukan manusia. Terdapat puluhan ribu bukti gambar2 dari penjara al basyar menunjukkan kau menjadikan ahli sunnah sebagai musuh utama.

Wahai syiah. Kami tidak tengok serban dan jubah kau. Kami tengok perbuatan kau terhadap sesama insan. Kami sedang tekun melihat kau bikin huru hara di seluruh pelusuk indonesia. Bertaubatlah wahai pengamal syiah. Kembalilah kepada mencintai seluruh ahlil bait rasul allah saw. Bukan di jalur keturunan syaidina ali ra sahaja. Tapi semuanya sekali kita mesti raikan. Tanpa mereka, islam tidak akan masuk ke dalam tiap2 rumah di nusantara ini.

Dendam dan dengki jangan sekali2 jadikan tiang agama. Bermaafanlah. Jepun dan amerika pun jadi kawan rapat walau mereka pernah saling berbunuhan. Berjuta2 mati tapi hari ini masya allah. Mereka berpelukan dan sama2 bangunkan dunia.

Tanpa Nama berkata...

unknown.....

kawe setuju 1000% dengan kenyataan demo...memang Hadi Awang bersifat munafik...kami rakyat kelate mahukan Husam jadi MB.....kalau boleh MB dari Amanah

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong sepenuhnya pendapat 15 November 2015 4:45 PG. Ini kerana Syiah telah SESAT kerana mengkafirkan sahabat yang ada hubungan kekeluargaan dengan Nabi Muhammad S.A.W walaupun Abdullah bin Saba' itu wujud ataupun tidak.
Dan perlu diingatkan lagi bahawa sahabat yang Syiah mengkafirkan itu semuanya telah dijamin Syurga Allah.

Wallahu A'lam.

Tanpa Nama berkata...

Demo tanya ambo jawab demo la ni dok supo mulo...

Ritchie Blackmore berkata...

Hebat dlm apa2 ilmu pun kalu dok dalam pas dipimpin hadi tetap bodoh dan nampak bodoh krn bertuankan makhluk paling bodoh yg akan diazab didlm neraka kelak bersama2 walaun tolol..

Tanpa Nama berkata...

terbaik dari dato husam,satu pencerahan yg sayangkan kebanaran