24 Okt 2015

Najib Cuba Kelirukan Parlimen Tuduh PH Sokong GST

Wan Azizah: Terima GST? Najib tak baca betul-betul

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pembangkang menerima pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sehingga memasukkan perkara itu dalam dokumen bajet alternatif mereka.

Wan Azizh berkata Najib yang juga menteri kewangan "tidak membaca betul-betul" cadangan Pakatan Harapan dalam dokumen bajet yang didedahkan semalam.

"Dia (Najib) tidak baca betul-betul. Memang kita tahu, telah diletakkan semua instrumen GST. Kalau kita nak berhenti begitu sahaja, kita (dianggap) tidak bertanggungjawab.

"Jadi kalau kita buat sebetul-betulnya, kita buat 'zero rated'. Dia ikut kita buat apa," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Najib itu.

Pakatan Harapan dalam bajetnya mengumumkan langkah untuk menyelesaikan krisis ekonomi antaranya mengenakan kadar sifar atau ‘zero rated’ kepada semua barangan GST untuk mengukuhkan aliran tunai.


Najib ketika membentangkan bajet menyatakan kerajaan tetap bertegas dengan pendirian bahawa kerajaan mempunyai keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST sekalipun keputusan itu ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

"Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.

"Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten," katanya sambil dibantah oleh pembangkang.

Wan Azizah yang adalah presiden PKR juga tidak yakin kerajaan mampu untuk mengurangkan bajet defisit kepada 3.1 peratus kerana mereka biasanya akan mengemukakan bajet tambahan.

Katanya, negara berdepan dengan defisit sejak suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai menteri kewangan.

"Negara mengalami defisit sejak sekian lama dan sepertimana yang sama beritahu, pengurangan defisit 3.1 peratus tidak mungkin tercapai kerana ia biasanya hadir dalam bentuk yang lain iaitu bajet tambahan," katanya. -mk

ULASAN GB

Najib nampaknya cuba mengelirukan dan memperdayakan rakyat Malaysia dengan menuduh kononnya Pakatan Harapan (PH) menerima GST dan telah memasukkannya di dalam bajet PH.

Sedangkan JELAS bahawa di dalam bajet PH, kadar GST akan dimansuhkan dengan mengumpulkan semua pembekalan bawah senarai kadar "sifar" untuk mengekang inflasi.


Najib nampaknya mempunyai "pegawai-pegawai" di kementerian kewangan yang tidak memberikan maklumat yang tepat kepadanya sehingga akhirnya skrip ucapannya mengandungi kesalahan yang obvious apabila melakukan tuduhan semborono.

Dan perbahasan bajet 2016 adalah medan yang bagus untuk para ahli parlimen mendesak dan membogelkan Najib mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Pandikar Amin sebagai speaker perlu membuka ruang perbahasan bajet dengan lebih telus dan tidak menyekat serta menggantung ahli parlimen yang menyentuh isu berkenaan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INI PEMINPIN PENGKHINAT SERTA TIDAK BERMARUAH .MEREKA MEROSAKAN NEGAR DAN CERTAKAN KONO NYE MEMBELA NASIB RAKYAT .NAJIB SERTA MENTERI MENTERI HARUS DITANGKAP DAN DIHUKUM PANCUNG SERTA MERTA

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur apa yg.ada...

Tanpa Nama berkata...

Bak kata umno.syukurrr malaysia masih aman....

Tanpa Nama berkata...

Mat Bahalol kan Lahanat

Apa lagi dia tak buat????

nick berkata...

Najib ni mana reti mengira sebab tu yang dia sangka angka 0 tu ada nilai. Ni lah akibatnya apabila rakyat mengangkat seseorang yang bodoh tukil sebagai Perdana Menteri. Rasa2nya ramai ahli UMNO yang menyesal mengundi BN atas sebab nak bagi Najib pegang jawatan PM satu penggal aje lagi. Last2 disebabkan satu penggal, Mesia ni akan bangkrap dan rakyat akan sengsara.

Tapi takpalah sebab ramai menteri2 UMNO yang sentiasa menyuruh orang2 melayu bersyukur dengan apa yang mereka ada. Rakyat Mesia dan terutamanya orang melayu mesti bersyukur dengan harga barang naik, hutang negara pun naik, hutang 1MDB pun keliling pinggang, Tabung Haji pun dapat tanah mahal yang sampai sekarang takde orang minat nak beli, tol naik, kos sara hidup naik, BR1M pun naik (ciput je naiknya), bacaan IPU pun naik (rakyat yang dah sesak nafas disebabkan kos sara hidup terus jadi lelah), gaji menteri pun naik, rasuah pun naik, kos pengajian tinggi pun naik, bil pun naik dan rakyat mestilah bersyukur dengan semua kenaikan tersebut sebab negara masih aman dan golongan bangsawan masih lagi dapat bermewah2 sementara rakyat susah.

Golongan agamawan pun sentiasa je suruh rakyat bersyukur apabila dapat pemerintah yang zalim (sebab diaorang tak nak pangkat dan kedudukan hilang). Semua mufti2 dan ustaz2 yang mendapat nikmat dari pemerintah yang zalim ni langsung tak bersuara untuk membela rakyat. Asyik2 suruh rakyat redha dan sabar! Asyik2 sibuk bercerita tentang pentingnya kerajaan dipegang oleh orang melayu (tak kiralah melayu tu penyamun, perompak, perasuah dan penyeleweng, janji melayu). Asyik2 cerita pasal wuduk, batal posa dan kelebihan tahajud tapi tak pernah sekali pun dok gesa umat Islam menentang dan menumbangkan si penzalim sebab agamawan ni semua perut dah buncit dengan wang dan kemewahan, kalau dok suruh rakyat bangun menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, takut jawatan hilang, pangkat tak naik, gaji kena potong dan tak dapat berbini lebih! Elok benor le keadaan Mesia ni, pemerintahnya si pembuat mungkar, sedangkan para agamawannya dok tidur kekenyangan dan bergelumang dengan syubhat! SYUKUR, Mesia masih AMAN!!!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Najib dan hadi kaki temberang.

Rosdi Ismail berkata...

Betul sngat sahabat. ibarat lembu kekenyangan!!!!