Pakatan Harapan tidak perlu di Selangor, kata Azmin
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
Timbalan presiden PKR itu berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PKR 2 minggu lepas meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.
"Kita meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.
Phahrolrazi dilaporkan berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Katanya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP. – Bernama
ULASAN GB
Sikap Azmin yang enggan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor amat dikesalkan.
Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 parti pembangkang yang utama (PKR, DAP & AMANAH) telah dibentuk dan ditubuhkan secara rasmi dan partinya PKR yang memulakan inisiatif tersebut. Malangnya beliau sendiri yang gaga; melaksanakannya di Selangor dengan alasan senario politik Selangor tidak sama dengan Pulau Pinang.
Kerajaan Selangor yang ada memang dipilih oleh rakyat. Namun rakyat pada pilihanraya umum 2013 mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat sudah berkubur, PAS menolak untuk menyertai Pakatan Harapan, mengapa Azmin berdegil untuk terus mengharapkan PAS berada di dalam kerajaan Selangor?
Ia seperti satu pengkhianatan terhadap para pengundi Selangor. Malah jika diikutkan komposisi parti, PKR tidak layak untuk menjadi MB. DAP memenangi kerusi yang lebih banyak dari PKR dan PAS. Tetapi DAP lebih sanggup untuk berkompromi dengan menyerahkan jawatan MB kepada PKR. Dan kini PAS bermusuhan dengan DAP. PKR sepatutnya mendengar suara rakyat. Beliau sudah sepatutnya membentuk kerajaan Pakatan Harapan, dengan menggugurkan semua ADUN-ADUN PAS dari senarai exco kerajaan negeri.
Lantaran itu Azmin perlu ditukar. Beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor lagi.
Calonnya sudah ada iaitu Datuk Saifuddin Abdullah.
Cuma GB tidak berapa setuju dengan Langkah Rawang. Rakyat sudah meluat dengan taktik pengosongan kerusi untuk pilihanraya kecil. GB merasakan rakyat Selangor perlu bersabar dan menunggu pilihanraya umum ke 14. Masa itu boleh ajar kumpulan Azmin dan Tian Chua cukup-cukup.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Azmin dan kumpulan yang sedang merosakkan Pakatan Harapan akan tetap dihukum oleh rakyat. Tunggu dan lihat.

Azmin nafi Saifuddin Abdullah bakal gantinya sebagai MB Selangor
Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Rawang”, lapor Sinar Harian.
Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
“Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.
“Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.
Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.
Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.
“Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR,” tulis portal itu.
PKR tahun lalu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Kajang”.
Pada mulanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan.
Disebabkan kes liwatnya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di DUN Kajang dan menang.
Bagaimanapun akhirnya, Azmin menggantikan Khalid selepas Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR, DAP dan PAS tidak sepakat berhubung siapa seharusnya menjadi menteri besar Selangor.
Langkah Kajang juga merupakan permulaan kepada bibit-bibit perpecahan PR yang kini sudah berkubur. -TMI
ULASAN GB
Sikap Azmin yang enggan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor amat dikesalkan.
Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 parti pembangkang yang utama (PKR, DAP & AMANAH) telah dibentuk dan ditubuhkan secara rasmi dan partinya PKR yang memulakan inisiatif tersebut. Malangnya beliau sendiri yang gaga; melaksanakannya di Selangor dengan alasan senario politik Selangor tidak sama dengan Pulau Pinang.
Kerajaan Selangor yang ada memang dipilih oleh rakyat. Namun rakyat pada pilihanraya umum 2013 mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat sudah berkubur, PAS menolak untuk menyertai Pakatan Harapan, mengapa Azmin berdegil untuk terus mengharapkan PAS berada di dalam kerajaan Selangor?
Ia seperti satu pengkhianatan terhadap para pengundi Selangor. Malah jika diikutkan komposisi parti, PKR tidak layak untuk menjadi MB. DAP memenangi kerusi yang lebih banyak dari PKR dan PAS. Tetapi DAP lebih sanggup untuk berkompromi dengan menyerahkan jawatan MB kepada PKR. Dan kini PAS bermusuhan dengan DAP. PKR sepatutnya mendengar suara rakyat. Beliau sudah sepatutnya membentuk kerajaan Pakatan Harapan, dengan menggugurkan semua ADUN-ADUN PAS dari senarai exco kerajaan negeri.
Lantaran itu Azmin perlu ditukar. Beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor lagi.
Calonnya sudah ada iaitu Datuk Saifuddin Abdullah.
Cuma GB tidak berapa setuju dengan Langkah Rawang. Rakyat sudah meluat dengan taktik pengosongan kerusi untuk pilihanraya kecil. GB merasakan rakyat Selangor perlu bersabar dan menunggu pilihanraya umum ke 14. Masa itu boleh ajar kumpulan Azmin dan Tian Chua cukup-cukup.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Azmin dan kumpulan yang sedang merosakkan Pakatan Harapan akan tetap dihukum oleh rakyat. Tunggu dan lihat.
19 ulasan:
Setuju admin...azmin bakal kehilangan undi aku dan keluarga pada pru akan dtg... nampak sgt lebih jaga jawatan dan periuk nasi...poodaahh..
Aku mula2 dulu memang tak suka azmin sbb berpendapat ramai reformis2 tulin tinggalkan pkr disebabkan azmin..bila dia mula2 ambilalih sbg MB aku cuba utk menyukainya tp bila buat perangai sokong pas, aku mula menyampah meluap2 dgnnya..tengok muka dia pun dah menyampah..begitu dgn hadi ...dari mula hingga kini aku menyampah..tengok muka mcm degebe rogol..
Kerana kerenah azmin sejak jadi mb..mesyuarat lantikan ajk-ajk mesjid dah mula penyokong2 umno nak rampas pentadbiran mesjid kembali..dari sini akan mulanya kejatuhan pkr kalau tak berhat-hati..
Setuju mereka maseh tidak faham apa yang sudah berlaku kepada PR dan PKR khusus yang dilakukan oleh PAS. Ahli yang sedemikian ini perlu diajar dalam PRU14.
Saya mula sangsi dengan Azmin sejak kes lantikan mb lg.. Saya telah menjadi pengundi utk pembangkang sejak dari pru 10 lagi.. Tetapi utk pru 14 saya dan ahli keluarga saya telah menukar tempat mengundi ke parlimen Subang.. Saya tak Akan mengundi utk Azmin lg..
Azmin liability pkr. Perlu cepat2 tukar jgn tgu next pru
Biarkan je azmin ni... dulu langkah kajang pun mcm tu juga... khabar2 angin je... supaya rakyat selangor tak terkejut...selepas di canang2kan langkah rawang.. akan di canang2 kelemahan azmin.. tgklah lepas segala kesilapan azmin berterusan akan di maklumkan pd rakyat selangor.... aku pun tak gemar sikap azmin... agak sbb berhutang budi kat presiden pas kot.. dulu bolehlah azmin berlagak sbb dia pengarah pilihanraya keadilan pru 13.. dengar nya senarai nama yg bertanding dua tiga hari nak pru 13 baru senarai nama2 yg bertanding keadilan di malaysia penasihat dan presiden keadilan baru melihat senarai tu...itu yg kecuh..yg bertanding byk org2 azmin... kalau tak salah pengarah pilihanraya keadilan skg bersama.. maksudnya ada dua org..susah nak menipu majlis pimpinan keadilan..
Nak kenal pemimpin yg betul2 berjuang ikhlas utk rakyat? Lihatlah perangainya sewaktu sedang ada kuasa dan kemewahan...waktu susah ramai yg boleh istiqamah dlm berjuang...bila dtg ujian Allah dlm bentuk pangkat dan kemewahan, barulah terserlah perangai yg sebenar...tak caya tanya din ayam...
Kalau bagitu kena rajin berjemaah d msjd d surau jangan cakap aja 2.58 ptg
tak bijak mb ni.... bg keliru pengudi atas pagar...... nanti semua fedap dgn gelagat PKR
Patut ikut cara U.S. Calon dipilih melalui undi ahli parti di kaw peti undi. Mrk brdebat antara satu sama lain agar ahli lain dpt menilai dan pilih calaon yg terbaik. Bukan parti yg tentukan. Ini baru betul apa yg dipanggil wakil rakyat.
Pada pandangan saya, Azmin tidak bergantung harap pada PAS sepenuhnya tetapi dia memegang amanah Anwar Ibrahim agar jangan tinggalkan PAS sebagai lebai malang. Orang yang amat terhutang budi dengan PAS adalah Anwar. Tanpa sokongan PAS beliau berkemungkinan kalah dalam pilihanraya di Permatang Pauh. Tanpa sokongan PAS, Anwar juga tak mungkin dilantik sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Kecemerlangan PKR diraikan dimasa hidupnya Nik Aziz namun budi mesti dibalas dengan budi walau pun Hadi Awang bersikap hipokrit terhadap PKR ketika Anwar masih bebas.
Dalam masa yang sama PKR beranggapan bahawa PAS masih mempunyai sokongan kuat dari orang melayu yang akan memberi undi pada calon PKR dalam pilihanraya nanti jika PKR/PAS bersekongkol kerana pengaruh Anwar sudah dipadamkan oleh pemimpin UMNO Baru dengan penjara 5 tahun.
Oleh kerana itu, jika Azmin mengatakan Selangor tidak memerlukan penubuhan Pakatan Harapan ianya bukan menghina kewujudan parti AMANAH tapi bayangan Pakatan Rakyat masih wujud disebabkan PAS dan DAP tetap mahu meneruskan perkhidmatan mereka dalam kerajaan negeri atas pimpinan PKR.
Dalam hal seumpama itu sememang wujud pergeseran antara penyokong AMANAH dengan PKR sedangkan Azmin cuba mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri sehingga akhir penggal perkhidmatan. Untuk buat perubahan, tunggu lah pilihanraya diumumkan.
Apa anda tahu pekara yang akan berlaku pada kerajaan negeri jika Azmin tubuh Pakatan Harapan di Selangor ketika ini.....?
Pas sedang bersekutu dgn umno macam mana azmin mahu bentuk kerajaan dgn pas? Besok kalau umno menang 15 pas 15...pkr boleh sayonara di selangor...semua yb ramai2 pindah semula ke kuala lumpur. Tektik bodoh.
Jika bersangka baik, mungkin juga tindakan Azmin itu kerana Selangor adalah negeri yang ada sultan berbanding Pulau Pinang. Jadi, senario tindakan tentulah berbeza walaupun secara peribadi dia mungkin hendak melakukan sama seperti kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi ianya terbatas.
GB, minta selidik apa hubungan tersirat azmin dan PAS... mcm ada apa2 jer....
Anwar meraikan Amanah.Azmin menjauhi Amanah.PKR nak jaga PAS tp mengkhianati Amanah dan DAP tu nk kira mcmne?
Ada soluttañ? Paham2. Sapa di belakang soluttañ? Reti dah.
Azmin berpendapat PH tidak perlu di Selangor tentu ada sebabnya. Kalau nak tahu tanya Azmin dulu !. Jangan tuduh berbagai-bagai dan buat andaian hingga macam bersumpah tak nak undi pada PRU 14 nanti.
Jangan pula nak samakan dengan DAP di Pulau Pinang...DAP memang lantang , kerana dia anggap PAS tak jujur. Di Selangor mungkin Azmin tak nampak PAS yang tak jujur ( yang tak jujur mungkin wakil rakyat asal PAS sekarang dan tubuh pula PAN - hinggakan wakil rakyat PAS berkurangan jumlahnya ! ).
Walau apapun, perbuatan Azmin dicaci 'orang sediri ' hanya menguntungkan musuh politik sahaja....
Nak kata PAS dah ' ikut ' UMNO, adakah pengakuan PAS dan boktinya ? .( jangan guna andaian sahaja - itu termasuk sangka jahat yang boleh terpalit dengan dosa tak pasal2...).
Sebaiknya, pandanglah kepada musuh kita bersama....Jangan jadikan kawan satu kumpulan sabagai musuh pula.
Terang lagi bersuluh... kata orang putih, "if it quakes like a duck, walks like a duck, then it must be a duck."
Catat Ulasan