Mahkamah Benarkan Kes Tuntutan Fitnah PJ PAS Perak.
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan tuntutan fitnah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria terhadap pemilik blog alhusseyn51, Mohamed Ali Hussin hari ini.
Keputusan dibacakan Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali atas fitnah blog tersebut bertajuk "Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer!".
Razman menerusi peguamnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Perak, Mohd Zamri Ibrahim telah mengemukakan tuntutan sebanyak RM1 juta dari penulis tersebut.
Menurut mahkamah, taksiran ganti rugi ke atas penulis yang juga telah membuat sebaran terbabit ke media sosial Facebook itu akan dilakukan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh kelak.
Sementara itu Razman ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata, budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat.
"Keputusan ini di atas berkat doa dan kerjasama semua pihak untuk melindungi sesiapa sahaja yang dizalimi, serta tidak memberi ruang fitnah berleluasa dalam minda masyarakat," tegasnya. – HD
ULASAN GB
Menarik.
Blogger Al-Husseyn dituduh memfitnahnya. Sedangkan Razman sendiri kini berhadapan dengan saman RM3 juta oleh Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin kerana kenyataan fitnahnya terhadap bekas Menteri besar Perak itu.
Sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Perak, wajarkah Razman menunjukkan akhlaq yang sedemikian rupa, memfitnah orang lain untuk paparan di sebuah akhbar yang mempunyai pembaca yang begitu ramai semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti DS Nizar?
Sedangkan apa yang dilakukan oleh DS Nizar selama ini di Perak ialah untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat mematuhi resolusi-resolusi muktamar sebelum muktamar 2015 yang memutuskan bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan.
Jadi tidak timbul soal "komited dengan perjuangan DAP" sepertimana yang difitnahkan oleh Raman terhadap DS Nizar.
Kemudian tahu pula meminta Badan Perhubungan Negeri mengeluarkan semacam satu arahan kepada DS Nizar supaya hadir ke pejabat mereka untuk bertemu.
GB difahamkan DS Nizar tidak melayan "arahan" tersebut dan sewajarnya "arahan" itu tidak perlu dilayan.
Biar kita pulangkan semula perkataan Razman itu kepada dirinya sendiri:
budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat
ps: jangan nanti ditempelak orang: mengata dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih!

DS Nizar Saman Pesuruhjaya PAS Perak
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.
Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :
“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular.”
“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.
Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS. Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.
Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.
Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.
Sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Perak, wajarkah Razman menunjukkan akhlaq yang sedemikian rupa, memfitnah orang lain untuk paparan di sebuah akhbar yang mempunyai pembaca yang begitu ramai semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti DS Nizar?
Sedangkan apa yang dilakukan oleh DS Nizar selama ini di Perak ialah untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat mematuhi resolusi-resolusi muktamar sebelum muktamar 2015 yang memutuskan bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan.
Jadi tidak timbul soal "komited dengan perjuangan DAP" sepertimana yang difitnahkan oleh Raman terhadap DS Nizar.
Kemudian tahu pula meminta Badan Perhubungan Negeri mengeluarkan semacam satu arahan kepada DS Nizar supaya hadir ke pejabat mereka untuk bertemu.
GB difahamkan DS Nizar tidak melayan "arahan" tersebut dan sewajarnya "arahan" itu tidak perlu dilayan.
Biar kita pulangkan semula perkataan Razman itu kepada dirinya sendiri:
budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat
ps: jangan nanti ditempelak orang: mengata dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih!
17 ulasan:
Fitnah Razman lagi berat !!
Kalau ikut jumlah ganti rugi saman lah.
Bencana menimpa sesiapa yang mengidam jawatan. Atau sesiapa yang bekerja untuk melantik sendiri jadi ketua. Atau sesiapa yang merasa dia paling layak. Akhirnya dia jadi fitnah kepada semua makhluk di bumi. Matlamat menuju keredaan Allah tidak tercapai. Dunia jadi huru hara.
Lebih celaka lagi dan dilaknat Allah Swt kalau dia dihantar oleh musuh Allah untuk membinasakan perkumpulan hambaNya yang beriman. Malang sungguh nasibnya. Sudahlah umur pendek. Dapat pulak siksa yang pedih di akhirat nanti.
Hendak melawan orang2 islam yang hendak berkawan dengan orang kafir itu adalah kerja yang sia2. Kau melawan Allah sebenarnya. Allah mahu ada orang islam datang memberi dakwah kepada mereka supaya nanti kalau Dia tanya, tidakkah engkau diseru kepada Aku? Lalu kenapa kau menolaknnya? Bukankah orang islam itu sudah tunjukkan sifat2 baik, adil dan amanah? Jadi sekarang kalau Aku siksa kau, kau janganlah marah ye?
Maka menghalang orang islam hendak berkawan dengan cina dap untuk tujuan dakwah dan kerjasama mentadbir dunia ini adalah kerja orang munafik yang lebih hina dari kapir itu sendiri.
Tersangat pelik. Masalah nama dap ini boleh menjadikan orang2 islam ini cair, lemah longlai atau punca bergaduh sesama kita. Pak2 mupti gugur janggutnya. Pak2 aji terketar2. Pak2 lebai terlondeh2. Orang2 awam di felda lari tak cukup tanah.
Setan apakah yang menjadikan orang2 islam melayu ini begitu takut dengan dap. Tapi begitu berani pulak membentang permaidani kepada parti bangsa sendiri yang bertaraf maha maha maha penyamun!
Padahal kau pasang speaker siang dan malam beritahu semua makhluk bahawa Allah itu hebat. Islam itu perkasa. Pak imam khutbah berdegar2 dan betul semuanya.
Kepada parti Amanah. Sila tunjukkan jalan yang lurus kepada dap. Kalau dia tidak mahu beriman tidak mengapa. Soal hidayah dan iman bukan kerja kau. Itu kerja Allah Swt. Yang penting kau sebut saja kalimat ' Allah sayang kau lim. Pergilah mencari Dia.. '
Yakinlah. Pada suatu hari yang baik dan tenang, cina lim akan merayau2 mencari tuhan Allah. Dia tidak menemuiNya di alam nyata tapi Allah bukakan satu pintu dari segala pintu hidayahNya. Insya Allah...
Dan cina lim akhirnya bertemu lagi dengan kau lalu memberi salam seraya berkata ' Aku tidak menemui tuhan di mana2 tapi aku menemui tuhan di wajah kamu kerana kamu membawa keperibadian unggul sebagai insan'
Lalu lim akan memeluk kau dan berjanji tidak akan berpisah buat selama2nya.
Lalu kau syukurlah pada Allah dengan berkata ' Aku tidak perbuat apa2 ya Allah. Ini sebenarnya kerja Kau'
apa pun tahniah PAS sebab dh duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dgn umngok jika dihimpun sumpahseranah, makihamun serta fitnah dari bahagian kepala(tuang presideng) sampai ke ekor(lebai mamat gedebe)...berbau hamis dan hancing sepanjang waktu
Fitnah adalah medan dakwah bagi parti pas termasuk khianat,maki hamun,gelaran buruk serta mengkafir org islam yg x sealiran dgn mereka.Semua ini dikira sebagai pahala utk masuk syurga pas sprt yg dijanjikan oleh Yang Mulia Tuan Guru.
Saudara Tanpa Nama (Maaf, yang sebenarnya sudah tentu ada nama) 12.56PG. Kenyataan tuan sungguh jelas dan menyedarkan semua insan yang meyakini kekuasaan Allah s.w.t. Namun sudah tentu ada yang akan menyanggah dan tidak setuju. Walau apa-apa pun diucapkan terima kasih kerana apa yang dikatakan itu juga suatu nasihat untuk saya dan keluarga. Salam hormat dan terima kasih.
"Wa-SYARIK-hum-fil-AMWAL"...ALLAH ber FIRMAN
Umpan kan HARTA...SYIRIK kan Mereka
Dengan HARTA....Ber Takhta KEKUASAAN
KEKUASAAN Meragut...Maruah dan CINTA
KUASA Meng GADAI...Cita dan CINTA
"Cinta"kan HARTA...KUASA Meng GILA
KUASA Meng GILA...Me Rebut HARTA
Tanpa HARTA....Lenyap lah KUASA
"Wa-SYARIK-hum-fil-AMWAL"...Wahyu ILAHI
HARTA lah Punca....SYIRIK Ter JADI
Ber Takhta nya HARTA...Di Lubok HATI
"AMANAH"-yg-ESA...Tak WUJUD Lagi
Ber Takhta nya HARTA..."Kuasa" di KALBU
"AMANAH"-yg-SUCI....Tiada Ber HARGA
Ponteng KHIANAT...FITNAH Me RAPU
Murtad dan SYIRIK...Terang dan NYATA
MURTAD Itu...Bahasa ARAB
SYIRIK juga....Bahasa yg SAMA
Tunggang TERBALIK...Fitnah Me NYONGLAP
Aturan ALLAH....Di "Putar" HINA
Tunggang TERBALIK...Khianat Me NYONGLAP
HUDUD-du-LLAH...Di Pijak PIJAK
MURTAD dan SYIRIK....Menyesat GELAP
Ber Tuhan kan +HARTA+..."Kuasa" yg HAPRAK
Agung nya ++HARTA++..."Kuasa" di KALBU
AMANAH-yg-SUCI..."Mainan" di BIBIR
SYIRIK dan MURTAD....FITNAH Me RAPU
Menipu ALLAH...Sanggup 'ber-Takbir'?
Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Men CURI itu...FITNAH yg DAHSYAT
Kerana Men CURI....Men Dustai TUHAN
Men Dustai Ummah...Onar & KHIANAT
Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
Maha7 Mem BERI...Sifat'NYA-ALLAH
Hamba-NYA-ALLAH...Mem-BERI Pe MURAH
KASEH-Mem-BERI...Mulia-dan-INDAH
Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
KASEH-Mem-BERI....Mulia dan INDAH
Semakin Mem BERI...Semakin Me LIMPAH
Ibarat nya "CINTA"....Mendakap "WAJAH"
Semua pembaca patut mengambil iktibar dari intipati tulisan ‘Tanpa Nama 12:56 PG’ dan ‘Tanpa Nama 1:43 PG’
“Hendak melawan orang2 islam yang hendak berkawan dengan orang kafir itu adalah kerja yang sia2. Kau melawan Allah sebenarnya. Allah mahu ada orang islam datang memberi dakwah kepada mereka……”
“Maka menghalang orang islam hendak berkawan dengan cina dap untuk tujuan dakwah dan kerjasama mentadbir dunia ini adalah kerja orang munafik yang lebih hina dari kapir itu sendiri. “
“Kepada parti Amanah. Sila tunjukkan jalan yang lurus kepada dap. Kalau dia tidak mahu beriman tidak mengapa. Soal hidayah dan iman bukan kerja kau. Itu kerja Allah Swt.”.
“Yakinlah. Pada suatu hari yang baik dan tenang, cina lim akan merayau2 mencari tuhan Allah. Dia tidak menemuiNya di alam nyata tapi Allah bukakan satu pintu dari segala pintu hidayahNya. Insya Allah...
Dan cina lim akhirnya bertemu lagi dengan kau lalu memberi salam seraya berkata ' Aku tidak menemui tuhan di mana2 tapi aku menemui tuhan di wajah kamu kerana kamu membawa keperibadian unggul sebagai insan’…..”
Tidak ada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah…. Sampaikanlah walau sepotong ayat.
Azampatim
Yup. PAS dah ganti UMNO
Bagus.. Elok pun saman je sebagai pengajaran kpd pas yg skrg sudah menjadi suara umno.lihatlah harakah yg sudah byk kali kantoi fitnah sama level utusan. Utusan pulak nampak mulia,harakah lebih hina sbb berselindung dgn nama islam padahal merosakkan nama islam.Pas sudah semakin jijik
Dalam banyak-banyak cerita
pasal Razman yang ini dia kata fitnah.
Dia pernah dikatakan mempunyai rekod perkhidmatan buruk semasa di Kastam sehingga menyebabkan dia berhenti kerja tetapi yang membalas budi pulak yang dia kata fitnah.
Lain lah kalau tajuk nya Pesuruhjaya PAS Perak bertumbuk dengan Menantu Tuang Presideng jer!
Mana salahnya membalas budi orang? Najib sendiri mengingat ahli UMNO yang telah menerima habuan duit dari dia, tak ada yang salah pun.
Kesimpulannya Razman tidak reti mengenang budi orang.
Walaunta ni ulas ayat quran ikut kepala hotak sendiri...
Nama Allah dan islam dijaja oleh puak2 munafik sepanjang masa semata mata utk tarik perhatian umum demi undi dan sokongan..bagi mereka yg pendek akal saja yg terpedaya dgn puak2 ni.
“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular.”
buruk betul perangai ust pas ni.
kenyataan diatas bukti bahawa PAS ANGGAP MEREKA SAJALAH dlm dunia ni yg perjuang islam. org lain semua tk islam, sekular, liberal dll
tp sekarang senyap dn sungguh menjaga hati umnu yg sekular, assobiyah dan pragmatik itu.
PAS ANGGAP MEREKA SAJA YG MENDOKONG SULTAN. apakah bergerak dalam parti politik seperti DAP Amanah dan PKR itu menentang sultan? kalau begitu maka perlembagaan negara lah yg menentang sultan kerana mengizinkan demokrasi pilihanraya.
sedangkan Amanah hanya berbeza pendekatan dalam perjuangkan islam.
apakah PAS cuba nak bagitau bahawa PH adalah penentang sultan
PAS nk cuba babitkan sultan utk kepentingan politik PAS
lupakah PAS ketika didlm PR bagaimana umnu merampas kerajaan perak dpd PAS secara samseng? tapi yg jadi mangsa adalah DAP
sila buktikan yg DAP menentang islam melayu dan sultan
sila bagi peluang DAP menjawab tuduhan jgn berlaku zalim kpd DAP
sebab DAP parti berbilang kaum. bukan parti cina. MCA lah parti yg berasas perkauman.
org melayu sebahagian tolak PAS, org bukan islam majoriti sudah tolak PAS. BAGAIMANA PAS HENDAK MEMERINTAH MALAYSIA DGN AMAN DAMAI JIKA SKAP PERMUSUHAN DGN SEMUA PIHAK (KECUALI UMNU)?
sedangkan sultan lebih adil dan perihatin dgn semua kaum yg ada dalam malaysia kerana mereka juga rakyat mereka. sedangkan sultan johor pun sudah tolak politik perkauman. APAKAH PAS JOHOR PUN NAK DERHAKA DGN SULTAN?
islam jenis apa yg diperjuangkan PAS? islam cari gaduh, islam sempit, khawarij?
Maaf cik atau puan zana. Ayat yang mana tu? Ada letak ayat al quran ke? Boleh letak tapi ramai jadi murtad kalau pembaca menolak satu saja ayat2 itu. Sedihlah saya. Ingatkan nak buat baik rupa2nya jadi tak elok. Ayat jadi panjang dan bertambah benci para netizen hendak baca.
Cik atau puan zana ada ustaz atau ustazahkan? Elok salin dan suruh dia baca dan komen ulasan di atas. Kemudian puan siarkan balik ulasan beliau di sini. Tuan gb sila siarkan. Saya bersedia minta ampun jika silap.
Tanpa nama 12.56... komen anda terbaik... tanpa kita sedar satu waktu nanti kita akan di tanya apa dakwah kita pada org kafir...pada nizar mungkin sudah lepas.... ulamak2 pas ..?
Tuan GB,
Lebih dahulu saya mohon maaf sebelum komen pendek saya.
Saya tidak pelik dan hairan dengan kelakuan ahli Pas samaada pemimpin tertinggi hingga ketahap cai yang memandang rendah orang Islam lain selain daripada "penganut Pas"
Segala-galanya bermula daripada:
FASAL 82 (FASAL 75 - lama). Tatatertib PAS
(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.
Inilah ibu segala penyakit mental dalam Pas.
Catat Ulasan