25 Okt 2015

Al-Kisah Mempelam Harummanis, Luar Hijau Dalamnya Oren!

Harum Manis, kelapa muda – PAS dan Amanah perang psikologi

Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

"Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.

Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis.

"Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam,
" kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.

Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.

Namun begitu, sehingga kini beliau masih kekal dalam parti Islam itu walaupun tidak mahu memegang apa-apa jawatan.

Semalam di Dewan Rakyat, ketika ramai pemegang jawatan utama PAS tidak mengangkat sepanduk "Mana 2.6 bilion" sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan pembentangan Bajet 2016, Mahfuz sebaliknya turut mengangkat sepanduk.

Bukan sahaja di dalam Dewan, beliau turut membawa sepanduk itu ketika di lobi Parlimen bersama wakil rakyat Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, bekas ahli Parlimen PAS yang kini menyertai PKR.

Turut mengangkat sepanduk bersama ialah Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, walaupun masih kekal dalam PAS.

Ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan ketika itu, tetapi tidak mengangkat sepanduk ialah setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan (Kota Baru), ketua penerangan Nasarudin Hassan (Temerloh) dan ketua pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas).

Ketika Mahfuz sibuk dengan Harum Manis, seorang pemimpin PAS lain berkata: "Saya kelapa muda, hijau di luar putih di dalam," membayangkan warna hijau dan putih selaras warna rasmi PAS.

Namun, seorang ahli PAS yang pro Amanah pula berkata: "Buat apa kelapa muda, isinya sikit takda santan. Baik kelapa tua, warna perang dekat oren, isinya tebal, tahan bila jatuh, isinya boleh keluar banyak santan." –TMI

ULASAN GB

Dalam kelucuan bab mempelam harum manis, terselit beberapa hal yang menarik.

Seorang AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali di dalam satu statusnya di laman sosial menyatakan:

"Ada orang kata jangan jadi macam mempelam harummanis, hijau di luar oren di dalam".


Kita pun tak tahu "orang mana" yang berkata demikian kecuali kata-kata itu dari beliau sendiri. Dan kita nak tahu juga apa pasal "jangan jadi mempelam harummanis". Sedangkan namanya pun nama yang baik - harummanis - dan buahnya pun sedap, lazat dan berkhasiat. Meleleh air liru dibuatnya jika ada di depan mata. Hanya orang tak berakal atau yang mereng otaknya akan memakan kulitnya yang hijau dan membuang isinya yang oren itu dan menjadikan ia satu perumpamaan untuk hal yang tidak baik.

Sebenarnya beliau kecewa, sebab masih ramai lagi orang PAS yang hanya kulitnya hijau iaitu PAS, tapi hatinya sudah oren, AMANAH.

Mungkin juga beliau menyindir orang-orang seperti Mahfuz, Husam, Siti Zailah dan ribuan lagi yang jasadnya masih berada di dalam PAS, sedangkan hatinya sudah bersama AMANAH.

Oleh itu tidak logik dan tiada justifikasi untuk menyatakan "jangan jadi mempelam harummanis". Kata-kata itu semacam menjadi mempelam harummanis sebah buah yang "berdosa" dan tidak bagus sedangkan hakikatnya adalah disebaliknya.

Dan perumpamaan sedemikian itu memang janggal dan tidak betul, menyalahi hukum kebenaran dan keadilan. Kecualilah jika mengambil objek-objek lain yang memang tidak bagus untuk dijadikan perumpamaan seperti buah-buah beracun.

Demikianlah tahap pemikiran seorang AJK PAS Pusat. Sudah tidak dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Kesian pun ada terhadap golongan seperti ini. Setaraf dengan hal seorang menteri UMNO ... x payah disebut namanya... yang kononnya CGPA 3.85 sedangkan kata-katanya sentiasa merapu sepanjang masa.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harumanis lebih baik daripada "Tembikai Busuk" yang kulitnya hijau, isinya merah dipenuhi ulat.

nick berkata...

Sebenarnya ramai dikalangan ustaz2 muda PAS yang tak ubah seperti tembikai, kulitnya hijau tetapi dalamnya merah (berserban seperti ahli PAS tetapi sebenarnya hati mereka cintakan UMNO). Mereka2 ni semuanya pentaksub2 "asobiyah" mengutamakan bangsa dari agama sampai sanggup berakidahkan "Islam itu melayu dan melayu itu islam". Dr Zuhdi tu adalah contoh jelas puak2 ni, yang kerja dan hasrat mereka bukanlah untuk berdakwah tetapi nak jerkah dan menjentik orang2 bukan islam. Mereka berpendirian bahawa kuasa pemerintahan menghalalkan mereka berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat yang bukan islam atau lebih tepat lagi rakyat yang bukan melayu.

Mereka adalah penganut2 ajaran songsang yang menghalalkan kezaliman kepada sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka malah sehingga boleh bertindak mengkafirkan orang2 islam yang tidak mahu menurut kemahuan mereka. Mereka ini jelas golongan2 pelampau bangsa yang memakai topeng ulamak dah ahli ugama. Mereka mempergunakan hadis dan alquran demi menghalalkan apa yang tidak direstui oleh Rasullullah iaitu "Assobiyah" - bertolong2an dan berkerjasama dengan kaum mereka dalam melakukan kezaliman dan ketidakadilan. Sesungguhnya puak2 yang mengamalkan assobiyah bukanlah dari kalangan kaum muslimin malah Rasulullah juga tidak akan mengaku sebagai umat baginda. Dan, puak2 inilah yang tengah membiak dengan banyaknya didalam PAS disebabkan kelemahan serta kekerdilan Hj hadi sebagai pemimpin.

Nick.
Cape Tiger.

lelaki dicermin berkata...

Ketaw aku... puak2 berserban siap mengelar pimpinan AMANAH pengkhianat.. mesti ada org2 pas terpengaruh... tak pasti itu satu dosa ke tidak.. mengelar org sebegitu rupa.. pimpinan AMANAH dgn penuh sopan dan hormat mengelar diri sendiri MANGGA HARUM MANIS...kalau org jenis berfikir. Begitu berpsikologi AMANAH menjawabnya. Terkedu puak berserban..

Mohd Mazani berkata...

Perumpamaan terbaik"Baik jadi harum manis...hijau diluar manis didalamdr jd tembikai busuk..hijau diluar merah didlm tp dah membusuk"

Tanpa Nama berkata...

Hadi kata Syeikh Qardhawi ada kirim surat pada dia menyatakan Parti Amanah Negara sebagai parti haram! ada blogger minta hadi tunjukkan surat tersebut sbg bukti kenyataan dia. selagi tak tunjuk, kira hadi menipu lah...

hadi juga memfitnah kononnya puak progresif ingin sekularkan pas dgn pindaan perlembagaan. sila baca tulisan YB Khalid Samad.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tertekan dgn tekanan hidup tp pemimpin2 dok bgaduh harum manis masin pahit. MALANGNYA rakyat malaysia dpt pemimpin2 umno mmg zalim tp pembangkang plak asyik2 bgaduh sesama sendiri.bosan btl politik Malaysia

Tanpa Nama berkata...


Memang AJK PAS Pusat ini buat lawak dengan meletak gambar mempelam harumanis yang kelihatan lazat !

Kalau dia cerdik sikit, dia tak letak gambar buat mempelam tersebut.

Tanpa Nama berkata...


Ada ke buah mempelam isi nya berwarna hijau ?

Kira begitu lah maksud nya 'Jangan jadi macam mempelam harumanis, di luar hijau di dalam oren tetapi jadi lah mempelam harumanis yang di luar nya oren di dalam nya hijau'.

Perumpamaan harumanis memang tepat digunakan untuk mereka yang masih dalam PAS tetapi berpandangan sama dengan Amanah.

Kan senang dia cakap 'Saya tak suka mempelam harumanis kerana saya suka kelapa muda'

MULIADI berkata...

saya baru je discuss dengan salah seorang orang penting dalam bidang agama kat

malaysia.pakar dalam munakahat(kahwin cerai). malasah baiah pas ni masalah kecik je..
Walaupun baiah cerai taklik.. Wakil rakyat pas yang nak berhijrah ke amanah cuma perlu
ceraikan isterinya talak satu.. tunggu sampai habis edah...masuk amanah pastu akad
nikah semula..settle masalah..sebab dari segi perundangan syariah masa wakil rakyat masuk
amanah..baiah cerai taklik pas tu dah terbatal sebab dia dah tiada isteri..nak cerai siapa.
Dah masuk amanah, akad nikah la semula..So tak perlu risau pasal nak naik mahkamah..atau

jatuh talak tiga..tapi kalau masuk juga amanah sebelum cerai talak satu dan tak tunggu

sampai habis edah, dari segi perundangan syariah malaysia. SAYA ULANG BALIK IKUT

PERUNDANGAN MALAYSIA kemungkinan besar jatuh talak tiga. sebab baiah satu bab, cerai taklik

satu bab. walaupun ikut pandangan mazhab lain tak jatuh talak tapi mazhab syafie

kemungkinan besar boleh jatuh talak. cuma bab baiah wakil rakyat tersebut wajib membayar

kafarah kerana melanggar baiah walaupun dah cerai isteri..kEBANYAKAN KOMEN YANG MENGATAKAN

JATUH TAK TALAK HANYA PANDANGAN UMUM YANG TIDAK MENELITI PERUNDANGAN MAHMAKAH SYARIAH DI

MALASYIA.
Jadi wakil rakyat yang masih ragu ragu untuk berhijrah ke amanah, jangan takut lagi..
sebab jalan penyelesaian terbaik dah ada...yang tinggal lagi anda mahu atau tidak...
SO.. PANJANG-PANJANGKAN LAH CADANGAN INI KEPADA BLOG LAIN SUPAYA ISU BAIAH PAS INI TIDAK

MENJADI BATU PENGHALANG UNTUK WAKIL RAKYAT PAS MENYERTAI AMANAH. INI SAJA JALAN TERBAIK

YANG MENGIKUT UNDANG-UNDANG MALASYIA. SAYA TIADA BLOG POLITIK SEPERTI GREENBOC, C++,

ADDINEEN, SNIPER DLL JADI ANDA BLOGER-BLOGER PAKATAN HARAPAN YANG ADALAH YANG MAMPU MENJADI

TULANG BELAKANG KEPADA PAKATAN HARAPAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU BAIAH PAS INI. KEBANYAKKAN

CARA LAIN YANG DICADANGKAN BERKENAAN ISU INI MENYEBABKAN WAKIL RAKYAT KITA DIHERET KE

MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PERBICARAAN YANG MEMAKAN MASA LAMA,SEDANGKAN MASA MENCEMBURUI KITA..
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DAN BANTUAN KEPADA PAKATAN HARAPAN..AMIN..

Tanpa Nama berkata...

Cerita banyak pun tak guna jadi pendekkan saja. Mempelam harum manis kaya dengan vitamin C sedangkan kelapa banyak kolestrol.

Tanpa Nama berkata...

Ahli Parlimen banyak cite pasal buah ni,..ade hati nak bisnes buah pulak ke?,....kebajikan pengundi tempat masing2 mcm mane?,....longkang byk sumbat ni,....bajet untuk longkang x dapat lg ke?,....mintak buka mata sket Ahli Parlimen woi,..main sindir2 ape,...longkang sumbat ni,...banjir teruk la hujung tahun ni,....hanyut lagi la rumah separuh siap aku ni,.......

Tanpa Nama berkata...

Bgimana pula pndpt ulama2 pas!,diaorg rmi yg hebat2 dlm hukum hakam ni! apa pun terbaik muliadi!

hanimasra berkata...

masaallah..demikian berlarutannya pertelingkahan kalian..berhentilah bertengkar..mari lakukan gerakkerja...banyakkan istighfar..bersangka baiklah kepada sesama islam..kalian kan ASWJ yang dipuja-puja..pandai ngata syiah..begitu begini...kalian pun tak kurang..ngata dulang paku serpih..

Tanpa Nama berkata...

Tak peduli dah bab2 nak gelak ni. Nak menangis panjang le lepas ni adalah kalau duit asyik jatuh. Kalau najib masih jadi tok imam. Hadi jadi tok bilal.

Mana peginya berlori2 loyar pakatan tu? Tak ade ke sorang pun dapat idea nak tibai pm dalam parlimen lepas belanjawan ni. Kata loyar pandai..

Tok2 ketua pakatan ni pun satu hal. Mana dia kata nak muafakat. Pakatlah elok2. Rakyat sedang tengok ni. Mereka tengah sakit sekarang. Kesian le..

Mana dia bijak pandai yang lain? Kata ada banyak phd. Buat apa phd tu kalau tak boleh bagi idea pada kak wan. Dengar kata dia main belasah saja jawab soalan maut. Tak usah jawab apa2 le lepas ni. Kasi saja mikropon kepada tuan phd. Cakap saja, soalan ini saya serahkan kepada pakar kami yang ke seribu untuk menjawabnya. Wah, rakyat pasti tepuk sakan. Kagum dengan kita.

Tanpa Nama berkata...



Buah mempelam Harumanis ini sudah menjadi masalah kepada PAS. Yang di halau dulu di maki dan dikata nista kan. Dituduh berputus asa dan meninggalkan perjuangan.

Yang dah keluar PAS dulu disebabkan barua kena halau. Yang Harumanis kalau kena halau jugak memang ada lah yang tak kena pada pemimpin PAS sekarang ini.

Baru lah PAS rasa keperitan nya apabila masih ada yang hijau di luar oren di dalam masih bersama PAS. Sepatutnya pemimpin PAS memuji tindakan pemimpin Amanah yang meninggalkan PAS.

Benbrahem berkata...

Sangat setuju ya sheikh! Menang tiga perkara kuasa(pangkat), harta.dan wanita adalah matlamat yang diburu oleh pengikut2 Machiavellism wslaupun mereka.ahli agama. Jadilah mereka golongan MUNAFIQUN.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang peminpin Pas dalam kesakitan jiwa dari presideng,mursidol am dan peminpin ulamak lain tentang virus Harumanis.Nak bung harumanis tak bolih nak biarkan ada hati gundah gulan sebab nampak diluar kulitnya hijau tetapi isinya oren yang digemari orangramai.Conth harumanis HUSAM MUSA dan Mahfoz Omar.Husam di Kelanatn menjadikan KERAjaan Kelantan tidur tak lena begitu juga Mahfuz omar.sikap harumanis ini menjdi seolah2 racun bagi peminpin Pas.Padan muka presideng dan mursdioll Pas

Tanpa Nama berkata...

Cerdik? Hehe are we talking about ulama pas suci mulia?

Amuraria berkata...

Yang taK angkat sepanduk 'mana 2.6b' tu geng suka kerajaan perpaduang kot hahaha , ABU !

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni memang terkenal sbg kaki fitnah dan mulut longkang gelar org lain itu ini..ciri2 munafik amat terserlah dlm diri hadi sbg seorang penghuni kekal neraka jahanam.

Tanpa Nama berkata...

ulamk pas bukn ulamak berkecuali mereka ada kepentingan....so sudah tentu lbh bias

jika ada pendapat lain bermkna ia perkara kilaf yg blh ikut mana yg sesuai
dn yg lbh manafaat dn kurang mudarat

Tanpa Nama berkata...

wah u syiah la kot

syiah agama lain jgn kaitkn dgn islam
pegi belajar bab akidah syiah jgn jd syiah ikut2an

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu apa label pasug nk guna utk harumanis

sorang lg ust idris ahmad

pas nk ahli bukan jd buah apa2 tp jadi kayu jati yg keras sekeras2nya.

akidah nya mesti tegar kpd hadi awang... ayatollat pas

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke dlm satu dialog Rasulullah s.a.w dgn iblis laknatullah iblis ada me maklumkn bhw dia paling gembira jk sesorg itu bersumpah dgn cerai (talaq). Tp kenapa isu baiah cerai masih dipersoalkn lg jk thiqah dgn Rasulullah s.a.w...

Tanpa Nama berkata...

APA - APA BUAH PUN NAK DIBUAT PERUMPAMAAN IS JUST A SMALL MATTER. YG MATTER WHAT IS THE RESULT HASIL PERBUATAN KITA. BAIK PERBUATAN KITA MAKA SEMESTINYA HASILNYA ADALAH BUAH YG ELOK TETAPI BURUKNYA PERANGAI KITA MAKA BURUK BUAH YG TERHASIL. INI ADALAH SEMESTINYA MENGIKUT HUKUM ALAM KRN SEORG PETANI JIKA PANDAI MENJAGA HASIL TANAMAN SEMESTINYA BUAH YG TERHASIL ADALAH BAIK TETAPI SEORG PETANI JIKA BUAT ENDAH TAK ENDAH SHJ HASIL TANAMAN SEMESTINYA TANAMAN TERSEBUT AKN MATI DAN KALAU ADA BUAH PUN BUAH YG BERKUALITI RENDAH / ROSAK. SEBAB PARA YB SELALU PANDANG KEATAS TETAPI LUPA PANDANG KEBAWAH MELIHAT PARA PETANI YG BERMATI-MATIAN MENCARI REZEKI ALLAH SWT. SO, BELAJAR MELIHAT PEKERJAAN ORG BAWAHAN SOMETHING YOUR WILL NOT GET A LEASSON FRM WORKING SEBAGAI ULAMA MAHUPUN GOLONGAN PROFESIONAL. WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

Perancangan Allah maha hebat......Allah maha besar...Allah berkuasa memenangkan sesiapa yg dikehendakiNya....walaupun pada pandangan mata manusia ianya tidak masuk akal....isyaAllah pertolongan Allah pasti dtg kpd mereka yg iklas dlm perjuangan Islam.

Wan Rosli berkata...

Ayatullah PAS ke PAN.. setahu aku kan.. hmmm tahu2 lah kan...

Wan Rosli berkata...

Kalau diberi pilihan samada nak tolak hudud (kalau DAP pun tolak) atau nak terima assobiyah.. pasti aku akan terima assobiyah.!!