16 Sep 2015

Himpunan Merah Semarak Api Perkauman, Majoriti Rakyat Tolak...

Kebanyakan orang Melayu tak sokong perhimpunan baju merah, kata tinjauan

Kebanyakan orang Melayu tidak menyokong "perhimpunan baju merah" yang akan diadakan pada Hari Malaysia esok, menurut dapatan kajian yang dijalankan Merdeka Center.

Hanya 24% daripada 516 responden Melayu yang ditinjau berkata, mereka memihak kepada perhimpunan tersebut, yang dikatakan diadakan bagi menebus maruah bangsa.

54% daripada responden berkata, mereka tidak menyokongnya, manakala 22% tidak pasti, menurut kajian itu yang dijalankan mulai 10 September hingga tengah hari 15 September.

Merdeka Center berkata, penyokong perhimpunan itu dikelaskan mengikut jantina, bandar dan luar bandar, serta garis sosio-ekonomi.


Perhimpunan itu kebanyakannya mendapat sokongan golongan lelaki – 31% berbanding 17% wanita, mereka yang lebih tua – 27% responden berumur lebih 40 berbanding 22% di bawah 40, dan mereka yang mempunyai akses kepada Internet – 25% berbanding 22% tanpa akses Internet.

Menariknya, 56% responden, yang mengaku penyokong Barisan Nasional (BN) berkata, mereka tidak menyokong perhimpunan tersebut.

Keadaan ini walaupun Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa semua yang menyokong kerajaan untuk menyertainya, manakala Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menghalang mana-mana ahli Umno daripada menghadirinya.

60% penyokong pembangkang dan 51% responden yang tidak pasti berkata, mereka tidak memihak kepada perhimpunan tersebut, kata Merdeka Center.

Ditanya mengapa mereka menyokong perhimpunan tersebut, 24% memberi alasan yang terdiri daripada mahu menjaga maruah orang Melayu (17%), memaparkan sokongan kepada kerajaan, BN atau Umno (2%) atau membantah Bersih 4 (1%).

Manakala, di kalangan mereka yang tidak menyokongnya, 19% berkata ia kerana perhimpunan tersebut akan mewujudkan huru-hara, 13% mengatakan ia tidak mempunyai objektif yang jelas, dan 7% mengatakan ia akan mewujudkan ketegangan kaum.

"Pada pendapat kami, kajian ini yang menyusul satu kajian sebelum ini berkaitan perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos, mendedahkan yang sebahagian besar responden Melayu tidak tertarik kepada isu yang dipromosi pihak penganjur kedua-dua perhimpunan," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan akhbar.

"Pengundi Melayu pada masa ini sebahagian besarnya lebih prihatin terhadap isu asas seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan perniagaan serta impak daripada cukai barangan dan perkhidmatan."

Katanya, hasil kajian menunjukkan, peratusan peserta perhimpunan itu nanti akan mencerminkan usaha mobilisasi penganjur, bukannya "penyertaan menyeluruh daripada pengundi Melayu".

Responden dari seluruh negeri dan wilayah di Semenanjung Malaysia ditemu bual melalui telefon untuk kaji selidik itu, kata Merdeka Center.

Kumpulan seni mempertahankan diri Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu, juga digelar "perhimpunan baju merah", di Kuala Lumpur esok.

Perhimpunan itu dilaporkan bagi bertindak balas kepada Bersih 4 hujung bulan lalu, di mana majoriti peserta terdiri daripada bukan Melayu.

Selepas pada mulanya mengisytiharkan ia menyalahi undang-undang, polis kini membenarkan perhimpunan itu diadakan selepas penganjur mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun. -TMI


Baju Merah bukan pejuang Melayu, Bersih tak rasis

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang akan berlangsung esok tidak memperjuangkan orang Melayu.

Sebaliknya, kata beliau, perhimpunan tersebut hanya sebagai tindak balas kepada perhimpunan Bersih 4.0 yang didakwa mereka didominasi oleh kaum Cina.

"Mereka adakan perhimpunan ini kerana mereka kata Bersih dulu adalah rasis. Tetapi perhimpunan Bersih dulu bukan rasis, semua bangsa ada bersama.

"Jadi mereka hendak jadikan Bersih ini rasis supaya mereka kononnya berjuang untuk orang Melayu. Mereka tidak berjuang untuk orang Melayu, tak payahlah ada (perhimpunan)," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Sekolah Keamanan Global Mahathir ke-4 anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, di sini, hari ini.





Menteri Kesihatan nasihat orang ramai jangan sertai himpunan

SUBANG: Orang dinasihat supaya tidak mengambil risiko dengan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu.

Nasihat itu diberikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam yang khuatir jerebu teruk akan menjejaskan kesihatan.

“Pada masa sekarang, IPU melebih bacaan 150. Lebih baik kurangkan aktiviti luar, termasuk perhimpunan, kalau jerebu tinggi lebih baik jangan ada, kerana ini akan beri kesan kepada kesihatan

“Kurangkan aktiviti luar seperti jangan joging diwaktu jerebu dan sila berhati-hati,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan pembukaan Kampus Megatech Subang Jaya pada Selasa.

Mengulas mengenai perhimpunan itu, beliau berkata, MIC tidak pernah bersetuju dengan sebarang perhimpunan yang melibatkan kaum.

“Pendirian kita jelas, kita tidak sokong perhimpunan merah atau aman atau apa nama yang digunakan.

“Kita tak berapa sokong atas beberapa aspek antaranya secara prinsip kita tidak sokong apa-apa demonstrasi di jalan raya. Kalau orang India buat kita juga tidak akan sokong,” katanya.

Pada masa sama, Subramaniam turut menjelaskan himpunan seperti itu tidak akan membantu mengeratkan hubungan kaum di negara ini.


ULASAN GB

Walaupun mendapat sokongan kuat dari kerajaan UMNO BN dan pihak polis, rakyat perlu tolak Himpunan Merah esok.

Selain dari keadaan negara kini sedang dilanda jerebu dimana aktiviti luar seperti Himpunan Merah itu memabahayakan kesihatan, namun apa yang jelas, Himpunan Merah itu akan menyemarakkan api perkauman.

Seperti yang GB ulas sebelum ini, UMNO berselindung di sebalik Himpunan Merah sebagai talian hayat dan untuk survivalnya. Malaysia sedang menuju kehancuran di bawah UMNO BN.

Rasulullulah SAW bersabda:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman),
bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan,
bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’
lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).







IKLAN BERBAYAR






18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak-budak silat, kalau ikutkan hati pun tidak menyokong Baju Merah tapi kerana kena taat pada Guru terpaksa lah turun.

Konon silat adalah turun temurun dari nenek moyang yang turun kan dari datuk ke anak, anak ke cucu dan ada yang Atuknya dapat dari mimpi. Dan di tekan kan lagi silat ada lah satu-satu nya pusaka orang melayu untuk mempertahankan bangsa dan kemudian negara.

Macam undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan tidak cukup untuk mempertahankan hak melayu.

Punya hebat pendekar melayu zaman dulu, di jajah jugak oleh kuasa asing.

Malaysiabaru berkata...

Biarlah negara huru hara

Agar 14mei berulang

Sebagai pengajaran kpd mereka yg suka main api dan bara

My Kakak berkata...

Hadis yg diakhir tulisan GB sgt tepat. Melayu yg tidak beriman dgn sabdaan Rasulullah saw bukanlah melayu tulin. Apa fatwa mufti dan ulamak?

Tanpa Nama berkata...



QURAN di Susun...Beribu AYAT nya
Berkaitan "BANGSA"...Se Potong DUA
AMANAH-Integrity to d highest'ORDER
Se Besar7"TEMA..Yg Wajib di PELIHARA


TEMA Amanah...Men Junjung KEBENARAN
Lurus dan KUDUS...Kaseh ABADI
Ber Bagai "KAUM"..Warna KEHIDUPAN
INDAH nya Khazanah..."CINTA" Azali


Ber Bagai "KAUM"..Bangsa AGAMA
ITU Semua...TOTAL Kehendak"NYA
AMANAH Ter Tinggi..Nikmat nya "CINTA"
Amanah "CINTA"...Bukti kan Ber SAMA

Tanpa Nama berkata...



QURAN di Susun...Beribu AYAT nya
Berkaitan "BANGSA"...Se Potong DUA
AMANAH-Integrity to d highest'ORDER
Se Besar7"TEMA..Yg Wajib di PELIHARA


TEMA Amanah...Men Junjung KEBENARAN
Lurus dan KUDUS...Kaseh ABADI
Ber Bagai "KAUM"..Warna KEHIDUPAN
INDAH nya Khazanah..."CINTA" Azali


Ber Bagai "KAUM"..Bangsa AGAMA
ITU Semua...TOTAL Kehendak"NYA
AMANAH Ter Tinggi..Nikmat nya "CINTA"
Amanah "CINTA"...Bukti kan Ber SAMA

Tanpa Nama berkata...

Tompang tanya tok peti kelantan.
Apa hukum perhimpunan baju merah.
Haram ka
Halal ka
Halam ka

Tanpa Nama berkata...

HANYA ME LAYU YG 3Bs Saje yg Menyokong......BEBAL..BODOH...BAHLUL

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

HANYA ME LAYU YG 3Bs Saje yg Menyokong BERSIH ......BEBAL..BODOH...BAHLUL


September 15, 2015 at 11:01 PM

Tanpa Nama berkata...

Kalau guru silat nak pakai bini kena kasi ke? Sebab nak taat guru......

Tanpa Nama berkata...

Biar la diorang berkumpul. Ini negara demokrasi. Bersih pun dihalang jugak tapi tetap buat demo. Yg penting polis tolong jaga diorang. Kita tengok laa nanti brp kerat jer yg akan berdemo. Kalau setakat 3000 org, kita golek2 laa ketawakan puak2 tuuu

Abdul Said berkata...

Melayu kena sokong perhimpunan ini. Mereka mesti bantah . Menteri Kewangan DAP yang bodoh dan bingai tak reti jaga ekonomi sampai ringgit merudum. Melayu kena bantah supaya menteri ekonomi DAP dibuang kerja dan berambus dari Malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong baju merah sebab jika baju kuning boleh buat buat baju merah pun boleh jugak.
Cam ni baru ada Keadilan.

Tanpa Nama berkata...

Tolong hormati hak2 asasi manusia. Tolong beri jalan kepada sahabat2 kita, bangsa kita untuk menunaikan haknya berkumpul dan menunjuk rasa. Aku memberi jalan bahkan sanggup membekalkan makan dan minum kepada saudara2 seandainya mampu pada hari ini, hari meraikan sebuah kebebasan bersuara.

Aku tahu sahabat2 akan memberi sedikit napas kepada pm najib. Memberi sedikit nyawa kepada pm najib najib. Beliau sebenarnya boleh mengambil tempat di posisi yang sama dengan sirul dan azilah, bila2 masa dari sekarang.

Aku tahu tiap2 acara sambutan yang saudara2 anjurkan seperti membakar patung dap itu bakal menghilangkan terus sokongan pengundi2 bukan melayu selama2nya.

Aku tahu andainya berlaku sedikit sahaja pencerobohan terhadap harta benda orang2 cina di kl nanti, aku juga menanggung malu besar atas nama melayu. Sedikit sahaja salah laku saudara2 akan menjadi sebuah penghinaan yang amat parah bagi bangsa kita. Amat sukar dipulihkan kerana selama setengah abad saudara2 memerintah tanah melayu ini, orang cina menjadi lebih kuat dari orang melayu dalam segala bidang. Padahal saudara2 yang memegang kuasa melayu sebagai majoriti dalam pemerintahan.

Silakan berdemo wahai saudara2ku. Ingat pesanku. Jangan keterlaluan atau menyentuh harta cina2 itu. Tunjukkan bangsa kita masih ada batas2 tata susila walau pun matlamat saudara berkumpul itu untuk menyokong sepasang manusia yang paling disorot atau diperhatikan pada abad ini. Sepasang manusia yang paling dibenci di tanah melayu sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan BERSIH04 baju KUNING adalah berpaksi kepada kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Tujuan perhimpunan adalah amat jelas terang untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Antara isu yg diperjuang dlm BERSIH kuning ialah yg melibatkan PILIHAN RAYA YG ADIL....GST....MASALAH EKONOMI...RASUAH dan KEADILAN. Sangat jelas dan spesifik objektifnya. STATUS PERHIMPUNAN INI HARAM sebab didalangi oleh pihak pembangkang dan disokong oleh rakyat pelbagai kaum dan agama!!

Perhimpunan BAJU MERAH yg caca merba lebih kepada provokasi perkauman. Matlamat utama adalah mempertahankan kerajaan yg korup dan lemah. Kaedah membodek dan mempertahankan seorang individu yg bernama NAJIB RAZAK sebagai PM.

TIDAK ADA kepentingan rakyat dan negara yg diperjuangkan dalam perhimpunan BAJU MERAH melainkan untuk membela NAJIB dan ROSMAH semata mata. Sudah tentu STATUS perhimpunan ini HALAL kerana didalangi oleh UMNO.

Perhimpunan HIJAU pada oktober nanti bermatlamatkan TUNJUK KUAT oleh parti PAS. Ini seperti yg dinyatakan oleh KP nya. Tujuan adalah semata mata memulihkan moral akar umbi supaya lebih wala kpd parti selepas kemelut yg melanda parti baru2 ini.

TIDAK ADA KEPENTINGAN RAKYAT dalam perhimpunan HIJAU PAS ini. Hanya kepentingan parti dan ulama yg jadi sandaran perhimpunan 60k ini. Kalau adapun disebut hal2 masalah negara pun sekadar penyedap telinga dan gimik2 bagi tujuan memancing perhatian umum!!

Kalau benar PERHIMIMPUNAN HIJAU ini pro rakyat Malaysia secara menyeluruh kenapa PAS tidak sokong dan komited semasa perhimpunan BERSIH yg terang2 untuk rakyat??? Nampak sangat PAS hanya bermain politik tapi berselindung disebalik agama!!

PAS mendakwa kuat. Berjuang untuk islam. Selepas lebih dpd 50 tahun wujud kenapa masih gagal menjadi kerajaan pusat dan meletakkan ISLAM ditempat yg sepatutnya di Malaysia???

PAS mendabik dada mengatakan mereka banyak dan kaya pengalaman dalam politik...kenapa segala tindakkan lebih teruk daripada parti yg baru daftar???

Bijakkah menghalau pemimpin profesional yg terbukti dapat menarik sokongan MELAYU MUDA...BUKAN MELAYU.
.BUKAN ISLAM dan penduduk bandar untuk menyokong PAS???

Parti berpengalaman kah bila ahli dan rakyat yg menyokong parti selama ini....tiba2 berduyun duyun keluar parti??? Bijak dan berpengalaman kah...menganjurkan perhimpunan dengan matlamat kabur tidak jelas dan separuh masak??? Sudah tentu isu2 yg diutarakan dalam perhimpunan tu nanti lebih kurang sama macam PERBAHASAN MUKTAMAR baru2 ini.

Sudah tentu juga dalam perhimpunan HIJAU PAS nanti yg jadi mangsa ialah CINA DAP dan PARA JEBON dari parti AMANAH!! Sudah pasti ada playcard mengutuk pemimpin AMANAH terutama DATUK KJ dan DR HATTA...

Nampaknya memang betul PAS ganti UMNO...!! Malah terkehadapan dpd UMNO...!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang mereka ada hak untuk berhimpun waima apa sekali pun tujuan mereka. Jika mereka bertujuan salah dan jahat, pandai-pandai lah pihak Polis ambil tindakan. Tapi benarkan mereka berhimpun.

Ini ada lah proses demokrasi. Ramai kalangan Baju Merah yang hadir langsung tidak berpengalaman atau pernah menyertai perhimpunan untuk berdemo. Mungkin hari ini mereka buat tanpa tujuan yang betul atau mungkin mereka tidak nampak bagaimana himpunan rakyat boleh mengubah sistem negara. Bila mereka telah terdedah beberapa kali dengan hak berhimpun ini, insya-allah satu hari mereka akan sedar dan akan guna hak berhimpun ini untuk tujuan 'suara rakyat'.

Walaupun mereka ada hak tersebut, kita juga ada hak mempersoalkan tujuan Baju Merah. Walaupun mereka dapat menghimpun sejuta orang melayu pada hari ini, mereka masih gagal menjadikan himpunan ini satu peristiwa yang berprestige tinggi di mata dunia ! Tidak di buat oleh negara yang telah maju dan rasanya di Afrika pun ketua-ketuanya tidak buat perhimpunan untuk puak-puak tertentu !

Untuk mempertahankan maruah melayu, Baju Merah kena buat tuntutan yang jelas ! Adakah memberi sokongan pada Najib bererti mereka mempertahankan hak melayu? Sedangkan hak melayu (TH dan MARA) terhakis dan di salah gunakan oleh pemimpin UMNO sendiri?

Tunjukkan lah kuasa melayu pada hari ini tetapi sedar lah di kilang-kilang besar cina yang berkuasa, di syarikat-syarikat gergasi bos-bos cina memilih bangsa nya yang kurang pengalaman dari staf melayu untuk kenaikan pangkat dan di semua barang dan alat-alat masih dibekalkan oleh taukeh-taukeh cina.

Anti Fitnah berkata...

Siapa saja yang nak berhimpun secara aman untuk menyatakan sokongan depa kepada apa sekalipun harus dibenarkan selagi mengganggu gugat keamanan negara.
Apa bezanya antara BERSIH dengan MERAH? Bersih memperjuangkan keadilan sejagat manakala Merah memperjuangkan keadilan Melayu.
Keadilan manakah yang kita sokong? Keadilan menentang kezaliman, rasuah kuasa, rasuah wang, ... atau Keadilan menegakkan kezaliman, rasuah kuasa, tasuah wang, ...
Merah ini seolah-olah mempamerkan Melayu tidak berdaya saing, suka kepada kezaliman, suka pada rasuah, ... Awat selama ini Melayu tak mampu bersaingkah dengan tanpa HAK ISTIMEWA? Melayu zaman Kesultanan Melaka ada hak istimewakah?
Kepada My Kakak, Depa ini memang Melayu tulin berkulitkan Islam. Jiwa Melayu tapi pakaian Islam. Depa ni bukan mewakili Islam malahan memalukan Islam sahaja. Lihat saja apa yang berlaku di Kota Bahru, depa sanggup "sembah" LKS dan LGE. Bukankah perbuatan ini sudah membawa kepada syirik dan MURTAD? Tolong perjelaskan Tok Kadi. Jangan memBENARkannya kerana depa tu Melayu UMNO. Apa kata PAS, terutama Hj Hadi atau Nik Abduh?

Tanpa Nama berkata...

Base on my observation after take tour by mrt frm hang tuah station to medan tuanku. Hanya beberapa kerat org shj yg join perhimpunan.

MSIA PPL IS NOT IDIOT. YG IDIOTNYA PEMIMPIN KITA YG MASIH BERFIKIRAN MCM ORG 80AN. WE MUST MOVE FORWARD AND LOOK BACK TO CHECK OUR JOBS EITHER DONE RIGHT OR NOT AND FIX IT UP NOT MAKE IT WORST SEPERTI PM KITA BUAT. LIVES IS LIKE TAT NAK BERJAYA TAT THING WE NEED TO DO.

Tanpa Nama berkata...

Polis Malaysia lari dihambat samseng-samseng melayu Sekiranya masuk tv luar negara buat malu Jumlah samseng 50 jumlah Polis 5 orang..

FRU guna air seperti pekerja majlis perbandaran siram pokok di jalanraya.

Besuk sama macam semalam. Cina dapat layanan lebih untuk memujuk peniaga cina. Low yat Petaling street di upgrade lagi. Melayu terus di bodoh untuk dipergunakan bagi agenda seterusnya.

Yang serang Najib, Mahathir. Yang di maki di salahkan LKS.