5 Okt 2015

Pakatan Harapan Terus Bergerak Ke Hadapan...

Pakatan Harapan: Empat persoalan, empat penyelesaian oleh YB Liew Chin Tong

Saya kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.

Gambar: Siri Jelajah Pakatan Harapan akan bermula dari Johor pada 9 Oktober ini.



Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?

Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.

Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan Umno menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan Umno
.

Yang kedua, mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?

Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.

Ada kenyataan menyebut: “Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah.” Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.

Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.

Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.

Ketiga pula, bagaimana untuk menang tanpa PAS?

Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.

Kalau kita anggapkan saja “angin” politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.

Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.

Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.

Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.

Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.

Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.

Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru.

Jika pakatan baru pembangkang dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Umno buat selama-lamanya.

Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan ‘Baju Merah’ cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.

Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme Umnolah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.

Ia bukan disebabkan oleh orang Cina atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.

Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.

Kroni Umno untung tapi orang muda Melayu terseksa.

Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.

Keempat, bolehkan PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?

Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.

Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.

Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS.

PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.

Jelaslah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.

Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia.

ULASAN GB

GB suah ulas semalam. GB perturunkan semula 10 hujjah betapa perlunya Pakatan Harapan terus bergerak, tinggalkan dan abaikan sahaja pihak yang enggan atau yang terhegeh-hegeh membuat keputusan. Petikan:


Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini. Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu. Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita? Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti terus berjalan....

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pkr pula mula bergolak...rakyat dah bosan benda2 mcmni harap cpt2la selesaikan mslh pkr.cpt2 buang azmin sebelum luka menjadi barah

Tanpa Nama berkata...

Dari ulasan utama di atas dan diperkuatkan lagi dengan sepuluh hujah tuan gb maka Amanah bolehlah memasang gear ke depan tanpa menoleh lagi. Amanah tiada masa untuk melayan siapa pun. Kita tahu mereka sengaja mahu melengah2kan perjalanan kita. Atau pura2 mahu menumpang tapi sebenarnya mahu berbuat khianat.

Tentang masalah kawan kita Pkr, biarkan mereka selesaikan dulu hal mereka. Namun pandangan kita walaupun tidak berniat untuk masuk campur adalah, sila beri peluang dulu kepada kebijakan kak wan yang memilih untuk menyegerakan gabungan Pakatan Harapan.

Beri peluang dulu Ph ini berjalan lancar selama 6 bulan. Kalau puak2 Amanah sudah berlaku tidak amanah atau curang dalam Ph, maka tuan2 buanglah Ph ini. Tuan2 pergilah bergabung dengan P_S itu sebagai rakan yang amat2 dikasihi lagi diharapkan.

Tapi kalau tuan2 memang sengaja hendak membuang kak wan dan abang anuar, tuan2 memang manusia dajjal yang patut dihumbankan oleh rakyat. Kerana nak laba dunia yang berlumut berdaki ini tuan2 sanggup menambahkan lagi derita kepada dua insan inu. Tunggulah. Allah akan tunjukkan tuan2 jalan menuju jurang kebinasaan seperti P_S jugak!

Sesungguhnya kami tidak faham apa yang ada dalam kepala tian chua yang sudah masak direbus itu tapi seperti dia tidak memahami erti sebuah penderitaan. Semacam dia pun mahu sangat2 P_S kekal memikul guni2 duit perangsang itu. Padahal P_S tiada apa2 hak atas jawatan resmi di negeri selangor ini.

Hal azmin saya tidak mahu ulas lagi. Tunggu jap lagi. Sekarang dunia sedang perhatikan kau azmin!

My Kakak berkata...

Jika Pakatan Harapan bersatu dan bergerak dgn strategi tersusun. Ikhlas berjuang dgn semangat setiakawan. Jelas misi dan visi. Mula pedulikan rakyat setiap lapisan . Tiada sebab rakyat tidak berpaling arah dek keyakinan kemampuan Pakatan Harapan membina negara yg sedang senget ini.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Sahabat...Pem Bawa HARAPAN
Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Ku Panjat kan DOA...Kepada TUHAN
Teguhkan-AMANAH...Rezeki Mu MELIMPAH


Wahai Sahabat...Pem Bawa HARAPAN
Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
AMANAH Itu...Ke Cintaan TUHAN
Ke Cintaan TUHAN...Pasti Me NYERLAH


Wahai Sahabat...Pembawa HARAPAN
Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
Ibarat CAHAYA...Be GEMERLAPAN
Kaseh-Mem-BERI...Terlalu INDAH


Wahai Sahabat...Blogger HARAPAN
Wahai Blogger...Blogger yg AMANAH
Niat SUCI Mu...Di Sisi TUHAN
Menjadi "PEWARIS"...Insan yg PASRAH


Menjadi "PEWARIS"...Insan yg PASRAH
"MEWARISI"-AMANAH...Insan Ber MARUAH
Tak Meminta Upah...Bayaran MEWAH
Krn KEPUASAN Mu...Ke Redhaan ALLAH



Mem-BERI-Cahaya...Menyuloh Ke ZALIMAN
Mem-BERI-Idea...Sumbangan BAKTI
Mem-BERI itu..."SUNNAH" Per JUANGAN
Walau di FITNAH...Di Nista di KEJI



Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
Jangan Se SEKALI...FITNAH Men CURI
HARTA Negara...Khazanah UMMAH
WAJIB Di "HISAB"...Di "Audit" RAPI

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru. Hanya Pas dan pihak-pihak yang ada kepentingan dengannya sahaja yang menyatakan penubuhan PH pada waktu yang tidak sesuai. Pas secara terang-terangan menyatakan tidak akan menyertai PH jika DAP dan AMANAH menjadi komponennya. Lantaran itu, menanti kesediaan Pas menyertai PH ibarat menunggu "kucing bertanduk". Selagi Hadi Awang menjadi Presiden Pas, selagi itulah rancangan membawa Pas menjadi komponen PH akan menemui jalan buntu. Buat seketika ini, Pas itu Hadi, dan Hadi itu Pas".

Memang berisiko Pas berada di luar PH. Pertandingan tiga penjuru pasti berlaku pada PRU 14. Natijahnya BN akan menang. Pas berkali-kali menegaskan akan meletakkan calon DHPP bertanding menentang calon-calon DAP. Pasti Pas akan hilang wang pertaruhan. Langkah ini memberi "mialage politik" kepada BN. Pada PRU 14 kelak, Pas tidak lagi signifikan dalam kancah politik Malaysia, dan sangat-sangat bersesuaian dengan tag line mereka, "matlamat perjuangan bukan Putrajaya, tetapi mencari keredaan Allah". Pada PRU-PRU mendatang Pas tidak lagi dilihat sebagai "public figure" tetapi hanya sekadar pengacau untuk memenangkan "kekasih gelap" mereka BN.

Tanpa Nama berkata...

hati2 pas akan bertindak sbg 'spoiler' dlm pru14 akan datang. pertandingan tiga penjuru melibatkan ph, pas dan bn akan memenangkan bn walaupun bn tak kuat. pas rela lihat bn menang daripada ph krn benci akan dap dan dendam terhadap amanah.

Tanpa Nama berkata...



Dalam melaksanakan sesuatu project, boss saya dulu selalu ingatkan 'don't be a wet blanket. We do not want a wet blanket in our team.'

Wet blanket ni akan melembabkan kelancaran sesuatu project.

Masing2 kena faham tugas dan peranan masing2.

Be a contributor, not always to receive.

Tanpa Nama berkata...



Macam dapat rasa satu kepuasan melihat gambar Abang Mat di dinding lori kontena!

Sebenarnya ada juga bagus nya PH ditubuhkan cepat. Masalah PR semasa ditubuh dulu adalah kerana setiap parti bercakap mewakili parti masing-masing.
Selain dari menuntut hak, PAS juga terkeliru !!

Semasa perbincangan tersebut PAS hanya tahu apa yang PAS ingin kan dan gagal memahami apa yang lain-lain mahukan dan bagaimana semua keinginan menjadi satu matlamat.

Sekarang PH telah ditubuhkan dan sekiranya PAS ingin bergabung maka rundingan tidak sama seperti dulu. Kerana kali ini PAS akan berunding dengan PH bukan dengan PKR bukan dengan DAP dan bukan dengan Amanah.

PAS tidak boleh besar kepala kerana sudah tentu PAS terpaksa menerima matlamat PH dan PAS mudah faham apabila hanya menumpukan pada isu yang dibangkit kan oleh PH !

Tanpa Nama berkata...



Jika PAS bersama PH, soalan yang akan berlegar dalam serban ialah mengapa gambar Anwar yang pertama dan paling hadapan (besar) ?

Komen ini ditujukan kepada pemimpin PKR yang masih mahu PAS sertai PH.

omar daud berkata...

Salam:


Matlamat perjuangan politik nak menang pilihanraya,PAKATAN HARAPAN menawarkan GOOD GOVERNANCE dan penerapan nilai-nilai islam Pada rakyat malaysia.

saya setuju pendapat2 biarlah saja, PAS dan musuh2 PH nak kata:

YANG PENTING di sini PH kena mula bekerja sebagai satu team:Pada saya sudah cukup lengkap utk rakyat malaysia.PKR dikuasai orang melayu dasarnya good governance,DAP di kuasai oleh lain2 bangsa malaysia dasarnya good governance, manakala AMANAH di kuasai oleh orang islam dasarnya penerapan nilai-nilai islam jika diredha allah menjadi negara islam walaupun 1000 tahun lagi.Saling lengkap-melengkapi.

Permulaan publisity yg baik untuk PH, bila lorry iklan bergerak seluruh malaysia bermula di Johor.

Bekerja..terus bekerja...dan bekerja..plan..strtegy..improvement..bertindak..dan teruskan kerja.PERSETANKAN benda2 yg remeh,caci-maki pehak musuh.Kuatkan ukwah persahabatan.

KEJAYAAN bukan datang secara sendirinya tanpa BERSUSAH PAYAH.BEKERJA TERUS BEKERJA cara yg BIJAK.

GO PH GO.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

bukan spoiler tetapi jadi Beruk Pelingkop..

Tanpa Nama berkata...

eruskan Abang Mat Sabu dengan segala kekuatan yang ada dan minta pertolonagan Allah.Jangan peduli dengan kecaman ,hasutan .ancaman ,ugutan dari puak2 yang sakit mental,biarkan mereka dengan mentalnya.Jangan ada pihak Paktan Harapan membalas dan menghina puak sana.biar rakyat mnenilai kumpulan mana yang beradab sopan denagn kumpulan yang kurang adab,

Tanpa Nama berkata...

Apa yang saya perhatikan sekarang ni, masyarakat sekeliling saya mungkin juga ditempat lain telah menolak UMNO,PAS dan sekarang mula menolak PKR. DAP..tak ada komen baru.. tetap komen lama aja.

Kesimpulan yang saya buat, mereka tolak PAS kerana condong kepada UMNO. Mereka Tolak PKR kerana PKR condong kepada PAS yang condong kepada UMNO.

PKR dah nampak goyah bersama Harapan.

Apa yang jelas kita semua TIDAK BERSATU HATI

Tanpa Nama berkata...

Terbaik kupasan awk aku sokong 100%..Masalah pas dh selesai iaitu dengan tertubuhnya Amanah..skrg PKR pula bermasalah...igtlah rakyat mula menyampah dgn pkr...Kalau mcmni next pru pkr akan kurang lg kerusi,Amanah mungkin menang lebih banyak... Pas...jangan harap la nk menang

Tanpa Nama berkata...

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang tidak dikaruniai sifat lemah lembut, maka ia tidak dikaruniai segala macam kebaikan.” (Riwayat Muslim)

Jika orang berdakwah dengan akhlaq yang kasar, selain tidak sesuai sunnah Nabi juga justru menjauhkan manusia dari Islam:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu…” [Ali ‘Imran 159]

Tanpa Nama berkata...



Di Dlm Kolum "SMEBiz" paper TheSTAR hari ini..dgn tajuk; Get the FLASH under control..

..Kesah anak Malaysia yg memiliki ciri-ciri Humble-AMANAH w.pon mmiliki syarikat Gergasi multi-Million/Billion Usd!

..Dia sgt Humble-AMANAH dan sgt suka "Mem-BERI"/Menolong/Melihat kehidupan staf/pekerja nya bahagia ATAU lebih bahagia drp nya!

..Dia sanggup RUGI, demi pelanggan/pembekalnya SETIAnya tidak sengsara!

..Dia suka Mem-BERI/Mengerti, humble-AMANAH-Telus-Lurus..ciri2 "SYSTEM"'Miracle kejayaannya..

..Jika anak Malaysia ini mnjd PM @ pemimpin alangkah baiknya..

..Dia BUKAN 'Melayu-&-BUKAN-Islam' tetapi dia sgt AMANAH...baca lah..

Tanpa Nama berkata...

Bukan beruk pelingkup.
Kera sumbing.

Ritchie Blackmore berkata...

Benci dan dendam adalah ajaran islam pas.

Ritchie Blackmore berkata...

Kali ni Pas kena baiah dgn PH sandarkan isteri pemimpin2 tertinggi mereka...