17 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Sejarah Terukir: Lahirnya Parti Amanah Negara...

Ribuan berwarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini

Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir.

Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.

"Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia. Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail


Amanah komited angkat agenda Islam, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan untuk kekal komited dalam meneruskan agenda Islam sebagai tunjang utama parti itu yang dilancarkan secara rasmi hari ini.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, Amanah amat sedar akan kepentingan mempertahankan akidah umat serta penjagaan akhlak orang Islam.

"Amanah sangat peduli akan kemestian membangunkan pemikiran umat, khususnya generasi muda agar memiliki ilmu yang mantap," kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ucapan perasmian parti yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.

Menyifatkan parti Amanah sebagai parti berbilang kaum, bekas timbalan presiden PAS itu turut menyatakan rasa bangga dengan hakikat itu.

Katanya, ia berbeza dengan "perhimpunan baju merah" yang sedang berlangsung di ibu kota ketika ini, yang hanya tertumpu kepada satu kaum dan hanya dikuasai kaum Melayu.

"Saya bangga kehadiran hari ini. Semua kaum berada di sini. Tidak macam himpunan merah yang rasanya dimonopoli hanya satu kaum,” katanya sambil mendapat sorakan hadirin.

Mat Sabu turut bangga dengan sambutan yang diberikan seluruh negara terhadap parti yang berusia kurang sebulan itu, yang mengambil alih daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif.

"Ribuan berada di dalam dewan ini. Kalau warna merah, mereka perlu habis jutaan ringgit untuk kumpulkan orang," katanya menyindir pihak tertentu yang dikatakan membayar wang supaya orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
-TMI

















IKLAN BERBAYAR






17 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

maaf ya cakap

logo tak sesuai

sebab mcm ada 3bangsa shj

dan saiz 3 arrow tu tak sama... siapa melayu india cina?

ini feedback dari feng shui master. tq

abrarmujahideen berkata...

Asal parti islam nie dr parti bukan islam..alangkah indah mereka mengislamkan parti mereka demi masa depan rakyat marhaen ini.. Walaupun mereka tetap agama mereka tetapi besar lah amanah dan kepercayaan yang diberi kepada KITA.ameen

Tanpa Nama berkata...

feng shui kata tahunni makmur.semasa CNY awal tahun ni .....tapi adakh makmur?......jauh panggang

Tanpa Nama berkata...

logo tak sesuai??
nak cerita lagi tentang BANGSA ke??
perkauman tak berkesudahan..

feng shui master.. pfft...

Tanpa Nama berkata...

Untuk nawaitu yang AMANAH sahaja...... kalau nak rembat duit rakyat, nak kencing rakyat pergi sinuuuuuuuuuunnnn.

Tanpa Nama berkata...

Klu amanah semua org suka.
Tahniah

Tanpa Nama berkata...

Hari ini lahir satu lagi sejarah dalam polutik malaysia. Syabas kepada umat malaysia.

aku berkata...

Teruskan tonjol imej Islam adalah rahmat untuk semua.

Unknown berkata...

Negara sudah nak jahanam! Dijahanamkan oleh orang2 melayu. Pedulikanlah pasal logo dan nama, yang penting adalah kebijaksanaan, aura pemimpin tersebut menguruskan harta negara.

aku berkata...

Bila dengar lagu rasmi PAN semangat aku.

Tanpa Nama berkata...

Tuan malaysia baru dan tuan fengshui. Kita alih sekejap kupasan berkaitan logo itu. Ia belum bawa apa2 pengertian pada masa ini. Nanti adalah ubahsuai yang lebih menarik lagi.

Tuan2. Dalam paparan di atas, aku telah melihat wajah2 bersih dan bercahaya auranya. Melambangkan pada zahirnya masih ada insan2 baik di dunia hari ini. Hanya kita nantikan hasil kerja mereka. Adakah mereka penyamun juga atau pembela rakyat jelata. Ujian akan bermula sekarang..

Pimpinan PAN harus menyusun segera perlantikan tok2 ketua. Mesti cepat mendata dan melantik ahli2 yang boleh bekerja mengikut kepakaran masing2. Tolong lantik yang boleh bekerja. Terutama sekali yang boleh menarik sebanyak2nya penyokong atau pengundi. Beri tumpuan membina kekuatan kuasa undi terlebih dahulu. Tidak boleh sama sekali perhabis modal dan tenaga hendak buat ofis cantik2 atau beli kereta atau peralatan mahal.

Pilihan raya umum ke 14 dijangkakan akan diumumkan oleh pm najib bila2 masa dari sekarang. Dia tidak mahu kehangatan baju merah di kl semalam menjadi sejuk semula. Graf tabung oksijenya sudah naik sedikit. Pas pun nampaknya cukup2 kuat mengembus semalam. Maka bodohlah pm najib kalau tidak mengambil kesempatan ini untuk buat pru ke 14.

Masalah dengan ROS ni aku pun bengang juga. Bersepah2 persatuan haram dan kongsi gelap, kau tak perhatikan. Persatuan atau parti orang islam hendak pakat2 buat baik, kau susah2kan. Tak malu ke kau buat macam itu? Siap bagi amaran dan ugutan lagi depan2 pak long mak long, adek kakak dan saudara sebangsa sendiri.

Sudahlah. Kau banyak2kan istifar, solawat dan buat keputusan mudahkan sahaja urusan dengsn PAN itu. Atau kau berterus terang saja yang kau takut dengan najib rosmah..

Tanpa Nama berkata...

HAPPY FACES!!! What more can I say? Saya pun tumpang gembira. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah yang Maha Kuasa memberkati dan merahmati perjuangan kita ini. Wahai Tuan-Puan pemimpin AMANAH, selagi anda tetap di landasan yang benar, kami akan terus menyokong anda. Tabahlah dan bersabarlah. Hari yang mendatang penuh onak dan duri. Dan bukankah jalan ke syurga itu juga penuh onak dan duri?

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Amanah sudah ada tp pkr masih nk pas....sia2 saja pengorbanan Amanah menubuhkan parti baru.Nt last2 gaduh balik ngan Hadi pasal isu hudud smpi kiamat pembangkang jd pembangkang...Menyampah dh dgn politik mcmni...

Tanpa Nama berkata...



Ketahui lah Amanah adalah tunjang kepada segala nilai-nilai kebaikan seperti adil, mulia, terpuji, hebat dan sebagainya.

Nampaknya Amanah yang cuma dari dahan pokok lebih cepat bertunas dari pokok itu sendiri !

Harap Amanah akan berbuah pada tahun hadapan tidak seperti Pokok tua jantan yang degil tidak berbuah-buah.

Gerak-kerja Amanah pantas tidak seperti Baju Hijau yang ingin mengumpul 60000 ahli akar umbi yang perlu diberi penjelasan dan di pulihkan semangat.

Syabas Amanah . Semuga diberkati Allah.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sangat memeranjatkan parti yang dianggap oleh Pas sebagai parti nyamuk dan serpihan ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Tempat duduk yang disediakan semuanya dipenuhi dan ramai pemerhati yang terpaksa berada di luar dewan. Para pemerhati bukan sekadar warga Malaysia, bahkan ada delegasi dari luar negara. Ini petanda satu permulaan yang baik untuk Parti Amanah Negara (PAN).

Parti-parti pembangkang menghantar barisan pimpinan tertinggi menghadiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam kelmarin. Tokoh-tokoh politik penting seperti Dr Wan Azizah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Tian Chua, Sharifudin Nasition dan ramai lagi mewarnai majlis tersebut. Pejuang-pejuang sosial seperti Hishamudin Rais dan A Samad Said pun turut memeriahkan majlis yang disambut secara gilang-gemilang. Sudah dijangkakan, BN apatah lagi parti induk Amanah, Pas tidak menghantar wakil. Umno dan Pas dikatakan sibuk seharian kelmarin kerana keterlibatan mereka dalam acara "perhimpunan Baju Merah".

DAP dan sebahagian besar pimpinan PKR mahu menubuhkan PR 2.0 bersama Parti Amanah Negara. Hanya Azmin and the gang sahaja masih mahukan Pas bersama PR 2.0 kerana "terhutang budi". Tanpa Pas pun PR 2.0 boleh meraih kemenangan pada PRU 14. Meskipun berlaku pertandingan tiga penjuru antara PR 2.0, BN dan Pas, namun sudah terpahat di minda pengundi Malaysia mengundi BN atau PR 2.0. Pas sudah terkeluar dan tersudut dari benak pemikiran para pengundi. Sistem dua parti sudah menjadi trend pengundian Malaysia pada masa hadapan. Lantaran itu, kita mengucapkan sayonara kepada Pas dalam arena politik Malaysia. Pemergian Pas akan melalui proses evolusi, lenyap secara beransur-ansur.

Tanpa Nama berkata...

apa guna bulan mengambang klu isinya bulan gerhana

apa guna keris bersilang klu bangsa sendiri menjadi bangsanya

apa guna dacing seimbang klu yg kaya mereka saja

apa masalah logo amanah, yg penting niat dn tekad suci di dalam dada

amanah terus mara ... kerana rakyat malaysia dh lama menderita

diperkuda puak rasis yg suka melaga

diperdaya puak agama yg menyempitkn ajarannya

rakyat malaysia perlukn pembela

yg sanggup berkorban jiwa dn raga

yg memikul amanah dunia dn di sana

kasihanlah kpd rakyat malaysia yg berhati mulia

jgn warna kulit dn agama jd pembeza

bknkah kita semua dari Adam as jua asalnya

amin semuga amanah terus berjaya

Faizal berkata...

saya kurang bersetuju dengan pendapat Dr.Paridul Adras Ismail. mungkin di pantai barat, pengundi lebih bersifat dinamik dan bukan jenis setia kepada parti yang disertai/diminati. tetapi di pantai timur dan kedah, pengundi biasanya lebih setia kepada parti. dan bagi saya, perkara itu perlu diambil maklum oleh pakar2 strategi parti untuk mengatasinya.