9 Okt 2015

[BONGKAR] Parti Baharu Itu Ditubuhkan Oleh Bekas Presiden KITA

Bekas Presiden Kita tubuh parti baharu

Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim mengakui dia antara yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu sebagai alternatif kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada FMT, dia mendedahkan 99 peratus ahli parti baharu itu akan disertai oleh bekas pemimpin dan ahli PKR. Katanya, dia mengambil inisiatif untuk mengerakkan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga selepas mendapat sokongan akar umbi PKR yang kecewa dengan kepimpinan sedia ada.



“Kebanyakan yang akan menyertai adalah mereka yang kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

“Mereka percaya PKR telah rosak,” katanya sambil mengaku terdapat Ahli Parlimen PKR yang menyatakan minat untuk menyertai parti baharu itu.

Katanya, Ahli Parlimen PKR itu kecewa kerana merasakan parti itu tidak ada masa depan.

“Bila mereka lihat parti baharu ini akan ok, mereka berkemungkinan akan menyertainya,” katanya yang enggan mendedahkan nama parti baharu itu sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran.

Katanya, dia bersama bekas Setiausaha Kerja PKR, Hasrul Muhamin Hasbi telah menghantar borang permohonan pada 2 Oktober lalu.

Zamil menafikan pemimpin Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu. -FMT

IMBAS KEMBALI


Presiden Parti KITA dalang beli pemimpin PR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan individu dalam rakaman video berhubung agen Umno didakwa cuba membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) kepada para wartawan di bangunan Parlimen di sini.

Dalam sidang media itu, beliau mendakwa dan menamakan bekas ahli PKR yang juga Presiden Parti KITA, Zamil Ibrahim sebagai dalang.

Bagaimanapun menurutnya, rakaman video yang ditayangkan telah disunting kepada 3 minit.

"Ini merupakan satu video yang panjang selama 3 jam... memadai buat hari ini kita tunjukkan sikit..daripada dua agen dan kita dedahkan satu.

"Rakaman video dirancang oleh ahli-ahli PR setahun lalu di Lembah Klang... saya meminta Zamil tampil memberikan penjelasan," katanya.

Khalid sebelum ini mendedahkan rakaman video yang mendakwa seorang individu menawarkan sejumlah RM2 juta kepada pemimpin pembangkang untuk lompat parti.

Hadir sama dalam sidang media, Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi.

Ditanya sama ada wakil rakyat PR yang ditawarkan habuan akan mengadakan sidang media, Khalid berjanji ia akan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

"Saya minta Datuk Zaid Ibrahim (pengasas dan ketua parti KITA ) beri kenyataan sama ada Zamil pemimpin parti KITA," ujarnya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakaman video ini akan dimuat naik di laman sosial Youtube dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa dalam isu video skandal seks Azmin Ali bahawa bukti video tidak boleh pakai kononnya basi, beliau hanya tersenyum dan menjelaskan bahawa rakaman video ini boleh menjadi asas untuk mulakan siasatan.

"Kita yakin video ini tulen, kalau Umno nak nafi..nafi lah..kalau Zamil nak nafi..nafi lah, itu semua terpulang pada mereka..kita mahukan reaksi maklum balas," ujarnya.
antarapos (14/06/2012)


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai. Baru hantar borang nak tubuh parti baru dah dikesan bahawa bosnya pernah jadi agen umno. Dia pernah buat kerja memikul berguni2 duit dari gua penyamun untuk membeli wakil2 rakyat pakatan. Siap ada bukti pulak tu. Kasihan. Apalah malang nasib parti baru ni. Hari ini hantar borang, hari ni juga dak kena terajang oleh rakyat. Kirim salam le...

Tanpa Nama berkata...

kami penduduk Bedong Kedah kenal sangat dengan zamil tu, orang BEdong Kedah panggi nama pendeknya ( MEM ), beliau mata duitan, penipu dan pembohong dan putar belit serta hikpokrit. kalau nak tahu riwayat beliau datanglah ke Bedong Kedah dan merisik kabar. penduduk bedong tidak layan beliau kera sumbang proksi amno.
Awas siapa pula yang akan ditipunya.

Tanpa Nama berkata...

Hidup kan je lah parti KITA tu, tak payah nak buat parti baru.

Dan jangan lah nak sorok-sorokan nama parti, letak lah nama parti "PARTI JUAL-BELI" atau nama pendeknya JB (Jadi Barua)

Permohonan dia sepatutnya tidak di layan sebab dia gagal jaga KITA. ROS kena buat syarat kalau tak setahun sekali mamat ini buat parti suka-suka dia je.

'Awas siapa pula yang akan ditipunya.'
- 9 Oktober 2015 12:08 PG - rasa-rasanya Khalid Ibrahim sebab dia berduit dan dia nak jadi Presiden Parti yang dia punya sendiri dan boleh bergabung dengan PAS.

Tanpa Nama berkata...

'Bayi' ini akan mati awal kerana tidak cukup zat makanan. Alai hai kesian melihatnya.

Tanpa Nama berkata...

ayo yo...itu Zamil ke...duit dah tak ada lah tu..mula nak menipu lagi.kerja malas hidup hanya dengan memutar belit...kamisangat kenal dia.......ORANG BEDONG BEB>

Abdul Said berkata...

Ramai orang Melayu dan orang yang mengaku Melayu walau pun bukan Melayu mencari makan macam itu. Ini kerana ramai Melayu moden yang malas berusaha tetapi hendak hidup mewah dan senang. Mereka akan menggunakan apa juga cara sama ada halal atau haram, sama ada mengikut assunnah ataupun tidak. Sebab itu dalam sejarah orang Melayu belum pernah dapat mengalahkan musuh mereka melainkan dengan pertolongan orang lain!!!

Tanpa Nama berkata...

itulah usaha umno-bn yang dirancang oleh APCO .... selepas berjaya pecahkan PAS, sekarang pecahkan pula PKR ....tentu dapat banyak habuan dari RM2.6 duit derma yang najib terima dari pak arab.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ....KESIAN MELAYU DIROSAKKAN OLEH MELAYU JUGA ........

Tanpa Nama berkata...

La nie mamat penipu tu dok kat club cinta sayang sungai petani ,sapa yang tak kenai si zamil putaq belit nie belagak macam oghang kaya tapi satu kereja pun tak buat duoble berel lagi bini petama jadi mangsa juai nasi lemak bini nobot dua belagak nak mampuih dia tak yang tok laki dia kaki penipu itulah hakikat mamat yang bernama zamil brahim nie,sapa pula nak kena belit dengan tak tau la mungkin TSKI kot kalau dia rapat sangat dengan pembelit nie.

omar daud berkata...

salam:

Kesihan pada DSAI,anak-anak buah buat perangai bermula dari Zahid Hamidi,ezam mat nor,ruslan kasim,zahid mat arif,hamdan taha,TSKI, sekarang azmin.

opportunist seperti Zamil,terdapat di mana-mana di cabang ,ranting PKR,perangai mereka sebiji macam perangai broker-broker dlm umno,kerjanya hanyalah projek,projek,duit..duit..dan duit,ugut,fitnah,selagi tak dapat selagi itulah dia akan cuba.Kerana duit,sanggup menjual apa yg ada,maruah,prinsip,malu sikitpun mereka tak hirau.Apabila pemimpin2 dlm PKR,nak jalan senang dlm merebut jawatan atau bertanding orang2 macaminilah berkeliaran membuat tawaran.Apabila pemimpin2 PKR terperangkap dgn mereka,membuatkan pemimpin2 yg mulanya baik sudah menjadi tak berguna lagi pada PKR.
Tertubuhnya AMANAH,tepat pada masanya,sekurang-kurangnya dapat mengimbangi dan support pemimpin2 PKR yg baik.Perbezaan ketara,kebanyakkan pemimpin2 dlm PKR adalah untuk jawatan dan imbuhan,tiada jawatan kerja tak jalan,dalam AMANAH kebanyakkan untuk berkhidmad imbuhan datang kemudian.

GO amanah GO
wassalam.

lelaki dicermin berkata...

Kekdg aku fikir ros ni... parti amanah dan parti keadilan bukan main susah nak tubuh parti.. mcm parti keadilan dulu kena sorok2 tukar perlembagaan dan tukar nama baru war2kan...begitu gak parti amanah...kena sorok2.. ambik parti lain..baru mudah...yg parti kita masa tubuh senang je.. parti gobalan krisnan senang nak tubuh...ape benda lah malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

zamil? tk kenal pun

dia tkde rekod berjuang utk rakyat dlm apa isu pun

parti seronok2 buang masa

Tanpa Nama berkata...

Tuan tuan yang diluar Bedang Kedah, perlu tahu siapa sebenarnya zamil( namanya di pekan Bedong Kedah di panggil 'Men nabba') beliau adalah saorang pakar menipu, pembohong, berhutang keliling pinggang, belagak sombong bodohdan jadi barua AMNO dengan upah di bayar,beliau jadi calun bebas hilang diposit pru 13 lalu,semua adun pkr lompat parti dulu kerja beliau dengan upah oleh AMNO.

Beliau setaraf barua upahan duit dari amno sahaja.
beliau sentiasa mencari mangsa yang boleh diperbodohkan untuk kepentinganyz untuk memdapat wang segera.

Men muka longkang siapa yang bersamanya setarag air longkang yang sangat busok.