Sepanduk ‘Mana RM2.6 bilion’ diangkat lepas Najib bentang Bajet 2016
Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini.
Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera.
RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.
Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri. (Nasruudin Hassan Tantawi, Temerloh dan Takiyuddin Hassan, Kota Bharu juga tidak berdiri dan mengangkat plakad)
Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.
Najib yang juga menteri kewangan petang ini membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri.
Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya. – TMI
VIDEO
ULASAN GB
Nampaknya sama seperti semalam semasa undian penggantungan Lim Kit Siang dilakukan dimana ramai wakil rakyat PAS yang ponteng dan tidak mengundi. Rujuk SINI.
Hari ini tatkala semua wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion?" selepas pembentangan bajet oleh Najib, wakil rakyat PAS tidak turut serta, malah ramai yang ponteng. Kerusi-kerusi YB PAS kosong tak bertuan.
Memberi tanda bahawa wakil-wakil PAS seperti tidak melaksanakan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat dan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang yang lain walaupun mereka duduk di blok pembangkang.
Tindakan PAS ini mendapat pujian dari UMNO BN terutama dari Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin. Malah ada wakil rakyat PAS dilihat lebih selesa bergambar dengan Senator Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di JPM. Dan menyerlahkan bahawa PAS dan UMNO seperti sehati sejiwa.
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Dinafi dan disorok macamana pun tentang sikap dan perangai PAS yang khianat dengan amanah rakyat itu akan tetap terdedah jua.
Biarlah, rakyat menyaksikan semuanya ini dan kemudian membuat keputusan untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya nanti.

30 ulasan:
Busuknya tembelang.kulit luar nampak cantik aje.
Tuan GB, gua tak tkejut dgn perangai buruk lebai2 malang ni. Kalo dah jd geng umno.. Begituler jadinya. Duduk la kat kerusi tu sblum pru akan dtg...dah tak lama pun...
cepatlah sikit PAS ni umumkan kerjasama dgn UMNO... barkan dia melingkup dalam pru akan datang...
dari hari sehari, semakin terdedah tembelang PAS...
Presiden mana? makan duit haram dgn gaji buta ...
sidang parlimen bajet yang penting utk negara pun ponteng
ulamak apa tu kalau bukan ulamak haramjadah...
Fulus fulus fulus,tahniah umno! Umno brjaya umpan dgn kemewahan
Maka haramlah gaji mereka yang diberi amanah oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak rakyat tetapi ternyata sengaja ponteng dengan beribu alasan. Tahniah PAS! Istiqamah sehingga melingkup.
Mana hadi ahli parlimeng mereng.
Nampak sangat PAS ingin mengambil kesempatan di atas senario politik sekarang. Kononnya ingin menampakkan politik matang tapi sebenarnya sekadar memancing UMNO dan PKR supaya kedua parti bersikap lunak terhadap PAS dan ingin menjadikan PAS boleh tawar menawar bagi mendapatkan apa yang mereka ingini. Tapi apa yang PAS tidak sedar, mereka akhirnya akan dipermainkan bukan saja UMNO tetapi juga PKR. Tujuan UMNO bermuka-muka dengan PAS adalah semata-mata utk memecahkan Pakatan pembankang supaya ujud perasaan saling tidak percayalah. Itu saja. Manakala PKR pula adalah utk mengelak undi melayu terpecah tiga. Tapi PAS jangan terkejut dengan PKR mempunyai plan B dan jangan terlalu mengharap PKR akan mengikut segala kemahuan PAS. Mereka harus ingat bahawa PKR adalah sebuah parti yang diasaskan berdasarkan strategi. Mereka mempunyai kekuatan yg terhad namun perancangan politik PKR boleh menjahanamkan UMNO. Lantaran UMNO lebih bimbang berhadapan dgn PKR berbanding PAS. Oleh itu PAS harus tahu harga diri. Kepimpinan PAS sekarang berada didalam tahap yg paling lemah dan kurang wibawa. Penyokong PAS harus sedar strategi kepimpinan sekarang sangat terumbang ambing. Hala tuju kabur dan sangat tidak menyakinkan rakyat. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian PAS tiada lagi dalam persada politik negara.
Sebenar aku selalu berfikir... dr sudut mana.pas ni merasa diri nya gagah.. bagi aku dr sudut mana pun pas hanya berbangga sukarela PRU ramai. Dari sudut mana gelap je cahaya bulan ni.. atau pun pengarah strategi pas kelentong tuan presiden pas akan kuat bila bersendiri.. sejarah membukti jika bersendirian akan hancur.. utk masuk ke pakatan harapan.. tak mungkim... pas nak masuk umno... silap2 parti2 dr sabah dan swak berlumba pulak nak masuk pakatan harapan...
Ini jelas menunjukkan PAS kini sanggup bersekongkol dan bersubahat dengan kerja merompak wang rakyat oleh UMNO selama ini. Serban besar itu untuk menyimpan hasil rompakan jugakah?
SIDANG DEWAN YG PONTENG MESTI DITOLAK ELAUN. DUIT ITU HARAM DIGUNAKAN. TAK KERJA TAK BOLEH AMBIK ELAUN. KALAU AMBIK DAH MAKAN DUIT HARAM. MAKAN DUIT HARAM HATI JADI KOTOR MACAM SUNGAI SEGET DI JB.
Sebab tu lah mereka menggunakan alasan hudud utk singkirkan professional, dan golongan yg tidak menyokong ug. Penyatuan umnopas semakin hampir..
Kita sepatutnya sudah boleh terima dengan sikap PAS dan sudah sepatutnya pada masa persidangan Parlimen kali ini kita sudah tidak memperdulikan PAS.
Mana mungkin PAS boleh mengikut PH kerana masa ketika ini lah PAS perlu terang-terang memberi signal kepada Ahli yang PAS akan bersama UMNO satu hari nanti. Kata bermadah seperti tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah dalam politik akan di kemumandang ke teliga ahli PAS yang Melayu Islam nya tidak dapat di bezakan yang mana satu yang akan di beri sebagai jawapan apabila di soal oleh mailaikat. Adakah Melayu eh eh Islam eeh tak, tak melayu.. er errr Islam.
Bagaimana ? sedangkan sikap PAS ini adalah cerita politik dan perlu di dedahkan. Setuju tetapi jangan lah tajuk nya terlalu direct menuju kepada PAS. Fokus kepada pemimpin PH yang bersama-sama mengangkat sepanduk tersebut dan mengenai PAS hanya di selitkan beberapa ayat.
Kita perlu sisihkan PAS dari cerita Politik dan jangan kita terlalu banyak mempromosikan PAS secara percuma. Selagi kita memberi perhatian yang berlebihan kepada PAS selagi itu PAS rasa hebat dan main tawar menawar.
Kepada Allah kita kembalikan.
Di hari penutupan sidang Parlimen nanti, ramai-ramai ahli parlimen pembangkang Blok 1 (PH) angkat sepanduk
' MANA HUDUD ! '
mp yg ponteng tu agaknya tengah mentakedarah elaun mp,haram ke haramjadah ke
PAS kolot dlm politik
Jumud dlm bersahabat
Khianat dlm amanah
Salah guna agama utk kepentingan politik sempit
Depa dah tak mau jadi wakil rakyat tuu!
PRU depan takyah pilih dah.
Mamu Hang
Ada kemungkinan MP PAS tidak tahu rancangan PH. Ini berdasarkan kamera siarkan gambar PH memegang sepanduk dan ini bermakna tindakan ini tidak di sangka oleh mereka (PAS) termasuk yang membuat siaran langsung.
Jika perkara ini diketahui oleh PAS pasti perkara ini di bocorkan dan gambar PH memegang sepanduk tidak akan di siarkan secara langsung.
KJ tidak faham yang PAS bukan lagi pembangkang. Tempat duduk PAS sahaja yang berada di kawasan pembangkang. 'Pendirian politik dan sikap mereka' duduk bersama MP UMNO.
Gimik yang di buat oleh MP PH di saat-saat akhir berjaya menarik perhatian rakyat dan menjadi bahan lawak yang mengena pada Najib. Tepat dan 'catchy'.
Najib atau MP BN pun akan jawab guna sepanduk. Sepanduk Najib 'RM 1 billion - Rosmah', Sharir Samad ' RM 1 juta - UMNO JB', Ahmad Maslan 'RM 2 juta - Upah Macai-Macai ....
Perjumpaan sulit beberapa Pemimpin pas dengan UMNO mcm dah nak terbongkar...
kata WAN ROSLI....
"puak2 angkat playkad adalah barua DAP...."....
Bagi kami penyokong PEMBANGKANG tegar.... istiqomah dgn perjuangan menentang penyelewengan kej BN... dan kami sedar PAD semakin serasi dgn UMNI O.....BN...
Makan gaji buta,wakil pas mmg pengkhianat kpd pengundi,tunggu Pru 14 nanti,YB Nasarudin kalau brani tanding sekali lg di Tloh,pui!!mana janji2 ko semasa kempen Pru 13,ko makan elaun buta ,hukumnya haram.parit perut pun boncit!!!Pi berambus join Umno bw sekali hafi tuang dan Nik bodoh!!
bukan sj 'mana rm 2.6 bilion ? ' tp juga 'mana hadi awang ? '
Sudah jelas dan terang. Siapa dia manusia dan kumpulan mana tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam memerintah negara. Juga sudah jelas manusia mana dan kumpulan mana yang bersekongkol dan menyokong kumpulan yang khianat kepada negara. Kedua-dua kumpulan perlu dikuburkan seperti rakyat Indonesia ditipu oleh PKI dan mereka telah mengkuburkan parti itu!!!
yb zailah pun angkt..itu yb pas
Kalau najib boleh terima sumbangan RM2.6B dr pak arab, wala'un2 lebih layak terima lebih dr RM2.6B dr pak arab kerana mereka fastaqim menegakkan hudud.
Itu sebab mereka tak angkat placard.
Sekarang ni pun mereka menerima sumbangan dlm sampul dan tin milo.
Nanti ada ostad n kakitangan YIK angkat placard 'Mana Tunggakan YIK RM14 juta ?'
Gaji dah dipotong tapi caruman tak dibuat.
Takkan nak suruh dia orang ni cari keredhaan Allah je ?
Kata bangang mentadbir nnt dituduh melawan ulamak.
Macam ini lah politik PAS, dalam persada politik Malaysia, kedudukan PAS sama lebih kurang dengan parti MIC.
PAS tidak punya kuasa politik dan pemimpin nya tidak mampu menjadikan parti PAS parti nombor satu di Malaysia.
Banyak perkara yang di buat oleh PAS ialah mengikut cara parti lain atau mengikut kehendak parti lain.
MIC sedar tentang perkara ini tetapi PAS tidak kerana PAS telah di buat-buatkan seolah PAS parti yang setanding dengan UMNO. DAP menjadi juara kepada kaum cina tetapi PAS hanya kuat sebelum Hj Hadi.
Tahniah buat tantawi velfire, nik abuduh and the geng yg sewaktu dgnnya...harap pada pru akan dtg tak ada lagi kelibat ahli parlimen mcm tu...dlm jemaah dia bukan main gedeber smpai nak guna siku lutut...di parlimen mcm ayam berak kapur...tak dengar berdebat langsung...puuiii...
Tak mustahil di hari akhir sidang parlimen kali ini, pihak pembangkang akan angkat sekali lagi plakad yg tertulis "Di mana Hadi Awang?"...hahahaaa...
MP Vellfire tu tak bawak telur bila time masuk bersidang di parlimen. Sebab tu dia senyap jer!!! Hehe
Catat Ulasan