16 Sep 2015

PAS Nak Adakan Himpunan Hijau Pula, Asing Diri Dari PR

PAS pula umum himpunan baju hijau bulan depan

Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan “Himpunan 60 Ribu” (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.

"Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS," katanya.

Kata Nik Abduh lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN

"Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya.

Strategi sebelum PRU

Bagaimanapun, Nik Abduh turut menafikan perhimpunan tersebut sebagai respon kepada perhimpunan BERSIH 4 atau pun Baju Merah.

Perhimpunan 50 PAS itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.

Perhimpunan itu dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ikon penting mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat.

PAS juga sedang berdepan krisis besar selepas sekumpulan bekas pemimpin kanannya yang tewas dalam pemilihan lalu kini membentuk sebuah parti Islam baru.

ULASAN GB

1) Setelah rasa terpencil, PAS kini mengumumkan akan mengadakan Himpunan Hijau pada 17 Oktober nanti. Kita tak berniat memperkecilkan usaha tersebut, namun jelas bahawa PAS ingin "bersendirian". Tak mahu ikut BERSIH 4.0 yang lepas yang turut disertai DAP, PKR dan Amanah, dan tak mahu pula sertai Himpunan Merah yang disertai UMNO hari ini. Bererti tak bersama Pakatan 2.0, dan tak bersama UMNO BN. Solo.

2) Himpunan Hijau diadakan di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu. Maka benar seperti yang diulas oleh kebanyakan penganalisis sebelum ini, bahawa PAS tersudut di pantai timur. Tidak merata. Ia semacam sudah eksklusif untuk Kelantan dan Terengganu.

3) Semacam ada kelompangan kepimpinan dalam PAS untuk acara-acara rakyat. Semasa Kongres Rakyat anjuran PAS, diketengahkan Hj Azmi Abdul Hamid sebagai pengerusi dan Mustafa Kamil Ayub dari PKR sebagai timbalannya. Kini untuk Himpunan Hijau terpaksa mengguna dan menumpang populariti Ustaz Azhar Idrus.

4) Walau apapun kita ucapkan selamat maju jaya dari GB.









IKLAN BERBAYAR






13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu cakap hang, kalau nak lebih ramai sediakan makan free sorang satu nasi kerabu atau nasi dagang dan daging kambing bakar, sate. kalau tak habis sebab org tak ramai, sediakan beg plastik utk bungkus makanan yg berlebihan tu utk dibawa balik, tak payah masak kat rumah. Paling koman pun, tshirt hijau bagi free kpd setiap peserta sorang sehelai. Kalau yg datang tu lebih 60,000-100,000 org, kutip derma sorang RM10, Pas boleh dapat duit ratusan ribu hingga sejuta kot.Dan jangan lupa duit derma bagi tolong rakyat Kelantan yg dah berbulan-bulan duduk dalam khemah akibat banjir besar dulu. Jangan guna duit derma tu utk belanja pilihanraya Pas yg nak tanding di kerusi Dap atau PAN, takut hilang deposit, sia-sia sahaja org bagi derma. Minta-minta kali ni Nik Abduh boleh buat tindakan yg cerdik, bukan lagi seperti yg sudah-sudah.

Tanpa Nama berkata...

Mula Abduh kata untuk menguatkan kembali sokongan akar umbi sedangkan selama ini Hj Hadi kata PAScai kuat.

Rupa-rupanya ahli-ahli yang masih dalam PAScai tidak ada kesedaran tentang apa yang terjadi dan memerlukan penjelasan sedangkan apa juga usaha atau penerangan yang di terima, memerlukan setiap orang untuk berfikir.

Orang melayu dulu-dulu suka menguna perumpamaan 'Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina nya' Tak kan lah ahli PAS dah hilang kelebihan tersebut?

Masalah PAScai dengan akar umbi tetapi di seret kan pulak dengan menjemput parti lain. Menapa lidah Abduh kejang nak sebut parti Amanah yang juga wajib hadir untuk memberi penjelasan kepada akar-umbi mengenai kemelut yang melanda??

Lagipun jumlah 60 ribu itu terlalu sedikit dibandingkan dengan jumlah ahli PAS yang semakin bertambah. Apa lagi ianya di adakan di Kota Bharu. Perhimpunan Baju Hijau hanya berjaya sekiranya dapat mengumpul 100,000 orang bukan 60,000 orang. Sekiranya alasan stadium tidak mampu menampung jumlah besar, buat lah dua hari berturut-turut. Jika tidak Baju Hijau cuma setanding dengan Baju Merah.

Bukan sahaja semacam ada kelompongan kepimpinan dalam PAScai sehingga terpaksa menumpang Ustaz Azhar tetapi untuk mengelak dari ayat-ayat 'salakan' 'anjing' 'bukit' dan 'babi' di sebut-sebut lagi !

Sekiranya Hj Hadi berucap berikan lah masa selama 5 minit sahaja sebab dia akan berucap sampai 15 minit. Jangan lupa siapkan teks ucapan supaya Hj Hadi tidak samakan binatang dengan orang yang di maksudkan kan nya.

Tanpa Nama berkata...

Tu sbb pas semakin mundur,selalu buat kerja sia2..Nik Aziz dan Fadzil Nor bsusah payah perjuangkan pas berpuluh tahun, dpt pd Hadi hancurkan pas.Ini bkn sikap pemimpin2 islam.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan PAS gunakan himpunan 60000 ini untuk membela mangsa banjir yang rasa masih lagi memerlukan bantuan. buat perhimpunan hendaklah ikhlas bukannya untuk menunjukkan kekuatan parti.

Tanpa Nama berkata...

Sama samalah kita lihat berapa kerat org hadir..gunalah dan panggillah tokoh popular mana pun,kalau bersama pas, program tu pasti tak akan dapat sambutan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Hello naak kembangkan islam kena sebarkan ke seluruh negeri bukan negeri pd asas sudah fasih agama islam bahkan negeri paling ramai org melayu.

ANYWAY GOOD LUCK TO PAS. I NAK PESAN SINI WE ALL TIDAK BLH HIDUP DI MUKA BUMI SECARA BERSENDIRIAN. HANYA ALLAH SWT SHJ BOLEH HIDUP BERSENDIRIAN SO IF SOMEBODY SAID I CAN SURVIVE BY MY OWN U SECARA LANGSUNG SUDAH MENDUAKAN ALLAH SWT DAN MELANGGAR FITRAH ALLAH SWT. PLZ MUHASABAH DIRI Y RASULLAH MENGALAKKAN UMATNYA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA AND WHY ALLAH CIPTA KITA SECARA BERPASANGAN. ALLAH DAN RASULLAH TAKKAN SAMPAIKAN DAN CIPTAKAN MELAINKAN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. THIS WHAT I CAN COMMENT ON TIS ISSUES.

Malaysiabaru berkata...

Pas masih ada ahli ker?


Atau mintak tolong umno hantar bas pakai baju hijau..


Ngehx3

My Kakak berkata...

Insya Allah apabila penggerak2 utama PAS di seluruh negara melompat pada Amanah.. PAS ada ratusan ribu pakcik makcik yg tak tahu nak buat apa. Yg berkualiti sudah sedang dan akan memasuki Amanah. Memang PAS akan lumpuh!

Tanpa Nama berkata...




Yahudi BANGSA...Yg 'Prasan' EKSKLUSIF
'PRASAN' Special...Umat Ter BAIK
LANGIT dan Bumi...Saling INKLUSIF
Me NYATU Ber TASBIH...Indah dan CANTIK


Yahudi BANGSA...Yg 'Prasan' ISTIMEWA
'Prasan' MULIA...Ber'KITAB' kan TUHAN
Khianat FITNAH...Klepet HARTA
TAMAK Haloba...Suka Ber MUSUHAN



Nabi Muhammad...Pesuruh ALLAH
Cahaya RAHMAT nya...Ke Seluruh MAYA
INKLUSIF-Me'NYATU...Pasrah MENYERAH
NOBAT dan Pangkat...Tiada HARGA nya!


NOBAT dan Pangkat...Tiada Ber MAKNA
Kecuali "TAQWA"...Di Sanu BARI
"TAQWA" Tak Perlu...Nobat dan GLAMOR
ALLAH Memandang...Ke Lubok HATI


ALLAH Memandang...Ke Lubok HATI
HATI yg AMANAH...INKLUSIF Pe NyAYANG
Inklusif-Pe'NYAYANG...Kaseh AZALI
Ber KONGSI Rahmat"NYA..Mercu GEMILANG


Ber Kongsi Rahmat"NYA...Mercu GEMILANG
SUKA Mem BERI...Bukan Men CURI
Mem Beri SINAR...Kaseh dan SAYANG
Mem Beri HARTA...Khidmat & BAKTI



SUKA Mem BERI...Bukan Men CURI
Tak Wujud FITNAH...Songlap yg'CURANG
Ber Kaseh SAYANG...Saling Mem BERI
"AHAD"-Inklusif...Rahmat CEMERLANG

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa engkau ni ada masallah ni... 4.18pm

abang gi berkata...

Hanya kepada allah kita mohon pertolongan.bukan kpd makhluk yg serba kekurangan.

Sam Sung berkata...

Sian KP PAS ni..gi la tlg bina umah mgsa2 banjir thn lps tu..sian dorg..jgn lupe ajak mb n tmb skali..mne la tau kot2 blh jd MP gua musang plak lps ni..kalo KULI bg laluan la..sbb Pasir mas mcm nk kalah je..jgn lupe ajak skali ulamak siku lutut nasrudin al lututi wal siku

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik Pas muhasabah diri masing2....balik ka pangkal landasan ajaran agama islam...jgn amal fitnah,jauhi mencaci orang dan hindari sifat riak dan megah dgn ilmu